Helloo.. Amboi sukanya diaaa..

Assalamualaikum..

Nur Najla umi ni dah berumur 1 tahun 3 bulan. Setakat ni Najla belum pandai bercakap lagi. Mulut bising tapi bercakap bahasa dia la..tak tau la bahasa Jerman ke, Arab ke, Hindi ke..haha. Yg pasti bukan bahasa Malaysia la. Dia je yg paham..umi sebagai mak kena la buat2 paham.hihi..

Perkataan yg ringkas2 cam abah, air pun dia tak reti sebut lagi. Beza sket dgn adik badik lain..boleh dikatakan cepat gak bercakap pastu bukan jenis bising cakap bahasa dia tu. Najla je la peel mulut bising tah hape dia cakap.

Ada 1 malam tu tah camne tetiba suka je dia sebut perkataan macam "Helloo..hellooo..". Gitu lah dia. Gelap sebab umi dah off lampu..just nak dengar suara hepi dia je.hehe. Jom layannn..



Jemput kepulangan Maklong Lina dan Paklong Amar dari Mekah/Madinah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selesai dah kerja Haji Maklong Lina dan suami di Mekah dan Madinah. Beruntung diorang dpt mengerjakan haji pada usia yg masih muda. Semoga mereka mendapat haji yg mabrur. Semoga umi dan abah pun ada peluang camtu, InsyaAllah.. Amin..

Jadi, pada Ahad tgh malam dah masuk tarikh baru 26 Okt)..diorang dijangka sampai ke KLIA pada pukul 12.30 tgh malam. Akan transit di KLIA sekejap sebelum sambung meneruskan penerbangan ke kampung halaman tercinta, Kulim Kedah..pada esok paginya.

Disebabkan kami dekat ngan  KLIA, jadi kami bercadang nak jumpa sambut diorang la di KLIA..cumanya kena pegi tengah malam tu yg agak berat sikit. Anak2 nak exam esoknya..pagi dan petang. Memang tak boleh bawa diorang lah.

Jadi, umi plan tidokan anak2 dulu..nanti dah tgh malam baru la kitorang gerak ke KLIA. Kiranya kena tinggal bebudak ni kat umah la. Mujur ada Pakndak Man yg tak nak ikut. Lewat sangat esok susah nak bangun keje katanya. Kalo takde sape teman, terpaksa bawa juga la kot sume bebudak. Umi siap tulis nota lagi..kot diorang terjaga boleh cari Pakndak.

Mula2 ingat tak nak bawa Afiq..tp pikir kang tgh malam terjaga cari umi abah, susah ni..so usung juga la dia sekali. Doa, tawakal minta Allah pelihara anak2 kat umah. Alhamdulillah diorang tidur lena je.

Flight Arab Saudi landing kul 12.10 camtu..so umi pun kejut abah yg tgh tido. Sampai KLIA dlm pukul 1.10 camtu..jalan jem sebab ramai yg dtg jemput orang balik haji. Maklong Paklong dah keluar..baru la kitorang dpt jumpa. Alhamdulillah..dapat junpa amek berkat orang balik haji..mudah2an lepas ni turn kita lak akan menjelma.. InsyaAllah..

Adik badik Paklong Amar pun ada sekali..sume tak bawa anak..ada maid leh jagakan. Umi kena la usung Afiq dan Najla sekali. Sian, ngantuk tul 2 badik ni kena jalan tgh2 pagi.hihi.

Dekat kul 3 pagi kot baru kitorang gerak balik umah. Sampai umah dah kul 3.30 pagi. Kul 4 baru tido..nanti dah nak bgn siapkan anak2 nak exam pula.
Surat cinta utk Luqman dan Jannah
Kapal terbang yg dinaiki Maklong Lina dan Paklong Amar. Lagi 2 jam camtu akan sampai ke KLIA
Abah la ni..yg rajin dok cari simulasi pernerbangan ni..umi send kat group wasap. Dapat la Achik Azah tunjuk kat Tok Tokwan kat kampung
Alooo ciannya.. Afiq ngantuk.
Makan baulu seround
Adik pun makan
Kitorang berkumpul malam tu.

Maklong n Paklong transit di KLIA.. Esoknya jam 9.15 pagi baru flight ke Penang..kat sana Tokwan, Tok, Achik Azah dah tunggu ngan anak2 Maklong Paklong. Toknjang Zah n Toknjang Kob pun ada sekali. Alhamdulillah semuanya selamat selesai sempurna...

Tok Tokwan dan cucu2 menanti dengan penuh kerinduan..dah sebulan lebih tak jumpa.
Aura haji dan hajjah sgt terserlah..
Toknjang berdua pun ada sekali.




Ole2 dari Turki

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak citer pasal kitorang dapat ole2 (buah tangan) dari Turki. Sape yg bercuti ke Turki ni??

Itulah dia Atuk, Nenek dan Maklong Shikin. Diorang baru je balik Malaysia..pergi bercuti minggu lepas selama 9 hari. Best tu dapat bercuti kat oversea kan.. Kitorang tah bila la dapat merasa bercuti camni. Mungkin akan ada rezeki juga nnt, tp kalo tanya umi..andaikata diberi peluang bercuti oversea, kat mana yg tingin nak pegi??

Umi tingin nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah Al Harram la..menunaikan umrah, menunaikan fardhu Haji. InsyaAllah semoga Allah menjemput umi ke sana nnt. Mudah2an Allah murahkan rezki umi. Amin..

Kalo ikut tahun pergi Haji yg Tabung Haji tetapkan, umi abah akan pergi menunaikan Haji pada tahun 2026..10 tahun lg..lama lagi.hihi. Tapi mana tau, semua atas kekuasaan Allah..mungkin kitorang boleh pegi lagi awal dari tahun tu..siapa yg tau kan. Wallahu'alam..

Eh, sambung pasal ole2 Turki lerrr..melalut pulak die..hihi..

Jom tgk apa yg kitorang dpt.. Tima kasih Atuk Nenek dan Maklong kerana sudi belikan utk kitorang..

Manisan Turki ni makan kat umah atuk je..macam2 rasa ada..ada yg boleh terima tekak..ada yg..mm..tak sedap.haha..
Manisan ni kitorang dpt. Umi je kot dok pulun sensorang kat umah. Depa lain tak layan punnn
Gasing Turki utk Luqman Jannah..senang je tgk diorang main
Belon udara panas Cappadocia..umi dah gantung 2 ketul ni kat dlm viva. Yg bulat tu ubat sapu kulit utk Afiq.
Shawl daripada Maklong utk umi. Tima kasih bebanyak ye..
Baju I Love ni kalo sesapa bercuti kat mana2 sure akan dibelikan utk bebudak ni sekali..
Ni nenek yg belikan utk Jannah dan Najla

New roti pizza

Assalamualaikum..

Aritu umi baru buat entri pasal umi keje dok buat piza guna roti keping tu kan..memang kena ada stok kat umah sebab budak2 dgn bapak budak sgt suka makan.hihi. Memang abah suka, jadi dia rajin la beli bahan2.

Aritu tgk kat fb ada video terbaru orang buat pizza guna roti keping tu..wahh..cam sedap tgk cheese ditarik2 kan. So tunjuk kat abah dan anak2, wajib la diorang suruh umi buat. Umi takde hal nak buat, yg penting pi cari bahan ye..hehe..

So, tadi abah ada nak beli barang umah sket kan..abah beli la sekali bahan..lebih kurang je cam pizza biasa cumanya kena banyak cheese cheddar tu..dan abah beli pepperoni kali ni.

Malam, masuk dapur..umi pun buat la 6 set. Guna periuk ajaib umi la..cam biasa. Oven2 ni tak main ye..haha. Sekali masak 1 set je boleh buat kan..tp ok la..takde la lama sgt nak tunggu. Bila siap sume pakat makan dengan lahapnya.haha. Sedapp..soo yummyyyy... Kira lagi sedap yg ni banding piza sekeping cam sebelum ni.

Sekali buat 1 set je..bersamaan 2 keping roti. Kalo dalam video fb tu cheese cheddar dia utk 1 set ni dia guna 4 keping..tp sini umi guna 1 keping je..jimat la. Kita bukan kayooo.. Sebab sekeping je cheddar cheese tu, so kat atas umi tabur mozarella cheese gak la. Sepatutnya tak payah.
Hasil dia cenggini..woww..mmg best. Boleh buat lg lepas ni.

Hari Asyura pada bulan Muharram

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk Tahun Baru Hijrah 1437, dah masuk 11 Muharram. Mungkin masih ada yg berpuasa sunat hari ni. Umi abah puasa 9 dan 10 Muharram saja.

Alhamdulillah rezki org berpuasa, dua hari berturut berbuka puasa di masjid..murah rezki, makanan pun banyak.

Hari Tasu'a 9 Muharram kitorang sekeluarga berbuka puasa di Masjid Besi. Banyak makanan malam tu..makan2 baru solat Maghrib tak macam berbuka puasa bulan Ramadhan la, berbuka dgn air, kurma dan kuih lepas tu solat Maghrib seterusnya barulah makan berat.

Lepas solat Maghrib malam tu ada ceramah berkenaan Hari Asyura oleh PU Yusuf. Umi ada snap sket slide yang PU Yusuf terangkan pada mlm tu. Ilmu berguna utk kami semua. Alhamdulillah.

Poster majlis berbuka puasa dan ceramah di Masjid Besi
Suasana kat depan masjid..umi tak snap sekeliling pun..
Ada 4 bulan haram dlm 12 bulan iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah
Ayat Al Quran yg menyebut mengenai terdapat 12 bulan di sisi Allah, 4 bulan daripadanya adalah bulan haram di mana tidak boleh berperang.
Sesiapa yg melakukan amalan kebaikan akan mendapat pahala berlipat ganda pada bulan ini..manakala sesiapa yg berbuat kejahatan mendapat dosa atau keburukan berlipat ganda. Jadi perbanyakanlah amalan kebaikan pada bulan2 haram ini.
PU Yusuf dgn gayanya yg tersendiri. Alhamdulillah mudah terima apa yg beliau sampaikan..
Perbanyakkan lah puasa sunat pada bulan Muharram ni kerana sebaik2 puasa selepas bulan Ramadhan adalah bulan Muharram
Fadhilat berpuasa pada Hari Asyura 10 Muharram, Allah menghapuskan dosa setahun yg lalu. InsyaAllah..
Sejarah bagaimana Rasulullah mula2 melaksanakan ibadah puasa Hari Asyura. Untuk membezakan kita umat Islam dgn orang Yahudi, maka disunnahkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram. Juga boleh berpuasa selama 3 hari..9, 10 dan 11 Muharram..wallahu'alam..
Hari Asyura mula dilakukan oleh Nabi Musa tetapi kenapa setiap tahun tibanya Hari Asyura tidak diceritakan tentang Nabi Allah Musa a.s. Nabi Musa dianugerahkan 9 mukjizat oleh Allah s.w.t.
Ayat Allah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat baginda Abu Bakar As Siddiq bersembunyi di dalam gua. Allah turunkan ayat utk menenangkan hati sababat baginda itu supaya 'jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita'..

Itu saja sedikit slide yg umi sempat snap. Alhamdulillah dapat makan rezki yg berkat..dan juga dapat ilmu yg berkat.

Esoknya puasa hari Asyura 10 Muharram, kami sekeluarga berbuka puasa di Masjid Putra pula. Alhamdulillah rezki daripada Allah s.w.t..makanan banyak utk orang yg berpuasa. Sama macam Masjid Besi, makan dulu kemudian baru solat Maghrib berjemaah.

Lepas solat juga ada ceramah berkenaan Hari Asyura tp kami sekeluarga ambil keputusan nak dengar ceramah di surau lain di Putrajaya. Malam tu yg tau ada Ustaz Don di Presint 8 dan Ustaz Ebit Lew di Presint 5. Kami sepakat nak ke Presint 5 sebab tak biasa hadiri ceramah Ustaz Ebit Lew lagi.

Jemaah surau Alhamdulillah sgt ramai..ada makanan berbuka puasa juga situ..adik Najla tido, tempat perempuan pun penuh, jadi umi tak dpt masuk dalam tempat solat wanita..duduk kat luar..halaman surau sambil riba Najla. Umi tak snap gambar pun..dapat ikuti ceramah antara dengar tak dengar sbb suara anak2 kecik bermain kuat.hihi.

Selepas solat Isyak ada jamuan makan lagi. Alhamdulillah, dpt merasa bubur Asyura pandan..sedap sgt. Bihun sup dan juga pelbagai kuih pun ada..rezki Allah yg berkat. Alhamdulillah.




Persekolahan Afiq

Assalamualaikum..


Nak cite pasal Afiq sket. Entri ni umi nak masukkan video afiq mengeja sebenarnya, tp tak lepas pulak video..besar sgt data dia kot. Dah sedia maklum Afiq mula bersekolah awal tahun ni..kira 4 tahun dah sekolah la. Beza ngan Jannah, umur 5 thn baru umi abah antar masuk sekolah. Luqman pulak 4 tahun setengah, itu pun sebab umi start bekerja.

Jannah dan Luqman mula belajar membaca masa umur 6 tahun iaitu belajar di Pra Sekolah. Sebelum tu hanya kenal huruf camtu je la. Afiq pula..dah ujung2 sesi persekolahan ni Alhamdulillah dah kenal huruf sikit2..dan boleh baca 2 suku kata sikit2 la. Kadang ingat, kadang lupa pulak.hihi.

Takpe, slow2 la Abg Afiq ye. Umi masukkan sekolah awal pun niat utama mula2 tu nak bagi dia bergaul, berkawan..sebab sebelum tu memang anti sosial..langsung tak nak berkawan dgn orang lain kecuali adik badik dia je.

Alhamdulillah hampir setahun bersekolah, dia dah pandai bergaul..dah boleh main bergelak ketawa, berlari ngan kawan2. Awal2 lagi dah hafal nama kawan2..



Cuti jerebu 4 hari..ke library lg la jawabnya..

Assalamualaikum..

Hari ni Khamis dah 4 hari sekolah tutup..4 hari la budak2 dengan umi je. 2 hari umi bawa ke library. Hari ni ingat tak nak datang dah sebab pagi appointment Najla ke klinik..petang nak rehat la..lagi pun arini umi abah puasa sunat 9 Muharram, bangun sahur pun awal..ngantuk rasa nak rest lelap petang ingatnya.

Sekali..pergi klinik abis awal la pulak. Rezeki Allah permudahkan urusan di klinik arini. Ingat nak ajak abah teman sebab umi kena usung sume budak2 kan, tp abah ada program kat ofis pagi ni..tak dapat la. Appointment pukul 8.20 pagi..kitorang sampai klinik lebih kurang waktu tu gak..letak buku Najla kat kaunter klinik ibu dan kanak2, pastu nurse panggil timbang Najla..baru nak duduk nak tunggu nurse panggil utk masuk bilik nurse lain, utk check up baby..terus nurse kat belakang tempat timbang baby tu panggil masuk check up.

Uihh..biar betul. Terus check? Selalu kena tunggu kemain lama....iniii terus panggil. Memang Allah permudahkan betul. Alhamdulillah syukur pada Allah. Umi lak, kebetulan perut dah rasa meragam..cery bery sejak pagi td. Lega la dah setel awal. Sebelum pukul 9 dah abis check up. Tepat pukul 9 dah kat farmasi nak amek ubat cacing baby Najla. Bagi budak main taman menan kecik, umi pun mengkadha hajat.hehe.

Pastu terus ke Presint 16, bg bebudak breakfast roti canai, capati seround baru la masuk lepak kat library. Tercapai gak hajat budak2 ni nak lepak library arini. Adik Najla ni 3 hari berturut2 datang library dia lena dulu..hihi. Sedap je terbaring kat tempat rest bilik kanak2 tu. Ok, kita lepak sampai tengah hari je ye..nak balik rest lak. Rasanya esok Jumaat dah sekolah kot..udara nampak clear sket arini. Exam diorang nampaknya memang bertindih la sekolah pagi dan petang. Takpe la, semoga diorang dapat buat yg terbaik. InsyaAllah..

Main taman menan klinik seround..kecik je tempat ni. Klinik Kesihatan Presint 18 yg baru dibuka.
Masuk je library terus cari buku la..
Budak sedap lena..hehe..
Yeayy..jaga dah adik Najla

Ni semalam punya, umi snap gambar Najla sedap lena ditemani sorang abang tu. Abang dan kakak tu kena lepak kat library sementara mak ayah bekerja di ofis..apa nak buat..sekolah tutup, terpaksa tinggal di library..maybe tak boleh bawa ke ofis kot.

Riadah petang pada Hari Sukan Negara..

Assalamualaikum..

Aktiviti riadah kat taman di Presint Diplomatik ni..masa Hari Sukan Negara aritu. Pagi bebudak bersukan di sekolah kan.. Petang lak abah ajak riadah pulak kat taman. Budak2 hepi saje la..dapat kayuh beskal diorang tu.

Umi abah dan adik Najla cuma berjalan je la pusing seround padang yg luas tu. Dah lama tak bawa budak2 beriadah camni..sesekali kena la bawa juga kan. Sekarang ni diorang kalo balik sekolah petang je wajib la nak kayuh beskal kat luar umah tu. Umi kena la teman..tunggu diorang. Tak berani nak lepaskan tanpa pengawasan..macam2 kes sekarang ni kan. Adik Najla yg kecik ni pun cukup hepi dapat main luar umah. Tu nampak muka dia hepi je leh jalan2 taman kan.

Sampai je terus kayuh beskal
Singgah main air kat kolam di taman tu. Ingat lagi beberapa tahun lepas phone umi terjatuh dlm kolam ni lepas bape ari beli phone. Phone tu sampai sekarang masih berkhidmat lagi..hehe..
3 budak lepas gian kayuh beskal..kayuh la puas2 pusing 1 padang tu.
Adik Najla jalan kaki je la..tak bawa kete dia
Adik suka bonceng kakak naik beskal..tp kakak takut2 sikit sejak dah buang roda kecik tu..kalo dia naik sorang ok la..lajuuu..
Berehat sat..
Adik pun dah penat berjalan..rehat seround.
Omei tak cayee??
Umi rest tido sambil berdiri..haha..
Acara lumba lari..memang tak reti letih bebudak ni. Kalo bab lumba lari ni menang kat Jannah aje..laju dia lari. Luqman pun kalah.hehe..
Huk alohh..spiderman ke apo ni?haha.. Sementara tunggu abah masuk Mydin beli air sebab dah penat main..kitorang tunggu dalam kete..tp last kena masuk semua gak dlm tu..abah panggil nak beli brg sket..




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform