Belon Panas Putrajaya 2014

Assalamualaikum..

Belon Panas Putrajaya kembali lagiii.. Acara tahunan di Putrajaya dan family kitorang tak penah miss join reramai tgk belon panas ni. Budak2 pun suka tgk kan..bukan senang nak tgk selalu, ni depan mata sendiri tgk belon terbang tinggi, cantik..macam2 warna dan bentuk.

Belon ni dah start semalam, 27/3/2014, Khamis..tp kitorang tak join pun. Arini petang ari Jumaat baru berpeluang bawa anak2 tgk belon. Hepi la diorang ni. Acara sampai Ahad, so ada masa lagi nak tgk belon, tangkap gambar kenangan.

Antara belon yang join acara tahun ni.
Aksi anak2 umi..siap panjat pagar..
Anak2 laki
Anak pompuan

Jumpa lagi Cik Leen

Assalamualaikum..

Dah lama umi tak bercerita pasal Cik Leen, member baik umi yg dok kat Dungun Terengganu tu. Walaupun jauh, tp tiap ari kitorang berhubung..melalui sms atau whatsap. Pendek kata mmg sentiasa tau perkembangan masing2 la. Dua2 sama2 tak keje lak..surirumah sepenuh masa dok jaga rumahtangga je..faham sgt la peel masing2 banding ngan kawan yg keje kan.

Umi tak ingat dah bila last kitorang berjumpa..sebab lama sekali baru nak jumpa kan. Jumpa pun sekejap je. Jadi, Alhamdulillah kali ni kami berpeluang berjumpa sekali lagi sebab family Cik Leen turun KL bercuti sempena cuti sekolah. Umi sekeluarga lak, time cuti sekolah seminggu ni mmg tak ke mana pun..ada la anta Luqman Jannah lepak umah Atuk Keramat 2 malam aritu. Nak balik kampung pun tak leh gak, org kampung pun sekarang baru berkumpul bercuti di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu..umah Pakngah Nizam.

Kitorang tak dapat join sbb kena save bajet..kitorang pun akan bercuti tp salah booking tarikh ni..hehe. Sepatutnya bercuti time budak2 cuti sekolah..tp kitorang nak bercuti time budak dah sekolah. Kena la ponteng nnt. Cite pasal tu kemudian la umi update ye. Mudah2an elok semuanya..Allah permudahkan sebagaimana yg kami telah rancang. InsyaAllah..Aminn..

Balik kepada citer Cik Leen, diorang sekeluarga ditemani adik2 dan ipar juga anak2 buah Cik Leen datang bertandang ke umah kitorang, semalam. Dapat lah juga tgk bb baru Cik Leen, Nur Dhofwatul'Aisy yg sekarang dah berumur 5 bulan. Sebelum ni, kitorang sama2 ada 3 anak boy-girl-boy, nampaknya sekarang Cik Leen mendahului umi..Allah murahkan rezki diorang dengan kehadiran bb girl pada ujung tahun lepas. Rezki dapat anak selang bunga lak tu..cantik je selang boy-girl-boy-girl..anak2 Cik Leen sumenya jarak umur selang 2 tahun. Rapat la adik badik ni.. Membesar sama2 kan.

Masa diorang datang tu, umi tak sempat nak snap gambar sgt..just amek gambar last masa nak balik tu je. Tahun bila yg g berkunjung ke umah diorang di Dungun tu, lagi la tak snap sekeping pun gambar. Bila dah lama tak jumpa, leka berborak tak ingat dah nak amek gambar kenangan. Tp takpe, kali ni adik Cik Leen ada bawa kamera dan rajin snap gak aritu. Umi cuba minta kat die utk diupload kat blog ni nnt. Kenangan tu..tak tau lagi lepas ni bila lagi leh jumpa.

My best friend, Cik Leen
Nur Dhofwatul'Aisy..suka pandang orang ni..tak berkelip2 tgk muka umi n Jannah.hehe.

Sunat

Assalamualaikum..

Ok tak umi bg tajuk kat atas utk entri ni?hehe..
Sebenarnya, arini umi nak citer pasal peristiwa yg berlaku lama dah. Bulan 11 yg lepas..mak aii..lamanya. Tu la, dok simpan je gambar tapi entri yg ditunggu2 tak muncul gak.

Sesuai la dengan tajuk di atas, umi nak habaq pasal anak sulung umi, Muhd Luqman bersunat/berkhatan. Alhamdulillah dah selesai, dah berlalu sume tu pada 16 November 2013..lagi 2 ari besday Luqman yg ke 7 tahun.

Umi abah dah lama plan nak bg Luqman bersunat ni bila umur dia 7 tahun la. Walaupun orang kampung cakap masih terlalu awal kalo sunat umur ni, tp umi abah ada sebab lain yg tersendiri. Tp masa ari bersunat tu, ramai budak 5, 6 tahun pun dah bersunat. Sekarang dah tak macam dolu2 la rasanya. Dulu abg n adik laki kita kena tunggu 9 tahun ke atas kot baru bersunat kan.

Kitorang amek program bersunat beramai2 anjuran Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi la. Nak elakkan rasa takut pd Luqman kalo bersunat ramai2, maybe. Tp, kitorang tak tau pun, sunat ramai2 ni dibuat oleh doktor pelatih dari sebuah Pusat Pengajian bidang medikal ni. Dok ingat mmg dilakukan sepenuhnya oleh doktor pakar. Kalo tau doktor pelatih, rasanya tak akan join kot program camni.huhu. Umi citer betul2 apa yg umi rasa ye kat sini. Kalo orang lain punya pemikiran berbeza, terpulang lah.

Sebabnya, dari pengalaman kitorang sendiri selepas Luqman bersunat ni, doktor pelatih 2 orang yg handle Luqman tersalah inject ubat bius kat urat pada bird Luqman. Kesannya, Luqman sakit yg teramat sangat banding sepatutnya. Sampaikan doktor pakar terpaksa inject sekali lagi dos yg lebih kuat utk hilangkan sakit tu. Sian sgt kat Luqman..ibaratkan dia jadi bahan ujikaji oleh doktor pelatih. Bird dia sampai bengkak besar, makan masa jugak la nak bg surut n ilangkan sakit tu. Sian sgt. Dah la, die nak sambut besday die 2 ari pastu.

Sebelum lupa, program sunat ramai2 ni menggunakan kaedah laser. Umi pun dah lupa nak cerita detail psl ni, sebab benda dah berlalu lama kan.. Alhamdulillah..walaupun ada masalah sket masa tu, tp takde la sampai ada masalah besar cam yg penah umi dgr sebelum ni, ada yg tersalah potong la hape. Nauzubillah..minta dijauhkan la, Ya Allah.. Rasanya lepas ni utk anak laki yg lain, kitorang akan ke klinik saja la. Tak nak la berlaku lagi peristiwa camni.

Taklimat oleh doktor pakar..umi lupa la nama dia. Ada 3 je doktor pakar, yg lain sebanyak 20 katil kalo tak silap (1 katil ada 2 doktor), semuanya doktor pelatih. Tugas doktor pakar hanya potong guna laser..tugas lain sume diserahkan kepada doktor pelatih.
Ramai peserta yg join..lebih 100 orang la

Luqman..masa ni tak pakai baju melayu lagi
Dah berbaju melayu. Nak berjalan beramai2 sambil berselawat ke tepi masjid untuk dimandikan oleh pihak Bomba
Bermula acara mandi budak2
Seronok main air ye. Selagi tak abis air dari paip bomba tu, selagi tu la korang mandi ye.. Ada 2 buah kereta bomba yg datang
Luqman
Dah salin baju. Tunggu giliran masuk ke dalam dewan tempat bersunat
Suasana dalam dewan. Umi ada amek gambar lagi, tp cam tak sesuai tunjuk gambar budak2 tgh bersunat. Luqman nak umi yg temankan dia, jadi umi dapat tgk kesakitan Luqman mcm mana.huhu. Kesian sgt2.. Dalam dewan, memang kecoh dengan jerit pekik budak2 la. Umi tak tau la kot ada budak lain pun ada masalah. Tak nak la umi tinjau..yg penting jaga anak sendiri.
Menunggu doktor pelatih setelkan proses terakhir. Masa ni dah tak sakit selepas doktor pakar bius dos kuat. Lepas pada tu la, bird bengkak n sakit sangat2.. Semoga Luqman membesar sihat sempurna ye..semoga dewasa nnt dapat memberikan zuriat keturunan yg soleh pada keluarga. Amin..

Majlis Perkahwinan Latif dan Zaeimah Part 2

Assalamualaikum..

Ni pulak antara gambar2 kenangan sewaktu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki..sebelah kitorang la. Kat Dewan Risda, Jalan Ampang..16 Februari 2014. Majlis kat sini, family Kulim pun pakat turun join termasuk Tok n Tokwan datang dari Kulim.

Kenduri kali ni, kami sekeluarga Keramat menetapkan memakai baju sedondon berwarna purple. Baju umi n Jannah, tempah je kat kampung. Sesekali nak gak pakai baju kurung moden, kan. Mana la umi reti jahit.hehe. Baju melayu budak2 ngan baju kurung Jannah umi jahitkan la. Wat leher bulat, senang sket..walaupun agak stress gak la nak menyiapkan. Ada sebab yg stress tu. Lain kali entri tu akan menyusul, InsyaAllah..

Sebenarnya ada lagi gambar yg snap masa kenduri, tp yg ni je abah dapat dari Maklong Shikin, so umi masuk yg ni je la. Jom layan..

Budak Afiq ni tgh wat peel bad mood masa ni. Dia takmo kat umi, mmg nak kat abah je.Abah pun bz nak melayan die kan. Die panjat meja sorang2 dok je perati orang sekeliling. Wat peel, umi bawa songkok n sampin pun takmo pakai. Afiq...Afiq..
Cam abah jadi pengacara majlis je..sebenarnya tak pun, abah panggil member die yg jadi pengacara aritu. Afiq setia ngan abah dia. Letih gak abah dok usung Afiq je
Ni apahal makcik tu.. Tak aci, kandid..hehe
Luqman Jannah sempat posing ngan Achik Murni yg dtg dr Kelate
Maklong n Jannah bergambar dengan pengantin
Kami pun nak gak
Family Keramat
Kami

Majlis Perkahwinan Latif dan Zaeimah Part 1

Assalamualaikum..

Kali ni umi nak up entri pasal kenduri kawen pakcik budak2 ni..pada bulan Februari lepas. Dah sebulan pun berlalu, baru nak cite kan..bagus sgt la tu.hehe..

Utk pengetahuan, pakcik budak2 ni, Pakcik Latif merupakan adik pertama abah. Dua tahun lepas tu, adik bongsu abah yg kawen, Paksu Amat. Pakcik bertemu jodoh dengan orang Muar, Johor..Makcik Zaeimah. Majlis pertunangan berlangsung pada bulan 8 tahun lepas, dalam musim raya. Ada gambar majlis tu umi simpan, tp tak tau nape tak leh nak upload masuk sini. So, takpe la..kita share gambar kawen je pun ok. Alhamdulillah dah selesai pun sume.

Majlis belah pengantin perempuan berlangsung pada 8 Februari, yg mana sehari sebelum tu, 7hb akad nikah dilangsungkan. Pakat berkampung di sana la kami sekeluarga Keramat pada masa tu. Majlis pihak lelaki lak pada 16 Februari berlangsung di Dewan Risda, Jalan Ampang.

Selamat Pengantin Baru pada pasangan mempelai. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan zuriat yg soleh.. Aminn..

Hari bersejarah Pakcik Latif

Bergambar dengan pakcik dulu sebelum akad nikah. Diorang ni rapat ngan Pakcik Latif. Luqman siap cakap, Luqman rasa sedih nak nangis bila tgk gambar pakcik dah kawen.hehe.
Ni di homestay, bergambar sebelum gerak ke umah pengantin perempuan utk akad nikah
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. Ni lah dia 4 badik anak Atuk n Nenek. Abah, Pakcik Latif, Maklong Shikin n Paksu Amat
Kami
Rombongan pengantin lelaki

Tak sihat Part 2

Assalamualaikum..

Amboi..entri tak sihat pun leh ada part2 kan.hehe. Memang kena buat sambungan pun..sebabnya, sampai ke arini ropenya umi dan keluarga masih dalam mood tak bape best, anak2 tak sihat la.

Aritu, up entri ari Khamis, ingat last dah la Jannah tak sihat. Afiq pun makin baik, kan. Esoknya ari Jumaat bg la Jannah g sekolah setelah 2 ari ponteng. Tp kat sekolah pun dia masih tak larat dan perut pun still kembung. Kat dlm beg sekolah dia, umi bekalkan minyak yuyi in-case dia sakit perut tiba2, leh pembantu cikgu tolong sapu. Bagi juga sekeping kertas bertulis no. telefon umi supaya kalo Jannah tul2 tak sihat, nangis ke..nak minta cikgu call minta umi jemput bawa balik la.

Tp sampai ke kul 12, time balik cikgu tak call, so anggap Jannah dah ok la tu. Masa jemput tu, Jannah tgh main taman menan ngan Luqman (ari Jumaat mmg diorg hepi sket sbb Luqman leh jemput adik dia, sebab time kuar sama). Umi tgk leh main tu, makin ok la kan. Tanya die camne kat kelas, sakit perut lg ke tak.

Die jawab : "Sakit lagi. Jannah belajar 1 buku je, yg lain tak belajar. Cikgu suruh Jannah baring. Cikgu sapu minyak kat perut ngan belakang gak.."

Laa...ingat dah ok. Cikgu pun tak kol ape pun. Agaknya tak nak susahkan parent kot..sebab dah anta sekolah kan, jadi tanggungjawab cikgu jaga anak murid walaupun tak sihat. Yang tak sangka sebab cikgu yg sapukan minyak, dok ingat pembantu cikgu. Bagusnya cikgu Jannah. Terima kasih cikgu Noraisha.

Jannah tak sihat dok terbaring tak bermaya tu sampai ke petang td dlm kul 4, ari Sabtu. Tu pun, umi gertak.. Kalo tak, memang die terbaring tido, makan satu apa pun tak nak. Dok yak cirit gak tp makanan tak masuk perut langsung. Camne nak sihat, kan. Umi gertak ada orang kat negara Syria nun, takda makanan, dok terbaring je, boleh MA_ _. Sori ayat keras sket sbb umi penah gertak sebut hospital, die wat derk je..tak takut. Umi sebut perkataan ni, terus geleng kepala, tak mo. Umi suap makan roti krim, dia mula makan sket2..sampai la, tul2 die segar..boleh bangun, main gelak ketawa ngan adik Afiq dia..siap ikut abah kuar, kalo tak die sayang sangat dengan baring dia tu. Afiq mmg sihat sepenuhnya dah. Alhamdulillah. Tp sian takde kawan, dok main sorang2 la.

Ha, yg boleh kata Afiq takde kawan tu, sebabnya..bukan Jannah je tak sihat tp abg Luqman pun berjangkit lak dari adik2.huhu. Start kena pg td la. Masa umi pegi kelas Fiqh, abah ada kat umah. Abah ckp Luqman muntah 2x lepas makan roti canai. Ah, sudahhh!!! Tak kan kot, lepas sorang2 ni.

So, mmg confirm la Luqman pun berjangkit gak. Dia muntah n cirit birit. Demam je tak kena. Aduiii..mencabarnya kali ni mengadap anak2 tak sihat lepas sorang2.huhu. Mujur la Luqman kena tul2 dah masuk cuti sekolah. Terbaring la Luqman dari pagi sampai ke malam..kejap2 meraung2 sakit perut..kembung. Sama je apa yg dialami 3 badik ni. Saat umi menaip kul 1.30 pagi, ari Ahad 23/3 ni, Luqman tgh merengek sambil tido ni.. Sakit perut ke, nak air ke..mmg bunyi la die. Tak lena lg la umi depa. Apa nak wat, kena la hadapi gak..dah anak2 sendiri, kan.

Apa2 pun umi doakan semoga Allah swt menyembuhkan Luqman cepat2. Membesar sihat..berselera makan ngan adik2 die ni.

Tahniah Maksu Yayah

Assalamualaikum..

Entri ni umi nak amek peluang ucapkan tahniah pada adik bongsu umi, Nur Hidayatul Afifah..yg mana sume anak2 buah panggil die Maksu Yayah atas kejayaan cemerlang die dalam SPM yg mana keputusannya baru diumumkan pagi td.

Alhamdulillah berkat usaha maksu, berkat doa mak abah dan adik badik, dengan pertolongan daripada Allah s.w.t..kejayaan yg diimpikan tu berada dalam genggaman maksu. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat anak2 buah maksu yg ramai termasuk Luqman, Jannah n Afiq ni..supaya diorang pun akan cemerlang macam maksu. InsyaAllah. Aminnn..

Keputusan maksu dalam SPM 2013 ni ialah 8A dan 1B. kejayaan yg sangat dibanggakan oleh kami sekeluarga. Maksu yg paling pandai sekali dlm family. Mmg takde main2 punya. Buku2 mmg kawan die la. Kawan2 die pun sume yg bagus2, bukan jenis bersosial..dan buat benda melalaikan. Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi maksu.


Tak sihat..

Assalamualaikum..

Arini umi leh ngadap laptop, leh bernafas sket (padahal tiap ari pun leh nafas..Alhamdulillah..hehe)..bukan pasal apa, sejak 4, 5 ari lepas agak kelam kabut sket umah..agak stress sket la sebab tiba2 Afiq tak sihat. Pastu semalam Jannah lak demam, arini dah ok sket tp masih lemah la..nak baring je kejenya, jap2 sakit perut..tak tau nape. Sok harap leh sekolah la..ari last sebelum nak bercuti seminggu ni.

Ok, bab Jannah ok lagi. Ni nak cite pasal Afiq..budak tencik ni memang kalo mai time tak sihat dia..berpakej2 sekali dia bagi. Ngan demam, muntah, batuk, selsema la hape. Kali ni lagi teruk, 1st time la kot, die bagi umi cirit birit skali.huhu. Sgt meletihkan ok! Tp dah namanya anak, kena redha je la..jaga anak tak sihat ni, insyaAllah besar ganjarannya dari Allah swt..anak yg Allah pinjamkan suruh jaga, didik elok2 kan.

Afiq start tak sihat pada ari Sabtu malam. Tiba2 malam tu sebelum nak tido, die muntah lak. Banyakk. Ingat skali tu je, ok la kan. Ropenya sepanjang malam tu bape kali die jaga n muntah. Mmg jenuh gak la..tuko baju umi n dia, cabut cadar, buang alas slimut la hape..sebab die muntah situ. Sampai la ke esok pagi, bgn tido tgk kat suar ingat kesan muntah la. Skali time nak mandikan, buka suar tgk cecair tu dr dlm suar.. Haihh..ini cirit ni. Aduhaiii...part muntah pun lum selesai, dah bagi part cirit. Sabar...sabar...

Sampai siang gak la die muntah tu. Petang g KL, pastu terus ke Keramat sbb nak sambut 1st besday sepupu diorang Al Fateh..masa tu Afiq dah tak larat..badan dah panas, demam. Ye la, keje dok muntah je, sampai takde apa dlm perut, sure lembik, tak larat..last2 sampai demam.

Kat Keramat pun berdukung berpeluk..diam je. Kat sana lak aritu takde air..huhu. Kan catuan air sebab musim kemarau. Sekali, dah tak muntah..dia cirit lagi. Nak blk ke Putrajaya semula, tiba2 kete lak tak leh start, bateri abis ke rosak tak reti nak sebut la.hehe. Abah setelkan mlm tu gak..melayang la duit kan..untukmu kete. Satu2 dugaan kan. Sempat la 3x Afiq tercirit kat sana. Malam tu gak balik Putrajaya. Sok budak sekolah kan.

Afiq tak sihat ni berlarutan sampai la ke semalam..ari Rabu. Muntah n demam dah stop, cirit yg tak stop lg. Berlonggok2 kain baju dalam bilik air nak kena sental. 1 trip setel sental, pastu ada lagi berlonggok. Dah stel lagi..mai lagi selonggok..aduhai.. Mmg takde masa la nak masak ke hape. Kena tunggu die tido la (atau tengah malam) nak curi2 buat keje sebab time die jaga, die nak dekat ngan kite. Dah tak larat kan, merap je la. Ada 1 ari menangis je dari pagi sampai petang..aduhh letihnya umiii..

Mujur abah pun takde kelas final sem ni..tp ada projek nak kena siapkan. Bila pagi die nak g library ke apa..biarkan la. Nnt nak jemput abg kakak blk sekolah, abah kena blk la. Umi tak leh nak kuar. Sat2 budak ni cirit..bocor merata. Semalam lak jannah pun demam, tak larat. Kena la handle 2 badik tak sihat serentak. Mujur Luqman sihat leh g sekolah pagi ptg.

Arini Alhamdulillah walaupun Afiq dok yak lagi tp, dah tak bocor, ada sekali dia nak yak kat toilet je. Umi bawa g klinik 2x dah pun..ari Isnin ngan Rabu. Dapat ubat je la. Afiq yg aritu dah free pampes, bila cirit ni kena la pakai blk pampes. Nak wat camne kan..

Semoga cepat sembuh sepenuhnya la anak2 umi ni. Membesar sihat sempurna..berselera makan semula. Kesian tgk Afiq sampai kurus kering, kecut muka n badan tu.

Umi dok draf nak wat entri pasal Afiq sebenarnya tp tak berkesempatan lagi..last2 masuk cite psl die tak sihat dulu. Takpe, pasni umi wat cite pasal Afiq ye. Dah nak masuk 3 tahun tak lama lagi ni.

Anak-anak penghibur hati penyejuk mata..

Assalamualaikum..

Ecewahhh..tajuk kemain. Takde ape pun nak cite padahal. Nak masuk gambar bebudak je la.hehe. Mana gambar yg takde nak citer sgt, umi kumpul nnt kang leh masuk satu entri. Gitulah.

Jom layan. Just add caption kat gambar je la.

Amboi..sedapnya makan pizza hut. Ni masa diorang lepak umah atuk nenek..dapat jalan2 makan2. Diorang ni kan susah sket bab makan2 ni. Memilih. So, nak makan kena tanya dulu, nak apa. Atuk layankan je la..
Afiq dengan sepupu dia Ahmad Al-Fateh. Afiq  ngan Fateh pun nak sombong, die malu sebenarnya padahal tu bb je pun. Kalo nak malu ngan orang dewasa takpe la.hehe. Takpe, tunggu besar sket, nnt kami kawan la.
Afiq dok ngan atuk. Memang susah la nak dapat view cenggini..sebab budak Afiq ni dari kecik sampai la sekarang memang takmo ngan orang kecuali umi abah, abg kakak die je. Ni la budak yg melekat 24jam ngan mak die..nak bersosial berkawan pun susah sket. Gambar ni masa umi abah takde la ni. Kalo nak tau, die statik je dok atas atuk langsung tak bergerak.haha.
Monyok ni pun masa kuar jalan ngan atuk nenek gak. Ada la sesekali kalo cuti pjg, kitorang biar depa lepak umah atuk Keramat. Biasanya Afiq kalo umi abah takde, die redha..diam je ikut abg kakak. Cuba umi abah ada depan mata, memang confirm dah sombong ngan orang lain. Umi rasa peel ni akan berubah bila Afiq dah ada adik..kannnn
Main menan token lak. Anak2 umi kuar jalan pakai baju umah pun ok je. Selekeh cam mak pak depa gak la.haha.
Taraaa...ni lah menan terbaru kitorang. Abah bermurah ati belikan sorang satu kete menan.

Roller Blade

Assalamualaikum..

Entri yg ni pun citer lama gak..dlm bulan 2 ataupun bulan 1 la..tak ingat dah.

Weekend ari Ahad, kitorang kuar cari breakfast kat Presint 9..saja jalan2 cari makan, jauh dari umah pun tak pe la. Sesekali kan.. Pas breakfast kat Medan Selera tu, kitorang singgah ke taman menan sebelah tu..dekat Pusat Kejiranan Presint 9, tempat budak penah mandi kolam gak la. Bg budak2 beriadah main seround. Cuti2 la nak bg main pun kan.

Pastu ingat nak balik dah la, masa jalan ke parking basement medan selera ternampak kat padang ada orang main roller blade/kasut roda. Sebelah sana tu ada sekumpulan lagi tgh berlatih silat. So, tuko haluan lepak tgk orang main kasut roda sat. Luqman nak tgk silat sebab die minat nak masuk silat. Dah lama die minta nak masuk silat..bukan takmo bagi, tp dia sendiri dah penat belajar sepanjang ari, nanti2 la masuk aktiviti lain ni. Abah sendiri pun dulu join Silat Cekak Hanafi tp masa belajar kat UPM..dah besar pun.

Sampai kat tempat kasut roda tu, sorg laki yg conduct aktiviti kasut roda ni cakap kalo nak join jom la, free je..tak yah bayar. Tgh promosi ke apa camtu la. So, kitorang tanya Luqman Jannah nak try tak. Jannah berminat, Luqman tak mo..dia nak silat gak. Haishh budak ni, orang silat tu berlatih..bukannya nak terima orang baru. Tak yah layan. So, daftar la nama Jannah.

Tu, yg banyak gambar Jannah je yg main. Luqman lak, bila dah boring tak tau nak watpe, syok lak tgk adik die belajar guna kasut roda, baru la nak join. Jannah memang cepat dapat ilmu sket, brader2 tu ajar setiap step, cepat je dia dapat tangkap. Dah boleh diri n jalan sendiri la tak lama pastu. Luqman susah sket..hehe.

Tu je la, aktiviti kitorang weekend tu. Dapat gak budak2 ni belajar ilmu baru. Tp yg tak bestnya..nanti ada la permintaan kat abah. "Abah, bila nak beli kasut roda??".. Uish, ke situ lak depa ye. Ingat abah hangpa keje cop duit ka??

Budak ni memang lasak sket..walaupun badan kecik sekeping, tak suka makan..tp kalo main kira lasak gak la. Kalo tengok dia main kat taman menan, bergayut tu punya laju, main jongkang jongket cam nak terpelanting member lain, terjerit2 suruh stop.haha.
Ceaaaa...cam pro je kan..hehe
Ajar abg Luqman lak



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform