8 Mei 2014 - Hepi Besday Muhd Afiq 3 tahun

Assalamualaikum..

Arini dah 9 Mei, umi tak sempat nak chop tarikh semalam..iaitu tarikh besday Muhammad Afiq yg ke 3 tahun. Takpe, asal ada gak kenangan umi update pasal besday anak ke 3 umi ni kan.

Semalam, 8 Mei..dari awal2 dah remind ahli keluarga yg arini hari jadi Afiq. So, sume pakat ingat la termasuk Afiq sendiri. Dari pagi sume pakat wish besday kat Afiq. Pastu seharian takde ape la yg istimewanya. Abah pun kuar, ada hal. Takde beli hadiah ke, kek ke..sama berlalu cam besday umi 5 ari lepas. Biasa akan celebrate besday  Afiq dengan family Keramat kat sana la. Tak tau tahun ni ada ke tak. Kalo takde, pecah rekod la.haha.

Tp, sehari sebelum besday, jangan tak tau Afiq dah dapat hadiah sepasang baju n seluar daripada Atuk Nenek. Kebetulan diorang pergi ke Nilai ngan abah, so balik tu singgah Parkson Alamanda belikan utk Afiq.

Petang, kul 6 lebih pas abah jemput Luqman balik KAFA, dok bincang nak g jumpa Tok Tokwan Kulim bila..malam ni ke, malam esok. Tok, Tokwan n Maksu Yayah datang ke KL sbb teman Maksu Yayah interview utk dapatkan biasiswa Maybank kat Menara Maybank, KL semalam. Diorang berkampung kat umah Paknjang Najib di Kg Batu Muda, Kem Tentera.

Bincang2 n call Tokwan, wat keputusan nak jenguk diorang malam ni gak (malam semalam la). So, terus mandi bersiap la semua. Sebelum Maghrib dah kuar..g solat dulu kat Surau Presint 16 pastu terus ke kedai kek Baker's Cottage belikan kek besday Afiq. Belikan yg kecik je. Alang2 nak jumpa family ramai pada ari besday Afiq, baik belikan kek..kan?

Sampai sana pun dah kul bape, dengan dok cari umah tak jumpa.haha. Penah g sekali je aritu, bukan ingat sgt umah. Diorang baru je pindah umah dari Selayang dulu. Makanan pun macam2 ada..wah, sudah bagus. Cam nak raikan besday Afiq la kalo tgk gambar, padahal mmg makan2 family je pun.hehe. Tokwan awal2 dah pesan tak yah bawa apa2 makanan sbb dah ada banyak makanan kat umah. So, ok la kan.

Tok goreng nasi, Paknjang Najib beli satay nasi impit, bihun tomyam, goreng ayam. Apalagi..jom makan...

Harap2 ada la sambutan besday Afiq kat Keramat. Biasa nenek akan masak apa2 sket, pastu ada la sesape akan sponsor makanan lain. Makan family je.

Apa2 pun umi nak ucapkan Selamat Hari Lahir Afiq yg ke 3 tahun.. Dah besar Afiq ni tau, jangan manja2 sangat lagi. Semoga jadi anak yg soleh, membesar sihat sempurna. Amin..

Bagusss...
Amboi sukanya dia... Saya dah 3 tahun laaa...
Uiiii..sedapnya makan kek muffin ni,.setempek gula kat pipi ha.. Masa ni lepak kantin sekolah dok tunggu abg Luqman kuar, lepas jemput kakak Jannah. Gambar terbaru Afiq la ni..iaitu sehari sebelum besday die

Kek yg tak bape nak comei..tak sangka diorang tulis atas plastik, nampak kosong. Pastu tulis cheese, yg ada krim je pun..huhu
Hepi besday Afiq
Makanan yg ada..cam celebrate besday Afiq la pulok.hehe
Gambar ni je yg umi snap..sebenarnya ada ramai lagi, tp yg pompuan pakat tak bertudung, tak dapek lah ye.. Achik Azah sekeluarga pun datang join gak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform