Aksi anak2 je la..

Assalamualaikum..

Hari cuti sekolah seminggu aritu. Sabtu Ahad sebelum abah start keje, bawa bebudak jalan dulu la. Bawa ke Sogo..bawa g mana lg tak tau..lupa dah.

Abg adik naik beskal depan umah seround..hepi tul tgk muka adik kalo dapat main luar
Kat surau Sogo. Suka dok depan cermin budak ni.. Abah jaga time ni..umi lak nak solat kat belah pompuan. Tak berani nak usung semua tempat ramai ni. Tp tgk mak Arab selamba je tinggal anak dia kat luar tanpa sesiapa jaga.huhu..
Abg Luqman n Afiq..kat surau mana ni ek..umi lupa la.
Abg kakak cakap adik ikat rambut air pancut. Rambut dah panjang ke depan sampai nak masuk mata.

BBQ Raya Haji

Assalamualaikum..

Hari Raya Haji, Khamis 24 September 2015..umi dan abah awal2 lagi dah mandi bersiap lepas Subuh, nak ke Masjid As Sobirin utk solat sunat raya. Awal, pukul 8 pg dah start. Anak2 lena biar je la..tak kejutkan pun. Memang tak sama cam kat kampung. Raya pagi2 dah ken kejut mandi sunat raya..tp raya haji kat kampung pun lepas balik solat sunat pun macam biasa, takde apa dah.

Sebelum ke masjid, angkat Najla usung sekali dlm keadaan tak mandi pun.hehe. Just salin baju saja..bagi semenggah sket. Nanti balik solat, baru mandi sunat raya ok.

Mujur kat masjid, Najla lena sedap je..kat sebelah umi. So, dapat la buat solat sunat dgn aman. Masa mula2 sampai je die nak rapat ngan umi..ngantuk lagi kena kejut katakann..hehe..

Balik umah, salin baju..kejut budak2 mandi sunat raya dan pakai baju umah je. Tak jalan ke mana2 pun kali ni. Pakcik Latip awal2 lg dah bgtau nak buat BBQ pagi.. Tghari boleh makan..petang, kitorang sekeluarga nak gerak balik Kulim dah.

Pukul 11 mcm tu start..tengahari dah boleh duduk lunch sama2. Abah ngan ank2 kuar pergi amek daging korban dari masjid dan surau. Umi bersiap pek baju barang segala. Dalam pukul 4.30 ptg kitorang pun bergerak balik ke Kulim. Yeaayyyy... Hohoho Balik Kampungggg...

Lepak Keramat..cuti sekolah

Assalamualaikum..

Masih dlm bulan 9..jom kita setelkan sket entry sblm masuk bulan baru.

Cuti sekolah bln 9 baru je lps..cuti seminggu, kebetulan time cuti Raya Haji kali ni. Disebabkan dah plan raya di KL dulu pastu baru balik kampung, so cuti dari Sabtu - Selasa kitorang cuma lepak kat umah Putrajaya je.

Selasa malam baru gerak balik Keramat. Rabu seharian di Keramat..saja bg bebudak lepak kat situ. Abah masih keje lagi la.

Atuk Nenek keluar g cari barang2 utk nak masak makan2 raya esok, Khamis..so sepupu bebudak ni, Fateh..tinggal kat umah la. Syok dia berkawan sampai tak nak tido. Nenek balik semula tidokan dulu kat bilik, pastu baru keluar ke tempat lain lak.


Selamat Hari Raya Aidiladha 1436 Hijrah

Assalamualaikum..


AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA 'EIDUL ADHA DAN ADAB-ADABNYA.

1) Bertakbir secara menyaringkan suara bermula dari Subuh 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada Hari Tasyriq yang terakhir.

2) Mandi sebelum pergi mendirikan Solat Sunat Hari Raya.

3) Memakai pakaian yang paling baik dan berwangi-wangian.

4) Makan selepas balik mendirikan Solat Sunat Hari Raya. Seelok-eloknya makan masakan daripada daging korban jika ada menyertai ibadah Korban.

5) Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain.

6) Mendirikan Solat Sunat Hari Raya di musolla (tempat solat) di kawasan lapang. Namun, boleh juga didirikan solat di masjid.

7) Membawa kaum wanita dan kanak-kanak ke tempat solat tanpa dikecualikan wanita yang sedang haid.

8) Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah selepas menunaikan solat.

9) Saling mengucapkan tahniah pada Hari Raya sepertimana yang diungkapkan oleh para Sahabat Nabi Radhiyallahu 'Anhum :
تقبل الله منا ومنك
Taqabbalallahu minna wa minka.
(Semoga Allah menerima amal kami dan kalian semua).

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua.

أخوكم في الله،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.
Semenyih, Selangor.
Khamis, 10 Zulhijjah 1436H - 24 September 2015

Kat toilet pun boleh..hihi..

Assalamualaikum..

Ni citer wefie kat toilet Masjid UPM. Singgah time Isyak lepas berjalan daripada tghari..(pergi kenduri kawen Desa Pinggiran Putra, pergi Sogo, lepak makan buger kat Serdang). Abah terus g solat, umi kena handle budak2.. Pakat nak terkencing, terberak. Najla lak kena cuci yak.

Afiq sebelum masuk toilet dah terjatuh sampai luka dulu..gatal nak ikut abah g solat sgt padahal sebelum tu ckp nak yak. Last..kena masuk toilet gak, dok ngan umi. Abah sorg je masuk masjid.

Jannah dah selesai hajat, buka paip sampai abis, air terpancut laju, dia terus lari keluar..bertuah kan?hihi. Paip dah rope ular kena palu..air memancut kiri kanan keluar ke luar toilet Jannah. Kitorang pakat sembunyi tepi toilet nak masuk tutup kemain susah.haha. Luqman tersembur kat muka la apa..tergelak2 dlm toilet tu. Nak biarkan camtu je tak boleh la kan. Kena masuk tutup paip gak. Umi laju2 masuk terus tutup, mujur tak tergelincir kan. Tu yg baju suar abis basah.huhu..

Setelkan Najla..pastu Afiq lak. Orang dah nak kuar, dia baru hegeh2 nak membuang. Abah dah abis solat, kitorang kat toilet lagi.hihi..

Tp yg bestnya toilet Masjid UPM ni ada cermin besar..leh selfie..yeaa..haha.. Pakat nak join masuk sekali la kecuali si Afiq yg dok sakit2..luka jatuh td. Best ada cermin besar cmni ye.. Abah, nnt umah baru beli cermin camni ye..hihi..

1 ni je ada gambar Afiq
Kami 4 orang je nak bergambar.hihi
Sorang lak..jgn kaco
Jannah dok posing, adik berkenan tali pinggang kakak.

Peneman setia umi ni..

Assalamualaikum..

Tugas umi seharian time budak2 sekolah ialah jemput hantar anak2 sekolah. Adik Najla yg lum sekolah ni la peneman setia umi ke mana saja.

Aritu umi bawa Najla pergi Alamanda..lama tak jejakkan kaki ke situ. Pasaraya Aeon Big yg dah lama takeover daripada Carefour dulu pun umi baru nak jengah pertama kali. Berubah dah la ye.. Saja jalan situ nak tgk pampes Najla ni, kata ada promosi. Jalan berdua je la..senang sket. Kalo ada abg Afiq, nak kena jaga Afiq sama..kalo ada abg kakak lagi la susah nak handle..tambah2 sejak akhir2 ni banyak kes culik budak.. Ishhh takut la. Kena kuar jalan2 ngan abah juga kalo bawa anak reramai. Semoga Allah lindung kami semua daripada malapetaka yg tak diingini. Amin..

Kuar dari Alamanda dah kul 4 ptg (saja umi kuar berdua ngan Najla..lepas Luqman, Jannah n Afiq pegi sekolah)..jom kita terus jemput abg Afiq kat sekolah. Adik yg baru jaga dari tido, umi bg pegang roti boy yg umi beli kat Alamanda td. Abis la sepah kete umi dia..

Monyok..muka baru bgn tido. Tp tangan tetap pegang roti boy
Ha..senyum dahh..
Comei umi dia nii..
Ok..abg Afiq n the geng dah kuar sekolah..

Beriadah di taman tasik sebelah PKNS Bangi..

Assalamualaikum..

Jom sambung buat entri baru. Kena rajin2kan diri..kalau tak, memang tak up status baru la. Tajuk atas tu sebenarnya tak tau nama tempat.hihi.. Letak tajuk tasik sebelah PKNS Bangi tau la kat mana ye..jgn mareee..

Kami pergi jalan2 riadah situ Hari Malaysia aritu..16 September 2015. Dah bosan 2 hari budak kat umah. Semalamnya dah cuti sebab Kementerian Pendidikan bagi cuti sehari kat negeri KL, Selangor, Putrajaya, Melaka dan N. Sembilan sebab jerebu teruk sgt. Alhamdulillah Hari Malaysia udara clear semula..tu boleh bawa anak2 riadah. Kat taman pun ramai sgt orang.

Mula2 sampai Najla lena atas umi..so usung je la dia sambil jenjalan..biar puas lena. Abg2 kakak start mengayuh beskal la. Umi beli nuget dan kopok lekor..abah beli eskrim. Suka bebudak dpt riadah.

Tak lama pastu adik Najla pun jaga. Terus pergi amek kete dia bg naik la. Jom tgk aksi diorang ni..

Abg kakak start kayuh basikal
Afiq punn..Hepi.
3 badik hepi
Umi sedap mkn eskrim, adik sedap tido.hihi
K dah bangun. Ada sorg kakak ni tgk Najla dh jg, dia pun merapat ke umi..tu dpt snap gmbr.hehe..
Tgk ape tu dik??
Singgah taman menan. Najla main sekali je..pastu takmo dah sebab ada budak tolak die.
Taraa...slipar baru adik Najla. Kebetulan mmg nak cari sepasang lg..takut ilang kan..pastu ada sorg penjual tu nk clearkan stok..RM6 je spsg. Rembat je la..dah alang2 jumpa murah ni..

Yuk wefie..

Assalamualaikum..

Mentang2 phone dah boleh selfie n gambar pun terang cantik, keje nak selfie bagai la ye..huhu..

Jom jalan2 makan2..

Lagi entri Najla si kecil

Assalamualaikum..

Dah nama anak paling kecik..dia la yg paling manja dan dimanja ye.hihi. Tu yg ada entri lagi lagiii Najla.. Sebenarnya bkn ada citer apa pun, dah ada gambar, umi kumpul la gambar die masuk 1 entri.

Aihh..lainnya muka cinonit ni..besar jelas ha..
Ni dah kenapa dik? Nangis ke gelak ni.hehe
Tu diaaa...anak sapa la ni..hihi. Budak ni kalo bg makan ceklat2 gini lah rupanya ye..

Eh, ni abg Afiq saye la...haha. Abg pun suka selfie tunjuk pipi kembung dia. Kaco entri adik sekeping ye.hihi

Budak ngada2 ni..nangis manja. Tah apa dia nak tak tau..hehe..

Sambungan..hantar Maklong Lina dan Paklong Amar pergi haji..

Assalamualaikum..

Entri ni nak masukkan gambar je la..sama je dengan entri sebelum ni. Gambar banyak sebab daripada banyak phone..share dalam wasap group family kan..

Jom layan..

3 gambar kat atas ni ialah masa family Kulim antar Maklong dan Paklong kat airport Penang. Penerbangan Penang-KLIA transit hotel Tabung Haji 1 malam-Jeddah. Sempat berkelah dulu kat airport.hihi..
Apa yg hepi sgt tu..hihi.. Sebenarnya sekali snap dok tuko posisi la depa 4 orang ni..sekejap susun ikut umur..sekejap susun ikut tinggi.. Aik, abang sulung lagi rendah dari adik2..haha.. Tu yg pakat dok tergelak. Tp kalo nak tau kakak sulung kitorang ni la lagi rendah dari semua adik2nya..hehe..
Ha..buat perangai si Najla tu..dia ngantuk..kitorang kul 12 tgh malam kat sana lg.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform