Dah lama pun jalan2 kat Alamanda ni. Cik Nal mai lepak Putrajaya ngan anak2 die,Tisya n Ziqry..so umi jemput diorang kat Alamanda dl pas jemput abg Luqman blk sekolah. Cik Nal sebenarnya dari hotel penginapan UKM, ikut suami berkursus di Putrajaya..diorang sebenarnya datang dari Jitra, Kedah. Kat Alamanda Cik Nal dah siap tapaukan KFC utk kitorang makan sambil lepak2 kat umah nnt. Umi tak masak ape pun la sbb sblm tu just janji2 mulut nak datang pas zohor lepak Alamanda terus je, lagipun lauk pun tarak.hehe.. Umi lak mana terror masak banding Cik Nal, mmg terror.hehe. Oh, umi tak leh jemput diorang kat UKM cam dolu (penah dtg dah 1st time), sbb kete iswara tak leh jalan jauh..roadtax insuran expired. Exora abah bawa sepanjang 6 minggu berkursus QA di Intan Bukit Kiara.
Sebelum tu kena citer dulu siapa pemilik nama Cik Nal Najaha ni. Die ni member ofis umi masa umi keje selama 2 bulan je kat Kementerian Sumber Putrajaya tahun 2003, lama dah. Dah lost contact sepatutnya, tapi kitorang still simpan no. contact masing2..bila sekali berSMS bile tah,umi pun tak ingat. Die pun surirumah cam umi tp bisnesswoman berjaya.hehe. Umi dok rujuk kat die macam2 benda gak cam tentang bisnes, masakan, jahitan, anak2..ape lagi?
Balik pada jalan2 tadi, pas lepak kat umah jap, kitorang kuar ke Alamanda petang pas lunch hour la, kira manusia2 gomen dah tak ramai lg kat situ.wahaha.. Kat sana pun tak tau nak g mana, just jalan tempat menan budak2, lepak kat foyer air pancut tu jap, then g beli Dunkin Donut lepak makan2 kat laluan pejalan kaki, pokok buluh tu then last masuk Care4 jap beli2 sket. Luqman Jannah hepi main2 ngan Tisya..sebaya Jannah tu, tp bdn besar cam sebaya Luqman.hehe. Nak wat camne, anak2 umi kan gen kecik2. Ziqry lak sebaya Afiq. Afiq arini tak larat sket sbb sebelum tu die muntah banyak n tak cukup tido..tp mujur jalan2 tu die tak wat perangai, diam aje dlm carrier. Kitorang berpisah pas kuar dari Care4, suami Cik Nal pun dah on the way ke Alamanda nak jemput diorang.
Keletihan..balik je 2 badik terbungkang tido sofa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.