Bawa Tokwan naik Cruise Putrajaya.

Assalamualaikum..

Masa Tokwan mai anta kete Achik Azah ngan Maksu Yayah n Pakndak Man aritu, Tokwan lepak umah kitorang 2 malam. Isnin sehari sebelum balik Kulim, abah still keje..so abah cakap bawa la Tokwan naik Cruise Putrajaya..tak la boring sangat dok je dalam umah kan..so, tanya Tokwan..die pun ok, mai kita naik Cruise sekali lg. Kali ni waktu siang..nampak sket pemandangan dan perjalanan pun lama la sket banding naik waktu malam cam aritu.

Kat kaunter tiket, Tokwan siap minta diskaun..so dapat la murah sket.hehe. Sesiapa yg nak naik lain kali try la minta diskaun ye..mudah2an dapat save duit poket sket. Yg malam dulu pun kitorang dapat harga murah je pun..kira boleh tolak ansur la.

Tokwan puas ati nampaknya dapat naik cruise ni. Tokwan cakap nak ajak Tok n Maksu Yayah la pulak naik lain kali. InsyaAllah. Kitorang naik ke bumbung cruise gak tgk pemandangan. Walaupun tengahari tp takde la panas pun..agaknya sejuk air tasik kot.

Dapat gak la beberapa ilmu pasal Putrajaya ni sepanjang dlm cruise..cam harga umah yg berjuta-juta, Masjid Besi muat 21k jemaah dalam satu masa, manakala Masjid Putra muat 15k jemaah. Air tasik diambil daripada 2 sungai..dah lupa sungai ape.hihi. Pastu, jambatan untuk monorel tak siap..tak tau la bila nak siap tu.

Oklah, itu saja kenangan naik cruise ngan Tokwan. Citer pasal balik kampung tak setel lagi ni..dok draf tak sudah..tunggu free la. Gambar dah upload pun. Up entri ni dulu ye. Babai.

Ulangtahun Perkahwinan 9 tahun.. Alhamdulillah.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah 2 Disember yg lalu, genap la usia perkahwinan umi abah yg ke 9 tahun. Pejam celik, pejam celik..cepat je masa berlalu. Anak pun dah 4 orang..syukur. Umi abah pun dah bulat rupa bola.haha.. Anak2 maintain kecik molek, nak wat guanerr..sape suruh tak nak kuat makan cam umi abah.hihi.

Semoga hubungan kami ini akan berkekalan dan bahagia sehingga syurga Allah.. Semoga Allah memberkati keluarga kami, dilimpahkan rezeki..diberikan kebaikan dunia dan akhirat.. InsyaAllah. Aminn.

Sambungan balik kampung..

Assalamualaikum..

Sambung kat sini pulak pasal citer balik kampung. Gambar pun banyak kan. Macam2 aktivitila budak2 ni dok riuh rendahkan kat umah Tokwan tu. Anak2 Maklong Lina pun anta kat sini, nak bg berkawan ngan orang Putrajaya sama la. Kalo tak, diorang kena dok taska..lagi boring kan.

Dok main bising2 la..tolong tok wat karipap la, bergaduh la..main kat luar umah, tolong Tokwan bakar sampah cam gambar kat bawah. Umi pun layan diorang gak..bawa Najla jenjalan luar umah. Balik kali ni umi merempit naik motor..dah lama tak bawa motor, kan.hehe.

Petang tu pusing2 kampung bawa anak2 n anak buah naik motor..angkut berulang kali..mujur tak abis minyak motor Tokwan.hehe. Seronok la budak2 Putrajaya ni..tak biasa naik motor kan..keje dok ajak umi naik motor je.

Esonya, Tok kata round bawa kete lak..senang sekali harung angkut sume.hehe. So, bawa lak diorang termasuk Najla..Rania tak ikut sebab tido. Masa naik motor, Rania ngan Najla tak ikut la..kecik lg kan. Naik kete bg pengalaman kat budak2 ni sket..kena tahan ngan polis, borak2 je pun..polis tengah gertak budak2 bawa motor takde lesen. Pastu ingat nak benti kat kedai belikan jajan diorang..upah bawa jalan..tp Afiq dah terlena kat bahu umi, tak jadi la. 

Kat kampung kali ni umi dapat jumpa ngan 2 orang kawan baik masa sekolah menengah dulu iaitu Halida dan Syahida. Diorang datang umah Tokwan..borak2..lama sekali baru dpt jumpa semula. Cam Halida leh gak jumpa kalo ada kenduri ke, raya ke.. Syahida ni maybe dalam setahun sekali baru jumpa sebab die jadi cikgu nun jauh di Sabah. Dah jadi orang Sabah, bah..sebab berkahwin ngan org sana. Umi tak snap lak gambar ngan diorang.

Kat kampung kali ni, Luqman demam sampai berdarah hidung balik..panas dalam..menitik2 darah kuar banyak. Tak sempat nak bawa g klinik pun..g beli ubat kat farmasi je.

Si comel Rania, anak Achik Azah aktif lasak cam kakak die Damia. Dah bagitau yg Damia asyik kena buli ngan sume orang terutama Darwisy ngan Syazwani..sbb budak kecik ni banyak peel sket.hehe. Rania lak, comei aje..lasak tak reti letih. Sian jauh dari ummi, abah die..dok peluk cium Tok je la..padahal sebelum ni takmo die kat Tok. Die suke sgt kat Najla. Tak penah apa2kan Najla. Nak cium ada la. Tiap kali datang kat Najla die panggil 'Tier'..maksud baby dalam bahasa Jerman.hahaha.

Kat kampung kitorang dah belikan siap2 baju sekolah budak2 ni kat Tesco Kulim. Senang setel terus..tp baju kafa je lum..sekali balik KL Atuk Nenek nak belikan baju kafa diorang..Alhamdulillah. Setel dah sume kecuali buku2 dan yuran.

Oklah, sampai sini saja citernya..lega dpt siapkan gak entri yg terperap je dlm draf ni. Kitorang balik KL semula hari Ahad lepas abah dtg semula ke kampung naik bas lepas seminggu bekerja.

Tolong Tokwan bakar sampah.
Tokwan sapu sampah bg cantik kawasan luar umah.
Kawasan umah Tokwan yg cantik..terjaga rapi. Afiq g mana tu??
Aik, Afiq lg..hehe..
Saya pun nak gak, asyik abg Afiq je..Najla cakap.hehe
Umi bawa jalan2 luar umah
Kak Limah (rambut..hihi) dengan kucing yg bernama Panda. Tokwan namakan Panda sebab nulu dia itam putih cam Panda. Jannah cukup suka kucing ni. Takde takut2 dah.
Cucu2 Tok Tokwan
Jalan2 reramai naik kete. Semalamnya naik motor, arini naik kete lak..

Balik kampung ho ho ho ho..balik kampung..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang ni, kitorang sekeluarga dah kat umah Putrajaya semula selepas hampir 2 minggu di kampung Kulim, Kedah. Lama kali ni lepak sana atas sebab2 yg umi akan citer pasni. Panjang sket entri ni umi nak mengarang..rasanya kena buat 2 entri..sambungan. Sesekali nak menulis.hehe..

Abg Afiq ngan Adik Najla
Apakehenya si Najla ngan kakak tu??

Main cam gini pun ada budak2 ni..tertungging kepalatu baru tau.
Syazwani
Najla ngan Rania

Kami sekeluarga balik kampung Kulim dengan Tokwan. Macam mana lak leh balik ngan Tokwan sedangkan Tokwan dok kampung?? Sebabnya, Tokwan dtg KL ngan Pakndak Man n Maksu Yayah, mai anta kete Achik Azah yg aritu Tokwan bawa balik sebab Achik berkursus Kastam di Melaka. So Tok Tokwan bawa balik kete die ngan anak2nya, Si Damia dan Rania ke kampung. Pakndak ikut balik sekali sebab Pakndak dah benti keje dan dapat keje baru, start awal Disember. Sama la ngan maksu Yayah yg masuk semula belajar semester 2 pada awal Disember. Time tu lak kitorang plan nak balik kampung. Diorang datang KL, kitorang nak balik kampung..so,Tokwan pun join balik ngan kitorang lah. Kitorang gerak balik pada 2 Disember, genap Hari Ulangtahun Perkahwinan umi abah yg ke 9 tahun. Alhamdulillah.

Mukadimah pun panjang berjela..amek ko.haha..

Kat kampung meriah ngan cucu Tok Tokwan seramai 11 orang. Cuma anak2 Pakngah Nizam ngan Paknjang Najib je tak balik. Budak2 hepi la dpt berkawan..si Afiq yg anti sosial tu pun dah pandai berkawan ngan Darwisy, anak Maklong Lina. Dengan si Damia pun kadang2 berkawan gak die..tp sian si kecik Damia..mmg jadi mangsa buli la die dengan sepupu sepapat yg lain. Ada je benda die wat tak kena, diorang main lepuk je die. Die pun manja Tok..kejap2 nangis p ngadu kat Tok.

Sian kat Tok la nak melayan kerenah 11 cucu..ngan kelam kabut buat kuih untuk Toknjang lg. Umi ni pun ada stress gak..cam nak blk cepat pun ada sbb rasa byk susahkan Tok Tokwan. Padahal plan asal umi balik kampung 2 minggu mak tolong tengokkan anak Achik Azah sementara Tok buat kuih ataupun time Tok tak larat terlena ke.. Tok mmg wanita hebat..tak termampu umi jadi cam Tok. Dan tak terbalas jasa Tok Tokwan pd umi n anak2. Sampai dah beranak
pinak ni pun Tok Tokwan sanggup berkorban untuk anak2 seramai 8 orang ni. Macam2 kerenah anak2 Tok Tokwan sanggup layan. Anak2 pun belum tentu mampu layan Tok Tokwan sebaik ni.huhu. Semoga semua anak2 menjadi anak2 yg terbaik la buat Tok Tokwan.

Berbalik kepada cerita balik kampung ni, umi dan anak2 lepak sana selama 2 minggu. Abah pulak stay seminggu, pastu balik keje semula seminggu. Abah tinggal Exora di kampung, abah balik naik bas. Save bajet sket..jimat duit minyak dan tol kan. Dapat la umi meronda naik kete g Pekan Kulim.hehe. Ada gak g kenduri kawen 3 tempat reramai cucu ngan Tok Tokwan.

Anak perempuan umi..

Assalamualaikum..


Tahniah Abah..

Assalamualaikum..

Entri yg menceritakan pengalaman ke majlis konvo abah dan juga penghargaan utk abah yg telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana, Master selepas setahun setengah lebih belajar full time di UTM Jln Semarak, KL. Majlis konvo di Kampus Induk Skudai. Johor pada 1 November..tepat sebulan yg lps..:) Alhamdulillah..

Kitorang gerak ke Johor ari Khamis tengahari pas abah abis keje half day. Budak2 dah ponteng terus sbb nak gerak awal. Sepatutnya boleh gerak awal pg tp abah kena setel keje dulu. Yg join kitorang cuma Atuk Nenek je..yg lain sume ada komitmen masing2. Awal2 lagi abah dah tempah homestay kat Skudai..kena cepat sbb sekejap je penuh.

On the way perjalanan kitorang benti rehat dan makan2 kat  RnR ape umi pun dah lupa.huhu.. Seremban kot.. Nenek bawa bekal so berkelah la kat pondok kat situ.

Teruskan perjalanan ke Johor, kami diuji oleh Allah..tiba2 tayar kete bunyi pelik..semacam. Kat Johor dah masa tu tp lum sampai Johor Bahru la. Terus exit highway cari bengkel. Rupanya tayar depan gelembung..terus tukar 2 tayar depan. Ok, teruskan perjalanan ke homestay. Ok la kat sana. Ari 1st dah sampai lewat..so takde ke mana la.

Esoknya Jumaat kitorang ke Legoland..(entri lain yg banyak gambar tak ingat.hihi). Pastu ari Sabtu, abah konvo..awal2 pagi lepas Subuh terus gerak ke UTM sebab abah kena sesi pagi. Umi nak lepak ngan anak2 kat homestay dulu tak berani sbb memang tak ingat jalan langsung..agak jauh gak la. Kalo dekat n tau memang akan stay punya la. So, budak2 angkut je kejut bangun tido, mandi kat masjid UTM..umi la handle semua. Bertuahnya sebab masjid tul2 sebelah dewan. Tak yah nak jalan jauh kan...mmg senang.Kitorang lepak je dlm masjid, anak2 pun tak kaco..sibuk main mainan lego yg abah belikan kat Legoland semalam.

Dah selesai..bergambar tak banyak sangat..sayang je. Tp takpe, ada gak gambar leh wat kenangan kan. Setel tu nak terus gerak balik ke Putrajaya n KL..tp sempat singgah JPO (Johor Premium Outlet) tgk apa ada sana.
 
Teruskan perjalanan..tak diduga, sekali lagi kami diuji. Dalam perjalanan masih di Johor Utara tiba2 dengar bunyi tayar lagi..kali ni tayar belakang. Ingatkan tayar depan yg tukar tu problem, tapi terperasan ada driver sebuah lori tunjuk kat tayar belakang..kitorang pun benti n tgk tayar belakang pancit. Ya Allah..dugaan..Engkau uji dengan tayar depan belakang sekali dalam perjalanan ini. Kami redha apa saja yg Engkau uji dan tentukan. Abah call Plus Ronda utk bg bantuan..tak berani nak setelkan sebab tul2 tepi highway, sekali lori atau bas lalu, bergoyang kete. So, Plus datang tukar tayar. Abah ingat sempat sampai Putrajaya..so teruskan perjalanan. Sekali sampai Melaka tayar belakang sebelah lagi bunyi kuat. Cari penginapan kat Melaka penuh..so kitorang pun pusing balik ke Tangkak, Johor..umah Pakcik Zaini yg penah kitorang g masa kenduri Pakcik Latiff dulu. Bermalam di situ la jawabnya. Alhamdulillah ada sedara yg dapat tolong, kan.

Sebenarnya beberapa bulan sebelum ke konvo abah lagi, Atuk dah cakap nak singgah umah Pakcik Zaini, Tangkak tp tak jadi masa nak balik ni..rupanya memang kena singgah juga.hehe. Layanan setaraf hotel la kat sana.hehe. Tima kasih Pakcik Zaini.

Esoknya, tukar tayar belakang pulak 2 bijik baru la gerak balik Putrajaya dan KL. Dahsyat perjalanan kali ni, kena tukar 4 tayar serentak. Itulah pengalaman berharga ke konvo master abah.hehe.  Apa2 pun..ucapan setinggi tahniah pada abah kerana berjaya menggenggam ijazah master..rezki anak ke 4 pun dapat, master pun dapat..bak kata kawan abah. Alhamdulillah.. Lepas ni semoga abah dapat sambung ke PHD pulak. InsyaAllah.. Amin.











































Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform