Sambungan balik kampung..

Assalamualaikum..

Sambung kat sini pulak pasal citer balik kampung. Gambar pun banyak kan. Macam2 aktivitila budak2 ni dok riuh rendahkan kat umah Tokwan tu. Anak2 Maklong Lina pun anta kat sini, nak bg berkawan ngan orang Putrajaya sama la. Kalo tak, diorang kena dok taska..lagi boring kan.

Dok main bising2 la..tolong tok wat karipap la, bergaduh la..main kat luar umah, tolong Tokwan bakar sampah cam gambar kat bawah. Umi pun layan diorang gak..bawa Najla jenjalan luar umah. Balik kali ni umi merempit naik motor..dah lama tak bawa motor, kan.hehe.

Petang tu pusing2 kampung bawa anak2 n anak buah naik motor..angkut berulang kali..mujur tak abis minyak motor Tokwan.hehe. Seronok la budak2 Putrajaya ni..tak biasa naik motor kan..keje dok ajak umi naik motor je.

Esonya, Tok kata round bawa kete lak..senang sekali harung angkut sume.hehe. So, bawa lak diorang termasuk Najla..Rania tak ikut sebab tido. Masa naik motor, Rania ngan Najla tak ikut la..kecik lg kan. Naik kete bg pengalaman kat budak2 ni sket..kena tahan ngan polis, borak2 je pun..polis tengah gertak budak2 bawa motor takde lesen. Pastu ingat nak benti kat kedai belikan jajan diorang..upah bawa jalan..tp Afiq dah terlena kat bahu umi, tak jadi la. 

Kat kampung kali ni umi dapat jumpa ngan 2 orang kawan baik masa sekolah menengah dulu iaitu Halida dan Syahida. Diorang datang umah Tokwan..borak2..lama sekali baru dpt jumpa semula. Cam Halida leh gak jumpa kalo ada kenduri ke, raya ke.. Syahida ni maybe dalam setahun sekali baru jumpa sebab die jadi cikgu nun jauh di Sabah. Dah jadi orang Sabah, bah..sebab berkahwin ngan org sana. Umi tak snap lak gambar ngan diorang.

Kat kampung kali ni, Luqman demam sampai berdarah hidung balik..panas dalam..menitik2 darah kuar banyak. Tak sempat nak bawa g klinik pun..g beli ubat kat farmasi je.

Si comel Rania, anak Achik Azah aktif lasak cam kakak die Damia. Dah bagitau yg Damia asyik kena buli ngan sume orang terutama Darwisy ngan Syazwani..sbb budak kecik ni banyak peel sket.hehe. Rania lak, comei aje..lasak tak reti letih. Sian jauh dari ummi, abah die..dok peluk cium Tok je la..padahal sebelum ni takmo die kat Tok. Die suke sgt kat Najla. Tak penah apa2kan Najla. Nak cium ada la. Tiap kali datang kat Najla die panggil 'Tier'..maksud baby dalam bahasa Jerman.hahaha.

Kat kampung kitorang dah belikan siap2 baju sekolah budak2 ni kat Tesco Kulim. Senang setel terus..tp baju kafa je lum..sekali balik KL Atuk Nenek nak belikan baju kafa diorang..Alhamdulillah. Setel dah sume kecuali buku2 dan yuran.

Oklah, sampai sini saja citernya..lega dpt siapkan gak entri yg terperap je dlm draf ni. Kitorang balik KL semula hari Ahad lepas abah dtg semula ke kampung naik bas lepas seminggu bekerja.

Tolong Tokwan bakar sampah.
Tokwan sapu sampah bg cantik kawasan luar umah.
Kawasan umah Tokwan yg cantik..terjaga rapi. Afiq g mana tu??
Aik, Afiq lg..hehe..
Saya pun nak gak, asyik abg Afiq je..Najla cakap.hehe
Umi bawa jalan2 luar umah
Kak Limah (rambut..hihi) dengan kucing yg bernama Panda. Tokwan namakan Panda sebab nulu dia itam putih cam Panda. Jannah cukup suka kucing ni. Takde takut2 dah.
Cucu2 Tok Tokwan
Jalan2 reramai naik kete. Semalamnya naik motor, arini naik kete lak..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform