Bercuti di Sabah Part 4

Ok, terus sambung citer je ye.

Pas setel pasal view Gunung Kinabalu, Pakcik Jamal bawa kitorang merasai pengalaman berjalan menyeberangi Jambatan Gantung. Umi InsyaAllah takde la takut, dah nama orang kampung..benda camni takde menda sangat. Tp letih badan sket la, jalan pun dah rupa apa la rasa.

Kat jambatan ni, nenek la paling takut. Lambat je dah nak tunggu sampai sberang sana ye.hehe. Jambatan tak bergoyang sangat tp keadaan fizikal tu ada yang patah2 kayu la, dawai pun berlubang la..risau la jugak kan. Jalan kena hati2, slow motion. Takpe, pengalaman berharga..bagi mata terbuka luas sket sbb sebelum tu dok dlm van je terhoyong hayang sana sini, mata pun ngantuk kadang. Ye la, setiap ari tido lambat tp bangun awal..ngantuk letih biasa la tu kan.

Dan destinasi ketiga, pakcik bawa kitorang berehat, beriadah sebentar di Hot Spring, Kawasan Rekreasi Air Terjun dan Air Panas Poring. Masa ni perut masing2 lapar la jugak sbb mmg belum terisi..lum breakfast lg la. Setakat makan ringan2, jajan roti bagai kat dalam van camtu je la..yg beli shopping kat Giant 1 Borneo tu.

Kat sini, dapat la budak2 ni balas dendam tak dapat mandi kolam semalam, mandi kolam kat sini je la. Takde syarat kena pakai baju mandi. Semalam ari ke 2, umi bawa baju persalinan kot nak singgah mandi pantai, tp takde peluang..arini umi tak bawa baju, so hangpa pakai je la spentot.haha. Afiq takmo mandi, Luqman Jannah je la yg berendam. Afiq tgh syok dok dalam buggy baru die beli semalam katakan.hehe. Fateh pun tak join sbb ikut abah ibu die g cari breakfast kat luar kawasan ni. Kat dalam, mak aii..kemain mahal harga makanan.

Destinasi seterusnya adalah Rumah Terbalik. Bila cakap je kat Luqman nak g umah terbali, macam2 soalan ditanya kat Maklong Shikin. Sebab tu die mmg teruja bila sampai sana. Hepi sgt Luqman dapat bercuti ke Sabah ye. Tiket masuk bape ye.. RM10 kalo tak silap utk dewasa. Kanak2 lak RM5.

Kat dalam umah terbalik ni sume barang dan perabot dlm umah melekat kat bumbung..kat atas kepala la. Yg sepatutnya di atas cam kipas n lampu lak dok kat lantai. Tp kita tak boleh lalu atau jalan bawah barang2 la..risau terjatuh atas pengunjung, naya je kan. Tp kete kancil kat luar nun, boleh pulak benarkan orang bergambar kat bawahnya. Takde tanda amaran rasanya tak bg dok bawah.

Ok, lepas penat melawat sana sini, pakcik bawa kitorang sume singgah ke Pasar Filipina utk kitorang membeli barang buah tangan cenderamata dan kerepek2 utk bawa balik Semenanjung. Ada gak la umi membeli serba sedikit.

Lepas tu balik lepak rest di umah. Tak lunch pun sebab malam terakhir ni kitorang dah tempah sewa tambahan van kat pakcik utk bawa kitorang makan seafood di tepi pantai. Selama 2 malam berturut cari makan kat dalam mall je sebab takde kenderaan, so malam terakhir hasrat dapat makan seafood termakbul jua. Alhamdulillah.

Balik umah tido lewat sbb pek baju barang nak balik Semenanjung sok paginya pula..sebab flight kitorang kul 10 pagi lebih.

Signboard. Kitorang jalan kat bawah je..takde la naik sampai atas pun
Mandi kolam dulu..yeayyyy..
Bestnya saya tak yah jalan..dapat jadi raja kena tolak dalam buggy, kata Afiq
Jannah yg sentiasa ngan adik Fateh die.
Alamak...Rumah Terbalik!!
Luqman merasmikan rumah terbalik. Ececeh..konon.hehe. Takde la, nak masuk dalam rumah ni kena ketuk gong dulu. Dlm umah tak dibenarkan merakam gambar ye
Mak pak sapa la ni..huduh sgt.haha
Pengantin baru
Anak abah..Fateh ngan Paksu Amat
Maksu Tira pun nak join
Aik, salah pasangan ni. Umi ngan paksu tak join bergambar sekali.hehe. Toilet terbalik ada kat luar
Fuh!! Kuatnya Luqman angkat kete kancil. Badang ke Incredible Hulk ni??hehe
Uih, Jannah pun kuat..leh angkat kete kancil
Ha, ni reramai pakat nak angkat kete yg sebenarnya terbalik.haha.
Boleh bergambar kat luar umah je la. Dalam tak boleh. Tak dapat la nak tunjuk gambar peti ais, mesin jahit, tv sume dok kat atas kepala. Kipas n lampu lak kat lantai..
Luqman ni, tadi nak angkat kete.Kali ni nak tolak umah terbalik pulok..haha. Luqman mmg jatuh cintan sgt la ngan umah terbalik n Sabah ni. Sampai arini still sebut2. Dok tanya bila lagi nak g Sabah.. Amboiii..
Gambar makan2 seafood sekeping ni je ada. Takde sape tingin nak snap sbb masing2 tak sabar nak makan seafood selepas 2 ari mati kutu jalan2 mkn2 dlm 1 Borneo Hypermall je.hehe. Tgk gambar makanan yg banyak diorder tu pun takdo kan. Abah ckp kena rm400 lebih gak la makan malam tu.

Bercuti di Sabah Part 3

Assalamualaikum.

Ari ke 3 kami di KK, Sabah..seawal 6.30 pagi kami dah bersedia tunggu van di lobby sbb semalamnya Pakcik Jamal cakap nak bawa ke kaki Gunung Kinabalu. Kalo nak tgk puncak Gunung Kinabalu jelas, kena kuar awal sebelum matahari naik..sebab nnt nampak kabus je kot.

So, seawal 6.30 pagi kitorang semua setia menunggu kat bawah, tp pakcik van ni muncul kul 7 pagi.huhu. Yg tak bestnya, dia siap bawa 2 orang penumpang lain..kalo tak silap anak dan isterinya. Mula2 ingat nak anta diorang tu ke mana2, ropenya join kitorang berjalan sepanjang hari tu. Tak aci la camni kan. Kita dah la bayar perkhidmatan kenderaan. Kitorang sekeluarga pun dah macam tin sardin dalam tu, kena berhimpit semua kat belakang. Kalo tak, boleh la sorang dok kat depan. Sian abah la, kena duduk kusi takde penyandar kepala, mmg letih badan gak la. Tak puas ati tul pasal tu!!

Pastu, maybe sbb dah lambat, pakcik ni bawa van laju giler..mmg mengucap panjang, baca ayat Quran minta perlindungan Allah swt..lindungilah kami semua. Datang nak bercuti, bukan nak minta jadi malapetaka segala ni. Serius umi mmg kecut perut sgt2, dada ni berdebar laju giler. Tp takde sape nak tegur pakcik tu..so diamkan je la. Umi risau sama sebab semalam tu bermimpi yg tak elok sket, tp mungkin mainan tido..doa je la semoga takde apa2 masalah berlaku. Sian abah, sebab dah la takde penyandar kepala, pastu van laju, mmg tak seimbang dlm tu. Kalo umi, mmg sakit badan la jawabnya.

Ada sekali tu sebuah bas tiba2 masuk ke lorong kitorang, nyaris eksiden gak la. Pakcik ni hangin, die tunjuk2 tgn la kat driver bas masa lalu kat sebelah..si driver bas ni orang muda..dikejarnya kitorang ni, nak berlawan lak sambil bawa kenderaan masing2. Haishhh..kau bawa nyawa orang ni, sedap2 nak bergaduh pulak. Maklong Shikin terus sound jangan lawan..baru la pakcik ni stop dari berlumba2 ni. Aduhaiii..cuti apakah begini??huhuhu..

Apa2 pun Alhamdulillah kitorang selamat sepanjang berada kat sana. Syukur Allah pelihara hamba2Nya yg memohon pertolonganNya. Sampai kat pekan apa tah..umi ni bukan ingat, tambah dok tahan nak terkucil, pastu g toilet basahkan badan, tuko baju suar Afiq sebab die sorang je lum mandi. Kuar umah terus usung die je td. Kat situ dah leh nampak puncak Gunung Kinabalu. Kira kitorang sampai masa belum berkabus sgt lg la.

Allah Maha Besar..Maha Suci Allah menciptakan gunung tertinggi Asia Tenggara di negeri Sabah ni. Alhamdulillah, bercuti kali ni umi sangat menghargai ciptaan Allah swt..lautan yg luas, gunung tinggi melangit sebenarnya sgt kecil dan sgt mudah diciptakan oleh Allah swt. Allah ciptakan kita di muka bumi ni semata2 utk kita mengabdikan diri ke padaNya. Sedangkan gunung ganang, lautan luas, haiwan2 pun mengabdikan diri pd Allah, apatah lagi kita manusia yg sgt byk dosa ni. Semoga Allah masukkan kita ke dalam syurga di akhirat yg kekal abadi. Aminn..

Minta maaf 'terjadi' ustazah sat.hehe. Kita sambung pasal percutian umi sekeluarga. Masa sampai kat kaunter pembayaran ke kaki Gunung Kinabalu, pakcik tanya kitorang nak masuk tak. Kena bayar la kan, n cakap kena jalan nak naik ke kaki gunung tu. Uih, biar betul..tak sanggup la kot nak menapak..dah la kami semua ni macam2 kategori ada. Warga emas, ibu mengandung, kanak2 dan bayi..minta maaf je la. So cakap tak nak. Tp bila dah balik semenanjung ni, umi baca kat 1 blog sebenarnya boleh naik kenderaan la utk sampai ke kaki gunung. Kalo nak panjat gunung tu je baru start mendaki. Aik, salah info nampaknya ni. Abah cakap view kat kaki gunung tu la yg cantik. Apa nak wat, takde rezeki nak sampai ke situ. Dapat la jugak snap gambar Gunung Kinabalu dari jalan, ok la tu. Allah dah tetapkan rezki kitorang kat situ je kan, redha je la.

Eh, banyak citer lak entri Part 3 ni..sambung citer di entri kemudian la. Jom layan gambar dulu..ari ke 3. Takpe la masuk gambar dulu, citernya kat entri pasni je.hehe.

Tunggu driver van datang jemput..setengah jam lewat la
Puncak Gunung Kinabalu
Luqman tak takut
Luqman menari ke tu?hehe.. Nenek mmg takut jalan kat jambatan ni. Nenek cakap pasni kalo bg RM100 pun tak sanggup naik lagi.hehe.
Pakcik Latif n Makcik Anne - pasangan pengantin baru
Keluarga Keramat di Jambatan Gantung

Bercuti di Sabah Part 2

Assalamualaikum..

Kita sambung dgn citer bercuti di Sabah ye.

Kitorang sekeluarga menginap di One Borneo Apartment Tower B, di mana kat bawah tempat penginapan tu adalah Hypermall One Borneo. Mmg mudah sangat2 la kalo tak keluar jalan2 dengan kenderaan, kitorang just jalan2, makan2 kat bawah je. Memandangkan keluarga besar, jadi kami menyewa 2 unit umah. 1 unit umah ada 3 bilik di Tingkat 6 diduduki oleh umi sekeluarga, Paksu Amat sekeluarga dan juga Maklong Shikin. 1 unit umah lagi ada 2 bilik di Tingkat 20 diduduki oleh Atuk Nenek ngan Pakcik Latif n isteri.

Penginapan memang selesa, lengkap sume ada..cam rumah kite gak la. Umi siap basuh baju 2 trip.. Cuma masak je tak, ye.hehe. Cari makan kat mall bawah je. Cuma yg selalu problem kat sini ialah lif. Aduhai..lif ada 6 buah pun kemain la susah nak turun naik. Asyik problem, or penuh la. Ada sekali umi abah turun tangga konon nak turun ke bawah sekali..ground floor tp tak jumpa gak..makin gelap menakutkan. Panjat la balik. Ropenya memang sampai ke bawah lagi nun. Sakit kaki tak ingat dah (malam sebelum tu kejang kaki lak.huhu), memang nak nangis je. Kita nak kuar jalan2 ikut time, tp lif masalah lak.

Kitorang menyewa van dari syarikat Airport View..awal2 lagi Maklong Shikin dah book n bayarkan. Takde pulak gambar van ngan apartment tempat kitorang menginap tu. Lupa masing2 nak snap. Driver van ni umi sebut Pakcik Jamal lah ye.

Ok, kat Sabah ni..waktu diorang awal sejam daripada kita kat Semenanjung. So, kita kul 6 pg baru nak masuk Subuh kan, kat sana 6 pagi tu dah cerah. Kul 5 pagi tu dah bangun solat Subuh. Alhamdulillah kitorang dapat ikut waktu bangun utk solat Subuh kat sana walaupun tido tetap lewat cam kat Semenanjung.hehe. Sepatutnya kena tido awal sejam la jugak kan.

Hari ke 2 tu, janji ngan Pakcik Jamal nak kuar berjalan kul 7.30 ke 8 tah..lupa sudah, umi.huhu. Masa ni la diorang sume pakat tunggu umi, abah n Afiq turun lambat sket..lif problem, kena turun naik tangga. Kuar g cari breakfast dulu kat Bandar KK. Pastu, destinasi pertama pakcik bawa kitorang ke Muzium Sabah. Ikut je lah ye. Kat sana tak banyak bergambar la pulok. Dlm muzium dilarang bergambar.

Destinasi ke 2 kami di bawa ke Zoo apa nama die, dekat Lok Kawi. Kat sana, umi abah n Afiq tak masuk pun, tunggu diorang kat luar je. Tak sanggup la, dah la sampai time tengahari, matahari tegak atas kepala, pastu Afiq lak mmg peel nak suruh berdukung, takmo berjalan. Letih abah kang. Pengangkutan tram lak akan start kul 2 nnt, so kena menapak la diorang sume. Kitorang tunggu kat luar tak lama sangat pun, tiba2 muncul ahli keluarga kitorang..dah tak sanggup jalan lama2, ngan panas la hape kan.hehe.

Pastu, singgah makan then balik lepak kat umah la. Solat sume jamak kat bilik je la. Ha, van kami ni sebenarnya booking ada timing die..sehari cuma 8 jam je. So, sampai umah petang, lepak umah sampai malam la. Tu yg dok merayau kat mall bawah tu je. Ada try cari teksi ke apa, tp kena 2 or 3 buah..pastu masalah nak balik kang kena cari teksi lain pulak. Van yg kami sewa ni kalo tak silap bayaran selama 4 ari adalah RM1k. Sehari cuma 8 jam je.. Hari sampai ke KK just dijemput kat airport dan hantar ke apartment. Sama la dengan hari nak balik Semenanjung, just hantar ke airport. Tak pasti la berbaloi ke tak cas dikenakan utk pengangkutan tu.

Bersiap sedia nak turun ke bawah..jalan2 Sabah hari ke 2
Keadaan dalam van

Jom masuk muzium
Luqman Jannah ikut Pakcik Latif tgk rumah Sabah
Kat zoo. Jannah sgt suka main ngan Fateh. Masa tgk gambar2 dr Maklong Shikin bagi ni, puas umi pikir kat mana tempat ni..awat cam tak penah lalu pun. Ropenya, dalam zoo..mmg la tak lalu, dah tak masuk, dok tunggu kat luar nun.hehe
Fateh tgk gajah. Tak dapat la Afiq tgk, dah tak masuk kan. Tp, takpe..aritu kan dah bawa ke Zoo Negara.hehe. Kalo ada buggy cam Fateh kan senang..Afiq malas jalan sgt.
Pandai ke Luqman Jannah tgk peta tu?
Maksu Tira rajin melayan kanak2 riang ni.hehe
Aktiviti petang selepas penat jalan2..lepak je dalam umah la. Luqman Jannah rajin main ngan Fateh. Afiq sombong sket la tak nak join. Dok layan Upin Ipin kat Ipad Maklong..pandai si kecik Fateh tgk..paham ke tak la tu.hehe. Tp mmg kusyuk tul die tgk. Sian budak2 ni nak mandi kolam kat bawah tp kena pakai baju mandi. Mmg umi tak bawakan pun. Majuk la sat kat dlm umah.huhu
Taraaa....akhirnya..kat Sabah gak kena beli buggy utk budak Afiq ni tau. Dah asyik nak berdukung je, patah pinggang abah. Malam tu turun mall cari buggy kat Giant ada la pulak..murah harganya..RM99 saja. Terus beli je la. Sok, ari ke 3 nak jalan2 lagi, kan. Kemain hepi die duduk dalam benda alah ni. Siap usung pen ngan kertas, menulis. Haishhh.. Buggy ni senang sket nak usung banding stroller. Boleh lipat memanjang cam payung tu. Masa die bb dulu dah belikan stroller utk die tau..tp sat je pakai. Takpe, simpan utk adik die nnt la kan..

Bercuti di Sabah Part 1

Assalamualaikum..

Umi nak update tp tak ada peluang lagi nak berlama2 ngadap laptop. Kalo nak tumpu gak, kena la stay up time budak2 tido tgh malam. Tp kalo nak stay up, baik setelkan keje cam lipat baju berlambak ke hapa kan.hehe.

Ok, ni budak2 tgh lena, sok pun cuti, tp sok pagi2 umi ada kelas Fiqh, budak2 ada kelas Iqra'..takpe, umi update la sat..ada banyak nak citer tp tgk la bila boleh free lama2 ngadap laptop.

Last weekend, kami sekeluarga 5 beranak bersama seluruh family Keramat (Atuk, Nenek, Maklong Shikin, Pakcik Latif n Makcik Anne, Paksu Amat n Maksu Tira bersama anak diorang, Fateh..telah bercuti ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah..Kota Kinabalu. Kitorang pergi selama 4 hari (3-6 April 2014).. Alhamdulillah percutian yg telah dirancang sejak ujung tahun lepas lagi, telah terlaksana dengan sebaiknya. Allah swt. permudahkan perjalanan pergi dan balik naik kapal terbang..sekarang tak abis lagi pencarian pesawat MH370 yg hilang tu kan, jadi sedikit sebanyak perasaan teringat2, terfikir2 fasal MH370 tu sentiasa berlegar kat fikiran ni. Semoga Allah berikan petunjuk utk temukan ke manakah menghilangnya pesawat tu. InsyaAllah. Amin.

Kitorang book tiket MAS sejak bulan 9 tahun lepas kalo tak silap, masa tu MAS wat promosi tambang murah ke semua destinasi seluruh dunia. So, kitorang semua amek keputusan terbang ke Sabah la..keluarga Keramat pun makin bertambah selepas Pakcik Latif kawen tu kan. Tambang utk dewasa pergi balik kalo tak silap dalam RM220 camtu la. Budak 3 badik ni pun kena bayar RM200 lebih. Mujur Atuk tolong bayarkan tiket utk Luqman, Jannah. Kalo tak, parah gak abah nak membayar kan.hehe.

Flight kitorang kul 8.25 pagi, ari Khamis, so kitorang sume gerak dari Putrajaya (semua bermalam di umah kitorang, kecuali Paksu Amat sekeluarga) kul 5.30 pagi. Kat KLIA, check in luggage, solat Subuh, mandikan budak2 ni ala kadar je la (tadi kat umah terus angkat je dari tempat tido.hehe). Budak2 memang excited la nak naik kapal terbang. Mana penah lagi kecuali Luqman, itupun masa die baru 4 bulan kalo tak silap, terbang ke Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan udara dari KLIA ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke sana.

Dalam kapal terbang, umi memang teringat2 la pasal pesawat MH370..terbayang macam mana keadaan penumpang dan anak kapal tu. Ya Allah berilah petunjukMu Ya Allah.. Hanya Engkau yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Umi stop kat sini dulu..nnt sambung lagi.

Tgk lambang MAS lagi la teringat kat MH370.huhu
Maklong, Atuk, Nenek, Luqman..kat ruang menunggu
Jannah ngan Pakcik Makcik
Paksu, Maksu ngan Fateh
Afiq ngan mak dia.hehe
Ceria..
Afiq mula2 nak dok ngan abah, tp last2 dok ngan umi gak. Dia pun ada seat, tp tgh wat perangai masa ni nak dok atas riba abah. Pastu, dok kat depan ngan umi, Jannah lak ke sebelah abah..leh je Afiq rilex dok kat seat sendiri..siap makan nasi lemak sendiri lagi.hehe
Luqman Jannah excited.. Gambar dah tak ikut susunan sbb dah campur dari kamera Maklong n Paksu.
Maklong Shikin, Atuk, Nenek ngan Luqman
Tunggu..jangan tak tunggu..macam2 aksi ada.hehe
Paksu Amat, Maksu Tira ngan Fateh
Anak2 umi abah..
Cucu2 Atuk Nenek
Alhamdulillah..selamat sampai di bumi Sabah
Tunggu van yg dah siap disewa datang jemput
Aksi budak hensem..haha.
4 orang cucu Atuk Nenek la ni..
Aksi Ahmad Al Fateh



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform