Selepas 6 tahun..

 Assalamualaikum..

Akhirnya..selepas 6 tahun umi boleh menulis semul di blog kesayangan umi.. Alhamdulillah..🥰

Last umi menulis masa anak bongsu umi, Khayra pun belum lahir lagi.. Nak sangat sambung menulis cerita pasal anak² tapi tak boleh..tak tau la kena buat apa tah blog ni..abah pun tak tolong buatkan. Ni, selepas 6 tahun..mimpi apa tak tau .dia godekkan untuk ummi menulis semula. 

Sayang jugak..gambar banyak yg tak dapat simpan bertahun²..sebab simpan kat phone je..phone dah bertukar tah berapa kali. Cuma beberapa tahun lepas, umi rajin cuci buku gambar family..boleh gak buat kenangan..

InsyaAllah..umi cuba sambung blog semula setakat termampu. Tahun 2023 ni kami sekeluarga 9 beranak. Putra putri ummi..Abg Luqman (17), Kak Jannah (15), Abg Afiq (12), Kak Najla (9), Hadif dan Hasif (7), dan Khayra (6). Dah besar masing²..🥰



Cuti sekolah - Kayuh Basikal Tasik Titiwangsa (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambung sini..banyak benda nak tulis kang panjang berjela pulak.hihik..

Alang2 awal lagi..abah cakap boleh singgah Tasik Titiwangsa..budak2 lama dah minta datang sini nak kayuh basikal. Diorang 3 badik dah penah datang ngan Paksu Amat dan Maksu Tira sekeluarga masa umi abah balik kampung kenduri dulu tu..bebudak 3 badik tak ikut..duduk ngan Atok Nenek

Ok, sampai sana angin kuat..macam nak ujan..Haihh..nak naik beskal ke ni..kang tak sempat nak lari kan. Sian kat budak2, naik je la. Abah minta kat penjaga beskal nak harga RM10 je utk setengah jam..nnt nak balik dah Maghrib kann..

Dapat la depa pakat naik beskal ngan abah. Memang tak aci tul..umi tak dapat naik beskal sbb umi pakai skirt.haha. Abah je la tukang kayuh ngan bebudak ni..gilir2 je naik.

Tak ujan pun. Alhamdulillah..hepi sungguh anak2 umi ye. Lain kali kita naik kat Putrajaya lak, abah kata.

Pastu masa utk balik umah. Sampai umah pun dah malam. Baby Hasif bocor yak abis kena umi. Balik umah kena terus mandi..solat segala. Adik..adikk.. Hepi je bebudak arini..walaupun tak dpt blk kampung or bercuti kan..

Cuti sekolah - Jalan2 KLCC (Part 1)

Assalamualaikum..

Rajin..rajin. Umi selalu berharap dapat update blog cepat2..masukkan semua cerita dan gambar yg ada..tp tu la..kadang masa tak mengizinkan..jadi tak terbuat. Bila dah sekali buka blog ni, kena terus rajinkan diri. Semua ni kenangan keluarga kami jugak.. Umi bukan jenis update segala benda pasal family kat FB cam orang lain. FB tu rajin dok share dan komen status family.. Pasal family semuanya kita share kat blog ni je laaa..

Cuti sekolah minggu lepas..seminggu. Tp kami tak bawa budak2 balik kampung Kulim or Keramat pun. Kulim tak yah dulu la..sebab baru je jumpa Tok Tokwan minggu sebelum tu..kenduri kawen anak Tokcik Pah. Keramat lak..Atok Nenek takde sebab bercuti 12 hari di Bosnia.

Jadiii..abah cakap nak amek cuti sehari bawa budak2 berjalan. Boleh jumpa Nek Ucu juga..sebab nak buka buku akaun CIMB yg baru dengan abah. Abah cakap kat KLCC la senang, ada CIMB situ. Ok je la kann..

Sampai sana bgtau Nek Ucu, kitorang dah sampai..tak lama pastu..aik, dah sampai dah Nek Ucu.hihi..cepat betul. Setelkan urusan..pastu kitorang pun berpisah. Bebudak ni seronok la ada jajan 1 beg Nek Ucu bawakan. Kitorang nak cari tempat makan dlm KLCC tu tp semua penuh..time lunch hour daa..org2 yg keje kat situ nak lunch kan. Tak jadi la dulu camtu. Kita bawa bebudak lepak luar Mall tu..tempat air pancut.

Bila last datang KLCC?? Entah la..tahun bila pun tak ingat. Rasanya maybe setahun sekali camtu kot kami jejakkan kaki kat situ.hihi. Kat taman air pancut luar tu..panas terik matahari atas kepala kan..kitorang cari tempat yg ada pokok..teduh sket..lepak makan jajan n kuih abah beli td tu dulu..sambil bg susu twinny Hadif Hasif jugak.

Pastu abah cakap jom kuar cari mkn kat luar je la. Ok je..jom. Pusing sana sini tak jumpa KFC ke Pizza Hut ke..last2 abah masuk kat mall dekat dgn Stesen Bas Putra..apa nama mall tu tak ingatt. Sunway Putra ke apa..

Cari makan fast food yg biasa takde..ada yg lain2 je. Makan je la..kat Swensen ke..ishh betui ke umi hg ni?? Makan2..pastu g lari solat Zohor pastu baru keluar mall. Kitorang just beli 2 kat Mr DIY je.

Sambung Part 2 ye..jangan marahhh..

Rumah baru dah nak siap..PPA1M

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak lama lagi kitorang akan berpindah ke umah baru setelah hampir 9 tahun menghuni di umah kuarters teres 2 tingkat di Presint 14 ni. Akhirnya umah yg abah beli..umah PPA1M Fasa 1, Pangsapuri Selasih Presint 17 yg abah berjaya dapat pada pengundian kali pertama tu akan siap sepenuhnya tak lama lagi. Ikut maklumat selepas sign S&P dulu akan siap pada penghujung Disember 2017..tup2 awal la pulak. Katanya akhir bulan April dah nak dapat kunci umah. Wahh..jenuh duit la ye..dengan nak raya lagi bulan Jun nanti..nak puasa dulu sebelum tu. Mm..rasanya kitorang tangguh kot..lepas raya baru pindah sepenuhnya..tgk camna. Banyak duit kena keluarkan ni..dengan maintenance, strata title, advance bil api air..macam2 lagi. Mana nak renovate umah, mana nak beli barang umah..huhu. Ya Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..murahkan rezeki kami sekeluarga. Aminn..

Jom la tgk antara gambar2 yg kengkawan group Selasih share. Daripada umah bawah, kitorang akan duduk umah atas semula..tp takde la tinggi mana..hihi. Tingkat 3 tp ikut bangunan tu Tingkat 2 je (bawah takde ground floor)..

Kat Selasih ni sama cam umah PPA1M pangsapuri yg lain, ada 3 saiz iaitu 1000 sqft, 1200 sqft dan 1500 sqft. Kami beli umah saiz 1500 sqft dgn harga RM300,000.

Dah nak siap sepenuhnya..cantik dari luar..
Suasana malam. Lampu pun dah buka..
Semua gambar rumah ni saiz 1500 sq ft di blok kami.
Rumah contoh juga di blok kami. Untung sape yg dapat umah contoh ni..rezeki.

Sukan Tahunan Kali Ke 9 SKPP14(1)

Assalamualaikum..

Pada hari  Jumaat yg lepas, 18 Mac 2017, berlangsung majlis Sukan Tahunan SKPP14(1). Umi abah nak join hadir ke majlis sukan yg menjemput ibu bapa sekali. Ibubapa yg memakai baju warna rumah sukan anak akan memberikan 1 mata kepada rumah sukan tersebut. Jadi, disebabkan tahun ni Jannah dah mula ada rumah sukan iaitu kuning..Luqman merah..terpaksa la umi dan abah pakai baju kaler 2 warna tu..termasuk la adik2 ni.

Kitorang cari je baju mana yang ada. Kebetulan twinny baby Hadif Hasif memang ada jersi romper kaler merah kuning yg Pakcik Latiff belikan lama dulu..tak penah pakai lagi, tunggu diorang besar..sekali dah pakai, muat elok dah  rupanyaa.. Yg best jersi ni ada nama kat belakang baju. Pakcik cakap Adam pun belum pakai lagi romper ni..nanti boleh la amek gambar sama2 ye.. No. 5 dan 6 tu adalah bilangan anak ke berapa..anak ke 5 dan 6..hehe..

Sukan kali ni Luqman memang tak layak masuk acara apa2. Jannah yg pertama kali nak bersukan walaupun  dah Tahun 3 (sebab sebelum ni cuma main sukaneka ikut kelas saja), cuma berjaya main acara lompat tinggi sampai ke pusingan ke 4 sahaja. Katanya perlu layak sampai ke pusingan ke 5 baru boleh bertanding ke akhir. Takpe la..cuba lagi lain kali ye.. Umi selalu dok usik dia..tak padan ketot kecik masuk acara lompat tinggi. Kalo boleh umi nak dia masuk acara lumba lari..macam umi zaman sekolah menengah dulu..100m dengan 200m memang minat sesangat lerr..pastu acara lompat jauh pun ada join jugak.

Walaupun diorang takde join acara apa2 kali ni, tp Luqman masuk perbarisan mewakili umah Merah, Kenyalang. Dok berlatih  pagi petang sampai itam merelit dah budak ni.hahaha.. Masa real perbarisan umah Merah mendahului, elok2 je kitorang sampai..dapat tgk Luqman tp jenuh cari mana dia..sebabnya diorang jadi Lego Ninja Go..tak nampak muka daaaa...haha. Kena la tengok seluar dan kasut dia.

Pastu, yg buatkan umi abah nak datang jugak selain Luqman perbarisan ialah..Afiq join sukaneka Pra Sekolah. Harus lah bagi sokongan walaupun diorang sesaja suka2 main je..takde yg menang kalah..semua dapat piala. Yeayyyyy...

Jom tgk hari sukan tahun ni. Tahun depan Jannah dan Afiq nak pindah sekolah dah..tinggal si Luqman sorang sebab dia nak amek exam UPSR kena la stay 1 tahun terakhir ni.

Abang silang kaki kiri
Adik silang kaki kanan..korang ni memang betul2 twin sehati sejiwa yee..
Romper jersi dan kasut baru pertama kali pakai..rasmikan pada hari sukan sekolah abang kakak ye..
Nape comeiiii sangat ni haaa???
Acara pertama, perbarisan oleh rumah merah. Cer cari Luqman.
Hasil dari teropong seluar dan kasut, jumpa la tuan punya badan.. Syabas Luqman..walaupun masuk perbarisan je..kena hafal step Ninja Go. Hasil usaha diorang berjaya mendapat Naib Juara acara perbarisan. Dan rumah Merah menang keseluruhan sukan kali ni. Tahniah!!
Rumah Merah dengan tema Lego Ninja Go.
Rumah Kuning dengan tema Minion
Biru tema apa ye..hidupan laut ke apa..tak ingat.
Hijau pun tak ingat tema apa.

Budak hensem 2 orang
Kak Najla pakai baju kuning sokong umah sukan kakak.
Hadif ngan umi
Hasif ngan abah..dah terlena dulu..jadi umi sorang je pegi tgk Afiq main sukaneka. Abah lepak kat kantin.
Budak yg sentiasa comei, kak Najla
Dah nak balik, si Hadif lak tido. Letih berpanas kat Padang..siann..
Jannah ngan kengkawan yg tak masuk acara dok lepak kat khemah umah sukan masing2. Cikgu tak bagi balik awal..so umi balik dulu la..lepas abis sukaneka Afiq.
Taraaa...akhirnyaaa.. Yg ni lah yg Luqman nanti2kan. Dapat pingat atau piala. Selama ni Jannah je asyik dapat (sukaneka 2 tahun berturut2 kelas dia Tahun 1 dan 2 Fansuri dapat Juara antara 7 kelas), sedih si Luqman dia tak penah dapat apa2. Kali ni dapat Naib Johan perbarisan dia sangat2 hepi..siap bawa tido masa hari pertama bawa balik medal.hahaha.
Afiqqqqqq..cer cari mana dia?? Yg duduk depan pandang umi tu lerrr..
Baca doa dulu. Sebelah tu Cikgu Lin, guru kelas Afiq.
Lari lajuuu Afiq..
Perubahan yg bagus. Dah pandai berkawan. Umi memang tak penah tgk Afiq kat kelas camne..tp umi selalu dok tanya dia..cakap tak ngan kawan..mula2 dulu dia bgtau tak cakap..dok diam je. Sekarang dah ada kawan dah.. Alhamdulillah. Tp tu la..thn depan nak pindah sekolah baru pulak. Dah pindah umah, kena la pindah sekolah jugak..yg dekat ngan umah.
Umi panggil Afiq..cakap "nnt atas pentas tgk umi tau..nak amek gambar"
Mmm..dia tak tgk punn.. Mujur gambar cantik.
Dengan kawan kelas dia..lupa pulak nama apa.
Yeayyy..kami semua menangggg!! Ketiga2 kelas dapat piala yg sama.
Makan kueytiow goreng dulu..pasni boleh balik.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform