Majlis kawen Ahmad Tarmizi & Athirah Sari

Cam dah dibgtau sblm ni, Ahad lepas telah berlangsung majlis perkahwinan atau persandingan adik ipar umi or Paksu budak2 ni. Majlis tu di Dewan AU2..share majlis antara pihak pengantin lelaki dan..pompuan, jimat sket sbb psgn suami isteri dok dlm tmn perumahan yg sama. Kul 10 pg kitorg skeluarga dah bersiap ke dewan..leh lepak prepare ape yg patut, kusi meja tuan umah, susun souvenir..makan2 dulu sebelum tetamu jemputan mula datang kul 12 kan. Start je kul 12tghari mulalah tetamu datang berduyun2..sama banyak la tetamu jemputan belah laki n pompuan. Umi dok kat depan bahagian sambut tetamu ngan family yg lain smbil dukung my bb n jaga kakak Jannah la. Abg Luqman mmg dah pandai berdikari, ke hulur hilir sorang2 die..sekejap bg souvenir jajan kat budak2, skejap g amek air..sekejap usung kuih lak..mmg die bawa diri sendiri je. Jannah yg tak leh tinggal sebabnya die dah lenguh kaki. Nak suruh abah dukung mana leh, abah dok jadi tukang sambut n layan tetamu cam atuk gak la. Like Father Like Son.hehe. K jom lyn gambar je la.. Gambar phone je, tak kualiti sgt..karang dpt gmbr dari kamera sebenar, InsyaAllah leh upload lg..
Lauk byk jenis..tp awat nampak sejenis je ni??
Tuan umah pihak pengantin lelaki..atuk nenek ler tu.hehe..
Sanak saudara nenek dari Kelate dah bersiap nak balik..diorang datang dari ari Jumaat lg.
Dah penuh meja sana, mai letak meja sini lak..byk hadiah, minta sket leh?.hehe.
Pengantin Luqman Jannah Afiq.hehe.
Menjeling2 ku bertentang..mata kita sama memandang..

Macam2..

Tak update lg citer majlis kawen Paksu Amat ngan Maksu Athirah. Depa pun dah selamat g honeymoon kat Thailand nun.

Ari Isnin dah kat Putrajaya pakat terbungkang keletihan..abah pun amek cuti. Luqman sekolah la, tp tak siap keje sekolah..inform gak la kat cikgu die masa g anta balance souvenir utk kwn2 kelas Luqman tu. Ari Selasa lak, pas jemput Luqman balik sekolah, terus laju je kami 4 beranak ke Hospital Selayang melawat Maknjang Azma kna admit awal pg tu. Die pregnant anak ke 3, tp kali ni mabuk teruk smp dehydration. Penin gak la umi drive jauh ngan peel Afiq takmo dok seat die..meraung menjerit sakan. Abah tak join, keje.

Sempat la singgah umah atuk Keramat gak. Terkejut depa tiba2 cucu muncul.hehe. Arini umi tak selesa sakit gigi mencengkam mari lg.huhu. Dok telan ponstan la nak ilangkan sakit. Gigi geraham tumbuh tak abis ni dah bengkak gusi..jenuh la nak tunggu bulan 6 ni, operate cabut 3 gigi kat Hospital Putrajaya. Trauma...

Tugasan umi..

Nak citer gak pasal benda ni walaupun tak best.hehe. Sebenarnya untuk majlis kenduri sok..eh, arini la..kan dah masuk tarikh baru..k, sambung. Nenek tugaskan umi hias bakul untuk letak souvenir nak bg kat tetamu. Bakul ada 3. Aduyaiiii..umi ni bukannya reti, tak kreatif, 'kaki bangku'..sesuka hati bg simpulan bahasa tak pandai main bola.haha. Tuko tangan bangku la..tangan kayu..keras la sebenarnya..tak penah pun dok amek pot wat benda cenggini dlm beberapa kali kenduri kat kmpg walaupun untuk kenduri sendiri 6 tahun yg lps. Kalo mak n kakak no. 2 umi ye la..mmg kreatif, tu yg saje malas amek pot.hehe. Bg orang lain maybe..'alah, kacang je tu..sebelah tangan pun leh wat..'..tp malangnya orang itu bukanlah umi. Tp dah dapat tugasan, kena la selesaikan gak walaupun tak rela.haha. So, inilah dia hasil keje tgn orang 'tangan kayu'. Sebenarnya 2 bakul je yg tul2 umi wat sepenuhnya..yg kaler merah pink tu. Yg ada kaler biru tu lak, umi just pinkan bunga kat kiri kanan bakul je.haha. Just guna bahan yg ada. Kalo kat kampung segala mak nenek bahan ada sbb ada orang kreatif kan. 3 bakul je..
Mujur reben ni dah sedia ada, just gamkan la.
Sekuntum bunga ni kena gamkan segala daun2 ngan biji2 die bg jd camni.
Umi just pinkan bunga kuning ni kat celah rotan bakul..biru tu dah sedia ada, biarkan la.

Majlis Nikah

Pagi td dalam kul 11, sume dah berkumpul di rumah Maksu Athirah untuk majlis nikah. Umi tak nampak langsung la peristiwa bersejarah tu sbb dok dukung bb Afiq yg lena ngan Jannah kat sebelah..tempat pompuan lak kat bahagian dlm. Mujur Luqman dok bahagian laki. Umi tengok acara nikah ni pun kat video phone yg abah snap ni la. Syukur Alhamdulillah akhirnya Paksu Amat dah selamat bergelar suami kepada Maksu Athirah. Selamat Pengantin Baru umi sekeluarga ucapkan. Semoga ikatan ini berkekalan, bahagia sehingga ke akhir hayat kalian..dan semoga cepat2 dikurniakan zuriat penyambung ikatan keluarga. Aminnn..
Waris kuat..Luqman nak tgk Paksu nikah.hehe..
Makanan di umah atuk..sebelum bertolak ke umah pengantin pompuan..nyum nyum.. Mknn umah sana for sure abah segan nak snap.haha.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform