Abg Adik Comei

Assalamualaikum..

Sedondon biru..comei pulak umi tgk 2 badik Afiq Najla ni bergambar bersama. Ni masa umi ngan Najla jemput Afiq balik sekolah. Tahun 2016 ni Afiq sekolah pagi, join ngan pelajar 6 thn. Cikgu Liza, cikgu dia tahun lepas bawa Afiq sekali..so sekolah pagi, balik tengahari. Abg Afiq punya baju Kemas mmg kaler biru, pastu kebetulan adik Najla pun umi pakaikn serba biru.

1st time adik pakai baju ni. Alang Tie bg aritu kat Najla masa balik kampung. Baju Syazwani tak penah pakai lg sebab ketat. Pakaikan kat Najla tgk muat2 je, mmg sesuai sgt.

Kebetulan baju Frozen, pakaikan ngan suar Frozen Pakcik Fauze bagi kat Najla masa kecik2 dulu selai suar ni je. Tak sangka leh padankan ngan baju ni..biru ngam biru.hehe..

Abang sayang adik..ada gaya kann..
Hepi betul dia kalo nampak abang Afiq jalan dari sekolah nak masuk kete. Kawan dah balik, die kata.hehe..
Ni lagi ada gaya..abang sayang adik..hihihi..



Rajin..rajin update blog.

Assalamualaikum..

Wahai rajin, mai la kat umi bg rajin update blog niii..dari 1 Januari aritu sampai dah masuk tgh bln pun dok bersawang lg. Entri bercuti Penang pun tak siap2.huhu. Rajin..rajinnn..

Jom masuk gambar2 bebudak la..kenangan semua ni.. Sambil citer sket pasal perkembangan diorang serba sket.

Afiq try baju sukan sekolah yg baru dapat daripada cikgu.
Luqman sekarang ni beza dari Luqman dulu.. Makan kuat sekarang, pastu badan dah gemuk..muka pun berisi. Semua perasan perubahan dia.
Dua sekawan..sekejap kawan baik, sekejap bergaduh.
Alaa..tecian adik Najla tido sambil berdiri. Biasa dah pemandangan dia terlena dlm kete ni. Dok ikut umi kuar masuk umah..sehari berkali2 anta jemput sekolah.
Jannah kat kelas kafa..sekolah agama.
Dapat surat daripada Qistina, kawan sekelas dia yg dulu transit ngan kitorang..tahun ni umi tarik diri la.huhu..
Ni pun dua sekawan, tak penah bergaduh lagi cam abg kakak. Tp adik dah tunjuk garang kat abang dah.
Umi belikan songkok baru kat Luqman..p cari kat Warta Bangi nun..
Puteri kecik umi..manja umi
2 badik baru balik sekolah

Hari pertama tahun 2016 - 1 Januari 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur pada Allah kita masih diberi peluang oleh Allah utk bernafas di muka bumi ini. Arini dah masuk tahun baru 2016..maka akan bertambah lagi lah usia kita semua.

Umi sekeluarga macam biasa lah..dah masuk tahun baru, maka anak2 pun akan mula bersekolah. Masuk sekolah, umi pun akan bz dgn rutin seharian..jemput hantar anak2 sekolah. Masih di sekolah yg sama, Luqman naik ke Tahun 4, Jannah ke Tahun 2 manakala Afiq sekolah tadika Kemas 5 tahun.

Sepatutnya Afiq join kelas 5 tahun dgn cikgu lain, tp Cikgu Liza yg ajar Afiq tahun lepas tarik atau bawa Afiq sekali bersama pelajar 6 tahun. Maka, akan berubahlah waktu persekolahan..Afiq kena belajar sesi pagi, tak macam tahun lepas sesi petang.

Masuk je gambar takde kaitan pun..janji gambar kitorang je.hehe..

Makan sendiri..sepah serah kat dia la. Kalo nak makan sendiri, memang dia tak layan umi suap.
Kuat minum air gak si kecik ni. Tp sampai sekarang tak dengar lagi dia sebut perkataan 'air'. Lambat betul adik ni cakap. Dia saja je tak nak cakap ni, nak sebut bahasa die je.. Orang cakap ngan dia paham aje, tp tak nak sebut betul2 langsung.
Pemandangan biasa kalo ptg2 jemput abg kakak balik kafa. Diorang lena kat umah lagi, usung masuk kete sambung lena balik.hehe.. Nak tinggal kat umah, takde sapa nak jaga kan..so usung la semuanya.
Pakat nak jadi superhero..kat KFC Setiawangsa ni..nak balik Keramat singgah makan sini dulu..dah lapar dan tempat senang nak cari makan. Disebabkan Afiq rendah, terpaksa la masuk muka kat watak super heroin.hihihi..

Jom pi umah Tokwan Tok Kulim..

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir tahun 2016 - 31 Disember 2016..pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Esok dah masuk tahun baru..bermakna semua kita akan meningkat umur setahun lagi. Anak2 makin membesar, umi abah dah semakin tua..

Budak2 pun akan mula bersekolah minggu depan..semua keluarga akan kembali ke rutin asal. Orang bekerja mungkin sama, tp bg umi dan anak2, akan berubah rutin..hepi2 cuti panjang dah berlalu.

Entri ni, umi nak korek2 balik pasal balik ke Kulim umah Tokwan Tok lepas bercuti 2 hari di Penang tu  Kitorang kat kampung 4 malam. Takde adik badik umi yg lain balik masa ni..kecuali Alang Tie dan Maklong Lina yg dok kat Kulim. Budak2 ni sempat la bermain kawan2 ngan sepupu yg ada. Kalo tak, boring jugak diorang.hehe..

Suruh abah snap video Paktam nyanyi buat kenangan.hehe..
Paktam, kawan baik Tokwan ni..sampaikan baik ngan kitorang anak2 Tokwan Tok sekali. Paktam dan Maktam penah dtg bermalam umah Putrajaya kitorang dulu ngan Tok Tokwan. Tak sangka Paktam pandai nyanyi ye..sedap suara dia. Sempat la nyanyi 2 lagu kat majlis kenduri kawen tu.hehe.. Cayalahhh..!

Kenduri kawen yg umi ngan anak2 join, ada 1 lg kenduri tahlil kat kampung. Yg lain semua abah je g majlis marhaban dan baca Yasin ikut Tokwan. Makan je la abah tu.hihi..
Antara majlis marhaban dan baca Yasin yg abah snap gambar. Semua warga emas.. Abah je la kot yg muda sket. Kena ikut pak mertua..hihi. Kalo balik kampung mmg wajib Tokwan ajak abah. Kalo ada anak sendiri pun tetap diajak menantu sorang ni..kihkih..

Tebu yg Tokwan tanam dah siap ditebang menunggu utk diproses dapatkan air tebu. Banyak kali ni Tokwan kata, maybe dlm 60kg. Jenuh umi, abah, Tokwan dan Tok meraut batang tebu sampai lenguh tgn.haha. Esoknya cuci lak bagi bersih setiap batang tebu. Yg dok beli kat luar tu basuh ke tak?? Kotor ok kalo tak cuci..
Tokwan dan abah hantar ke kedai jual air tebu utk mesin dapatkan air tebu. Penjual tebu pun cakap diorang tak raut batang tebu dan cuci sebersih cam kitorang buat.
Banyak tul hasilnya..3 tong air tu kalo tak silap. Abah dah sedekah ke Kampung Dusun, utk umah Toknjang sbb ada family dari Terengganu dtg merisik Maklang Mira, anak Toknjang. Selebihnya utk kitorang kat umah la. Tah berapa gelas umi abah telan air tebu tak tau la..hehe.. Budak2 je yg tak suka. Budak2 skrg ni mmg tak feel cam dolu2. Umi dulu siap gigit2 sedut air tebu dari batang tebu tu..
Abah snap gambar ni masa dia still kat kedai jual air tebu. Fresh dari ladang katanya. Manis belecas tak yah letak gula ke apa.. Salah 1 nikmat kurniaan Allah pd kita.

Laksa tempurung Kulim..dpt.merasa gak akhirnya balik kampung kali ni. Mm..umi tak minat sgt kott..sori sape yg ckp best tu. Kalo ikut tekak umi hantu laksa ni..mmg tak berapa best la. Tak macam laksa utara ponnn..
Cucu2 lelaki Tokwan Tok..lg 2 orang takda..(Abg Is ngan Afiq).



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform