Hari Kedua di Sekolah

Assalamualaikum..

Ok, kali ni nak citer sket pasal ari ke 2 Luqman Jannah kat sekolah. Arini abah ada sekali, so abah yg drive la. Mula2 umi sorg je masuk antar Luqman kat tapak perhimpunan..cam semalam gak. Dah salam, bgtau umi nak balik dah..so terus tinggalkan Luqman. Anak sulung umi dah pandai berdikari, tak perlu nak tunggu2 lagi..Alhamdulillah.

Seterusnya ke sekolah Jannah lak. Abah tingin nak tgk kelas Jannah camne, tak penah tgk lg. So, abah kata ok tempat ni..bagus la. Sebenarnya, kitorang tak berapa yakin Jannah dpt sini sbb mula2 dolu, call kat ustazah katanya dah penuh. So, tak pikir kat situ dah la, kan. Harap KEMAS kat Kg. Bakar Baginda tu je la, mmg confirm dapat situ (dekat ngan umah)..

Satu ari tu, kitorang dtg surau nak tanya pasal KAFA Luqman, tup2 dapat borang tadika sekali. Aik, kata aritu dah penuh?? Tak kisah la, isi je. Pastu ada call ustazah ke sape tah, die kata datang je masa ari 1st sekolah nnt. Sebab tu, bila ari 1st dtg tgk ada nama Jannah, lega sgt2.


Ok, arini dok sini pun tak lama. Antar Jannah, salam bgtau nak balik..so terus tinggal die. Alhamdulillah die baik sgt, sama cam semalam gak. Ok je la. Harap kakak Jannah hepi sekolah kat sini. Arini ada anak yg still menangis takmo mak pak balik. Ada yg menggelupur cam Luqman masa orientasi Prasekolah dulu..hehe. Mujur Jannah tak terpengaruh..

                        Gudgirl Jannah ari ke 2 kat sekolah.
                              Suasana dalam kelas Jannah..

Pastu, umi abah n Afiq g breakfast..g Pejabat Pos renew lesen memandu umi yg dah lama expired.huhu.. Tgk awal lagi, umi ajak abah singgah sekolah Luqman, nak tgk peel die time rehat camne, leh bawa diri ke tak. Umi dah bekalkan die nasi goreng telur mata ngan air laici. Pastu bagi duit singgit je utk beli buah.

Umi plan ngan abah, nak sembunyi la..tak nak bg Luqman nampak kelibat umi abah. So, sampai sana, diorang baru nak kuar rehat. Dari jauh dah nampak Luqman ngan member masa Pra, Azfar bawa bekal masing2 jalan ke kantin. Laju je jalan, kat kantin dah tak nampak rupe budak 2 orang ni. Mana la pulak, kan.. Luqman mmg tak sedar lagi kehadiran umi abah.

Ooo..ropenya beli sosej. Dah bawa bekal pun leh beli sosej lagi. Umi pesan suruh beli buah tembikai or betik..mengikut kawan la ni. Pastu, diorang berdua duduk kat tepi kantin tu dok makan sama2. Ada kawan2 lain masa Pra lalu, terjerit sat panggil kawan2 diorang tu.

                    Still tak sedar abah snap gambar diorang..

 Alamak..kantoi!! Masa ni la die dah ternampak abah..haha. Umi dok kat belakang die sket je padahal, tak pasan..syok dok makan n borak ngan kengkawan.

                        Masa ni dah tau la umi abah die datang..

So, bila dah tengok die ok je ngan kawan2, umi abah n Afiq pun terus balik umah la. Tak yah nak tunggu2 lagi.

Tapi kan..ni nak citer masa diorang kat sekolah tadi tu la.. Masa umi jemput Jannah, die nangis la pulak. Ropenya kawan die cubit. Alahai..manjanya kakak. Umi abah dah pesan kena berani sket, nnt cakap kat kawan, jgn buat Jannah lagi. Kalo orang buat, bgtau cikgu..ataupun kakak jadi garang la, cam selalu garang bergaduh ngan abg Luqman tu.hehe.

Yg Luqman lak. Die ngan Azfar dah makan sosej 2 ketul (RM1), kenyang dah la. Langsung tak buka bekal masing2. Tp sian kat Luqman sbb tak lama pas umi abah balik tu, Mak Azfar datang. Dah Azfar takmo makan, mak die suap die makan. Yg Luqman lak, dah takde kawan, berjalan la sorang2..sian umi dengar. Die tak nak makan nasi sbb takde kawan katanya. Umi rasa agaknya mungkin mak Azfar ajak join sekali kot, tp die segan. Takpelah, sume ni pengalaman utk Luqman dalam proses membesar. Samalah Jannah pun. Umi sendiri tak ingat langsung dah masa umi mula2 masuk sekolah dolu2..yg tau rasa hepi ada baju sekolah baru..hehe. Ok, inilah saja citer anak2 umi masuk sekolah. Harap2 diorang dapat belajar berdikari sepanjang bersekolah ni.

P/S : Luqman ngan Azfar masa mula2 kelas duduk depan sekali tau,tup2 ada budak lain duduk tempat Azfar..so Azfar pindah belakang sekali. Arini Luqman kata die pun pindah duduk belakang ngan Azfar sbb member die tu ajak. Die tak nak duduk depan sebab member sebelah die kat depan tu suka sangat cium pipi die.huhu. Aduii..budak laki dok cium pipi Luqman, ape ke he, ni..?? Ala..kalo leh umi nak Luqman duduk depan, baru dengar jelas ape cikgu cakap. Camno ni??

4 comments:

  1. sebenarnya anak-anak kita ni bley berdikari sendiri bila kita takde kan?
    Firas pun alhamdulillah, tak meragam pun bila kat sekolah...elok je ngan kwn2 dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah yati. Walaupun ada budak yg meraung gelupur sakan, cuba mak die tinggal..tak lama pastu die ok la.hehe

      Delete
  2. bersemangat betul anak2 ni

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform