Lamanye Tak Update...

Assalamualaikum..

Hai sume.. Lamanya umi tak update blog Muhammad Luqman nih..pejam celik pejam celik dah pun sebulan berlalu. Dlm masa sebulan ni macam2 pengalaman yg MLuqman lalui.

Seminggu pertama bersama dengan pengasuh barunya, M'cik Ogy..MLuqman dah semacam serasi dgn famili tu maybe sbb kat situ ada atuk, nenek, abg & kakak yg suka main2 ngan die. Cuma, cam biasa bile ptg umi jemput die, dr jauh lg dah nmpk senyuman rindukan umi..hehe. Cepat2 hulur tgn nak suruh umi dukung. Mmg tak leh berjauhan ngan umi ni ;)

Sebelum tu 9/7, isnin..Tok & Tokwan MLuqman dtg dr Kulim bersama ngan Maksu Yayah n Tokngah Shukri. Diorg dtg sesaje nk tgk Acik MLuqman daftar 2nd last semester kat UM lps die tangguh semester sebelum ni. Tok & Tokwan ni sayang kat anak2 sgt sbb tu sanggup dtg walaupun jauh. Umi harap Acik tak hampakan harapan tok & tokwan MLuqman, pastikan segulung ijazah berada di genggaman nnt, InsyaAllah. Tok & Tokwan dok umah Paknjang Najib kat Selayang. So, mlm tu kitorg lepak jap umah sewa besar diorg tu. Esoknya, umi amek half day ptg n bawa MLuqman g UM jumpa Tok & Tokwan sume. Ptg tu, umi bw Tok MLuqman g Mydin Selayang.

Minggu berikutnya, Tok & Tokwan yg dah blk Kulim kena dtg KL skali lg. Kali ni nak anta Pakndak Man lapor diri kat Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor pd 17/7, selasa. Sblm tu pakndak baru je lapor diri seminggu kat Politeknik Kulim. Mm..dpt U, nak yg lbh bagus la..heheh. Nampaknya bertambah sorg lg anak Tok & Tokwan meninggalkan famili utk belajar..tinggal 3 beranak je la kat kampung. Dlm masa yg sama, Tokwan dpt surat dr TNB ada majlis anugerah utk pesara TNB kat Hotel di KL pd 20-22/7, so lama sket la perjalanan diorg kali ni. Pd selasa tu, umi & abah amek cuti..so kitorg berenam bertolak ke Johor lps solat Subuh. MLuqman mmg betul2 happy la bila ada ramai org kat sekeliling dia. Gelak ketawa, menjerit, melonjak2 semua dah jadi habit die la masa tu. Lbh kurang 3 jam kitorg pun smpai. Dah setel semua kitorg bertolak blk..tinggal la pakndak keseorangan dgn tempat barunya. Ha..tu la, berharap sgt nak berjauhan dr famili, sekali mmg dapat betul2 jauh..hahaha. MLuqman takde la kawan nak main2 dah lepas ni..spjg perjalanan balik die tido je..masa pergi tu siap bercak cak ngan pakndak die tu. :)

Pd hari khamis, 19/7..umi ngan MLuqman nak bertolak dr umah Kota Damansara ke umah M'cik Ogy & ofis umi. Kat parking lg umi dah dgr enjin keta bunyi semacam je. Umi nak call abah bgtau tp tak jd..umi teruskan je perjalanan. Umi dah siap buat susu nak bg MLuqman minum dlm perjalanan tu, so umi plan nak benti lps plaza tol Jln Duta la. Benti je kat tepi jalan tu, umi perasan asap kluar byk sgt kat bonet depan keta tu. Takut sgt, apa lg umi amek botol susu & dukung MLuqman terus kuar dr keta berdiri jauh sket. Call abah srh dtg tgkkan, smbil bg MLuqman minum susu. Nasib baik abah dekat je. Abah ckp nak bw keta g workshop. Tinggalkan motor kat Masjid Wilayah, smpai kat masjid pun asap kuar lg dgn banyaknya. Abah call atuk MLuqman, atuk suruh masukkan air kat 1 tmpt kat bonet depan tu. Pastu kitorg cari workshop terdekat. Baru abah perasan workshop tu utk keta mercedes punya..heheh. Ntah bape la diorg charge ni..beratus2 gak la kena. Lama gak kitorg dok situ. Paksu Amat dtg jemput kitorg anta g ofis abah, umah m'cik ogy dan ofis umi. Keta, ptg tu br siap repair. Mcm2 dugaan ye abah..tak abih2 kena kuarkan duit utk keta je. Bertambah lg la utang kad kredit abah ye..Sabar je la :) Lps dah repair, br sedar radio keta trus rosak..tak leh dgr ape2 lg..boringnya..(abah dah malas nak g workshop tu).

Lagi, 21/7 hari sabtu..umi, abah, MLuqman n nenek g Bangi nak bincang ngan bos kedai sebelah bgtau nak tutup kedai. Pastu blk umah Keramat..tak lama lps tu kitorg bertiga bertolak ke Subang Jaya, ingat nak jalan2 ngan Tok & Tokwan kat Mydin baru tu (penah nak masuk skali tp parking takde langsung terus tak jd). Tp memandangkan dah lewat, kitorg pun terus ikut diorg ke Hotel Saujana, Subang..tempat Tok & Tokwan bermalam tu. Acik pun ikut, die la yg jadi penunjuk jalan..terror die ni..kalau umi & abah jawabnya berpusing2 10 kali pun belum tentu jumpe..nak pergi Mydin pun sesat2..hehehe. Kat hotel, Tokwan ckp malam karang waktu dinner kitorg boleh join skali sbb ada byk kekosongan, dah ramai yg blk lps dpt anugerah pg td. Umi ngan abah dah la dtg sehelai sepinggang, cuma bw baju MLuqman n brg makanan die je. Pastu Tokwan siap suruh tido situ lg..tp kitorg taknak la..bilik kecik je kan. Kalau stakat dinner tu okla.
Mlm, masa nak keluar g dinner tu, Tokwan sempat bersembang dgn org bilik sebelah je.. Diorg pun nak blk jg mlm tu, sbb umah diorg pun dkt bangi je. Sembang punya sembang, terus Tokwan dpt kunci bilik diorg..Tokwan nak bg kat umi, abah n MLuqman la..hehe. Kitorg baru plan nak blk lps dinner, alih2 dapat dok hotel free..ish ish..dah la datang sehelai sepinggang je. Harap2 susu MLuqman cukup la. Kelakar juga bila pikirkan..mmg tak terpikir lngsung nak tido hotel nih. Sbb tu tak prepare ape2 pun. Tp takut gak la, tibe2 org hotel dtg check ke..mm..Alhamdulillah semuanya berlalu dgn baik skali. Rupa2nya Hotel Saujana tu dekat sgt ngan umah kitorg, tak smpai 15 minit dah smpai umah. Tok & Tokwan lak terus bertolak ke Kulim pg ahad tu. Mmg rezeki la kan..rezeki MLuqman nih sbnrnya, ni kali ke 2 la die dpt tido hotel..sblm ni kat Kelantan. Bertuah budak kecik ni..dlm usia 4 bulan pun dah dpt naik flight ke Kelantan itu hari. Umi sayang anak bertuah umi ni..Sayannggg sangat2..

Hari isnin 23/7, ada appointment nak timbang berat MLuqman umur 8 bulan kat Klinik Kampung Pasir. Last timbang masa 6 bulan, so kite tgk bape berat MLuqman yg naik dlm masa 2 bulan.. Ha! Berat MLuqman naik 0.5 kg je? Berat dia br 6.9 kg je..mmg dah masuk ke garisan kuning dlm graf iaitu 'kurang zat makanan'. Tak dinafikan mmg umi dah lama perasan badan anak umi mmg kurus kecik ja. Ye la, makan pun tak banyak..kena layan die betul2 baru boleh abis. Minum susu lg la, di saat baby sebaya die minum 7 oz sekali, die lak umi buatkan paling byk 4 oz tu pun tak penah abis..kdg2 1-2 oz je die minum. Ape2 pun mmg umi tak penah lupa masakkan bubur nasi utk die hari2. Umi pikir lps ni umi nak belikan vitamin bg anak umi ni bertambah selera makan (umi dah start bg vitamin Appeton kat MLuqman skrg ni). Mudah2an lps ni anak umi akan berselera makan dan bertambah berat badan..dan yg paling penting semoga anak umi akan sentiasa sihat walafiat. Aminn..

Ada satu cite yg umi takleh lupe..hari rabu 25/7, umi ngan MLuqman dlm perjalanan blk ke Keramat (kitorg bertiga tido di Keramat minggu tu). Masa jemput MLuqman kat umah M'cik Ogy ujan turun lebat sgt, so umi tunggu dl smpai reda sket. Bile dah reda, kakak (anak pompuan m'cik) payungkan ke kereta. Dlm ujan renyai2 umi drive slow2 smpai masuk ke MRR2, umi pun pelik nape la semua keta tak bergerak, nmpaknya mmg jem teruk ni. Radio dah la rosak, tak dpt dgr apa2 maklumat psl jammed. Bayangkan nak smpai ke Tesco Ampang dr susur Shamelin yg dekat tu dlm masa 1 jam. Kaki umi dah sakit dok tekan clutch, brek, minyak..dgn MLuqman dah siap meraung sbb lambat sgt, lgpun maybe die dah lapar. Kelam kabut umi mana nak drive, mana nak kontrol MLuqman. Last2 abah MLuqman suruh msk ke susur Tesco blk ikut Desa Pandan. Umi masuk je, dah keliru jalan..tgk2 umi dah berpusing balik MRR2 menghala ke ofis..ish, geram betul..umi pikir baik lepak umah M'cik Ogy jap bg susu MLuqman dulu..jammed ni mmg tak ok lg umi tgk. Smpai umah m'cik dah nak maghrib. Umi solat maghrib kat umah Makngah (mak leen) sbb tak biasa nak dok umah M'cik Ogy lama2. Lepas solat, umi bertolak smula. Kali ni ikut Desa Pandan.

MasyaAllah..kat Desa Pandan pun jammed..umi mmg dah bengang sgt masa tu. Kalau umi sorg, umi tak kisah sgt, ini dgn bw baby kecik ni..sian la die. Maybe MLuqman dah letih sgt, die tido je spjg perjalanan yg membosankan tu. Macam2 perasaan timbul masa jammed ni, silap2 boleh salah faham ngan abah MLuqman. Harap abah die paham la. Akhirnya selama 2 jam lebih perjalanan yg menyesakkan nafas, dada, hati, pikiran tu..sampaila juga ke umah Keramat pukul 10.30 mlm. Bayangkan spatutnya perjalanan ke Keramat yg ambil masa dlm 20 minit tu boleh mencecah ke 2 jam lebih..pukul 5 ptg keluar ofis, pukul 10.30 mlm baru sampai. Mmg dlm sejarah betul la. Ikut kata abah, jammed teruk tu sbb ada pokok tumbang kat Flamingo MRR2.

Ptg hari khamis esoknya, badan MLuqman mula panas membahang. Anak umi dah demam, maybe sbb kena ujan renyai2 ari jammed teruk tu. Mlm tu dah bg ubat tp panas badan dia cuma berkurangan sikit saja. Esoknya, jumaat..mmg demam panas MLuqman masih ada..ditambah dgn cirit birit & muntah. Sian anak umi sayang ni. Atuk die pun bw MLuqman n umi ke Klinik Idzham kat Melawati. 4 botol ubat juga la MLuqman kena makan. Umi masuk ofis lambat sket, nak amek cuti susah la sket sbb isnin dpn nak cuti lg. MLuqman terpaksa umi bw g umah M'cik Ogy jg sbb nenek MLuqman keja pg. Sepanjang hari ni demam MLuqman berkurangan sket. Cuti hari sabtu & ahad kali ni mmg satu cabaran buat abah & umi sbb MLuqman meragam, merengek je sbb demam panas, cirit birit & muntah. Badan die betul2 panas..umi betul2 risau sbb demam panas bukan boleh dibiarkan. Umi dptkan nasihat Tok & nenek MLuqman, umi letakkan 'kool fever' pun tak berkesan..so, umi rajin mengelap kepala, ketiak, leher n celah peha MLuqman dgn air sejuk. Mmg umi akui takda masa umi nak study utk interviu, maybe ni dugaan Allah pd umi. 3 malam berturut2, umi dan abah tak lena tido malam sbb MLuqman tak dpt nak tido nyenyak, mybe tak selesa dgn keadaan tak sihatnya tu. Cuti sabtu ahad tu mmg kitorg takde keluar ke mana2, semata-mata menjaga anak kecik kitorg yg sakit. Akhirnya, hari selasa kemudian barulah MLuqman betul2 sembuh sepenuhnya..Alhamdulillah.

Seterusnya, pd 30/7 hari isnin..umi ada temuduga KPLI. Buat pertama kalinya umi dpt interview ni drpd 5 kali umi apply sejak 2003 lg. Arini MLuqman umi tinggalkan ngan atuk & nenek die. Abah pun apply cuti nak bg semangat kat umi. Nampaknya ramai yg berharap sgt umi dpt kursus KPLI ni. Umi pun harap jg, tp apakan daya..mmg susah sgt nak dpt..bagi umi, umi dah buat yg terbaik..kalau ada rezeki ada la, kalau takde redha je la..maybe belum ada rezki lg. Keputusan KPLI ni akan diperolehi pd Disember 2007 ni, lmbt lg..cuma skrg umi cuma dpt berdoa & bertawakal. Ya Allah, semoga adalah rezeki ku utk mendapatkan kelayakan ke Kursus KPLI ni..Aminn..

Berbalik pd kesihatan MLuqman skrg ni..start minggu lps MLuqman kerap buang air besar..dlm sehari tu dlm 7 kali die membuang..tp bukan cam cirit birit dah..smpai MLuqman ada masalah nappy rash, abih merah di celah kelangkang n bum bum die. Sian tgk die, tiap kali umi nak salin pampers, meraung berguling2 die tahan kesakitan. Lps umi beli n sapu drapolene cream, merah2 tu dah ilang cuma tnggal sket je kesan melecet. Umi akan terus sapu krim tu smpai ilang melecet tu. Yg pblm buang air besar tu, umi belikan susu dutch lady yg takde laktosa, tgk dulu ada perubahan ke tidak..kalau tak jg, mmg umi akan bwkan MLuqman jumpe doktor pakar. Mmg tak normal baby membuang lebih 5 kali sehari ni. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit yg ada pd anakku. Semoga anakku akan membesar dgn sihat sempurna..Aminn..

P/S : Rasa betul2 kekurangan bile update blog ni tanpa ada gambar terbaru MLuqman. Ape nak buat, umi & abah takde kamera or kamera phone. Kena pinjam lg la gamaknya.. :(

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform