Alhamdulillah..rasa syukur umi panjatkan kepada Allah swt. kerana dengan izin-Nya umi telah selamat melahirkan anak ke-2 umi dan abah, yakni adik Muhammad Luqman secara normal pada 8hb September 2008, pukul 6.11 pg (beberapa minit selepas azan Subuh dilaungkan) dgn berat 2.6kg, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, KL. Yang menggembirakan lagi, kami dikurniakan anak perempuan..maka lengkaplah sepasang zuriat penyambung waris keturunan umi dan abah. Umi dan abah telah sepakat menamakan puteri kami ini dengan nama Nur Jannah binti Muhammad Razif yg membawa maksud “Cahaya Syurga”..mudah2an Nur Jannah akan menjadi anak yg baik seindah maksud namanya.. Begitu juga harapan pd abangnya Muhammad Luqman yang namanya bermaksud “Terpuji & Bijaksana”..Amin.
Ok, kat sini umi nak citerkan rentetan detik2 kelahiran si comel ini. Mmg semuanya tak dijangkakan oleh umi dan abah. Mana taknya, tarikh jangkaan umi bersalin ialah pada 21hb September, ada 2 minggu lg umi nak wat mcm2 sblm bersalin, jd umi tak buat persediaan sgt kecuali beg baby dah tersiap sedia dlm bilik. Yang bestnya, hari Ahad, 7hb tu umi n abah dah plan nak bawa abg Luqman jalan2 kat PKNS nak belikan laptop utk die, pastu terus ke Pasar Ramadan belakang PKNS tu. (dah lama sgt niat nak belikan laptop tu..bile dah cukup duit die dpt drpd sedara mara baru umi ajak gak abah belikan..tambah2 dekat nak dpt adik ni, sekurang2nya die sedar umi abah sayangkan die…hehe). Sehari sblm tu, Sabtu kitorg dah jalan2 ke Jusco Equine Park, agaknya sbb banyak berjalan kot, baby Nur Jannah meronta2 nak kuar cepat..hehe.
Ok, sambung pd cite hari Ahad..kat umah umi masak awal untuk berbuka pose sbb ptg nnt nak kuar jalan2. Abah lak kuar ke Warta pastu terus ke Nilai kedai kawan die, tinggal la abg Luqman dok main sorg2 kat hall smpai umi tak sedar die dah conteng sarung kusyen umi tu..huhu. Umi sempat masak nasi, ayam paprik dan kerisi masak kicap, abah dah message pesan kul 4ptg nak kuar dah. Elok je siap masak..tup tup umi terasa keluar tanda. Dah rasa berdebar2, umi terus call mak umi kt kmpg..ape lg..mak n kak lina kelam kabut suruh umi siapkn sume brg pergi hospital..umi lak still relax sbb pikir belum smpai masa lg, diorg kat sana lak risau tambah2 dpt tau umi berdua je kat umah ngan abg luqman..takut terbersalin kat umah..hehe. Smtara tunggu abah smpai, umi pun kemas la baju ape yg patut..tp hati berat cakap belum masa lg, smpai hospital jap lg kena halau balik la..hahaha. Yg peliknya, sblm kuar dr kawasan umah, abg Luqman boleh bye bye kat umah..tak penah2 dibuatnya, cam tau je pasni die tak balik dah umah tu..kan kena lepak teman umi berpantang kat Lembah Keramat.
Smpai hospital, bile doktor check bukaan dah 3cm..kena booking labor room sbb dah penuh..huhu. Betul la adik Nur Jannah ni tak sabar2 nak kuar dah. Mmg tak jangka n tak sedia langsung..makanan masak utk buke td pun tinggal camtu je kat umah. Nampaknya umi sempat berpuasa selama 6 hari je..kena ganti banyak la nnt. Atuk dan nenek dtg jemput abg Luqman kat hospital sbb abah nak temankan umi. Meraung die bile nak pisah ngan abah..sian anak umi tu. Sian gak kat abah sbb buke pose sebungkus kecik roti je.
Kul 9.30mlm umi dibawa ke labor room dgn ditemani abah. Masa tu boleh cool lg sbb umi belum rasa sakit ape2. Dok sembang2 ngan abah smbil baca doa dan surah2 yg mak umi sempat pesan kat umi. Smpai ke kul 12 masih lum ada sbrg tanda or sakit, doktor suruh induce, tambah air bg cepat proses bersalin. Dalam kul 1.30pg camtu, bermulalah saat yg umi tunggu dan minta selama ni untuk bersalin secara normal..kontraksi sakit bersalin mula menyerang setiap 3 minit. Ya Allah, camni rupenye sakit yg semua ibu2 bakal bersalin rasa.. Setiap kali sakit, umi hanya mampu berdoa smbil pegang tangan abah kuat2. Smpailah nurse bgtau akan check bukaan kul 5.30pg nnt, umi mula rasa tak sanggup nak tunggu selama tu. Nurse cadangkan amek ubat kurangkan sakit..guna alat oksigen..umi terus iyakan je..nampaknya guna alat tu pun still rasa sakit gak.
Nak bgtau gak, buke pose smlm abah just makan roti, sahur lak sib baik nurse bg abah sbungkus kecik biskut ngan secawan milo panas. Smpai la pukul 5.30pg camtu, nurse check bukaan..umi dah boleh bersalin katanya..masa tu sakit yg teramat hanya Allah saja yg tau. Abah sendiri pun ada bgtau umi lps bersalin tu..sian sgt tgk umi..smpai terpikir tak nak anak dah pasni. Abah kata umi dah jd cam org lain waktu tu, muka berubah..gaya cam ‘hulk’ pun ada..hehe. Umi tgk kat sekeliling umi dah ramai nurse n doktor berkumpul..menurut kata abah, pg tu hanya umi seorang saja bersalin..sbb tu diorg dtg tgk dan membantu. Menurut kata doktor dan nurse, baby dah betul2 nak kuar dah, kepala pun dah nampak..tp umi tak pandai teran. Beberapa kali gak umi cuba dan usaha tp masih belum berjaya. Kali ni umi terpikir, jikalau Allah takdirkan umi kena bersalin ceasarian sekali lagi pun, umi akan terima dgn redha. Dalam masa yg sama umi cuba juga..dan..Alhamdulillah dgn berkat dan izin Allah swt. tepat pukul 6.11pg umi selamat melahirkan baby Nur Jannah secara normal. Umi pun terkejut bile doktor letakkan sekujur tubuh kecik baby atas perut umi sbb umi tak rasa pun bile baby keluar, begitu juga abah sbb umi terdengar spontan kuar dr mulut abah ‘Allahuakbar’!.
Mmg betul kata org, bile dah tgk baby hilang terus rasa sakit bersalin yg umi rasai td..dan yang paling menggembirakan bile nurse tunjukkan baby yg sempurna cukup sifatnya dan jantina baby pd umi dan abah..syukurlah kami dikurniakan anak perempuan..mmg spjg mengandung kami tak tau langsung jantina baby sbb walaupun pernah scan 2x tp tetap tak nampak jantinanya. Mmg betul2 surprise kali ni berbanding masa abg Luqman dulu, awal2 lg dah tau baby boy. Tambahan pulak, dr cakap2 org..perut umi cam menunjukkan baby boy lg..jd umi dan abah tak amek pusing sgt la psl tu..tak kisah la baby boy or girl..yg penting kedua2nya adalah rezeki umi abah sekeluarga. Ok, inilah cerita kelahiran Nur Jannah binti Muhammad Razif.
Nur Jannah Binti Muhammad Razif
Labels:
Jannah,
Pengalaman melahirkan anak2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.