Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum..

Sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Januari 2015, ditangguhkan seminggu kerana banjir yg melanda beberapa negeri seluruh Malaysia.

Hari pertama sekolah ni, abah amek cuti..kitorang sama2 tunggu sekejap di Sekolah Kebangsaan utk meraikan Kak Jannah yg kini belajar di Tahun 1. Tp takde apa yg nak dirisaukan sgt sebab Jannah dah biasa dengan sekolah ni..dah ada kawan2 Pra Sekolah dulu gak. Luqman lagi biasa la kan..dah masuk Tahun 3.

Nyanyi lagu kebangsaan
Belajar beli makanan di kantin dengan member Pra.
Dia tak sedar umi abah dok teropong dia.hehe..
Ha...nampak dah. Terus tersipu2 malu..hehe..

Sekolah Kafa pulak di Sekolah Agama Rakyat Kg Abu Bakar Baginda. Ni pertama kali Luqman Jannah bersekolah di sini. Sebelum ni 2 tahun Luqman Kafa di sekolah kebangsaan (sampin dan kain coklat)..kali ni tuko kain dan sampin hijau. Mmg umi abah niat nak masukkan budak2 ni sekolah Kafa di sini setelah 2 tahun terlepas peluang utk Luqman. Mudah2an akan meningkat ilmu pengetahuan keagamaan pada diorang. Amin..

Sekolah ni selalu buat exam untuk tentukan pelajar masuk kelas yg terbaik. Alhamdulillah Jannah dah buat ujian utk Tahun 1 pada minggu pertama..pada minggu ke 2 dpt masuk kelas pertama Siddiq. (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah, Iman)

Tinggal Luqman je, lum ada exam utk Tahun 3..nama dia dimasukkan ke kelas terakhir, Iman. Dan pelajar baru dah dipanggil oleh ustazah utk nilai tahap penguasaan bacaan Al Quran dan Jawi pelajar. Alhamdulillah Luqman setakat ni mmg dah menguasai Jawi..dan sedang membaca Al Quran, Surah Al An'am. Moga dapat naik kelas jugak la..sian lak kalo duduk kelas last. Masa Kafa sekolah dulu pun dok kelas ke 2 dari 4 kelas. Jannah lak, Alhamdulillah masuk je Darjah 1 ni, dah mula baca Al Quran.. Diorang mula membaca Iqra' 1-6, pastu sambung Muqadam..baca surah2 Al Quran tu dulu..barulah naik baca Al Quran.

Afiq pun dah mula baca Iqra' sekarang. Abah yg ajar die. Dulu2 umi yg dok ajar budak2 kalo tak belajar kat Ustaz Ustazah di Masjid Besi..tp sejak dah ada baby kecik ni, memang tak menang tangan la. Mujur abah yg sambung. Afiq pun dah baca Iqra' 1 banyak muka jugak la (sekarang baca dekat Ain)..sampaikan cikgu dia cakap dia cepat dapat..padahal mmg dah mula belajar kat umah pun. Alhamdulillah..

Perhimpunan hari pertama Kafa
Siapa itu..?? Dari mana??
Oo..3 badik Luqman Jannah Afiq ropenya. Dari kantin kat ujung sana nun..
Comei anak2 umi..bertingkat ketinggian. Najla tgk je la ye..jadi tukang anta jemput ang2 kakak.. Jemput Afiq kul 4.30 terus tunggu Luqman Jannah balik kul 5.35ptg. Sekolah Agama ngan Tadika Kemas Afiq dekat je pun..

Comeiiii...

Assalamualaikum..

Siapa yg nak puji anak kalo bukan mak dia sendiri..hihi..
Comei sgt gambar anak2 permata hati umi abah ni..terutama si kecik Najla..Ishh..geram ngat aihh.. Suka sgttt..hehehe..


Abg Afiq dah sekolah???

Assalamualaikum..

Apa??? Abg Afiq dah sekolah? Bape umur abg Afiq ni?
Ok..sebenarnya tahun 2015 ni, Afiq akan masuk umur 4 tahun. Ikutkan umi nak anta anak2 masuk sekolah umur 5 tahun, tp kat Afiq ni umi bg sekolah awal sket. Luqman dulu 4 tahun setengah sekolah, itu pun sebab umi start keje. Jannah lak start masuk sekolah umur 5 tahun.

Afiq ni umi bg masuk sekolah awal sebab rasa buang masa die dok umah tak buat apa..dok main game, tgk video kat phone. Tak berkembang otak bijak dia kan. Nak berkawan ngan baby Najla, baby kecik lg..setakat leh tersengih senyum tgk abang boleh la.hehe.

Lagi satu, umi nak sangat anta Afiq sekolah sebab budak ni manja ya amatts ..anti sosial, mana reti berkawan dengan org lain selain adik badik dia. Balik kampung makan hari gak la nak tgk dia berkawan..tu pun dgn Damia n Darwisy saja. Yg lain kirim salam..hehe.. So, kita bg die sekolah..buka sket ruang kat dia bg bergaul berkawan..belajar sket2..

So, masa cuti sekolah lagi, umi ada gak survey tadika tp malangnya kebanyakan tak nak terima 4 tahun. So, takpe la..kalo takde rezki Afiq nak blaja lg pun ok la. Tp umi plan ari pertama sekolah 12 Januari, umi akan tanya tadika lg kot ada pelajar tak daftar.

Akhirnyaaa...setelah gi tadika itu ini, sampai la ke tadika Kemas Tmn Air Hitam Permai, Kg Abu Bakar Baginda..tak jauh dari Sekolah Agama Rakyat abg kakak..cikgu cakap boleh..nak sorg lg umur 4 tahun sebab br ada sorg. Yg lain sumenya umur 5 tahun. Alhamdulillah, ada rezki Afiq. Dia pun excited nak sekolah walaupun hakikatnya dia tak tau camne rope sekolah dia tu..umi tau sure dia akan meraung punya..anak manja umi abah katakan..

So, petang tu gak g cari beg sekolah, baju suar, kasut segala. Sok nak sekolah,arini baru cari kelengkapan sekolah. Berkorban la abah ye..duit banyak abis utk anak2 sekolah. Afiq lak pilih beg kemain mahai...rm49.90. Suruh amek yg murah takmo, bukan die tau pun mahal murah, yg penting die nak kartun dia suka la. Afiq..Afiq..jangan sok takmo sekolah sudah.

Kelas Afiq sesi petang..utk 4 dan 5 tahun..kul 12.30 tghari hingga 4.30 ptg. 6 tahun sesi pagi la. So, kul 12.30 tugas umi anta Afiq sekolah, kul 1.05 jemput Jannah balik mandi bersiap ke Kafa..Luqman mandi kat sekolah sebab die kuar lambat, 1.35..karang umi jemput dia la anta ke Kafa. Nanti kul 4.30 jemput Afiq terus tunggu abg kakak balik kul 5.35 ptg. Itu rutin seharian umi. Mujur pagi abah yg anta..sekali nak ke keje. Sian Najla membesar dlm kete.

Hari pertama Afiq??

Sudah tentulah meraung sakan..hahaha.. sampai cikgu dukung nak pujuk dia. Umi pun gerak la pastu. Tunggu kang lagi nak ikut balik. Nak jemput kakak lg nnt. Minggu pertama masa nak anta mmg die nangis pastu diam la sampai umi jemput ptg tu. Dia tak nak berkawan ngan sape pun..dok diam je. Afiq..Afiq..

Masuk minggu ke 2 dah tak nangis lg dgn syarat umi anta sampai dalam smp cikgu amek dia. Ada cite best gak pasal Afiq kat sekolah ni.hehe.. Nak tau..??
Kat sekolah kawan2 panggil Afiq 'baby'..haha. Ha, tu la manja lagi. Umi tau pun sebab die balik ckp org panggil dia baby..pastu esok lusanya..terjumpa kawan die, mmg diorang panggil baby depan umi.hehe. Afiq cakap cikgu pun suap makanan kat dia, bukan makan sendiri. Jom tgk dialog kat bawah..

1. "Baby ada kat dalam"..member pompuan nampak umi terus bgtau camni..
2. Jumpa kat luar, sorg budak pompuan nampak Afiq, terus tunjuk kat mak dia.."tu baby, baby"..haha..Abg ni ada adik baby pun kena panggil baby gak ye..
3. "Baby ada kat dalam.. Baby tak nangis pun ari ni"..budak2 pompuan mai report kat umi gak. Aduhaiii...hihi.. Budak pompuan ni siap pimpin tgn Afiq turun tangga mai anta kat umi.

Rupa Afiq pun mmg cam baby kot kan sebab sebelum ni mmg beberapa org tak dikenali pun sebut dia baby. Kat sekolah Jannah dulu ada cikgu siap tegur Jannah..bestnya dia ada 2 baby.. Ok, itulah alkisahnya. Jom tgk gambar si hensem manja umi ni. Cepat besar sket ye abg Afiq..jadi berani sket..cepat bergaul mesra..belajar pandai2 ye..

Semangat nak g sekolah
Sempat tgk video phone dulu..
Haii..saya Najla. Saya ikut je umi bawa saya ke mana2. Saya lg manja umi saya..
Beg sekolah pilihan Afiq
Tadika Kemas
Siap kena dukung tu..cikgu pujuk. Camne la kengkawan tak panggil baby kat awok kan..

Aktiviti memanjat dinding batu..hihi..

Assalamualaikum..

Mula2 gelak dulu sebab tak tau nak sebut panjat apa..sebut dinding batu sudah lerr..memang kampung tul mak hang ni..hihihi..wall climbing kot dalam bahasa omputehnyerr.. Nanti tgk gambar paham la kan..

Aktiviti ni abah yg rancang bila tul2 hari terakhir sebelum bermula sesi persekolahan 2015. Memang bertuah la kan..2 bulan cuti punya lama, hari last cuti baru abah nak bawa. Umi mmg tak tau menahu pun akan kewujudan benda alah ni. Dah lama pun abah cakap ada kat Putrajaya. Nama je warga Putrajaya tp buka dok join sgt aktiviti yg ada. Org yg dok jauh pelusuk mana nun, ramai yg nak mai Putrajaya kan.. Abah tau pasal wall climbing ni sebab ternampak kat 1 blog agaknya..tp takpe, sekarang dah tau, nanti boleh bawa budak2 ke sini lagi. Dah aktiviti mandi kolam tak buat lama dah pun.

Bila join wall climbing ni, boleh tgk anak mana yg lasak berani, anak mana yg slow sket dalam aktiviti camni. Dulu try kasut roda, Jannah yg cepat dapat ilmu n boleh kawal badan guna kasut roda tu. Luqman slow sket. Aktiviti wall climbing ni pun nampaknya dapat kat Jannah gak. Laju je dia panjat, dah sampai atas. Yg si abg terkial2 kat bawah lg.hihi. Afiq lak, tak mo try, cam biasa la budak ni. Tp apa pun, dapat gak die cuba panjat sekali, pastu tak mo dah. Haiii...la anak.
 
Jom layan gambar depa..

Saya je tak panjat..
Siap kawan pun nak tolong tarik Afiq..hehe
Yea...berjaya. Sekali ni je la.
Anak dara yg minat aktiviti lasak
Yeaa..berjaya!! Dia berkali dah naik atas.
Suasana di children wall climbing

Momen terindah..

Assalamualaikum..

Jangan marah, jangan boring ye layan entri ni..banyak gambar2 kitorang, umi rasa semua gambar cantik2 sangat..walaupun guna phone cikai je.hehe. Kenangan dalam kete, kuar jalan2 sekeluarga..

Anak2 pompuan umi
Layu mata abg Afiq..sibuk Luqman nak join sekali..
Afiq demam masa ni..sebab tu layu diam je..40 darjah gak la suhu. Jangkit dari Luqman kot..
Gambar ni Luqman gelak sungguh2 sebab Najla buat 'peace'..padahal tgn Luqman yg buat..hehe
Ha..camne kan baguss..cayang abang sayee...

Anak2 umi yang makin membesar..


Assalamualaikum...

Boleh pun snap gambar 4 badik ni serentak. Comei..comei..leh wat gambar profil fb/whatsap ni. Mak2 ni kalo gambar profil je letak gambar anak je manjang kan.hehe..

1st time cuba dudukkan Najla tanpa dipegang..tu pun biar bersandar kat sofa atau abg kakak la. Suka gambar ni..




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform