Sepanjang Ramadhan













Assalamualaikum..


Jumpe lg buat sekian kalinya. Sedar tak sedar arini dah masuk hari ke 22 kite semua umat Islam berpuasa Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu kan. Dan tak sampai 10 hari lg kite akan menyambut Syawal pulak. Mudah2an Allah swt masih memberikan peluang kepada kite untuk menyudahkan pose Ramadhan ni dgn sempurna. Amin.


Oklah, sebut pasal Ramadhan ni, umi nak cite la sket psl aktiviti kitorg skeluarga spjg berpuasa. Cam biasa sahur umi & abah je la yg bangun. Seingat umi setakat ni baru 2x la abg Luqman n adik Jannah join umi n abah. Pastu yg bestnya bulan pose ni diorg tido lena tul, cam nak bg peluang je umi letak kepala jap pas setel sume keje start dr bgn prepare utk sahur tu. Kalo tak, diorg jg awal cam time Subuh tu pastu berjaga la smpai petang terutama Luqman susah sgt nak tido siang sbnrnya. Jannah ok sket, pas 2,3 jam berjaga nnt die ngantuk la.


Pastu, makanan diorg biasanya balance yg umi n abah sahur tu la. Skrg ni selera makan Luqman dah semakin baik. Biasanya die akan makan ape je yg umi suap, banyak gak la tak cam dulu2, sket je makannya. Kire peel tu sebijik turun kat adik Jannah la, mkn sket je..makanan lembik tak nak makan. Tp kdg2 budak takde gigi ni makan banyak gak (byk cara die la), ikut mood.


Buke pose lak, selain kat umah, kitorg penah berbuke kat umah Keramat, Masjid Putra, Masjid Besi n ofis abah. Seterusnya kitorg 4 beranak selalu buat solat Tarawih kat Masjid Putra. Penah 2x je kat Masjid Besi sbb tak sesuai sket ngan anak2 umi..panas n ada kolam kat tepi dewan solat, takut jatuh woo..pastu kawasan terbuka n takde pengawal, takut diorg ilang.hehe. Anak2 umi ni suke berjalan/berlari merata, selagi tak letih or lapar slagi tu la diorg berjalan. Kite yg risau kang org bawak lari ke. Si kecik Jannah tu lak, sume yg tgk die dok tegur comel, ye la..orgnya badan kecik je tp dok terkedek2 jalan sana sini. Sume pakat nak dekat, nak dukung tp bukannya die nak. Mujur die pandai cari umi balik walau ke mana saja die g. Mula2 dulu ada 2, 3 org budak suke jaga die time umi solat smpai abg Luqman sebut diorg tu ‘kakak adik’.hehe. Tp skrg dah tak nampak pun. Kalo ada diorg umi tak risau sgt, mmg nampak suke tul kat Jannah.


Ok, nak cite psl persediaan sambut raya lak. Abah dah belikan kasut raya untuk abg Luqman. Sama cam adik Jannah, jenama Bubble Gummers kitorg beli kat Kedai Bata di Jusco Equine Park. Suke la die, kat umah dok pakai je. Abah pun belikan sandal n t-shirt untuk abah gak. Cian, bertahun2 tak penah beli.hehe. Baju raya hari pertama 4 beranak sume pun umi dah prepare iron siap2, semangat nih.haha. Anak2 dah besar katakan. Tahun lepas Jannah still dlm pantang (24 hari), abah smpai terlupa, bgtau member die ni 1st time nak beraya ngan putri kecik die. Abah, abah.. Mm..baju raya anak2 yg lain kitorg takde belikan pun sbb dah ada baju2 lama yg still lum pakai. Kebetulan muat pakai raya ni,jd baju raya la tu.hehe. Kuih raya pun ada abah belikan sket, mana tau ada kengkawan nak dtg beraya kan. Jemputlah dtg beraya umah kitorg nnt.


Ni citer latest la, smlm berbuka n tarawih kat Masjid Putra, Luqman dpt kawan lak. Sronok sgt la main, tak penah ada kawan kan..umi panggil suruh duduk pun tak nak dengar dah. Excited berlari sana sini. Umi tau ada mata memandang, tp nak buat camne, peel budak2 camtu la. Masa solat jemaah tu bukan diorg kaco g berlari kat tmpat solat ramai2 pun, diorg dok kat kawasan belakang2 takde org tu je. Adik Jannah pun cam biasa mmg menjadi perhatian sume yg memandang la, ada je yg nak dekat tp die lari la kat umi. Cuma ada sorg makcik n anak2 die berjaya umpan Jannah ngan handphone, tu pun mula2 nak pujuk sbb Jannah nangis kena ‘puk’ ngan kawan baru abg Luqman tu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform