Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

 
Pemandangan dari depan masjid..memang penuh umat Islam di mana2 saja dlm masjid ni. Syukur..

    Kiswah Kaabah yg dibawa khas dari Mekah digantung di depan masjid.

                         Antara ulama2 yg dijemput dari seluruh dunia..

Makanan disediakan untuk berpuluh2 ribu tetamu yg dtg..lebih dari mencukupi rezeki yg Allah berikan. Alhamdulillah..

Masa ni ramai dah balik, majlis dah berakhir..kalo tak, mmg penuh manusia kat setiap sudut.

            Lengang..pukul 11 mlm. Bila lagi nak join majlis macam ni..


Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu lepas, 16 Mac 2013 bermula dari pukul 4 petang hingga lepas Isyak, telah berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Antarabangsa & Haul Syeikh Abdul Kadir Al Jailani di Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi.

Alhamdulillah..rakyat Malaysia dari seluruh pelosok negeri (dari negara luar pun ada) yg amat mencintai Rasulullah S.A.W. pakat ramai2 berkumpul di masjid ni. Memang ramai sangat yg datang..sebesar2 masjid ni, di setiap sudut penuh dengan manusia. Betapa masyarakat zaman sekarang dahagakan majlis2 keagamaan macam ni, kan.

Majlis ni disertai oleh ulama2 dari seluruh dunia, berkumpul untuk menyatakan rasa cinta pada Rasulullah S.A.W. Rasa terharu sangat dapat menyertai majlis ilmu macam ni.

Kalo nak tau, abah sgt ternanti2 majlis ni sejak sebulan sebelum tu lagi..hehehe.. Nak tau sebabnya??

SEBAB...

Pada tarikh 16 Februari abah ingat berlangsung majlis ni. Member siap kuar awal ke masjid..sampai2 tgk lengang je cam biasa lepas solat Asar la. Ada ke tak ni, kan?? Sekaliii...tgk poster ropenya 16 Mac..terawal sebulan...hahaha.

Tapi.., rezeki abah..mujur la dapat ke majlis sambutan Maulidur Rasul lain kat Al Jenderami, Kajang..die terus ke sana la. Kebetulan mmg tengah sambut selama 2 hari di sana. Memang ramai jugak orang kat sana.

Ok, berbalik kepada majlis di Masjid Besi, abah dah ke sana seawal kul 4 petang. Umi n anak2 lak pegi asing kul 6.15 sebab rest kat umah dulu (Luqman sekolah ganti pagi tu). Kuar umah ujan lebat sgt. Dok terpikir ada ke parking lagi ni, dah la ujan. Abah SMS masjid dah penuh orang. Takpela, terus gak ke sana..Allah lebih mengetahui niat hamba2Nya, kan.

Sampai kat Masjid Besi, umi masuk basement terus ke tingkat 1. Kat luar n bawah pun dah penuh parking. Sampai je dekat pintu masuk dekat parking tu, ada 1 tempat kosong..syukur sangat2. Rezeki umi ngan anak2. Betul2 depan pintu masuk.

Anak2 lak sangat baik, pandai bawa diri 3 badik sepanjang kat sana termasuk masa umi solat, angkat wuduk, makan. Strategi masjid pun bagus, diorang sediakan menan2 untuk setiap budak2 yg datang. So, budak2 ni pun dapat sorang satu menan di samping Jannah bawa buku (budak ni memang rajin sket).. Apa2 pun umi n abah rasa beruntung dapat berkumpul reramai kat sana.

Petikan ni diambil dari page Masjid Sultan Mizan di fb.

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Antarabangsa & Haul Syeikh Abdul Kadir Al Jailani Mendapat Sambutan Di Luar Jangkaan
Program Sambutan Maulidul Rasul 1434H & Haul Abdul Kadir Al Jailani pada 16 Mac 2013 bersamaan 12 Jamadil Awal 1434
H disambut dengan penuh kemeriahan. Majlis yang bermula selepas solat asar hingga 10.00 malam amat meriah kerana disertai oleh hampir 20,000 jemaah seluruh dunia.

Program Smart Partnership ini merupakan anjuran Al wariseen Trust dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bertaraf peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan di masjid ini. Antara program yang telah berlangsung ialah ceramah daripada penceramah terkemuka di seluruh dunia. Di antaranya adalah YBhg. Syeikh Afeeffuddin Al Jailani Pengerusi Al Wariseen Trust, YBhg. Habib Umar Jailani Ulama daripada Mekah, YBhg. Syeikh Abdus Samad Ramero daripada Negara Sepanyol, YBhg. Habib Hassan Al Attas daripada Negara Singapura, YBhg. Dr. Ibrahim Salim Mufti daripada Negara Australia, YBhg. Syeikh Rafe’ Mufti Iraq dan Syeikh Abdul Aziz Fredericks daripada United Kingdom. Persembahan khas bacaan al quran oleh YBhg Syeikh Ahmad Bin Yusuf Al Azhari daripada Negara Bangladesh dan Qasidah oleh YBhg. Syeikh Redwan Bin Jumaa daripada Negara Mesir. Begitu juga persembahan nasyid gabungan daripada Negara Malaysia, Arab Saudi (Mekah), Singapura dan Indonesia.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform