Bergambar kenangan ngan family Pakngah Nizam. Kebetulan kaler baju lebih kurang la pulokk.. Gambar bersalaman family tu tak snap guna phone, minta sepupu tolong amekkan guna kamera die..tp sampai sekarang senyap je, jgn ilang dah la ye..
Luqman Jannah ngan kawan baik depa, Aliya..anak alang Tie ni. Die sebaya Jannah tp nape besar cam Luqman? Nampak sgt anak2 umi cinonit ye.hehe.
Luqman ikut Nurin, Aina ngan abg Iskandar beraya umah orang. Sebenarnya kat kampung dah takde budak2 mai beraya kat umah cam zaman umi dolu dah. Tingat zaman umi dulu..sampai ke mana berjalan beramai2 keting keting bunyi loceng kasut raya beraya dari umah ke umah. Tujuan utama..kumpul duit raya.hehe. Budak2 sekarang takde dah camtu. Bila abah tgk Luqman nak join sepupu2 depa yg br sampai dr Perak..abah bg je.."biar die jadi berani.." abah kata.
Jannah konon nak ikut sekali..sampai kat ujung pokok tu, terus berlari pusing balik..nangis.. Kakak nak ikut? Kakak kan org KL, mana mau benda cam gitu.hehe.
Si kecil Jannah berkebaya nyonya..beraya umah arwah Toklang Remli, Taman Selasih ni.
Daniel syok org pakat berkumpul ramai2 beraya umah die..die sorang je, menan banyak..mmg dikerumuni geng la. Toksu Yah wat makan2..kat Kg Dusun.
Muhd Haziq Darwisy..anak Maklong Lina. Sume org kata Afiq sama sebijik cam Darwisy ni. Dari segi muka, badan, peel, suara..ape lg ek.. Pendek kata sume sama la. Darwisy tua setahun dari Afiq. Sepupu cam kembar la..kite tgk bile depa dah bsr nnt ye.
Arini dah msk ari ke 7 kite raya..seminggu dah pun. Baru arini rajin nak online tenet..baca cite raya orang dl..dah blog kite tah hape2 kan.huhu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri umi ucapkan kepada seluruh umat Islam Malaysia..maaf zahir batin. Raya tahun ni umi sekeluarga balik beraya pertama di Kulim. Sepatutnya plan asal nak raya KL dulu tp dah nak kena g kenduri di Kelantan lak ari raya ke 4 tu, so kitorang blk kampung awal la. Balik ari Jumaat tul2 pas sahur n solat Subuh. Gerak awal nak elak jammed kan. Angkut budak2 tgh tido ngan tak mandi ape pun..nak tau mandi kat mana? Kat umah Tokwan di Kulim.haha. Bgn tido umah atuk Keramat, mandi umah tokwan Kulim..bertuah. Takpe la..kitorang sampai Kulim pun awal..kul 12 camtu..lum solat Jumaat pun.
Sehari sebelum blk kampung tu..ari Khamis, kitorang buka pose n tido umah Keramat dulu. Luqman dah cuti sekolah n abah pun apply cuti sbb malam tu die beriktikaf di Masjid Shah Alam. Nak g keje tak larat kot kan. Pagi tu ada program Tanyalah Ustaz (Ustaz Zahazan) kat TV9, ada la muka abah kat situ.hehe.
Raya pertama tahun ni kat kampung cuma ada Tokwan n Tok, Maksu Yayah, Pakndak Man, Alang Ti sekeluarga (die baru abis pantang)..n umi sekeluarga la. Maklong Lina sekeluarga raya kat Baling, Pakngah Nizam raya Terengganu..tak dpt cuti, Paknjang Najib raya Kelantan, Achik Azah raya Melaka..raya kedua baru sampai Kulim. So, mujur la kitorang ada kan..
Raya pertama tu dok umah je tak jalan mana sbb orang datang beraya tak benti dari pagi sampai mlm..datang lak serombongan berbijik2 kete..kena la tolong Tok kat dapur kan..abah pun malas nak kuar..letih, ngantuk la. Umi takut die boring je sbb kat KL mmg beraya jln umah orang je kan..dah abah kata start jalan esok..raya kedua..so ok la.
Tak sangka tgh ada tetamu tu, Pakngah Nizam sekeluarga muncul..mmg surprise la..umi yg tgh wat air usung jag sekali bawa kuar nak tgk tul ke diorang blk.hehe. Syoknya bertambah ahli keluarga..kitorang kan keluarga bsr..bile pakat tak balik, sunyi je la umah..so bile diorang balik, kitorang rasa hepi sgt2. Tak dapat cuti pun, saja blk anta mertua kat Perak, singgah Kulim..soknya raya ke 2 diorang dah blk Terengganu semula.
Kitorang lak raya ke 4 pas Subuh dah bersiap nak ke Kelantan lak. Sempat la beraya di Kulim raya ke 2 & 3 tu..6 umah gak la..umah Tokngah Zizah n Toklong Hassan di Tmn Selasih, Tokcik Mah kat Kg Keladi, Toksu Yah di Kg Dusun, Maklong Lina di Hi-Tech Kulim n last di umah Tokngah Kg Pdg Limau. Kat kampung cam biasa Luqman Jannah la hepi sbb kawan ramai kan. Afiq tak reti berkawan lagi.