Jalan-jalan kali ke 2 ngan Cik Leen..

Semalam, wat kali ke 2 dlm masa 2 minggu, umi plan ngan Cik Leen skali lg nak jumpa, berkumpul ngan 3 orang anak2 masing2. Ye la, bukan selalu nak jumpe..sementara depa ada kat KL lg ni leh bg budak2 ni main sama dulu. Sabtu ni Cik Leen dah nak blk Dungun..majlis nikah n kenduri Paksu Amat pun tak dapat nak join. Seperti yg dijanjikan, umi g jemput Cik Leen n anak2 kat umah depa di PPR Jalan Peel, Cheras..dari Putrajaya la.

Mula2 Cik Leen nak naik LRT then tuko komuter, camner..bayangkan sorang mak nak usung 3 anak kecil yg sedang membesar..lasak. Kang ilang ke..naya je. So, abah bg lampu ijau jemput depa..umi g je la. Itupun pas setel anta Luqman sekolah, pas g ofis abah amek surat untuk anta kat cikgu kelas Luqman psl die cuti demam aritu. Kelam kabut gak la sbb kena rush..then sampai sekolah Luqman tepat2 time die balik..mmg cantik sgt2 la. Perut masing2 kelaparan minta diisi..so, laju je ke Bdr Baru Bangi pekena nasi berlauk set kat Restoran Amir..licin pinggan nasi n lauk kitorang kejekan..kelaparan katakan.hehe. Order kembung 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, sepiring tembikai potong n sejag air tembikai.

Masing2 dah kenyang, singgah solat kat Masjid Uniten..sempat la Jannah terhantuk muka kat penghadang tempat solat pompuan..Luqman lak terpeleot kaki dalam lubang rumput hala ke parking, dah aktif berlari sana sini sangat. Pastu kitorang singgah gerai2 tepi jalan luar Uniten tu..pakcik Cik Leen ada jual kat situ sebenarnya. Dapat la makanan minuman free serba sket.hehe. Pastu blk lepak umah la..penin nak layan peel 6 anak yg sat itu sat ini. Lepak kat umah best sket kan. Lepak, kemas umah serba sket, minum petang..tak lama pastu, suami Cik Leen dtg nak jemput diorang blk.

Sebelum diorang blk, sempat lg kitorang sume jalan2 beli barang sket kat Mydin..mmg plan asal nak g situ sblm blk umah td, tp cancel sbb dah tak daya melayan kerenah anak2 sume la..ngan panas, tak larat, nak terkencing berak..ngan bb ngantuk meraung.huhu. That's why umi tak kuasa nak snap gambar kenangan sgt, takde masa.. Tengok la kat bwh ni..itu je yg sempat snap. Bile lagi nak jumpa Cik Leen lg pasni tak tau la. Umi tengah kenen abah ajak jalan2 bercuti di Terengganu cuti sekolah bln Mei Jun nnt..harap jadi la. Amin..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform