Nak ngadu lg.huhu. Luqman dah ok..dah tak muntah2, sekarang bersambung kat Afiq lak. Afiq dok tak duduk petang td pas bangun tido tiba2 muntah..banyak. Aik, apsal lak ni kan..nak jadi cam abg Luqman pulak ke? Ingat ok kot pastu, ropenya sampai ke saat umi menaip ni, dah 5x Afiq muntah.huhu. Sama la cam abg Luqman aritu..sampai dah takde ape dlm perut. Ape yg masuk, sume kuar blk.
Baru jap ni, sebelum Afiq tido, die siap cirit birit sekali. Food poisoning ke? Kalo ye, nape abg Luqman n kakak Jannah tak kena. Umi pun sama. Aduh..kenapa lak ni??
Luqman dah g sekolah td..lepas dah tak muntah n dah boleh makan. Tp mlm ni tiba2 ngadu 'Luqman rasa cam demam je'.. Aduh..sekali lg..mmg sah, pgg dahi n bdn mmg dah panas. Anak2 lelaki umi...kenapa jadi camni? Kuat la semangat sket..kuat la antibodi tu..lawan sume penyakit2..
Umi pun penin camni..jadi time abah mmg bz. Sok abah exam kursus seminggu die, dah penin bab study..takmo la beratkan kepala otak bab sakit demam anak2 lak.huhu. Umi pun rasa cam segan nak bgtau kat cikgu Luqman yg die asyik tak sihat je. Kang die ingat..tipu ke ape..malas nak bg dtg sekolah ke. Rasa cam nak jumpa cikgu tp nak usung budak2 yg tak sihat la..3 beradik lak tu..aduhhh.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada umi ni.. Umi terpikir gak tadi..syukur sbb dapat ujian ringan camni berbanding mak bapak yg terpaksa menghadapi ujian anak2 sakit kritikal kena berkampung di hospital..Nauzubillah..minta dijauhkan la daripada keluargaku, Ya Allah. Semoga anak2ku sume sihat2 sejahtera. Amin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.