Afiq main Lego

Tengok Afiq tgh kusyuk main lego..umi pun snap gambar. Die pasan, terus stop main..nak datang ke arah kite.. Tak leh terganggu main sket..

PD 3 (sambungan)


Sambung citer entri baru ye. Td tu entri marah, geram, trauma..ye la sebab babitkan anak2. Mmg still tingat sampai sekarang pun. Umi tau benda tu pepijat pun sbb google imej. Tgk kutu babi bukan, ropenya kau pijat!! N umi tak tau ape tindakan pihak hotel terhadap komplen kitorang tu. Jangan la aniaya org lain pulak..sepatutnya kena buang je tilam tu..mmg benda tu dah bersarang dlm tilam tu.

K stop psl citer tak best. Sepanjang kat sana, abah adalah bz berkursus, takde masa lgsg beriadah ngan kitorang. So, umi la kena jadi ketua..bawa budak2 jalan..mandi kolam pg n petang. Makanan pun kena cari sendiri, dah abah join makan ngn aktiviti kursus die. Walaupun belakang hotel adalah pantai or lautan seluasnya, tp kitorang tak main ombak pantai pun, cam jauh sket nak ke situ..sume orang pakat suke mandi kolam je termasuk budak bertiga ni. Abah ni bile tah nak belikan diorang baju mandi?

Masa balik tu je abah ada benti kat tepi pantai jauh dari hotel la..sebab dah nama mai PD tak sah la kalo tak jejak kaki kat pantai kan.hehe. Itu saja laporannya..

PD 2 (sambungan)

Umi sambung ke entri baru la. Nak jadi citer, dalam kul 1 pg baru umi tidokan anak2..dah meghela sgt tak penah tido hotel kot, hepi melompat, berjalan, main, conteng, wat kapal terbang kertas..mana reti ngantuk. Dan syukur pd Allah umi bangun kul 2 nak solat Isyak. Kira baru 1 jam la bdk2 tido kan? Bilik ni pun problem aircond gak la..panas berkuap, berpeluh Luqman.

N satu yg paling nak meletup gunung berapi..adalah..dengan bercahayakan lampu meja, umi ternampak sekor demi sekor pepijat tilam kat katil anak2 tido (masa tu umi panggil kutu babi..mmg tak kenal n tak penah tengok pun binatang ni..umur dah tua pun padahal). Umi terus jadi pembunuh la mlm tu..ngan kaki, ngan tgn n ngan buku yellow pages tu umi kejekan..darah binatang tu dah banyak kt lantai n cadar putih tu. Perasaan masa tu memang marah..n cam trauma gak sbb binatang tu dok tempat anak2 umi tgh tido. Alihkan Afiq, nampak pijat kat kepala..alihkan kakak n abg, ada kat blkg badan lak..mmg geram sgt2 la. Terus usung depa g ke katil abah n kejut abah suruh tgk ape benda tgh jadik ni. Mmg lebih 10 ekor la yg umi kejekan mlm tu. Nak solat, nak tido mmg tak leh dulu selagi dok nampak benda alah pijat ni. Abah pun trn ke reception nak minta tuko bilik. Ada sorang staff je abah kata..manager ape pun tarak. Abah nmpk no. phone manager, terus abah SMS komplen menyatakan kekecewaan tp sampai sudah takde reply. Mujur abah bukan jenis panas baran, sebaliknya cool je..kalo tak, mau mengamuk kat pengurusan hotel.

Ok, depa bg bilik lain lak..tingkat sama 711, so kul 3 usung la anak2 yg lena tido, yg tak sedar depa tido ngan pijat. Masuk bilik baru problem toilet lak dah, tak leh flush..tak cuci lak tu... BO..., BANG... punya hotel..amekkaw!! Abah turun sekali lg dgn hangin sangat2, minta bilik lain yg hangpa g check betul2 dulu sume condition ok..kalo tak, aku report kat kementerian, siap hangpa. Dan akhirnya pada pukul 3.45 PAGI kami masuk ke bilik ke 4, tingkat yg sama 721, yg..Alhamdulillah syukur sume condition adalah baik. Bayangkan sume orang enak dibuai mimpi, kami lak sibuk bertarung ngan pepijat..ngan bilik tah hape2, ngan usung anak2 tgh lena, ngan usung beg2 barang berkali2. Kul 4.30 baru la umi dpt tido..sian abah nak kena bgn awal utk mula kursus. Mmg pengalaman tul la kursus plus bercuti pertama kali ni.

Tanpa dirancang..

Ape yg tak dirancang tu? Ok, nak jadi citer..Khamis mlm Jumaat aritu, pas Maghrib, kitorang 5 beranak bertolak ke Port Dickson..nak lepak di sana selama 2 hari 2 mlm. Memang langsung tak dirancang, sumenya berlaku last minute. Siang Khamis tu abah call umi bgtau yg die kena join gak kursus kat PD yg dah start petang Khamis sampai tengahari Sabtu (abah mmg dah bgtau die kena join pas blk dari Bali aritu, tp die takmo g). So, disebabkan kat ofis abah bz meeting pg n ptg, die kena la join kursus malam tu gak. N yg bestnya abah ajak kitorang anak beranak ikut sbb abah dpt sebuah bilik..tak share ngan mbr la. 1st time la ni..kitorang dpt ikut abah berkursus luar ofis..sebelum ni kalo outstation sama ada share bilik or jauh kena naik flight. So, abah kursus, kitorang bercuti..wakaka..haha.

Kitorang bertolak dari Putrajaya kul 7 mlm, makan dl kat Presint Diplomatik..solat Maghrib kat Petronas Bangi. Gerak kul 8.30 n sampai sana kul 9.15. Hotel yg kami duduk ni nama die Corus Paradise Resort..tepi pantai la. Kitorang dapat bilik dengan 2 buah double bed. Mula2 kitorang dapat bilik di tingkat atas sekali, tingkat 10 (1011). Abah terus join kursus, kitorang lak lepak bilik je la. Panas ropenya aircond problem..kompressor rosak, so abah blk, kul 12 tgh mlm kitorang dpt bilik baru di tingkat 7 (707). Usung la segala beg, brg n anak2.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform