Beli jamu..set bersalin dalam pantang secara online

Assalamualaikum..

Alhamdulillah rezki dari Allah dapat gak umi merasa pantang guna set bersalin kali ni. Mula2 umi ingat tak payah la..sebab duit banyak dah keluar kan..nanti2 dah abis pantang minta la abah beli jamu apa2. Dalam pantang sekadar sapu minyak panas pastu tambah mandian herba pun cukup la.

Abah cakap kita try tanya nenek kot boleh dapat harga murah kat kedai jamu Kampung Baru, bawah umah Moyang Teh tu..sekali nenek kata takde murah la.. Makcik Anne dah tanya aritu, lebih kurang harga online je..so abah cakap beli online je la. Abah pun ada jadi agen dropship, dapat harga murah.

Abah suruh survey tgk nak barang apa..umi dah ingat nak ambil loose item, bukan set la kan..sekali tgk2..eh lebih kurang harga set je pun. Abah pulak memang dapat diskaun banyak jugak. So keputusannya..amek set bersalin je la. Harga murah dan banyak barang boleh dpt.

Ok, sebelum bagitau set apa umi amek..umi nak citer pengalaman dulu2 amek set bersalin apa. Masa Luqman umi tak prepare nak beli apa pun..tp umi ada dpt set bersalin jenama apa tak tau..dari Indonesia tu..tak pasti Nekcu belikan atau abah suruh Nekcu belikan.

Masa Jannah umi tak beli langsung set bersalin..maybe tak nak minta kat abah disebabkan masalah kewangan kot. Dah la urut badan pun umi jarang2 utk 4x bersalin ni. Badan banyak angin la gamaknya..huhu.

Masa Afiq Alhamdulillah umi keje kan sebelum benti keje. Umi dah peruntukan 2 bulan gaji terakhir tu dlm RM1k utk persediaan bersalin. So dapat la beli set jamu mahai sket..Nona Roguy. Last, masa Najla abah belikan umi set bersalin jenama Anugerah. Ok la..asal ada sudah. Utk dalaman umi jugak..selepas 9 bulan usung baby dlm perut..putus segala urat waktu bersalin.

Ok..rezki bersalin kali ke 5 ni..mengandungkan si kembar dgn perut besarnya..beratnya..tak laratnya..kali ni lagi lebih kot keadaan dalaman badan ni tak elok. Sepatutnya kena pantang betul2 nnt..nak operate ceasar pulak tu kan.. Berat umi sekarang pun mencanak2 ye naik..dah nak sampai 80kg dah..pecah rekod sungguh la. Baju suar banyak tak muat..ketat abis.huhu.

Umi pilih set bersalin yg murah je la..asal ada je..tgk barang dalam set tu pun ok.  Itulah dia..Set Bersalin Mak Bidan daripada DHerbs Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris tu. Harga asal RM199. Abah dapat harga selepas diskaun RM129. Ok sgt la tu. Dah tak nak amek kat kedai dia di Kajang, kitorang guna cara pos..jadi total bayar RM140 la. Masih ok la tu kan..

Dalam tu ada 8 barang yg umi dapat termasuk free mandian herba. Sekarang tinggal tungku baby je belum ada..mana nak cari tak tau. Umi ada google cara nak buat sendiri..boleh nak buat tp umi tak tau mana nak cari habbatus sauda..jintan hitam tu. Harap2 dapat setelkan sebelum bersalin. Penting sgt tungku utk babies boy berdua tu..utk elak penyakit angin pasang. Nauzubilah minta dijauhkan.. Dulu Najla punya ada..tp dah 2 tahun umi pun tak tau mana letak..cari tak jumpa.

Dah sampai umah bungkusan melalui Skynet..besar kotaknya..
Ni 8 barangan yg sangat berguna utk penjagaan lepas bersalin umi nanti. Yg tungku utk ibu tu umi tak pernah guna..ada orang kata tak best sbb sekejap je sejuk lepas rebus..lagi bagus guna batu sungai. Tp mana nak cari weyh..umi penah beli besi berat gila..nak tungku pun malas jadinya. Mana tau yg ni mudah boleh pulak umi buat betul2 kan.. Tungku baby je la nak cari sekarang ni..

Apa dah jadi gigi Jannah ni??

Assalamualaikum

Umi suruh Jannah tunjuk gigi dia nak snap gambar masuk dlm blog. Kenangan nnt dia dah besar nak tgk gigi dia masa umur 8 tahun.

Apa dah jadi la gigi budak kecik ni..tengok la..ngeri dah umi tgk. Gigi kekal tumbuh dah senget benget, sebab gigi susu tak gugur2..kat sekolah nurse dok pegi pun tak cabut yg goyang..pelik tul.

Umi penah bawa pegi klinik sekali..yg gugur sendiri pun dah berapa batang. Tu tinggal sebatang goyang sgt2 tp tak nak gugur pulak dia. Tak rajinnya nak bawa pegi klinik. Umi nak tarik cabut sendiri..aduhh seriauu..takut pulak.huhu..

Tak tersusun..senget benget gigi dia. Ni kalo nak betulkan kena pakai braces la gamaknya kan.. Gigi Jannah ni memang tak lawa sket banding adik badik yg lain.hehe..

Update dlm masa 2 hari gigi susu depan Jannah tu dah tanggal. Tah camne dok main ngan Luqman ngan adik2, terkena gigi kot..tgk2 dah tanggal. Tak sakit dan tak darah pun..mmg goyang sgt2 dah.

Sekarang tinggal gigi kekal kat depan gusi atas tu..nampak jelas le senget bengetnya. Pandai2 la kakak ye..control senyum..hihihi..




Main troli ofis abah pulak..

Assalamualaikum..

Abah ada bawa balik set PA yg dia handle kat 1 majlis malam merdeka tak silap. Tak sempat nak hantar ke ofis biz Bangi abah semula sbb keje kan..ada la kat umah ni..sekali ngan troli angkut barang PA.

Bebudak dah tgk leh gerak2 tolak ni..suka la nak buat main. Sat abg Afiq..sat adik Najla..dok tolak kat umah bawah tu.

Nah..tgk ni..


Beli romper baby online

Assalamualaikum..

1st time umi beli baju baby secara online..dah lama tinggal biz online ni..tak tau bila nak sambung semula. Dah lama juga tak membeli barang online juga la.

Kebetulan aritu kat newsfeed FB umi keluar page baju2 baby..tak silap Jual Murah Online kot..jual romper dgn sleepsuit. Macam berkenan je..takde lg romper dan baju siang pun tak banyak. So, wasap abah nak beli baju baby ni la..nak guna duit sendiri la sebenarnya tp nak bgtau abah dulu. Sekali abah reply, ok order terus..abah bayar.

Haihh..umi jawab, umi yg nak bayar..kan abah dah nak belikan set bersalin. Tp takpe abah cakap..abah bayar dua2 sekali.huhu. Abah sian kat umi, sbb umi lg la tak byk duit..harap duit abah hulur je la. Sian abah, duit dah banyak kuar utk persiapan bersalin umi nnt. Nak buat camna, memang perlu pun benda tu semua..terpaksa la juga..mudah2an semakin murah rezki abah lepas ni dgn kehadiran si kembar dlm perut umi nnt. InsyaAllah..Aminn..

Umi order 2 set baju la..sbb kembar kan..nak baju yg sama. Tanya saiz baju camne, tokey baju ckp cutting kecik..jadi kena amek yg besar boleh pakai lama. Mm..dah tak dpt nak tgk sendiri kan..umi amek yg 9 bulan punya. Lupa..umi order set romper 4 helai dgn 6 stokin. Senang ada stokin siap2 kan.. Harga RM45 termasuk pos utk 1 set..jadi 2 set RM90 la. Kalo yg takde stokin lak, romper 5 helai harga RM40 termasuk pos.

Alhamdulillah dah selamat sampai ke tgn umi lepas merdeka aritu. Bila buka saiz 9 pun mmg cutting kecik. Daripada newborn pun dah boleh pakai rasanya..ok la tu. Comei je tgk colourful.. Cuma stokin tu tak sama la..diorang main isi random je tu. Ada kecik, ada besar..asalkan boleh guna ok je.

Antara baju2 baby yg dijual. Umi amek set atas sekali tu..4 romper dengan 6 stokin. Kalo ada rezki lebih nnt boleh beli sleepsuit pulak..tp pakaikan romper kat baby comei dan selesa rasa kan..
Umi cakap nak set yg sama sbb dia kata biasa tak leh pilih sbb diorang amek secara random. So, bila ckp utk twin, dia kata boleh la dia cari yg sama corak baju. Dia send gambar testimoni baby twin boy yg penah beli. Comei..tak sabar nak pakaikan kat twin boy umi..hehe..
Alhamdulillah..dah sampai baju romper babies umi..suka sgttt.. Dah twin dpt sorang 4 helai je la kan..ok la tu..rezki babies..
Ni corak 4 helai romper babies umi..comeiii..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform