Anak2 hepi ngan sepupu diorang..Qistina n Erin

Assalamualaikum..

Ni masa sepupu budak2 ni Qistina n Erin, anak Paknjang Najib n Maknjang Azma mai tido umah kitorang 2 malam sebab adik diorang Sofea admit Hospital Selayang. Ada jangkitan kuman n operate kelenjar apetah kat leher n kepala tu. Budak2 tak leh masuk hospital so, susah la ibu abah diorang nak g sana..so umi tawarkan budak2 tu mai lepak Putrajaya..leh main ngan bebudak ni. Kitorang g jemput la masa melawat Sofea.

Malam pertama tu nak jadi citer, Luqman tak dapat nak hepi2 main ngan kengkawan sebab terjatuh licin kat surau lepas Maghrib. Balik tu dia nangis ngadu mata rabun, sakit kepala, nak muntah. So, umi abah bawa la ke Kecemasan Hospital Putrajaya..tp cam biasa situ confirm ramai..tah sampai pun lum siap. So, balik la..cari swasta pakat tutup lak. Sok pagi2 la abah kata. Tgk Luqman pun dah ok. Jannah n the geng tinggal kat Pakndak Man kat umah la.

Sok pagi abah bawa Luqman ke hospital..check bagai doc tak buat x-ray pun..just check fizikal dan cakap takde apa. Tak puas ati la gak kan sebenarnya. Tp Luqman pun dah aktif bersukaria main ngan kengkawan. Kebetulan pagi tu ada appointment Najla 5 bulan kat Klinik Kesihatan, umi usung la rakyat yg ramai tu. Ramainya orang kata anak2 pompuan ni.hehe. Abah g ke Sepang anta borang sekolah agama kafa Luqman. Jemput n hantar kitorang je sebelum g ofis.

Ok, itulah dia citenya. Budak2 ni kalo jumpa kengkawan sepupu sepapat mmg kecoh la. Main tak ingat dunia. Sama la kalo balik kampung. Sepupu sepapat ramai kan.. Jom tgk aksi diorang.

Tgk tv sama2..
Makan sama2..
Baring sama2..
Solat sama2..Alhamdulillah

Najla dan cermin

Assalamualaikum..

Kat Keramat ni..baby Najla suka sgt kalo tgk muka dia kat cermin. Umi tingat Abg Luqman masa baby dulu ada bergambar depan cermin camni, so ajak Najla seround..hehe. Jom layan aksi dia.

Haii..nama saya Najla..hehe..

Bawa Tokwan naik Cruise Putrajaya.

Assalamualaikum..

Masa Tokwan mai anta kete Achik Azah ngan Maksu Yayah n Pakndak Man aritu, Tokwan lepak umah kitorang 2 malam. Isnin sehari sebelum balik Kulim, abah still keje..so abah cakap bawa la Tokwan naik Cruise Putrajaya..tak la boring sangat dok je dalam umah kan..so, tanya Tokwan..die pun ok, mai kita naik Cruise sekali lg. Kali ni waktu siang..nampak sket pemandangan dan perjalanan pun lama la sket banding naik waktu malam cam aritu.

Kat kaunter tiket, Tokwan siap minta diskaun..so dapat la murah sket.hehe. Sesiapa yg nak naik lain kali try la minta diskaun ye..mudah2an dapat save duit poket sket. Yg malam dulu pun kitorang dapat harga murah je pun..kira boleh tolak ansur la.

Tokwan puas ati nampaknya dapat naik cruise ni. Tokwan cakap nak ajak Tok n Maksu Yayah la pulak naik lain kali. InsyaAllah. Kitorang naik ke bumbung cruise gak tgk pemandangan. Walaupun tengahari tp takde la panas pun..agaknya sejuk air tasik kot.

Dapat gak la beberapa ilmu pasal Putrajaya ni sepanjang dlm cruise..cam harga umah yg berjuta-juta, Masjid Besi muat 21k jemaah dalam satu masa, manakala Masjid Putra muat 15k jemaah. Air tasik diambil daripada 2 sungai..dah lupa sungai ape.hihi. Pastu, jambatan untuk monorel tak siap..tak tau la bila nak siap tu.

Oklah, itu saja kenangan naik cruise ngan Tokwan. Citer pasal balik kampung tak setel lagi ni..dok draf tak sudah..tunggu free la. Gambar dah upload pun. Up entri ni dulu ye. Babai.

Ulangtahun Perkahwinan 9 tahun.. Alhamdulillah.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah 2 Disember yg lalu, genap la usia perkahwinan umi abah yg ke 9 tahun. Pejam celik, pejam celik..cepat je masa berlalu. Anak pun dah 4 orang..syukur. Umi abah pun dah bulat rupa bola.haha.. Anak2 maintain kecik molek, nak wat guanerr..sape suruh tak nak kuat makan cam umi abah.hihi.

Semoga hubungan kami ini akan berkekalan dan bahagia sehingga syurga Allah.. Semoga Allah memberkati keluarga kami, dilimpahkan rezeki..diberikan kebaikan dunia dan akhirat.. InsyaAllah. Aminn.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform