Karnival Upin Ipin

Assalamualaikum..






Karnival Upin Ipin pertama kali diadakan di Putrajaya rasanya. Iklan pasal karnival ni dah bertebaran beberapa bulan yg lps.

Sambutannya?? Woowww.....memang ramai gile, tak penah tgk PICC Putrajaya seramai itu manusia yg datang kalo ada event apa2.

Dari Sabtu lagi, kitorang dah datang tengahari..survey kawasan sbb dah tgk kat group whatsap bgtau PICC sesak giler.. Kitorang solat Zohor dulu, sampai sana jem tak hengat, tak kuasa nak singgah weyh. Mmh ramai gile..siap panjat2 bukit..parking sket punya jauh. Phewww..tak kuasa la mokcik ye. Ropenya masa karnival ni, ada 2 events lain kat situ..yg umi tau Konvo MAHSA..tu yg je teruk.

Dah tak jadi, kitorang ke IOI Mall baru buka kat pinggir jalan Putrajaya tu. Sana pun ramai gilerr..mai mana manusia ramai sangat ni. Nak lepak cari makan pun tak leh. Jom lari Alamanda lak. Aik, sini pun ramai?? Ropenya ada stesyen tv pun join sekali..TV3, RTM..patut la ramai.. Pas makan ktorg terus lari balik Keramat sbb nak sambut besday Luqman.

Esoknya, pagi2 lagi Paksu Amat n Maksu Tira dah bersiap nak bawa Fateh ke ksrnivsl ni. Fateh ni minat giler Upin Ipin. Kitorang lak..tingin nak g,tp anak2 tdo lg. Tengahari plan nak g..survey internet pun ramai lagi kat PICC. So mari kite ke KL anak2.

Malam baru lah kitorang try lagi. Maghrib kete tak bergerak..ni kalo kitorang join mau terbabas Maghrib. Jom cari surau berdekatan dulu. Ngan hujan lebatnya. Tp Alhamdulillah akhirnya pas solat baru la boleh masuk dalam. Dah lengang..maka dapat la anak2 tgk Upin Ipin ye.Kesimpulannya depa hepi.



Hepi Besday Luqman - 8 Tahun

Kek besday 8 tahun
Sukanya dapat i-pad dr atuk..utk main game ler tu..huhu
Lego dari Maklong. Abah punya hadiah set kete Hotwheel..tak snap gambar lagi..

Assalamualaikum..

Tanggal 18 November yg lepas genap la umur anak sulung umi, abg Luqman yg ke 8 tahun. Sebelum ni kalo besday die je dah cuti sekolah. Kali ni, minggu terakhir sekolah..maknanya die still ke sekolah la..tp sayangnya kat sekolah mmg takde sambut apa2 la..dah besar, Darjah 2 dah pun.hehe. Takpe, sambutan tetap disambut oleh family Keramat kat umah Atuk Nenek.

Jadi, nak berkumpul reramai cam biasa kena la tunggu weekend..ari Sabtu pastu baru dapat berkumpul potong kek. Kek kali ni Maklong Shikin sponsor rasanya. Sebelum tu masa ke Legoland maklong dah whatsap abah suruh belikan hadiah lego utk Luqman bajet RM100. Wah..awal2 lagi dah dapat hadiah. Mahal lak tu.. Mmg dimanjakan betul budak2 ni.. Ngan abah umi minta itu tak dapat, minta ini tak dapat la kan.. Ingat abah cop duit..hehe. Takde la, abah kadang2 ada gak belikan..ikut kemampuan..takde la tak beli langsung. Rezeki anak2. Tp kitorang tgk lego kat Legoland murah lagi dari kedai Toysrus (camne eja tah)..beza banyak ratus2 tu.huhu..agaknya tiket Legoland pun mahal so lego kat dalam tak leh la mahal sgt kot kan. Ye ke??

Ok, sambung pasal potong kek besday Luqman. Abah belikan satay dekat ngan umah kitorang ni..100 cucuk. Sampai je Keramat tgk dalam plastik kuah kacang takde, nasi impit yg tak minta diorang cakap ada, tp takde pun..mengong la sangat ni. Abah pun tak check dulu..ingat ada semua la..sbb Paksu pun ada order dalam 30 cucuk utk mertuanya. Abis, bukan dekat Putrajaya-Keramat kan, terpaksa la beli kuah kacang kat kedai satay depan umah tu. Ada je satay kat depan umah atuk tp mahal sgt..RM1 secucuk. Yg dekat Putrajaya tu baru 70 sen secucuk..sedap lg yg 70 sen pulak tu. Tp boleh korang tak bg kuah kacang n nasi impit ye???!! Nanti abah jangan lupa tuntut!! Duit tu. Kuah kacang tak silap rm8 kan..nasi impit lagi, 5 biji dah bape? Haiii..

Selesai acara sambutan besday utk 4 cucu Keramat tahun ni. Tahun depan InsyaAllah Najla lak sambut bulan Julai ye.. Minggu depan ni ari Selasa, 2 Disember..Ulangtahun Perkahwinan umi abah yg ke 9 tahun...tak sangka dah 9 tahun ye..takde celebrate ape2 pun..semoga kami bahagia hingga syurga..dan semoga anak2 umi abah membesar menjadi anak yg soleh dan solehah. Amin..

Legoland 2014

Assalamualaikum..

Gambar masa mula2 sampai..ada Atuk Nenek sbb kat luar lagi... Mana Afiq ni? Yg abah nampak mata je..hehe.
Mula2 masuk lepak main lego dulu..
3 badik kusyuk
Lena Najla
Taraa..ni hasil binaan lego Luqman Jannah buat
Albert Einstein
Star Wars. Umi masuk dalam ni boring..nak cepat kuar je.hehe.
Oitt..!! Makan gaji buta. Orang suruh berkawal, engkau membuta..!!
Tak takut pun..Luqman
Prince Princess sesat mana lak ni.hihi

Luqman naik kuda kayu
Jannah pun. Afiq tak leh..ikut umur n tinggi kalo tak silap
Badut
Abah teman Afiq naik train. Najla tak leh naik sebab bawah umur setahun
Dinasour
Umi yang lebih ni..depa sume takmo bergambar. Ni pas ujan lebat..leh jalan2 semula
Hai...saya Najla
Kami
Berbuih dah Najla
Abang dan kakak
Kalo ada orang camni maknanya ada tandas.hihi
Tengok apa baby Najla tu??
Abg Afiq yg hensem
Tak aci, abg kakak je drive kete.. Afiq pun nak gak. Mujur terperasan sebelah tu ada litar untuk budak baya Afiq drive kete..terus bg die la. Sangat teruja ok walaupun anti sosial..umi abah kena dok kat luar pagar. Dia ikut je cakap abg tu.
Sape leh challenge Afiq drive kete sambil berdiri..haha. Diri pun dpt drive 2 round n dapat lesen D..Chaiyokk..
Abg kakak drive kete kat litar besar utk budak besar sket la. Berjaya dapat lesen D gak.hehe
Eh, nenek kebayan pun ada
Yeayyyy...kami dah datang Legoland. Korang semua bila lagi??

Akhirnya tercapai juga hajat anak2 umi..Luqman, Jannah n Afiq nak ke Legoland. Najla kecik lg, tak paham n tak tau apa lg.hihi. Sebelum ke Johor untuk konvo abah lagi kitorang ada la plan sket2 nak jalan mana nnt cam Legoland, Hello Kitty, JPO..cuma tak confirm jadi ke tak sbb kekangan masa. Lagipun dah sedia maklum tiket nak masuk Legoland mahaiiii..tunggu dan lihat je la jadi ke tak walaupun anak2 mmg nak sangat ke sana.

Alhamdulillah Allah tunaikan hajat anak2 kami tu..pejam mata sekejap la bab harga tiket..dah alang2 datang Johor belah Selatan ni kan..nnt2 belum tentu nak sampai lagi. Ikutkan dah datang ke Johor belah Utara tu 4, 5x dah la..tp jauh nak ke belah Selatan ni. Semalamnya masa baru gerak ke Johor dah diuji dengan tayar kete gelembung..dah tuko 2 biji tayar baru..tayar depan. Takpe, InsyaAllah ada rezeki lepas ni. Redha je ngan apa yg berlaku. Yg pasti, abah dah tunaikan hajat anak2 masuk Legoland. Jom tgk apa ada kat sana. Eh, sebelum tu..bape ek tiket masuk aritu..tak berapa ingat sangat..tp harga untuk dewasa n kanak2 semuanya RM100 ke atas sekepala. Kat sana dapat diskaun 30%, so total untuk kami 6 beranak, abah bayar dekat RM400 la utk tiket masuk ke Legoland. Atuk n Nenek tak masuk..dok tunggu kat luar je..nak masuk pun rugi duit je..takde apa pun kat dalam, utk budak2 je kan. Tp, sian gak la Atuk nenek tunggu kitorang lama kat luar..nak round kat dalam berjam2..pastu ujan lagi. Nak dok hotel Legoland..huiiii..lagi mahaiii.. Orang kayap boleh la.hihi.

Pasal konvo abah n pasal penginapan kami sume tu umi buat entri lain la ye. Gambar Legoland saje pun berlambak..jangan muntah sudah.haha.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform