Majlis Perkahwinan Mohd Adib dan Nurul Amirah

Assalamualaikum..

Pada 30 April dan 1 Mei lepas, umi sekeluarga bz join majlis nikah kahwin anak Toknjang Zah dan Yaakob, sepupu umi sendiri iaitu Pakngah Adib..yg dok sebelah umah Tokwan kat Kulim tu. Adib ni sebaya ngan Pakndak Man..jadi nnt kenduri sambut menantu akan diadakan serentak la di Kulim..2 pasang pengantin. InsyaAllah.. Berjodoh dgn orang Subang Perdana, jadi semua pakat berkumpul di KL sini lah. Time camni lah nak berkumpul berjumpa sanak saudara walaupun tak kesemuanya kan..

Akad nikah pada Sabtu, dan kenduri belah pengantin pompuan pada Ahad, jadi berjumpa dgn orang2 yg sama dua2 hari tu. Kitorang ingat nak lepak Keramat je..dekat sket tp abah ada job PA lak..dua2 hari. Terpaksa balik Putrajaya..tp bg budak2 tido semalam kat umah Atok nenek..esoknya nak ke kenduri, singgah jemput diorang dulu.

Tok Tokwan tak dpt datang sebab sunyi kat kampung, Toknjang sekeluarga pakat naik KL kan..jadi kami anak2 saja lah wakil..tu pun dah meriah la..anak Tokwan kan ramai.hehe. Yg join..umi sekeluarga, Paknjang Najib sekeluarga, Achik sekeluarga dan Pakndak Man ngan Makndak Tikah. Seronok dpt berkumpul dgn saudara mara lain..hari2 biasa susah nak jumpa kan. Nanti kenduri belah pengantin lelaki..lagi meriah pakat turun Kulim..

Umi buat 2 entri..sbb gambar banyak. 1 untuk akad nikah..1 lagi utk resepsi kenduri.

Suasana pada majlis akad nikah di Masjid Taman Subang Perdana. Sebenarnya tempat ni mmg selalu kitorang sekeluarga dtg..so mmg senang la nak ke sana. Memang dua2 hari sampai awal la.
Ada juga kelibat si gemuk umi..wakakak. Baju dah cam sarung nangka mujur tak nampak dlm gambar ye..hahaha
Dengan 2x lafaz, maka sah la mereka berdua menjadi sepasang suami isteri. Alhamdulillah. Toknjang dah terima menantu yg kedua..kali ni anak laki sulung. Dulu anak sulung Maklong Siah aka Aida dah ada 2 orang anak. Anak ke 3 bakal berkahwin awal tahun dpn. InsyaAllah..
Semoga berkekalan kekal bahagia hingga syurga Allah
Detik pilu pasangan pengantin bersama ibu bapa pengantin pompuan. Pertama kali menyerahkan anak pompuan kesayangan pada sang suami. Mira 3 badik pompuan saja..dia anak ye 2. Jadi, sangat syahdu suasana semasa pertemuan dgn ibu bapa tu..
Bersama keluarga pengantin pompuan. Ngan Toknjang berdua susah sket la nak dpt gambar sebab diorang memang tak suka bergambar..huhu..
3 Badik perempuan..
Pakngah Adib dan Maklong Siah aka Aida (nama maklong sgt sedap, Aida Jasmin..tp sejak kecik pakat dok panggil Siah..lekat sampai ke besar..gara2 petua org suruh panggil nama lain kalo baby suka nangis ye..)
Dgn adiknya Maklang Mira dan Tokcik Zakaria
Adik badik Pakngah Adib..yg takde Pakcik Apit..dia belum sampai dari Kulim. Kiri sekali Maksu Siti.
Bila masa Luqman selfie ngan Paklong Alfee ni..anak Tokcik Pah
Adik badik umi..alahai..gambar kitorang sekeluarga takde. Semua pakat kelaparan..tak sabar nak ke umah pengantin..terus tunggu dlm kete. Takde kenangan bergambar masa nikah.huhu. Taknak tunjuk si gemuk umi kot..wakakak
Ni 2 pasang pengantin yg bakal bersanding di majlis resepsi sambut menantu pihak lelaki di Kulim ujung bulan Mei nnt..InsyaAllah.. Tak sangka kawan dan sepupu dari lahir akan bersanding bersama kan..
Ni ha..budak2 pakat riuh rendah berkumpul naik kete Achik. Afiq dan Najla je yg belum tingin nak kumpul reramai camni lagi. Anak2 umi masa kecik mmg mahai sket..takmo kat orang2 lain selain family dia je.

Cucu Atok Nenek

Assalamualaikum..

Bulan 4 aritu ikut Atok Nenek g kenduri kawen sedara belah Atok kat Subang Jaya..kenduri buat mlm kat  One Place tak silap, shopping complex. Atok nenek ngan Paksu Amat dan Maksu Tira sekeluarga dari Keramat..kitorang lak dari Putrajaya..jumpa kat sana je la. Pakcik Latiff dan Makcik Anne terpaksa tarik diri saat akhir sebab tiba2 sakit kulit kat tgn..kena pegi klinik.

Tak rajin nak snap gambar2 ni..tp nenek ada snap gambar cucu2 masa nak balik kat basement parking..so boleh buat kenangan.

2 Gambar atas ni umi snap..tgk 2 badik tak naik main cam abg kakak ngan Fateh, umi snap la gambar diorang
Fateh tak sabar2 nak main berlari2..tu gambar goyang.hehe. Hepi dia kalo ada kawan.. Adik dia Sofia dok lena dlm stroller, tak dpt nak join bergambar.. Kalo tak, lengkap la gambar cucu Atok Nenek 6 orang. Bakal cucu2 coming soon.. InsyaAllah..semoga Allah permudahkan. Amin..

Najla peneman setia umi..dah pandai bercakap.

Assalamualaikum..

Si tencik umi yg comei ada lesung pipit, dagu terbelah..si Najla..mmg 24 jam dgn umi dia ni la kan..selagi belum sekolah. Nak masuk umur 2 tahun nnt bulan 7, dia dah pandai bercakap ngan kitorang dah. Alhamdulillah.. Dulu umi risau gak awat lambat sgt cakap ni..dok cakap bahasa Arab dia je walaupun umi paham..tp sekarang mmg dia betul2 dah pandai komunikasi ngan ahli keluarga dia walaupun pelat kan.

Sebut umi (meee), abah, kakak (tatak), abg (abam) semua dah boleh. Cuma umi dok cuba pahamkan apa yg dia nak sekarang ni..setakat ni mmg berjaya la. Contohnya macam nak pinggan frozen..pulun dia dok tunjuk arah dapur sebut 'jen..jen'..apo bondo adik nak ni. G dapur umi pulun pikir apa ye..owhh..pinggan frozen. Nak air..'yen..yen'..owh nak air oren..So terus bgtau yg lain sekali..ni adik panggil jen..pinggan frozen tau..air oren adik sebut yen.hehe.. Comei betul.

Alhamdulillah banyak dah la perkataan yg dia sebut. Kalo bahasakan diri sendiri, dia sebut 'La'. Kdg kitorang sebut adik..so dia sebut adik jugak. Si peneman setia umi ni. Umi kena g klinik so usung la dia sekali. Jom tgk..

Kat klinik gigi..ada tenpat menan..bg main seround
Ngantuk sungguh dia masa ni..cam kena ubat tido pulak..tak nak bangun walaupun umi dok kejut berkali. Start dari sebelum g klnik sampai masuk kete balik dia lena. Umi usung je la ke mana umi pegi.
Dlm kete sambung tido..bertuah tul.. dekat nak jemput abg Afiq baru dia jaga.

Hepi besday Afiq 5 tahun

Assalamualaikum..

Besday Afiq 5 tahun pada Ahad 8 Mei..sama ngan Hari Ibu ye tahun ni. Masa umi lahirkan dia tahun 2011 pun pada Hari Ibu jugak. Ahad, abah cancel job PA, so abah ada kat umah rest la. Sabtu dah kuar dari pagi sampai tgh malam..keletihan.

Petang, baru nak jalan..umi ajak abah makan laksa utara best kat Equine Park..tak tau buka ke tak..harap ada rezki..tingin makan laksa utara ni. Dah kul 6 pun..jengah la jugak walaupun ujan renyai dan jem.. Alhamdulillah rezki..dpt makan. Nikmatnya. Ok dah makan..pasni tak tingin.lg.hihi.

Balik ajak abah cari kek utk besday Afiq. Umi nak belanja. Abah n abg kakak suruh beli utk umah..umi n  Afiq nak beli utk sekolah. Nak beli dua2 mmg takde la bajetnya..huhu. So decide kat sekolah je la. Baru je makan kek umi sebijik aritu kan.. Ok nnt kita beli slice kek je utk diorang 4 badik. Sian Afiq mungkin dah last sekolah kat Tadika Kemas tahun ni..bg hepi potong kek ngan kawan2 dan cikgu macam abg kakak dulu2 gak. Tahun lepas just bagi goodies. Nak beli kek ni pun bajet yg kecik je..yg besar tak mampu la..umi baru hulur kat Tok Tokwan fulus sket utk kenduri kawen Pakndak Man nnt.. Alhamdulillah bantu ibubapa sket sekadar termampu.

Dapat la kek yg dihajati..Afiq nak kek Oreo Cheese..ikut la. Sian Luqman Jannah tak dpt rasa sebab slice kek yg ada kek lain. Takpe, nnt ada rezki kita p beli kek oreo cheese ye. Amin..InsyaAllah..

Esoknya, Isnin start sekolah..nak suruh abah antar kek Afiq dia segan. Dia nak anta Afiq je, malas nak jumpa2 cikgu or pembantu so umi la kena antar nnt. Dah umi antar, umi p cari kek apollo konon cam goodie la utk bebudak. Itu je bajetnya..takpe la. Minta cikgu tlg snapkan gambar majlis potong kek tu nnt.

Esoknya cikgu pun send gambar Afiq ngan kawan2 waktu potong kek. Comeiii...hehe. Cikgu Liza bgtau umi yg Afiq ni dah pandai baca..sekarang dok jadi cikgu ajar kwn2 yg tak pandai baca lagi..dgn beberapa lg kwn yg dah pandai baca. Alhamdulillah..berkat antar sekolah 4 tahun dah boleh baca, dah boleh berkawan. Tingat Luqman dulu, masuk Pra 6 tahun tu baru la nak kenal huruf sebab sekolah lama tak tekankan sgt. Jannah masuk Pra dah kenal huruf tp tak boleh baca lg. Najla mungkin kena ikut jejak abg Afiq dia..bg berkawan dan belajar sejak 4 tahun.

Jom tgk gambar Afiq potong kek ngan kengkawan. Risau umi takut kek tak cukup..beli yg 7" punya je. Tp Afiq cakap semua dapat makan. Tengok la si cinonit umi..awat Afiq kecik sgt antara kawan2 lelaki ngan kawan pompuan dia..hehe.. Tp kawan2 ramai yg 6 tahun la.

Alahaiii..tenciknya dia..hihi..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform