Berkelah..

Pada hari Isnin lepas, sempena cuti panjang raya cina..kitorg adik badik umi pakat plan beramai2 berkelah kat Port Dickson, N. Sembilan. Mmg tak penah lg kitorg jenjalan berkumpul reramai camni kecuali ada kenduri ape2 la. Bile lagi nak eratkan tali persaudaraan camni kan. Kitorg seramai 10 org umi+abah, paknjang najib+azma, achik azah+fauze n pakndak man yg trn dr Batu Pahat, termasuk budak2 bertiga tu la, Luqman Jannah n Qistina.

Kitorg bertolak pun dah dekat tghari sbb masing2 sibuk prepare barang kat umah. Lagipun sehari sblm tu, adik2 umi ni dah jalan2 makan angin kat Cameron Highlands..kot letih berjalan pun tak ilang lg kan. Kitorg tak join pun la, kena berjimat noo..hehe. Berbalik ke cite berkelah, masing2 bawa makanan serba sket. Umi just wat daging grg kunyit ngan telur dadar special. Maknjang Azma lak wat talapia ngan sambal then bawa ayam n kambing utk BBQ kat sana. Achik Azah lak bawa ayam n kerang juga utk BBQ nnt. Siap minta resipi kat Tok Kulim tu nak perap ayam.hehe.

Kat PD mmg ramai gilak la org berkelah. Kebetulan Paksu Amad pun g PD gak aritu, abah try msg tanya ramai ke tak org...mmg jwpnnya ramai giler la.. Kat highway pun dah jammed. Kitorg berkelah kat tmpt yg tak ramai org, belakang kem tentera tu. Pakcik Fauze yg ajak kat situ sbb nak privacy sket nnt kan nak BBQ. Mujur ada rumah penginapan yg boleh kitorg pinjam surau n toilet. Umi sekeluarga tak berendam pun kat pantai sbb pikir ssh nak salin pakaian nnt, cuma basah kat bawah gitu2 je la. Tu pun dgn muka tak malunya, skali lg umi minta izin nak mandikan anak2 ni kat paip shower umah penginapan tu. Alhamdulillah.

Adik2 umi best la berendam sakan..diorg gamble je salin baju kat dlm kete. Qistina tu katanya sonok main air, tak cam adik badik berdua ni takut sket. Luqman stil takut ombak ye...hehe. Nnt umi upload video die nangis tak nak masuk air k.

Oklah, cite pasal kelah. Spatutnya mlm tu ada plan open table kat steambot tp tak kesampaian. Lain kali je la.

Abang Luqman n Adik Jannah di pantai Port Dickson




Anak dara, Qistina yg montok. Siap pakai baju mandi tu


Pandangan dari depan, tgh main bola

Pandangan dari belakang

Umi n Jannah ler

Maknjang Azma yg pgg sos cili

Achik bakar kerang


Adik Jannah n Abg Luqman kat masjid tentera. Teman umi abah solat Maghrib n Isyak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform