Tahniah Abah..

Assalamualaikum..

Entri yg menceritakan pengalaman ke majlis konvo abah dan juga penghargaan utk abah yg telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana, Master selepas setahun setengah lebih belajar full time di UTM Jln Semarak, KL. Majlis konvo di Kampus Induk Skudai. Johor pada 1 November..tepat sebulan yg lps..:) Alhamdulillah..

Kitorang gerak ke Johor ari Khamis tengahari pas abah abis keje half day. Budak2 dah ponteng terus sbb nak gerak awal. Sepatutnya boleh gerak awal pg tp abah kena setel keje dulu. Yg join kitorang cuma Atuk Nenek je..yg lain sume ada komitmen masing2. Awal2 lagi abah dah tempah homestay kat Skudai..kena cepat sbb sekejap je penuh.

On the way perjalanan kitorang benti rehat dan makan2 kat  RnR ape umi pun dah lupa.huhu.. Seremban kot.. Nenek bawa bekal so berkelah la kat pondok kat situ.

Teruskan perjalanan ke Johor, kami diuji oleh Allah..tiba2 tayar kete bunyi pelik..semacam. Kat Johor dah masa tu tp lum sampai Johor Bahru la. Terus exit highway cari bengkel. Rupanya tayar depan gelembung..terus tukar 2 tayar depan. Ok, teruskan perjalanan ke homestay. Ok la kat sana. Ari 1st dah sampai lewat..so takde ke mana la.

Esoknya Jumaat kitorang ke Legoland..(entri lain yg banyak gambar tak ingat.hihi). Pastu ari Sabtu, abah konvo..awal2 pagi lepas Subuh terus gerak ke UTM sebab abah kena sesi pagi. Umi nak lepak ngan anak2 kat homestay dulu tak berani sbb memang tak ingat jalan langsung..agak jauh gak la. Kalo dekat n tau memang akan stay punya la. So, budak2 angkut je kejut bangun tido, mandi kat masjid UTM..umi la handle semua. Bertuahnya sebab masjid tul2 sebelah dewan. Tak yah nak jalan jauh kan...mmg senang.Kitorang lepak je dlm masjid, anak2 pun tak kaco..sibuk main mainan lego yg abah belikan kat Legoland semalam.

Dah selesai..bergambar tak banyak sangat..sayang je. Tp takpe, ada gak gambar leh wat kenangan kan. Setel tu nak terus gerak balik ke Putrajaya n KL..tp sempat singgah JPO (Johor Premium Outlet) tgk apa ada sana.
 
Teruskan perjalanan..tak diduga, sekali lagi kami diuji. Dalam perjalanan masih di Johor Utara tiba2 dengar bunyi tayar lagi..kali ni tayar belakang. Ingatkan tayar depan yg tukar tu problem, tapi terperasan ada driver sebuah lori tunjuk kat tayar belakang..kitorang pun benti n tgk tayar belakang pancit. Ya Allah..dugaan..Engkau uji dengan tayar depan belakang sekali dalam perjalanan ini. Kami redha apa saja yg Engkau uji dan tentukan. Abah call Plus Ronda utk bg bantuan..tak berani nak setelkan sebab tul2 tepi highway, sekali lori atau bas lalu, bergoyang kete. So, Plus datang tukar tayar. Abah ingat sempat sampai Putrajaya..so teruskan perjalanan. Sekali sampai Melaka tayar belakang sebelah lagi bunyi kuat. Cari penginapan kat Melaka penuh..so kitorang pun pusing balik ke Tangkak, Johor..umah Pakcik Zaini yg penah kitorang g masa kenduri Pakcik Latiff dulu. Bermalam di situ la jawabnya. Alhamdulillah ada sedara yg dapat tolong, kan.

Sebenarnya beberapa bulan sebelum ke konvo abah lagi, Atuk dah cakap nak singgah umah Pakcik Zaini, Tangkak tp tak jadi masa nak balik ni..rupanya memang kena singgah juga.hehe. Layanan setaraf hotel la kat sana.hehe. Tima kasih Pakcik Zaini.

Esoknya, tukar tayar belakang pulak 2 bijik baru la gerak balik Putrajaya dan KL. Dahsyat perjalanan kali ni, kena tukar 4 tayar serentak. Itulah pengalaman berharga ke konvo master abah.hehe.  Apa2 pun..ucapan setinggi tahniah pada abah kerana berjaya menggenggam ijazah master..rezki anak ke 4 pun dapat, master pun dapat..bak kata kawan abah. Alhamdulillah.. Lepas ni semoga abah dapat sambung ke PHD pulak. InsyaAllah.. Amin.









































No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform