Alhamdulillah..F44 sudah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pada Allah swt..akhirnya setelah 8 tahun menunggu, abah dah dinaikkan pangkat dari Gred F41 ke F44. Dan Alhamdulillah impian abah nak masuk keje di Putrajaya semula tercapai. Utk makluman, sekarang ni abah berkerja di NAHRIM Seri Kembangan, Selangor selama setengah tahun..selepas abis belajar Master tahun lps.

InsyaAllah abah akan lapor diri di Kementerian Pelajaran Malaysia (Sektor Pengajian Tinggi) di Presint 5. Rabu kelmarin abah n geng pegawai (PTM) batch April 2007 dapat surat naik pangkat dan penempatan baru.

Syukur Allah murahkan rezeki kami sekeluarga walaupun umi tak berkerja. Ni lah yg dinamakan rezeki anak2, kan. Umi masih ingat lepas kelahiran Luqman, abah dapat keje gomen. Lepas Jannah lak, kitorang dapat masuk kuartes teres Putrajaya selepas abah ulang alik keje dari umah kitorang di Kota Damansara ke Putrajaya..seterusnya pindah menyewa di Bangi. Lepas Afiq abah dapat sambung Master n dapat beli kete baru Exora baru utk keselesaan keluarga yg semakin besar. Lepas Najla, abah belikan Viva baru utk umi jemput antar anak2 sekolah dan naik pangkat. Alhamdulillah..

Yg best lagi, tahun 2015 ni tahun bahagia buat Tok dan Tokwan di kampung sebab anak2 lepas sorang2 dpt berita gembira. Pakndak Man dapat keje engineer yg lebih bagus skop keje dan gaji. Achik Azah dah dapat keje tetap gomen, Kastam. Pakngah Nizam naik pangkat dari Inspektor ke ASP. Paknjang Najib naik pangkat dari Sarjan ke P/Sarjan. Sekarang menantu, abah lak naik pangkat juga. Memang Tokwan nak buat kenduri kesyukuran sebagai tanda syukur pada Allah swt atas nikmat dan kurniaan ini. Sekarang Tokwan tengah renovate umah kat kampung supaya lebih selesa bila anak menantu cucu balik kampung nnt. Dengan Pakndak Man yg akan kawen mungkin tahun ni atau tahun depan. InsyaAllah.

Si Dara Najla dah merangkak..yeayyyy

Assalamualaikum..

Nak update terus sebab kang terlupa dok lewat2...alang2 ngadap laptop transfer duit abah ni kan. Tapi yg tak besnya tak dapat nak upload video. Ada Jannah snap video adik Najla merangkak dalam phone, tp phone pinjam kawan abah punya ni tak leh nak send ke email pun.huhu.

Phone umi abah mmg dalam sejarah la..dua2 rosak dah seminggu kitorang takde phone.. Ni dok pakai phone kawan abah..guna utk whatsap je.  Umi komunikasi ngan abah masa die kat ofis pun tru PM FB..best kan..hehe..

Balik pada cite Najla merangkak..die start merangkak masuk je umur 7 bulan ye. Lambat sebulan dari kak Jannah die la. Adik, cepat2 jalan ye dik. Senang sket tak yah umi nak dukung adik manja ni.hehe. Nanti dah boleh upload video, umi masuk sini ye. Kenangan tu.. Abg Afiq yg nampak dulu..masa lum g sekolah. "Umi, adik merangkak!".. A'ah la..dah merangkak ye..sebelum ni dok tonggeng depan belakang je tak gerak.hihi.

Pastu bila Jannah lak balik sekolah sebelum ke Kafa, die lak pasan. "Eh, Najla dah merangkak la umi!!!". Ye, mmg dah, tadi Afiq dah tunjuk kat umi. K cepat amek video adik merangkak, umi suruh kakak. Terus kakak capai phone snap video adik dia.

Aritu umi sempat baca blog ni balik, kak Jannah sunat masa umur 10 bulan..uii..lambat ropenya.. Si adik Najla ni dah sunatkan masa umur 6 bulan la..saing ngan bz nak snap gambar studio dia tu. Selesai, Alhamdulillah..


Port Dickson

Assalamualaikum..

Nak sebut percutian ke camni? Sebenarnya tak plan pun nak ke PD ni..abah yg ada meeting keje die kat PD..ari Jumaat-Ahad. Plan asal mmg kitorang tak ikut la walaupun abah dapat bilik sorang kan. Sebab ari Jumaat kan budak still sekolah. Pas solat Jumaat abah gerak ke PD sorang2. Umi ngan anak2 je la kat umah..ngan Pakndak Man.

Esoknya Sabtu, lepak kat umah..ptg tu dalam kul 5 tak silap. Abah kol n cakap nak balik jemput kitorang ke PD, suruh bersiap la. Oo..ok..apa lagi, terus kelam kabut pack baju. Mujur semalam je kan, takde la ssh sangat nak cari baju. Abah kata jangan lupa bawa baju mandi anak2 sebab tempat pengnapan abah tu waterpark..boleh mandi kolam. Wahh..hepi la bebudak, kan.

Sampai kat sana dlm kul 8 malam, Maghrib kat RnR je..abah sambung meeting 8.30 sampai tgh malam. Esoknya, abah meeting..umi pun bawa la bebudak mandi kolam sepuasnya. Kena jalan kaki jauh gak la..kete abah bawa ke tempat meeting. Nak masuk ke waterpark ni kena bayar sebenarnya..ada tiket la. Mujur abah dapat tiket utk kitorang anak beranak.. Alhamdulillah, kira percutian jugak la bg budak2 ni kan. Nak merasa pergi bercuti sendiri mungkin tak la..banyak lagi keperluan lain yg lebih penting. Takpe, kitorang tak kisah pun..yg penting kita hepi cam biasa.

Yg sangat hepi Luqman ngan Jannah la. Mandi sepuas2nya..berendam, main air, berkawan 2, 3jam rasanya. Umi berkepit ngan Najla n Afiq la. Afiq penakut.hihi..takmo mandi berendam, siap nangis lagi bila air jatuh atas kepala. Najla letih sampai terlena sekejap.

Dekat kul 12 tghari, abah pun dah abis meeting..waterpark pun nak tutup sekejap..kitorang pun jalan kaki blk blk bersiap dan check out. Alhamdulillah selesai percutian tak dijangka ni.

Selamat pagi semuaa...
Girl kat atas, boy kat bawah ye..
Bgn pg, abg kakak terus jengok luar tingkap..baru nampak kolam ye. Semalam sampai gelap malam, buka nampak. Uishh..tak sabar dah nak terjun kolam ni.
Bawa beg sekolah masing2
Taraaaa..pemandangan kolam dari tingkap bilik kitorang. Sebelah blok je tapi pintu masukkemain jauh kena jalan kaki.
Exercise
Pakai tag dulu
Dah masuk dalam..umi snap gambar abg2 kakak sambil dukung Najla, takde la gambar si adik ye..
Syoknyaaaa..mandi kolam.
Sebelah je blok kitorang..tingkat 4
Tempat mandi kanak2..tp ada gak mak pak kanak2 tanpa segan silu main n mandi sekali.huhu..
Abg Afiq yg takut air. Adik Najla sampai terlena..letih ngantuk..
K jom balik bilik.. Abah dah abis meeting. Nak check out dah.
On the way blk Putrajaya. Tgk abg kakak sampai kusam itam berendam main mandi kolam dekat 3 jam.

Gambar Studio Najla 6 bulan

Assalamualaikum..

Sama macam abg2 kakak, masuk je umur Najla 6 bulan, diwajibkan amek gambar studio sebagai kenangan. Macam2 hal gak la sebelum betul2 dapat amek gambar studio Najla ni. Pegi 4, 5 kedai macam2 hal, itu tak kena, ini tak kena..last sekali kena masuk gak kedai yg kitorang ingat nak blacklist.huhu. Takpe la asalkan ada kenangan sudah la.

Nanti umi amek CD gambar transfer sini. Ni umi snap dari sekeping gambar tu je. Gambar2 anak umi abah masa umur masing-masing 6 bulan. Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Allah ni. 2 pasang anak (2 lelaki dan 2 perempuan..selang bunga)..


Sikit pasal sekolah anak2..

Assalamualaikum..

Entri ni nak citer sket pasal perkembangan sekolah anak2. Afiq n Kak Jannah je..abg Luqman takde sebab die tak blk umah tghari..mandi kat sekolah kecuali hari Jumaat.

Afiq dah ok kat sekolah bermula minggu ke 2 sekolah dulu..tp tetap pasif..still malu2 nak berkawan. Mungkin amek masa yg panjang sket la utk dia serasi dgn suasana baru. Macam masa nak masuk sekolah, umi akan hantar dia sampai ke cikgu die baru la umi boleh balik. Kalo tak, die akan ikut umi.. Chaiyokk Abg Afiq..cepat sket membesar, berani, pandai berdikari ye..

Kak Jannah lak..
Die ada kawan baik masuk Tahun 1 ni. Bukan kawan masa Prasekolah dulu..tp..
Anak jiran setaman perumahan kuarters kitorang yg sangat2 kebetulan kelas yg sama dengan Jannah pagi (Kebangsaan) dan petang KAFA (sekolah agama) walaupun seminggu awal persekolahan pelajar Tahun 1 perlu melalui exam utk menentukan kelas kekal diorang.

Kawan baik Jannah bernama Qistina..jadi kawan baik masa masuk Tahun 1, sebelum tu mmg tak pernah kenal walaupun hidup dalam kejiranan KRT. Semuanya bermula bila..sebelum bemula sesi persekolahan, umi berjumpa dgn mama Qistina masa meeting KRT jiran wanita..borak2 sket pasal sekolah anak2..tup2 sama lak sekolah pg ptg. Dan lebih tak sangka sama kelas pagi dan petang..mmg sangat2 kebetulan yg Allah dah susun sgt cantik.

Mama Qis nak minta tolong umi hantar jemput anak dia dari sekolah andaikata die dan suami ada hal, tak dapat nak jemput..so alang2 umi memang tiap ari jemput antar budak2 ni sekolah..ok je la kan. Alhamdulillah, murah rezki umi dapat tambah sket duit buat belanja anak2 walaupun Qis bukannya transit setiap hari. Syukur..family diorang pun sgt baik dan pemurah walaupun sebelum ni tak kenal sgt..

Adik Najla yg setia teman umi dia..pagi petang. Sayang Najla, sume sayang Najla ye..
Satu hari masa jemput Afiq, dia pakai baju suar orang. Kencing dah la ni..mmg betul tp cikgu cakap bukan kencing lantai. Terkucil dlm spentot sket je, tp cikgu suruh mandi tuko baju pakai bedak bagai..patut la comei wangi die ye..hihi
Bergambar ngan meja dan box baru abah beli kat Ikea. Berkurun tahun tak g Ikea (last masa kitorang still dok kat umah Kota Damansara 6 tahun lps rasanya), aritu camne leh jalan ke sana lak. Jalan2 cari sumber rezeki gak la tu.
Hepi abg Afiq g sekolah walaupun still pasif kat sekolah. Baju sukan merah kuning ni pakai hari Selasa dan Khamis, mmg suka la dia pakai baju ni. Uniform biru Kemas lum dapat, so dok pakai tshirt putih je la.
1st time abah jemput abg Afiq sekali..half day keje..sempat abah snap gambar umi n Najla jemput Afiq
Kak Jannah dan kawan baik die, Qistina. Dah mandi, makan, bersiap pakai baju KAFA, sempat main Domino kot..sementara tunggu Luqman balik dari solat Jumaat ngan abah.
Kawan baik..baru sampai umah, terus tgk tv dulu. Qistina saje ltk kertas kat dahi, dah cam demam ye.hihi..

Perkembangan Nur Najla

Assalamualaikum..

Dah lama sangat umi plan nak citer pasal perkembangan Nur Najla ni..tp dok simpan tajuk je dalam draf..isinya tak tertaip sampai sudah. Tajuk Najla 6 bulan..tp sekarang Najla dah masuk 7 bulan dah pun. So, umur bape bulan tu terpaksa potong la ye. Kita citer perkembangan Nur Najla sudah la.

Si cantik manis umi yg sangattttt manja umi dia. Sampaikan abah dia sendiri pun dia takmo. memang nak melekat dengan umi kesayangan dia je. Abah pun dia takmo, apa lagi org lain..haiii..letih umi dik oii.. Abah kata 'legaaa...'. Memang tak aci kannn..hihi.

Still menyusur, takmo merangkak lg. Dok angkat montot, duduk gaya merangkak tp tak penah nak bergerak merangkak. Dok ayun badan depan belakang je.

Rambut lebat macam kakak dia. Rimas umi tgk, rasa nak potong je..hihi.

Mata bulat cantik. Maksud nama Najla pun mata yg cantik.

Peneman setia umi ke mana saja. Sian sungguh membesar dalam kete. Baru nak tido, dah kena angkat..teman umi anta jemput abg kakak sekolah. Sebab tu, dia manja umi dia sangattt..

Berat tak naik banyak, masa 6 bulan aritu baru 6.5kg camtu la. Cinonit cam abg kakak gak ni. Sape pun tak ikut gen umi yg tinggi ni.hihi. Dah start belajar makan bila masuk 6 bulan, tp makan pun tak bape banyak. Kalo makanan bayi, tak bape nak makan..tp kalo bg makanan dewasa, amboi sukanya dia.

Entri ni lum abis lg sebenarnya..umi dah lupa nak citer ape..ada draf dlm phone tp phone cikai cap ayam tunggu masa nak kiok, tak lama dah ler tuu.. Nanti kalo umi rajin, umi sambung update la..

Sian...ngantuk nak tido sebenarnya tp tetap makan biskut gak.. Adik Najla peneman setia umi ni, seringkali terganggu wakti tido dan makan sbb kejap2 kena kuar masuk umah..tecian adik..

Makan2..besday Atok

Assalamualaikum..

Ni lak citer masa sume family Keramat berkumpul kat umah Pakcik Latif n Makcik Anne kat Sentul. Pakcik plan nak buat makan2 kat umah die, n surprise celebrate besday atok sekali pada 3 Feb yg lps. Anak Atok dah plan bahagian masing2 la, nak sponsor apa utk makan2 malam tu. Eh, lupa lak..majlis nak buat start dalam kul 6.30 petang ke atas. Tapiiiii...

Konon la kitorang nak sampai awal ke sana, boleh bg budak mandi kolam seround kononnya kat umah Pakcik..tapi camne la aritu abah drive boleh sesat barat ke mana hala. Macam bukan org KL je ye..tah ke mana hala kitorang masuk..Jalan Duta, Jalan Kuching, Bulatan Pahang..Ya Allah..stress sungguh la. Rasa cam nak balik Putrajaya balik, ok.

Tp, sebab dah janji nak berkumpul sume, abah sponsor sate lak..sesat barat pun usaha la cari balik jalan sampai jumpa umah Pakcik. Jawabnya sampai dekat nak Maghrib la. Kitorang yg sepatutnya sampai dulu, jadi paling last la..hahaha.. Yg geram leh sesat kat Sentul tu..umi penah jadi cikgu kat Sentul, ok..InsyaAllah ingat lg jalan kat situ..tp aritu camne leh sesat.. Ishh..ishhh..

Kat dalam kete masa tgh sesat tu lak, Afiq tercucuk pin batch yang lekat kat beg umi, sampai berdarah2 kaki. Ooohh maiii..mmg stresss. Tp Alhamdulillah dapat gak berkumpul reramai. Kitorang ni sejak buka sekolah Januari aritu dah jarang sangat jumpa. Dah lama tak lepak tido umah Keramat gak, ada je hal. So, sesekali dapat jumpa ni, best la kan..budak2 nak jumpa Atok Nenek, Maklong, Pakcik n Paksu. Sepupu diorang Fateh pun sama..

Ok, lupa lagi..majlis makan2 tu buat pada hari Sabtu..Thaipusam ke apa..lupa dah mak kamu ni. Sok dah sekolah n keje, so pas makan terus balik Putrajaya la.


Budak Laptop

Assalamualaikum..

Nindiaaa...budak kecik suka laptop. Pantang nampak kita buka laptop, fuhhh..laju dia mai nak join sekaki. Bagi laptop kat dia, dia lepuk2 laptop tu sambil mulut bising cakap ape tah lerr..hehe.

Najla, Najlaa.. Abah ckp masa Najla dlm perut abah suka ngadap laptop, sebab tu kemain suka dia ngan laptop sekarang. Iye ke?? Sekarang ni kebanyakan budak mmg camtu la, abah..hihi. Satu lg, umi lak kata..masa Najla dlm perut, abah sibuk berbisnes, sebab tu bila die dah kuar..umi dia sakan nak berbisnes..hahaha..

Ye la, dulu mmg tingin nak biz tp pikir duit..pikir modal tu yg tak terbuat.. Tp sekarang ni selamba je, berani je nak buat.. Sebenarnya Allah yg rancang semua ni dari Lauh Mahfuz lg. Ya Allah, permudahkan la Ya Allah..bukakan pintu rezeki seluasnya padaku dan keluarga. Amin..

Eh, dah melalut pulak. Jom tgk aksi budak laptop laa..

Jalan-jalan cari rezeki..hihi..

Assalamualaikum...

Apa saja gambar yg ada, kita up kat sini buat entri kan..hihi.. Ni weekend kitorang jalan2 cari sumber rezeki..utk biz umi yg baru bermula. Dah penat jalan, sampai umah pun dah malam. Abah ajak Isyak kat surau dekat umah tu, kebetulan dah masuk waktu.

Sempat la bergambar dengan Kakak Jannah, Abg Afiq dan Baby Najla. Abg Luqman ikut abah.




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform