Aktiviti keluarga di B. B. Bangi

Assalamualaikum..

Ni aktiviti keluarga pagi Sabtu yg lepas. Kitorang jalan kat Tasik sebelah bangunan PKNS B. B. Bangi pulak.

On the way nak g tu, mmg dah terasa cam lapar..lum apa2 dah lapar ye.hehe. So, abah singgah gerai kat Uniten tu, beli kuih..pakat makan la sorg sket dlm kete.

Sampai kat tasik tu, ramai betul org beriadah. Mmg bagus rakyat Malaysia ni kan..pagi2 dah berjalan, berjoging, bersenamrobik..sihatkan badan. Kebetulan ada pertandingan tah la bunyi burung paling merdu ke hape tak tau la. Banyak burung dalam sangkar, siap ada juri dok menilai. Kitorang kat luar tgk sama je.hehe. Mungkin bunyi burung la kot. Ala, tak snap gambar la pulak.

Kitorang start ngan jalan je..pastu budak2 dah jumpa taman menan, umi suruh abah joging la seround. Suruh orang je, diri sendiri tak yah.haha. Ye la, umi nak jaga baby Najla comei ni. Kang abah jaga, dok merungut tunggu umi lambat sampai lak kan.hihi. So, dapat la abah joging seround. Sekarang ni, abah dok ngadu baju dah muat..badan dah kurus..hihi. Ok, minggu ni kita jalan n lari lg yeee..

Jambul sejemput. Kalo umi ikat rambut Najla camni, abang kakak confirm akan cakap "macam Rania, macam Rania" (Rania ni sepupu diorang, anak Achik Azah)

Comei sgt ler tu senyum cenggitu..hehe
Serbu kuih duluu..
Senamrobik
Budak dah tak larat jalan. Tuko turn ngan adik, abg lak nak dok dlm buggy Sabah ni.
Yeayy..sampai dah taman menan
Gengster ke kakak? Abah tanya Jannah bila tgk gambar ni.hehe
Sementara tunggu abah jogging, abg kakak main taman..saya lepak ngan umi saya dulu..
Cantik tempat ni. Memang terjaga..sebab tu org ramai suka datang riadah sini.

Najla demam

Assalamualaikum..

Umi nak cite pasal anak dara tencik umi, Nur Najla demam seminggu gak la. Start minggu lepas Rabu 22 April, tgh mlm dok tido tu tiba2 terasa awat panas sgt si tencik umi ni. Amek termometer check mmg panas pun..demam ropeny. Dah 39 degree lebih. Terus turun dapur amek air asam jawa jelom basahkan kepala Najla la. Ubat tak terus bg pun..kawal suhu ngan basahkan badan dan kepala je dulu.

Kebetulan esok paginya Rabu tu la, ada appointment Najla 9 bulan kat klinik. So, cantik la g klinik check up Najla terus jumpa doc minta ubat demam la kan. Pagi sebelum g klinik check suhu 39 degree lagi..check up ngan nurse 38 degree lebih, jumpa doc lain pulak suhu..37 degree lebih je. Maybe sebab termometer lain2 kan. Umi guna termometer telinga, nurse guna bawah ketiak, doc guna kat dahi. Ada la kurang tepat tu kan. Tp takpe, dah dapat ubat demam ok la. Rasanya ni kali ke 2 Najla kena demam.

Rabu Khamis demam, Jumaat dah ok..so ingat dah baik la. Sekali Sabtu Ahad panas balik daa.. Sampai 40 degrees pun ada. Kali ni Najla nampak cam tak larat tul, nak makan minum pun agak kurang. Nyusu je ok. Die lemah nak tido je. Risau umi, takut denggi ke apa. So decide Isnin pagi2 jom g Klinik Kesihatan Putrajaya yg baru kat Presint 18..sbb nanti kena tuko check up bulanan ke situ lak..tak yah ke Presint 9 lagi. Yg ramai sgt tu..

Kat klinik amek darah, masuk ubat montot sebab ini budak demam suhu tinggi tp sangat susah makan ubat wooo.. Umi sumbat paksa, dia muntah kuar balik. Check darah bukan denggi tp sel darah putih tinggi sikit, so doc cakap maybe jangkitan bakteria..amek la ubat antibiotiok. Camno nak bg ubat, susah sgt nak telan.huhu.

Ari umi taip ni, Khamis..Najla dah sihat tp still merap manja umi la. Ni abg Luqman lak ganti demam. Td pejabat sekolah call suruh jemput sebab demam, nangis2 dah tak larat. Mujur esok cuti dah..4 hari. Asyik pass baton je diorang ni kan. Afiq jangan ngada nak demam yee..dia tgk adik demam trs cakap "Afiq pun nak demam gak. Asyik abg, kakak n adik je demam. Afiq belum demam pun".. Banyak cantik, syok nak demam..kang umi hangpa gak la yg kena jaga noo..hihi.

Alaa..tecian baby umi demam. Tak larat, sayu je dia..
Gambar ni umi terus snap saat umi menaip entri ni. Luqman lena sebelah umi dok ngadap laptop. Lena balik sekolah baju pun tak tuko lg. Ubat pun tak sempat bagi. Check suhu 38.8 degree tadi.



Aktiviti mingguan keluarga..

Assalamualaikum..

Mula2 nak habaq entri ni gambaq banyak noo..

Aktiviti mingguan keluarga, jalan2 pada pagi Sabtu kali ni tak menjadi.haha. Pakat ngantuk keletihan..terutama umi, kul 3.30 pagi tak tido lagi dok wat keje umah..sok pagi pas Subuh nak jalan..kepala dah rasa weng weng, nak g boleh je sebenarnya, tp abah tgk anak2 pun pakat lena walaupun kejut berkali..abah cakap petang ni je la. So, umi pun..bumm letak kepala balik..lega..hihi.

Tapi, tak aci tau..sebab ingat abah cakap tak jadi kot dia ada hal lain..tgk bersiap elok je cam nak kuar. Ingat kot ada meeting ngan kawan2 biz. Sekali sejam pas lelap semula tu umi terjaga n baca sms abah cakap dapat 2 round jogging kat tasik Bangi nun. Tak aciiii..g sorang2. Kalo tau nak g, umi pun nak join. Sedap la die jogging tanpa gangguan. Tak yah pikir nak usung anak2.hehe. Takpe, bagi la peluang..cepat sket kuruskan badan tu.haha.

Petang Sabtu, ingat nak sambung la aktiviti jalan2 tu, sekali ujan lebat.. Tak jadi lerrr.huhu.

Pagi Ahad tak ingat nape tak wat aktiviti jalan, tp kitorang dapat teruskan aktiviti pada petang Ahad..yeayyy..

Kali ni kita ke..Monumen roket tu...aduhai malasnya nak perah otak ingat balik nama monumen apa. Panggil roket sudah la ye..ekekeke.. Dulu kitorang penah dah datang sini, lama dah, kecik lagi Luqman, Jannah..masa tu Afiq dalam perut umi. Ada program apa tah kat Putrajaya. Adik badik umi pakat berkumpul kat Putrajaya..so singgah jalan ke sini. Kali ni kita bawa 4 anak ye.

Layan gambar aje lahh..

Ramai gak org yg dtg riadah..family ada, pakwe makwe pun ada..
Acara kejar mengejar antara Luqman, Jannah
Apekehe Luqman nak solat kat situ..tau la Masjid Besi kat belakang nun..salah kiblat tu. Yg Afiq nak jadi ultraman.
Senyap je Najla dlm dukungan abah. Umi paksa abah pakai topi..bawa utk Najla takut kena ujan..
Maka kami, rakyat Malaysia.. Luqman Jannah elok dah nak baca ikrar, Afiq tetap nak jadi ultraman.haha
Masjid Besi..
Cantik momen..
Nanti akan ada aktiviti belon besar tu..masih dalam pembinaan. Antara tarikan ke Putrajaya..
Tu diaaa... Luqman selfie.hihi. Budak laki yg tak lekang songkok atas kepala.
Jannah pun nak selfie. Budak pompuan ni lak asyik ngan tudung putih itam ni je..kalo lah org leh pasan dia pakai tudung ni je.Bukan takde tudung lain..ni favourite die la. Nampak kan depa ni sgt hepi. So, memang wajib la ada aktiviti jalan2 mingguan ni utk keluarga.
Yg ni je awat tak nampak hepi..haha
Acara wajib sekarang ye..welfie keluarga..

Nah..amek sedebik!!

Assalamualaikum..

Aye ngan abg aye..
Nah..amek sedebik..penyet muka abg..hihi..
Garang tak aye??

Najla sekarang dah masuk 9 bulan umurnya. Still merangkak, lum start menapak. Tapi dah berkali2 berdiri lepas tangan. Tak tau la die nak ikut kakak Jannah jalan cepat ke tak. Budak ni wajib manja umi. Tak leh berenggang ngan umi dia langsung.

Jemput Maksu Yayah kat UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum..

Minggu lepas Hari Selasa, 14 April.. Tok Tokwan datang umah Putrajaya kitorang bersama2 ngan kawan sekampung Tokwan, Paktam dan isteri, Maktam. Kitorang penah jumpa Paktam n Maktam kat kampung dulu masa Tokwan bawa kitorang ziarah umah diorang..so ok la dah kenal, anggap cam anak2 sendiri je la kan.

Paktam n Maktam join tido umah kitorang gak la..semalam je pun sebab esoknya nak ke Uitm Puncak Alam jemput Maksu Yayah yg dah abis belajar Asasi Sains..pastu diorang terus singgah Ipoh bermalam di umah Achik Azah lak.

Disebabkan Hari Rabu sekolah n keje, so Luqman, Jannah dan abah tak join ke Uitm. Umi just bawa Afiq dan Najla je la. Kebetulan Paknjang Najib tgh bercuti, dia tolong drive Exora utk umi n anak2.hehe. Tokwan drive Almera baru. Abah terpaksa handle urusan jemput dan siapkan anak2 ke KAFA lak la..biasa tu tugas or rutin seharian umi keluar masuk umah jemput antar anak2 sekolah.

Plan asal nak bawa Paktam n Maktam jalan2 tgk Putrajaya tak kesampaian sebab dah malam, pakat tak larat nak keluar.hehe. Paknjang Najib sekeluarga ada datang lepak umah kitorang gak malam tu. Esoknya Maknjang Azma tak join ke Uitm gak sebab keje n handle anak2 sekolah.

Maktam minat nak bergambar kenangan ni..so snap la sekeping dua gambar kat pintu masuk (pintu keluar sebenarnya sebab snap gambar masa nak keluar..haha) UiTM. Pasni Maksu dapat U mana utk sambung degree tak tau la. Kalo USM Penang, dekat sket ngan kampung, Kulim. Kalo UKM Kajang dekat ngan kitorang. Jgn Uitm Puncak Alam gak dah la..jauh bangat.hihi.

Sekeping ni je gambar kenangan berkumpul kat umah malam tu. Maknjang Azma yg snap n send kat group wasap family. Tokwan dah terlentang tido, pakat tak larat nak keluar jalan2 tgk Putrajaya waktu malam
Mana Maktam ni..dia pun nak jadi kamerawoman gak ropenya.hihi.Paknjang Najib yg dok snap gambar kitorang. Panas terik tak hingatt..
Tu dia Maktam..dah masuk dah..hhihi. Maktam ada snap gambar umi n anak2 gak kat situ, nak minta gambar tu segan la no..takpo lah. Bunga tinggi sgt sampai perkataan Kampus Puncak Alam pun tak nampak.

Strawberi

Assalamualaikum..

Minggu lepas, kitorang ada dapat buah tangan dari Cameron Highland pemberian keluarga sahabat Jannah, Qistina yg transit kat umah  kitorang sebelum ke KAFA tu.

Diorg bg strawberi, baby tomato (tul ke tak, tah la ye..hihi), jagung ngan ubi kayu. Dapat strawberi boleh la ngap terus ye..fresh2 gitu. Budak2 ni tak penah dok telan strawberi lagi kot, rasanya kalo penah pun, tak minat la sbb masam kan. Tp diorang nak try gak. Tgk umi makan sedap je pun.

Luqman try..masam. Jannah try..masammm (budak ni bertuah nak makan buah..buah2 lain mana reti makan, apa lagi strawberi)..pastu Afiq try..masammm. Takmo laa..depa cakap.

So, bg Najla try. Wahhh..nyum nyum adik makan strawberi. Sedapnya, langsung takde berkerut muka. Najla suka strawberi yeee.. Pasni boleh bawa adik Najla g bercuti Cameron Highland, petik strawberi. Abg kakak kite tinggal yee..hihi. Dulu penah pegi, jalan bersimpang siur, cam taubat dah umi nak p situ..hehe. Jannah lak sampai muntah dalam kete masa tu.

Jom la tgk aksi diorang try strawberi..

Baru balik dari KAFA
Pasan tak, Jannah dah berambut pendek..dah potong rambut pun
Abg pendiam ni..konon je abg kakak try makan strawberi, tp tak makan punn..
Saye je berjaya makan strawberi dengan jayanya..yeayyyy.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform