Jelita Najla..haha

Assalamualaikum..

Amboi-amboi..Jelita Najla nama diberi.haha. Sekarang tgh hot dengan nama Jelita Kako kat umah ni sempena cite Strawberi Karipap kat Astro Ceria tu..so kat umah ni pun pakat dok panggil adik comei diorang Jelita.. Walaupun adik cantik kita comei aje, tak sampai tahap jelita..haha. Biasa la umi ni, panggil adik si cantik la, comei la..so sekarang tambah 1 nama lagi, jelita..tu abg kakak pun kadang dok panggil adik Jelita Najla..

Jom tgk budak jelita kitorang ni..

Main taman menan kat Klinik Kesihatan Presint 9.
Amboi gelang kaki..besarnyaa..haha
Suka sangat la main sepahkan cotton bud ni..
Yeayy..best main belon
Abg Afiq buat apa kat saye ni..

Celebrate besday Afiq bersama family Keramat

Assalamualaikum..



Cam biasa..aktiviti tahunan family Keramat..celebrate besday cucu-cucu Atuk Nenek..bulan Mei besday Afiq la. Semua dah ada, so kita celebrate makan-makan potong kek kat umah Pakcik Latif kali ni..kat Sentul, ye.

Sabtu lepas, 16 Mei serentak dengan sambutan Israk Mikraj dan Hari Guru, ye.. Kitorang semua plan berkumpul kat sana lepas Maghrib. Siang tu kitorang lepak kat Keramat dulu la. Sebenarnya pada masa tu Afiq tengah demam..penutup la..selepas abah, Najla, Luqman, Jannah demam berpanjangan..bersambung2. Mujur la umi diorang ni tak kena demam tu..kalo tak sape nak handle diorang kan. Tp, Allah bg umi kena sakit mata, kurang sket la dari demam kan. Boleh juga nak keluar masuk umah antar jemput diorang sekolah.

Abah ni dulu penah sesat barat masa nak celebrate besday Jannah kat umah Pakcik kan, kali ni tak nak belajar lagi dari kesilapan aritu..nak gak sesat barat.hehe. Nama je anak jati KL, tp asyik nak sesat apekehe ni abah.haha. Luqman awal2 lg dah cakap tak nak naik ngan abah, nanti sesat lagi cam aritu. Tp dah kitorang nak kuar awal gak sebelum Maghrib konon nak sampai dulu..last2 sama cam aritu, kitorang yg lewat sekali.hihi. Abah..abah..

Kali ni menu makanan..kek sponsor by Maklong Shikin, abah sponsor satay, Atuk sponsor pizza, Pakcik Latip sediakan air2 la..air oren ngan fruit koktail. Ada kuih bakar gak, umi tak tau sape belikan. Alhamdulillah kenyang.

Selamat Hari Lahir 4 Tahun Afiq. Semoga Afiq membesar menjadi anak yg soleh..anak yg bijak, anak yg peramah dan pandai berdikari ye..sebab umi tunggu sangat nak tgk afiq pandai bergaul, berkawan ngan kawan2.

Pertama kali dalam sejarah - demam berjangkit 4 beradik..

Assalamualaikum..

Tecian Najla..tak larat..2 minggu tu demam..
Jannah balik sekolah ari 1st selepas baik demam..nangis terus lena (cirit birit)
Afiq demam wajib muntah
Tecian Afiq demam..tak larat
Luqman pun muntah gak..
Suhu semuanya wajib 39 ke atas..abis je kesan ubat mula la panas membahang..

Ok, dapat gak duduk mengadap laptop ni update pasal sejarah dalam keluarga..4 badik jangkit demam berpanjangan. Kalo sebelum ni biasa la kalo demam sorang dua je kena, kali ni sume anak2 umi..Luqman, Jannah, Afiq dan Najla..demam lama lak tu sampai masing2 kena amek darah. Cuma Afiq je tak kena. Kebetulan hari ke 4 dan 5 tu hari cuti..so tak bawa ke klinik la.

Kisah tak sihat demam berpanjangan ni sebenarnya start daripada abah la..tengah bulan Mac aritu abah demam sampai dua minggu..amek darah berkali tp result ok. Masa tu baru lapor diri di ofis baru sebab kenaikan pangkat. Masuk je ofis demam pulak. Bape ari kena amek MC sampaikan plan asal kitorang nak balik kampung pun terpaksa cancel. Nampaknya kena tunggu cuti sekolah bulan 6 pulak la baru leh balik kampung. Last balik bulan Disember tahun lepas.huhu.

Dah lama abah sihat tu Najla pulak kena, tengah bulan April. 2 minggu on off demam cam abah dia, bersambung ngan abg Luqman demam sampai 6 hari. Tu yg terbaring tak larat je diorang berdua cam dlm entri sebelum ni. Setel Luqman, umi kena sakit mata..pastu tgk Jannah pun mata merah sket, kena gak la ni. Sambung dengan demam pulak die..Jannah kena 5 hari..ponteng la sekolah pagi petang. Sekolah Kebangsaan dia pergi 2 hari tu pun hari 1st balik nangis sebab sakit perut cirit birit. Kafa langsung tak pergi sekolah. Luqman mujur kena time cuti 4 hari so, ponteng sekolah sehari je la. Mujur tak kena time minggu exam ye. Dah abis Jannah demam, dia pass baton kat Afiq lak dah.huhu.. Semua jenis demam yg tinggi2 suhu, sikit lagi nak mencecah ke 40 degree.

Memang dugaan la kan..semua anak2 kena serentak bersambung2. Mujur umi je Allah tak bagi demam. Umi kena kuat sebab umi nak jaga diorang. Sekarang Alhamdulillah semua dah baik. Afiq demam dlm 5 hari, merasa ponteng sekolah 4 hari. Yg best sebab Afiq yg minta sgt nak demam ye.hehe.. (die cakap Afiq sorang je tak pernah demam, Afiq pun nak demam gak)..sekali Allah bagi demam, langsung flat tak larat..nak makan pun takut sebab kalo Afiq demam, keje dia muntah aje..sejak baby lg..camtu la. Apa2 pun redha dengan dugaan ni. Semoga lepas ni, semua anak2 dan keluarga sihat walafiat hendaknya. Sakit pun sebagai penghapus dosa kan. Tp anak2 syurga umi ni bebas dari dosa.

Besday Afiq 8 Mei 2015

Assalamualaikum..

Cikgu cakap pelajar ada 25 orang walaupun biasanya nampak belas2 je tiap ari. Tp kita lebihkan gak la..utk anak2 pembantu guru ke kan..
Acara bagi goodies kat kengkawan..
Si hensem umi nak bagi goodies kat anak kecik pembantu cikgu
Makan kek slice je dulu ye..hehe.

Lambat sikit update pasal besday Afiq, Dah nak masuk tarikh 12 Mei pun..Besday Afiq pada Jumaat lepas, 8 Mei. Disebabkan Afiq dah sekolah, jadi kena la belikan goodies untuk kawan-kawan Afiq kat sekolah tu..bagi hepi sket bebudak bila sesekali dapat birthday goodies kan. Kek utk sekolah tak dapat la nak sediakan, maybe tahun akan datang la kan..sebab Afiq sekolah awal, 4 tahun tak cam abang kakak die.

Umi antar goodies tu ke sekolah dah lewat, lagi 45 minit nak balik, camtu la. Senang..sekali harung bawa balik Afiq sekali..umi pun ada hal sket pastu nak ke Perbadanan.

Sampai sekolah ujan lebat, lari2 gak la masuk dalam sekolah ngan adik Najla. Masuk dalam, tgk ada 3 orang kawan Afiq dok lena tido.. Sedap tido, ujan2 ni kan.hehe. Cikgu pun suruh la Afiq bagi kat kawan2 goodies tu. Budak yg tertido pun terjaga dengar bising2.

Kawan2 nyanyikan lagu Hepi Besday kat Afiq..sebut sama2 dengan kuat "Terima Kasih Afiq!!". Comei je bebudak kan.hehe.

Celebrate potong kek kat Keramat kena tangguh seminggu lewat sebab tunggu Paksu Amad balik keje dari US dulu. So, weekend tu abah belikan 1 slice kek dulu utk Afiq. Tgk la, makan dlm kete.

Sebenarnya masa besday Afiq ni, family kitorang still dalam mood tak sihat. Kan Luqman n Najla demam, pastu bersambung ke Jannah lak. Umi lak tiba2 je sakit mata..huhu. Jannah jangkit la gak sket..sakit mata sambung ke demam. Last sekali penutup..dapat kat Afiq pulak. Lengkap la 4 badik kena demam berpanjangan dalam suasana besday umi dan Afiq kali ni.

Besday Umi 3 Mei + Dugaan..Demam Berpanjangan

Assalamualaikum..

Suhu Najla..memang 39 degree ke atas je la
Sampai termuntah2..cadar, selimut, sarung bantal abis kena la. Terbaring saja keje die, makan ubat takmo..makan pun takmo la. Mandi pun paksa.
2 badik tak sihat terbaring tak larat. Tengok je Afiq n Jannah main sama
Susah makan ubat
Nenek bg ubat pun susah gak

Sementara semua tido ni, umi ngadap laptop sekejap, update pasal family kitorang hari ni 4 Mei 2015. Umi campur aduk je la entri ni ye. Dah masuk bulan Mei ye..sekejapnya masa berlalu.

Masuk bulan Mei, maknanya umi dan Afiq akan sambut besday sama2. Semalam, 3 Mei Hari Ulangtahun Kelahiran umi yg ke 35 tahun. Memang sekejap sangat masa berlalu, dulu muda remaja..sekarang anak2 pun dah besar.

Semalam besday takde la terasa apa pun, sama je cam hari biasa..mmg tak penah dok sambut besday sejak kecik. Pesan kat abah, tak yah la dok 'meghela' (gatal, gelenyar.hihi) celebrate ke apa..kalo anak2 takpe la. Tunggu nnt 8 Mei besday Afiq yg ke 4 tahun kita celebrate beli kek bagai ye. Tak bape ari je lagi. Lagipun, kalo nak tau..cam tajuk kat atas la..Luqman dan Najla tgh demam panas yg berpanjangan.huhu. Makan ubat, reda panas badan sekejap, hilang kesan ubat, terus panas membahang suhu 39 degrees ke atas. Tu la hadiah diorang kat umi.hehe. Takpe la.

Dua jenis susah makan ubat, memang berperang gak la ngan diorang. Tambah Luqman, kali ni Ya Allah awat la susahnya nak telan ubat, macam2 peel, macam2 alasan. Dulu dia yg paling senang makan ubat. Bagi la syringe ubat kat dia, dia telan sendiri je. Kali ni dengar nak bg ubat, mak aiii..cam nak bergegar umah.haha, Dia punya meraung menangis..haii..mmg tak tahan sabar gak la umi ngan abah. Padahal anak tak sihat, boleh umi cubit sekali..amek ko. Geram sangat ni. Kitorang kat Keramat sebab cuti 4 ari kan, cuti Hari Pekerja ngan Wesak. Nenek pun ada bg ubat, jenuh pelekuh dia la.

Tak nak makan ubat sepasal, pastu bila panas badan dah menyerang dia punya suara tu dengar sampai mana hala. Punya kuat. Adik Najla demam pun tak bising cam abg Luqman, ok. Sampai Jannah n Afiq kadang geram dengar pun boleh jerit "diam la!!!!!"..hahaha.

Ok, cite pasal demam ni, Najla demam on off sejak Rabu, 22 April lagi. Maknanya, kalo kira dari hari tu, dah dekat 2 minggu dian demam. Semalam besday umi tu, kitorang bawa die g klinik swasta kat Melawati la..jumpa doc siap buat rawatan neb sebab doc cakap maybe ada kuman kat paru2. Doc buat surat utk x-ray. Esok umi abah bawakan g klinik ye. Tadi dah g hospital n klinik kesihatan tak dapat buat. Harap takde apa la. Luqman pula, masuk arini dah 5 ari demam. Berpanjangan demam, lawan ngan adik. Jenuh la nak jaga diorang ni.

Semoga abang n adik cepat sembuh. Ya Allah, lindungi anak2 umi dari penyakit tak diingini. Amin.

Petang semalam, tgk Luqman pun ok sket dah kuat leh main, sebab still dlm kesan ubat, so umi abah n Najla kuar ke AEON AU2 Keramat ngan Wangsa Walk. Najla memang tak leh tinggal la..kesayangan umi ni mana la nak kat orang lain, kan.hehe. Tinggal Luqman, Jannah n Afiq je kat Atuk Nenek.

Umi nak cari barang yg dah lama umi tingin..tunggu hari jadi ke 35 baru nak beli. Kira hadiah hari jadi pun takpe la.hihi. Guna duit sendiri je..walaupun abah cakap abah nak belikan. Umi cakap tak payah sebab dulu masa besday abah, umi nak belikan hadiah die tak nak.hehe. Walaupun umi ni seorang surirumah je, tp umi pun ada duit juga, ye. Duit dari suami, duit dari biz, duit dari upah transit, duit hadiah dari adik, dari Tokwan. Alhamdulillah Allah sentiasa murahkan rezeki umi walaupun umi tak keje. InsyaAllah, jangan risau umi tak penah usik duit anak2, lagi dihulur ada la buat beli jajan ke apa kan. Duit diorang mmg umi simpan elok2 utk masa depan diorang. InsyaAllah dan Alhamdulillah dgn rezeki dan nikmat kurniaan Allah ni.

Pas beli brg tu, abah ajak g Wangsa Walk nak cari Secret Recipe. Dapat makan kek 1 slice je sempena besday umi.hehe. Tima kasih abah.. Umi tak kisah pun, tp dah abah nak bawa juga ok je la. Pas setel sume, jom balik jenguk anak2. Anak2 nnt makan kek masa besday Afiq je la ye.hehe.

1 slice kek besday umi.hehe

Ok, itu saja la cite campur aduk. Kenangan untuk kami sekeluarga, InsyaAllah. Luqman n Najla, cepat2 sembuh ye.

Budak comei buat muka..

Assalamualaikum..

Suka tgk muka Najla camni. Masa dia tak sihat tu kadang dok saja die pandang abang kakak sambil buat muka..pandang tembus.hehe..


Budak Pengakap

Assalamualaikum..

Balik umah terus try t-shirt n skarf. Mujur mak hang penah join pengakap ye, tau la jugak nak pakaikan skaf.hehe

Entri sekeping gambar je.hihi..

Luqman Tahun 3 kena join kokorikulum. Umi abah tak kisah dia nak join apa pun, ikut die la. So dia cakap masuk pengakap. Nak beli skaf yg penting. Malam hari Selasa dok layan diorang buat keje sekolah. Umi br tingat esok Rabu Luqman kena ada skaf pengakap kan? A'ahhhh laaa..Luqman pun baru tingat. So, malam tu gak terus kuar. Harap buka lagi la kedai baju uniform kat Presint Diplomatik tu. Abah ada keje luar malam tu.

Sampai kedai Alhamdulillah buka lagi..dannn..kitorang ni customer last. Syukur sempat. Umi plan belikan dia t-shirt ngan skaf pengakap dulu. Uniform sebenar tu nnt tunggu besar sket la baru beli..

Nak bgtau abah dulu2 pun penah masuk pengakap. Tp tak lama la. Abah join KRS lak masa Sekolah Menengah. Umi lak masa Sekolah Menengah mmg penah join pengakap..masuk perbarisan, camping bagai. Tak sangka anak sulung pun join pengakap gak ye. Bak kata abah "kite ni dah tua kan..kena beli uniform anak pulak sekarang".. Betul..betul..betul..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform