ALHAMDULILLAH......

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada pg ni umi nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah swt kerana akhirnya penantian umi selama 4 tahun untuk mendapatkan kelayakan ke Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) menjadi kenyataan..dgn hati yg berdebar2 umi on internet tepat pkl 8.30pg td (tidokan Muhammad Luqman dulu), Alhamdulillah mmg rezeki umi, abah & MLuqman kali ni.

Umi dah janji orang pertama yg perlu tau keputusan ni adalah abah..tapi umi call masuk mailbox, sah bateri abis. So, umi terus menaip kat sini je la..abah jugak yg akan jd org pertama tau, kepada yg lain umi simpan dulu rahsia ni..hehe.

Mm..umi sekarang pikirkan MLuqman je, nampaknya umi akan berjauhan dgn MLuqman la selama setahun berkursus walaupun sbnrye tempat pengajian umi dekat sgt, cuma di Cheras KL. Cuma umi pun tak pasti siapa yg akan jaga die, kat mana nak tinggalkan die.. Kalau kat KL jg boleh umi balik setiap hujung minggu, tapi kalau tinggalkan die kat Tok die di Kulim kan dah jauh.. Kat KL pun sape yg nak jaga die..kalau nenek tak keje boleh la die kat sini, dekat ngan abah jugak.. Tak apelah, pg td abah dah pesan kat umi, ape saja keputusan terima dgn redha dan bersyukur..semuanya ada hikmah di sebaliknya..mudah2an Allah swt akan berikan petunjuk dan jalan nnt. InsyaAllah.. Amin.

Patutla MLuqman manja betul dgn umi spjg 4 bulan umi jadi surirumah menjaga die sepenuh masa..cam dah tau je yg die akan berjauhan dgn umi nnt. Sian anak umi sayang ni.. Masih ada masa lg MLuqman nak bermanja puas2 dgn umi..agaknya bile umi dah berkursus nnt, die dah tak nak manja2 ngan umi lagi tak..? Ish..risau pulak.. Takpela, setahun je tempohnya..lps tu insyaAllah selama2nya hingga akhir hayat umi akan dekat dgn abah & anak2 umi..Amin.

Okla, umi bgtau detail mengenai kursus umi nnt.
Kursus : Pengajian Sains (Sek. Rendah)..jadi cikgu sains umi ni ye..hehe
Tempat : Institut Perguruan Teknik, Jln Yaakob Latiff, Bdr Tun Razak, Cheras, KL (kat Cheras gak ye..tak jauh dr ofis lama)
Tarikh : 14 Januari 2008 (mm..tak smpai sebulan je lg nak pisah dr abah n MLuqman..huhuhu)

Okla, smpai sini je umi stop..nak try gak call abah..Dah tak sabar nak bgtau org lain gak ni terutamanya Tok & Tok Wan MLuqman kat kampung yg betul2 berharap umi dpt KPLI ni. Kat atuk & nenek MLuqman bgtau masa diorg blk dr Mekah minggu dpn la ye..takkan nak bgtau sekarang, diorg tgh mengerjakan ibadah haji. Esok kite semua rakyat Malaysia beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Jadi, ucapan Selamat Hari Raya ini ditujukan kepada anda semua. Kitorg sekeluarga raya kat KL je. Semoga berjumpa lg.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform