Jalan-jalan Makan-makan..

Sabtu aritu kitorang 1 keluarga adalah bz sket sbb mcm2 tempat nak kena g. Mula2 pg tu Luqman ada sukan sekolah..selalu tanya die masuk acara ape2 tak..die jawab tak, just perbarisan.

So, umi pikir tak yah la tunggu kat sekolah kalo camtu..umi nak wat keje umah, pek baju..iron baju lg sbb nak g kenduri 2 buah umah ptg kang n terus tido umah Keramat. Tp ropenya Luqman masuk gak sukaneka..sian umi abah sume tak g tengok bg sokongan. Dpt no. 3 die dok usung ke mana saja trofi gangsa die tu walaupun dah ari Isnin ni.hehe. Kat sekolah, dah nangis die ingat umi tak datang jemput..abis acara die awal lak. Umi bajet 10 lebih la jemput die seperti dimaklumkan oleh pembantu cikgu.




Ok, balik umah terus bersiap gerak ke Bukit Antarabangsa kenduri akikah bb sulung Zurita, member sekolah abah. Pastu, terus ke Sungai Buloh, umah Syamil juga member sekolah abah..n wat kenduri akikah anak sulung die gak.

Pusing balik ke Keramat..sampai umah dah kul 6 lebih..bg budak2 mandi siap sume..pas Maghrib terus kuar 1 kuarga Keramat kecuali Pakcik Latif..kitorang makan2 di Restoran Tupai-tupai, Ampang. Maklong Shikin belanja lg..makan steambot. So, bayangkan aje lah perut kitorang pada ari ini..jalan2 dan makan2.hehe. Syukur Alhamdulillah dengan rezki yg Allah berikan ini.

Blk umah pakat tido lewat termasuk bb..syok sgt main. Maybe sebab tu sume pakat tak sihat. Jannah esoknya terbaring dari pagi sampai ke mlm..katanya sakit kepala. Rasanya leher terkehel sbb tido 1 arah..mujur arini dah ok. Luqman lak demam sampai sekarang. Abah pening n sakit tekak. Umi di saat ini sakit tekak..perit, ngan selsema..meleleh2.huhu. Cuma Afiq je ok..jgn la sakit gak my bb ye. Ok, itu saja. Cam biasa gambar tunggu laptop di Keramat.

Demam

Assalamualaikum..

Just nak habaq anak sulung umi, Luqman tengah demam. Die kerap demam la sekarang ni. Kalo check blk, last demam adalah 3 minggu lepas. Esok tak sekolah lg la jawabnya. Jgn cikgu tak caya, sudah. Tak kuasa nak tipu bab sakit demam ni kan..

Start demam dari ari Ahad lg, masa kat umah atuk Keramat..so kebetulan Isnin semalam still cuti, ganti Sabtu aritu sekolah diorang sukan..sok terpaksa ponteng lg la. Ni pun pas bg ubat demam, lap ngan kain basah n pakaikan kulfever..panas sgt badan.

Bercuti Part 3



* Entri ni pun dari draf 9 Jun aritu gak.

Lepas subuh, lum breakfast ape..kitorang terus gerak ke Kelate. Jadi la singgah lepak semalam kat sana. Just booking hotel tru tenet n phone je..kat Wakaf Che Yeh dekat pasar malam terbesar Kelate tu..nama hotel murah ni Seroja Inn. Pas sampai terus g cari makan kat Pasar Siti Khadijah..breakfast + lunch jadik brunch.. Kat pasar tu just beli kopok then balik bilik.

Petang, kitorang lepak Pantai Cahaya Bulan sambil kunyah kuih2 kelate yg kitorang beli sebelum tu. Balik ke bilik..tp ujan lebat teramat..parking pun susah n jauh sebab gerai2 pasar malam tu dah mula dibuka, so pandai2 la cari parking kat mana. Kalo tak ujan tak pe la kan, ini ujan lebat sungguh.

Pakat keletihan, rest je la kat bili. Dalam kul 9 baru kejut abah turun cari makan. Anak2 pun dah lapar sama. Still ujan la masa turun..tak dapat nak round la seperti yg diharapkan. Just lepak bilik terlena la anak2. Kul 1 pagi, umi n abah turun ke bawah round gerai dah mula tutup..dalam masa sama risau kot Afiq terjaga..kan tinggal anak2 camtu je. Jalan pun laju2, takmo tengok ape sangat pun sbb pikir anak2..saja jalan sebab dah plan lepak Kelate nak g situ tp ujan lak. Tak beli ape pun kecuali suar abah. Takpe, harap nnt2 leh datang lagi, singgah kat sini. InsyaAllah raya nanti kitorang akan jejakkan kaki ke Kelate lg.

Sok bangun subuh, pastu leh kitorang sambung lena balik sampai kul 11 pg baru gerak nak balik Kulim. Anak2 pun keletihan sbb diorang pun lena tak sedar. Kul 12 lebih kitorang brunch kat Tanah Merah. Singgah sini sebab nak g umah umah nenek abah.. Nenek kan orang Tanah Merah. Moyang budak2 ni still ada lg ye..kalo nak tau. Kitorang dok sekejap je sebab nak balik Kulim lak nun, jauh lg perjalanan..kalo leh tak nak sampai malam kat Highway Gerik tu..katanya laluan gajah waktu malam kan..uii..takut la.

Sampai ke kampung halaman umi yg tercinta..Kulim kul 6 lebih dah. Kat Kulim kitorang takde jalan mana sangat pun. Kitorang ni kalo balik kampung bukan jalan mana sangat pun, memang suke lepak umah je.hehe. Dah sesekali balik, nak la lepak ngan Tok Tokwan kan. Kat Kulim kitorang lepak 5 ari 4 malam. Kali ni dapat berkumpul ngan family Pakngah Nizam n family Achik Azah..diorang pun balik..cuti sekolah kan..selain dapat jumpa family Maklong Lina ngan Alang Tie. Sekian saja lah. Lega dapat update citer yang tersimpan je dalam draf ni. Mmm..raya nanti InsyaAllah kitorang akan balik ke Kulim sekali lg n seterusnya ke Kelantan.

Bercuti Part 2




* Entri ni umi buat 9 Jun aritu tp dok dalam draf je la. Bile pos die kuar tarikh baru lak dah. Sambung yg bercuti Terengganu Kelate aritu sebenarnya.

Pas Subuh kitorang terus kuar g market nak cari makanan Tergengganu la kononnya. Beli lompat tikam, lemang ngan kuih akok kuning, pastu kitorang lepak makan kat belakang market tu. Abah pekena nasi minyak, umi lak bihun sup. Anak2 makan lemang la. Pastu balik bilik rest sat.

Dekat tengahari gak la kitorang kuar. Tempat pertama kitorang jejakkan kaki ke Mydin besar kat KT tu. 10 tahun lepas masa umi datang Ganu, Mydin ni lum ada. Beli jajan2 sket then terus ke Taman Tamadun Islam..matahari tul2 tegak atas kepala ni. Round kat dalam taman tu, kitorang pilih naik tram je..tak kuasa nak jalan tengahari buta. Pas setel round, terus gerak ke Dungun, tapi abah singgah solat kat Masjid Terapung. Cantik je masjid, sama la cam 10 tahun lepas, diorang jaga elok tak cam Masjid Kristal tu. Umi lepak dalam kete sebab Luqman lena la pulak.

Then, umi lak singgah solat kat Masjid putih Tengku Zahirah kot.. Teruskan perjalanan ke umah Cik Leen, dekat nak maghrib baru sampai. Jauh wuuiii.. Sebenarnya sebelum datang ke Terengganu, umi bayangkan die cakap KT ke Dungun perjalanan dalam masa sejam..so, umi ingatkan cam Putrajaya ke Lembah Keramat tu je. Ropenyaa..mak aii, jauh..80km lebih la. Semalam kan dah lalu Dungun, pastu arini pusing balik..parah gak la minyak kete.hehe.

Sebelum tu, umi ada janji nak singgah umah member masa keje kat Kem. Pelajaran aritu, Intan..die dok Marang..tp cancel sbb die ada hal. Ok sambung..Cik Leen sekeluarga bawa kitorang  makan2 kat tepi pantai, tp pantai tak nampak la sebab dah mlm.hehe. Pakcik Mie order banyak sungguh lauk2 tp jangan risau bab nak abiskan..ada dua orang ni tengah membesar bagai johan kan..takde hal punya nak makan banyak..haha. Murah rezeki kitorang..dapat makan macam2, depa belanja. N semoga murah rezeki depa sekeluarga jugak. Amin.

Kedai tu panas tul, takde kipas..just harapkan angin laut..tp takde angin pun malam tu. Panas rasa.. Abah lg tak best sebab kena layan Luqman Jannah sakit perut la pulak. Ok, makan2, borak lebih kurang..kitorang pun bertolak balik KT balik..kul 11 malam la baru sampai chalet. Ape lg, terbungkang tido lena tak ingat ape dah. Paip water heater dah tuko tapi air tetap turun setitik demi setitik. Lantak la.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform