Muhammad Luqman bin Muhammad Razif..

Tanggal 18 November 2006, 10.24 pagi, Alhamdulillah aku selamat melahirkan Muhammad Luqman bin Muhammad Razif, berat 2.67kg, secara pembedahan di Hospital Kulim, Kedah. Syukur pada Allah kerana mengurniakan baby lelaki yg comel dan sempurna padaku & suami yg kini bergelar ummi & abah. Umi terpaksa dibedah kerana kedudukan anak umi yg songsang. Memang tak disangka kerana pemeriksaan mingguan & harian sblm ni anak umi berada pd kedudukan yg betul..mungkin baby mmg nak keluar ikut 'tingkap' kot..hehe. Ape2 pun mmg Allah swt dah tetapkan yg umi akan melahirkan baby secara pembedahan..mungkin ada rahmat di sebaliknya.

Terdahulu, sebetulnya due date umi melahirkan adalah pd 11 Nov tp smpai ke 17hb pun msh belum ada sbrg tanda yg baby nak keluar dr perut umi ni. Syok sgt la kat dlm tu..hehe. Maknanya dah 6 hari overdue ni. Padahal umi dah siap amek cuti bersalin start dr 1 Nov lg dan balik kmpg start raya kedua. Abah baby pula tiap2 hujung minggu mesti balik kampung jenguk umi kot2 dah nak bersalin. Tunggu punya tunggu tak juga turun tanda. Last skali 17hb, Jumaat..umi perasan ada tanda, maybe dah sampai masanya cuma mmg takde rasa sakit lgsung. Umi call akak umi, kak lina. Die terus amek half day n balik bawa umi g hospital. Mmg die risau sgt2.

Kat hospital nurse check, die ckp blum smpai waktu lg ni..tp disebabkan overdue terus kena tahan masuk wad. Belum sempat keluar dr check kt bilik bersalin tu..sorang doktor dtg try letak scanner kat perut umi. Terus die ckp, breech ni..ish tak mungkin la..smlm br check ok je. Pastu die terus scan betul2..mmg confirm songsang. So, trus doc ckp esok kena operate. Umi call abah baby, abah masih di KL, tiket bas mmg dah beli, bertolak mlm ni..bile semua kata ok..so, tak blh ckp ape dah..tunggu je kat hospital smtara tunggu operate esok pg. Berdebar, takut semua ada.

Esoknya, sblm subuh abah baby dah smpai. Kitorg solat subuh dulu..pastu abah baby siap baca yasin lg minta Allah permudahkan semua selamat. Lebih kurang pukul 10 pg, umi ditolak ke dewan bedah..umi mmg dah pening2 lalat tp sempat la nampak abah baby, abah umi, mak umi. Masuk ke dewan bedah, Subhanallah..sejuk yg teramat sgt..menggigil seluruh tubuh badan umi. Umi cuma doakan cepat la semua ni berlalu & semua selamat. Entah ape yg doktor2 dan nurse2 buat pada umi pun umi dah tak tau & tak hiraukan. Mmg umi tak rasa langsung bile doc belah perut umi tu sbb bius separuh..tup2 dengar suara baby menangis. Umi pun pikir "tu suara anak aku ke tu?" Tak lama lepas tu nurse buke penutup oksigen kat umi n tunjuk 'tuttut' baby n tanya boy or girl, umi pun jawab boy..pastu die bg umi cium baby yg masih basah lg. Alhamdulillah syukur pd Allah swt. Sejuk still ada lg..mmg menggigil tak abih2 la. Lepas tu dah tak dengar suara baby. Umi dok pikir mana baby ni..umi tanya sorg nurse, mana anak umi..nurse ckp dah kat wad. Mm..maknanya abah baby dah tgk baby la tu untuk azankan kat telinga baby. Lama juga umi tunggu kat bilik bedah tu dlm kesejukan, tak tau kenapa.

Lepas tu umi dibawa ke wad umi td..semua pergerakan mengangkat umi dilakukan secara perlahan2..masa ni umi tak rasa sakit lg tp takut la.. ye la perut br kena belah td. Tapi umi mmg tak penah rasa sakit bersalin la nampaknya. Kat wad abah baby pun ada dengan mak umi..Tak sangka umi dan abah dah jd ibubapa skrg ni.

Ok..nnt umi akan sambung Mengimbau Kenangan Lalu 2..(dah panjang sgt dah ni..hehe)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform