Mengimbau Kenangan Lalu 3...

Nak sambung balik cite2 pengalaman umi dengan Muhammad Luqman yg telah berlalu. Ni yg last la, lps ni semua cite terbaru saja.

Selepas pulang dari hospital, umi berpantang sambil menjaga anak umi di rumah Tok & Tokwan MLuqman di Kampung Keladi, Kulim, Kedah. Hari ke-4 sampai hari ke 10, sorang nurse akan dtg check MLuqman dan tempat operate kat perut umi. Alhamdulillah MLuqman takde tanda terkena penyakit kuning dan luka pembedahan umi pun semakin baik.

Memang mencabar menjaga anak kecik umi ni sbb malam2 susah betul die nak tido, dah la nangis kuat. Boleh dikatakan minggu pertama & kedua kat umah umi tak tido langsung siang dan malam. Mmg meletihkan, tapi umi bertuah sebab ada mak (Tok MLuqman) yg tolong umi dlm menjaga MLuqman ni. Kalau umi tak tido, tok pun tak tido la jawabnya. Umi rasa ini mungkin dugaan oleh Allah disebabkan umi tak penah rasa sakit bersalin..umi cuma rasa sakit selepas operate..mmg susah juga. Tak dilupakan juga abah MLuqman pun byk tolong umi juga sbb abah MLuqman amek cuti tambahan untuk menjaga umi dan baby.

Tali pusat MLuqman tanggal hari ke 11. Hari ke 14 tu, Tokwan buat kenduri cukur rambut & tahnik MLuqman dan baca yasin Tok & Tokwan nak berangkat ke Mekah 10 hari lg iaitu pd 10 Dis '06. Dah cukur rambut MLuqman, comel la anak umi ni botak..hehe. Banyak juga rambut die, lebat. Nanti umi akan timbang ikut nilai emas semasa dan sedekah pd fakir miskin/anak yatim, InsyaAllah (baru2 ni umi dah timbang rambut MLuqman budget dlm RM300 jugakla kena sedekah, insyaAllah minggu ni umi & abah akan sedekah pd 1 famili anak yatim piatu)... Ade cite kelakar, Muhammad Luqman ni kalau hari biasa sblm ni kalau die tgh tido, pantang bunyi sikit pasti die terkejut n nangis sekuat hati, (sampai umi fobia kalau MLuqman bgn tido..hehe) tapi hari kenduri tu die tido sungguh2, org dtg melawat die, die tido betul tak ingat ape..hehe. Bile atuk die (abah MLuqman tak dapat datang sbb kene kursus keje kat Damansara seminggu. Cuma atuk, nenek n pakcik Latiff je dtg) angkat & dukung die bawa ke setiap org lelaki yg sedang berselawat nabi dan pegang & cium die pun die tido, tak sedar2. Memang anak umi ni pandai berlakon la..sepatutnya die mesti jaga atau menangis dgn suara berselawat yg kuat tu. Umi tau, anak umi ni takut ni..hehe. Masa tahnik iaitu bile imam masjid masukkan isi kurma kat lelangit die pun die tido juga. Padahal umi, tok semua mmg betul2 risau takut program tak jadi, takut MLuqman melalak satu majlis..hehe. Alhamdulillah anak umi ni memang anak yg baik & soleh..Amin.

Mm..umi mmg fobia kalau MLuqman bangun tido..kalau boleh nak die tido lama tp dgr bunyi sket je trus die nangis. Nasib baik tok masih ada masa tu. 10hb, Tok & Tokwan berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Umi hanya sempat berpantang dgn tok 22 hari saja. Mmg umi betul2 sedih bile fikirkan sapa yg akan tolong umi jaga MLuqman ni. Berkali2 umi pesan pd tok & tokwan doa depan kaabah untuk umi & anak umi ni. Seminggu selepas tu abah MLuqman n nenek pun dtg jemput umi & baby balik ke KL. Umi akan habiskan pantang dgn emak mertua umi (nenek) di rumah Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Alhamdulillah nenek ambil cuti selama 15 hari semata2 untuk menjaga umi & baby. Mmg umi bertuah, Allah telah permudahkan segala2nya. Syukur Alhamdulillah.

Di KL, Muhammad Luqman berubah kelakuan berbanding di Kulim. Mungkin perubahan tempat. Die tak lagi kuat nangis seperti dulu tp susah tido siang dan senang tido malam. Kalau siang, dia bangun pukul 8 pagi..sepanjang siang die tak tido, kalau tido pun tak sampai setengah jam dah jaga sbb terkejut, (mmg MLuqman ni kuat terkejut smpai sekarang ni) pastu dia jaga sampai pukul 9, 10 mlm baru nak tido balik. Camne la nak cepat membesar anak umi ni. Dlm masa tu dah beberapa klinik umi bawakan MLuqman sbb nafas die berbunyi tp menurut kata doktor, benda ni biasa buat sesetengah baby sbb saluran masih sempit, bile die makin membesar, saluran membesar dan bunyi akan hilang. Dan alhamdulillah mmg bunyi tu hilang seiring membesarnya anak umi ni, umi sendiri pun tak sedar bile bunyi tu hilang.

Umi dapat menjaga MLuqman sepenuhnya dalam masa 2 bulan 1/2 sbb umi sambung cuti bersalin ke cuti tanpa gaji selama sebulan. Bermula awal bulan Februari umi mula bekerja. Umi meninggalkan anak umi ni di nursery selang sebuah rumah di Lembah Keramat. Alhamdulillah nursery (sekolah) ni menjaga MLuqman dengan sebaik2nya. Seminggu, 2 minggu pertama bekerja, kami bertiga memulakan kehidupan di rumah kami di Kota Damansara. Pagi2 pukul 7 dah keluar rumah, anta MLuqman ke sekolah. Pastu br g tempat keje masing2. Petang, balik umah umi amek MLuqman, tunggu abah MLuqman balik. Malam baru sampai umah Kota Damansara. Orang tua pun letih apatah lagi si kecil umi tu. Melihat keadaan yg tak terurus camtu, atuk & nenek MLuqman suruh kami bertiga tinggal di Lembah Keramat pada hari bekerja dan balik ke rumah sendiri pada hujung minggu. Sampai ke saat ini beginilah kehidupan kami. Belum tau bagaimana pula hari yg mendatang.

Esok, Muhammad Luqman akan masuk usia 5 bulan. Alhamdulillah umi masih lagi dapat membesarkan anak umi walaupun umi bekerja. Sekurang2nya anak umi dapat berdikari sejak bayi lg (kata2 dr seorang yg tak dpt menjaga anaknya sepenuh masa..hehe). Dalam usia sekarang, Muhammad Luqman sudah dapat mengecam umi & abahnya. Kalau umi tak dukung, mula la bunyi merengek2..manja betul dengan umi. Anak umi suke ketawa kuat kalau ada org mengacah, suke tengok cermin, suke kalau org dukung die bawa jalan2, boring kalau org tinggalkan die terbaring je..suke masukkan ape saja yg dipegang ke dalam mulut..ape lg ek, itu saje yg umi ingat buat masa ni.

Oklah, di kesempatan ini umi nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg telah menolong umi dlm membesarkan Muhammad Luqman. Kepada suamiku, mak abah Kulim, mak abah KL, kakak2 ku, adik2 ku, mak2 sedara, cikgu2 di sekolah MLuqman dan sesiapa saja yg namanya tak disebut di sini, jasa anda semua tak terbalas olehku, hanya terima kasih tak terhingga saja yg dapat diucapkan. Bantulah aku & suami untuk menjadi ummi & abah yg terbaik buat anak kami. Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform