Musibah


Assalamualaikum..

Pagi tadi Tok Kulim call umi nak bgtau sesuatu..nak sampaikan pesanan juga sebenarnya.

Kakak sulung umi, Maklong Lina nak ke tempat keje dari umah die di Hi-Tech Kulim ke ofis di Seberang Jaya. Cam biasa, angkut 3 anak-anak sekali la..utk antar ke sekolah dan taska. Suami, Paklong Amar kebetulan takde, bermalam di umah mak die kat Baling sbb mak die tak sihat.

Maklong dah letak anak2 dlm kete (umi tak pasti dah matikan enjin or still enjin hidup). Die pun ke pintu pagar nak kunci pagar. Tiba-tiba ada 2 orang lelaki bermotosikal datang menghimpit kete dan pecahkan cermin kete maklong..terus sambar beg laptop dan beg tgn. Maklong yg terkejut terus menjerit sambil sambar n tarik beg tgn dari tgn penyamun tu..niat hati nak tendang motor biar terjatuh tp tak kesampaian sbb maklong tersembam dan terseret ke jalan. Beg tgn maklong berjaya ambik balik la.

Dlm keadaan benda berlaku sekelip mata..dgn jeritan maklong n anak2, takde sorang pun jiran yg kuar membantu..maybe tak dengar ke..tak pasti la. Lepas penyamun melarikan diri barulah jiran2 pakat kuar menjenguk.

Sian maklong kena handle sorang2 pg td g report polis, g hospital check die jatuh tu..suami takde, Tokwan nak g jenguk pun takleh nak drive lg sbb jatuh motor aritu. Umi tak tau la pastu kot ada pakcik or adik badik tolong. Trauma tu kan..

Yg pasti umi bersyukur sbb Maklong Lina n anak selamat, takde ape2 la walaupun laptop dah dpt kat penjenayah tu..cermin kete dipecahkan. Syukur sgt2 sbb penjenayah tu tak larikan kete n anak2..itu yg paling umi takut.
Sekarang ni mcm2 kes jenayah berlaku kat Malaysia ni. Langsung takde perasaan takut pada Allah, tak takut pada pihak berkuasa. Td Tok nak pesan kat umi n adik badik terutama yg pompuan ni kadang2 drive sendiri..ngan anak2..bahaya sgt2. Umi dah takut nak drive sorang2 kalo perjalanan jauh, waktu malam..sunyi. Minta dijauhkan la dari perkara tak baik camni. Aminn..
Kawan2 kat luar sana, sama2 lah kita berhati2 kalo memandu bersendirian. Tengok dulu keadaan sekeliling sebelum nak kunci pagar umah. Jangan biarkan anak2 dalam kete yg tak berkunci kalo kite nak kuar sekejap pun dlm keadaan enjin kete hidup..dah banyak kes penjenayah larikan kete camni. Kalo masuk kete nak start enjin tu, pastikan kite terus lock pintu kete. Sama2lah kita beringat. Sekian.

6 comments:

  1. takutnya...yati pun selalu husband pi outstation...kdg2 nak kuar pagi, tu jaga2 gak...

    ReplyDelete
  2. Hati2 la yati..tambah2 umah berpagar, nak kuar umah tu kan..cam kakak jiha ni sure org jahat tu dah aim rutin seharian kakak tu camne kan. Bahaya sekarang ni, byk kes jenayah. Semoga kita dilindung oleh Allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. seriau nyer KA baca, kdg2 rasa x selamat even kat sekita rumah kita je.. kena lebih hati2lah ye

    ReplyDelete
  4. Ye KA..kena lebih berhati2 sekarang ni, teruk sgt dah masalah jenayah kat sekeliling kita. Bukan je kalo memandu, dlm umah sendiri pun takut gak. Umah mertua ni penah dulu dipecah masuk. Takut sgt la zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. bahayanya kan. sebab tu kalau nik nak kuar pi jemur baju kat luar pun .nik kunci umah. takut tetiba jea percuri masuk dlm umah kan. pagar tak tinggi. setakat nak panjat tu tak ade hal pun .lg2 kalau lelaki.

    ReplyDelete
  6. skang nih memg bahaya ada kat mana mana....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform