Gambar anak2 je..jangan boring.hihi

Assalamualaikum..

Ok, entri last utk arini. Masuk je sume gambar yg ada. Jgn mare, ye. Blog umi kan.hehe

Sgt suka gambar ni.Cam comel je kann..
Main kat taman menan dalam Restoran Kabab Presint Diplomatik Putrajaya.

Program Tv Al Hijrah

Assalamualaikum..

Ini lak program TV Al Hijrah yg kitorang join aritu..wat kat Putrajaya. Majlis Selawat Nabi Ya Hanana..umi lupa nama Syeikh tu ye..maaf. Ada beli cd, kena belek CD baru tau namanya.hehe.

Memang ramai orang yg datang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Live kat TV Al Hijrah la malam tu. Sgt best. Bersemangat sungguh umi tgk umat Islam berkumpul malam tu.


Program kat Masjid Besi arituu..

Assalamualaikum..

Entri ni saja je nak masukkan sbb ada gambar. Masjid Besi Putrajaya atau nama sebenar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ni mmg aktif wat macam program or aktiviti. Mana yg kitorang sempat, InsyaAllah kitorang sekeluarga akan join.

Ni program Halaqah live dari Masjid Besi ditayangkan kat TV9. Mmg ada gak la nampak muka kitorang sekeluarga kalo ada org tgk live malam tu. Family kt Keramat n Kulim mmg tgk, so diorang nampak la walaupun sket n tak berapa jelas.hehe. Kitorang tgk blk kat online je. Gambar sekeping ni je la masuk..hehe. Sebab tak rajin nak snap gambar la.

Ni lak masa Maal Hijrah. Pendakwah Antarabangsa Dr. Zakir Naik terima jemputan Masjid Besi utk bersama2 ngan rakyat Malaysia yg datang dari seluruh pelusuk Malaysia agaknya. Mmg penuh masjid tu. Bagus la, sekarang ni memang mudah nak mendapat ilmu agama daripada para alim ulamak. Cuma still banyak masalah sosial kat negara kita ni.




Gambar je..

Assalamualaikum..

Umi amek peluang menaip update blog sat..sementara still kat umah Putrajaya lagi. Budak2 sume ada kat umah Atuk Nenek Keramat. Abah ada kelas kat UTM arini, umi lak mai Putrajaya pg td sorang2 sebab ada appoinment klinik.

Sebenarnya, kitorang 4 beranak tak termasuk abah la..baru je blk dari kampung malam td. Sampai umah Keramat kul 1 pagi lebih dah. Bertolak dari Kulim kul 4.30 petang, pastu tersangkut jem kat highway Utara Selatan tu selama 2 jam (dari Sg Perak sampai Ipoh)..ada trailer terbalik lak. Fuh!! Memang letih, sakit pinggang tak ingat la.

Mula2 umi plan lepak kat kampung lama sket, tp memandangkan umi ada masalah kesihatan sket, terpaksa la balik ke sini awal. Kitorang tumpang kete Achik Azah je. Dah sunyi umah Tok Tokwan Kulim bila anak cucu sume dah balik umah masing2. Kitorang blk sebab meraikan Majlis Perkahwinan sepupu kami di kampung. Umi takde snap gambar pun..tak rajin la. Tp kot ada sesapa bermurah ati nak bg, nnt leh la upload masuk sini.

Ni umi masuk gambar lama2 dulu je la. Kenangan budak2 umi ni.hehe.

Sayalah ultraman Jannah...haha.
Cantik tak Jannah pakai inai?
Hai..saya Afiq.
Ilustrasi wajah Jannah.
Ni lak ilustrasi Luqman. Sama tak cam depa? Nek Cu depa yg bagi ni..

Dah lama tak mandi kolam

Assalamualaikum..

Kali ni nak citer pasal bawa budak2 ni mandi kolam. Bila last bg depa mandi tah, tak ingat dah la. Sebelum start cuti sekolah sebab 1st day cuti tu Luqman akan bersunat, so umi abah amek peluang bawa diorang mandi kolam la. Dlm 3x gak la..bergantung pada cuaca. Kalo ujan tak dapek ler.

Yg bersemangat gak tu sebab Afiq dah ada baju mandi sendiri. Sepertimana Luqman n Jannah disponsor baju mandi oleh atuk, begitu jugak la adik Afiq depa..pun atuk belikan. Tima kasih bebanyak kat atuk. Abah cakap atuk ajar anak2 berenang dulu2, kalo dapat ajar cucu2 lak, best gak kan.hehe. Umi sendiri pun tak reti berenang..huhu.

Kolam mandi pertama n kedua kitorang g kat Kejiranan Presint 16. Sebelum ni g yg Kejiranan Presint 9 je..so tuko angin lak. Memang ada beberapa kolam mandi la yg ada kat Putrajaya ni. Kat Presint 16 ni kena bayar masuk utk kolam kecik kanak2 cuma RM1, manakala utk kolam dewasa RM2. Ada 1 kolam kecik kat luar nun..cetek sesuai utk baby n bdk sebaya Afiq tak perlu bayar. Ibubapa yg temankan anak (tak mandi) tak perlu bayar. Kalo Presint 9 tu terbuka memang free aje la.

Ni kat Presint 16..tp abah snap kolam utk bb n budak kecik yg free tu je, sebab kat sini leh lepas Afiq..cetek kan. Kat dalam berbayar dia tak snap lak.


Kat bawah ni lak kat Presint 6..berdekatan ngan Pullman n PICC. Kat sini bayaran kanak2 RM1 dan dewasa mandi atau temankan saja anak2 pun tetap kena RM2. Mula2 tu pelik gak..tak mandi pun kena bayar ke? Belasah lerr.. Kolam dewasa abah cakap sebesar kolam renang Olimpik..tah la. Tp mmg besar pun. Tak snap lak, takmo tgk orang seksi2.hehe..


Hepi Besday Luqman (di sekolah)

Assalamualaikum..

Ni lak sambungan entri besday Luqman. Luqman dah lama cakap dia tak penah bawa kek g sekolah pun, sejak sekolah dari umur 4 tahun lg. Besday dia 18 Nov lak mmg time cuti sekolah dah. Biasa kitorang bawakan goodies je pas kat kawan kelas camtu.

Aritu besday Jannah, abah bermurah hati nak bawakan kek ke sekolah termasuk goodies, so umi sian kat Luqman ni tak dapat potong kek ngan kawan2 sekolah. Dah la Darjah 1, lagi la takde budak2 celebrate besday kat sekolah. Dah tak sama cam tadika lg kan bila masuk sekolah kebangsaan ni. Luqman penah bawa blk sekali dua je goodies besday kawan, so dia cam jeles sket Jannah selalu sgt bawa blk goodies dari sekolah.hehe.

Umi awal2 dah plan nak belikan goodies nak bawakan ke sekolah Luqman pd hari Khamis sebelum cuti sekolah..tup2 dia bawa balik nota kecik dari guru kelas die, Cikgu Nurul yg kelas diorg nak wat farewell n birthday party pada ari Khamis. Kira kalo ada budak nak bawa kek besday pun boleh la. Wah...!! Ini peluang yg ditunggu2. Boleh la Luqman potong kek ngan kawan2 kelas camni. Umi pun tanya abah, ada tak bajet kalo beli kek utk celebrate kat kelas? Abah cakap ok boleh je. Nnt celebrate ngan family Keramat, org lain yg belikan kek.. Pandai abah, kan..hehe.

So, seperti yg dijanjikan kitorang tempah kek kat Giat Mara Putrajaya je. Tanya cikgu majlis start kul bape sume. Cikgu minta tolong bawakan pinggan kertas m tisu sbb die tertinggal kat umah. So, kitorg bawakan sekali pinggan, cawan, sudu garpu n tisu. Benda mmg dah ada kat umah, tak yah beli pun.

Sampai sekolah ropenya Cikgu Nurul bz ngan Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang..so budak2 dijaga oleh pengawas je la. Kelaparan sekejap budak2 ni. Umi abah anta kek, goodies n barang2 td, terus blk umah la. Ropenya mmg Cikgu Nurul tak dpt join diorg, dia msk kelas sekejap je. Cikgu lain yg gantikan majlis tu. Kalo tak, umi yakin dia akan snap gambar n send kat whatsap cam majlis raya aritu.  So, mmg takde la gambar suasana dlm kelas.

Luqman cakap ada sorg budak lg potong kek besday gak. Tersipu2 la depa 2 orang bila kawan2 nyanyikan 'hepi besday to you' masa potong kek tu. Ok, dah tercapai hasrat Luqman nak potong kek ngan kawan2 kat sekolah ye.

goodies utk 34 org pelajar kelas dia termasuk Luqman, tp yg peliknya Luqman tak dapat.hehe


Hepi Besday Luqman - 7 tahun

Assalamualaikum

Semalam 18 November genap la umur Luqman 7 tahun. Walaupun dlm mood pas bersunat, kami sekeluarga termasuk family Keramat tetap meraikan besday dia. Hepi la dia kan, dapat potong kek 2x (sekali kat sekolah..nnt ada entri lain), pastu dapat hadiah banyak. Sebab nak meraikan besday dan 'pengorbanan' die bersunat.hehe.

Ok, leh layan gambar dia potong kek n hadiah. Makan2 family je, snap gambar die je la.hehe
Minion ke apa nama kartun ni.. Maklong Shikin yg belikan ni.





Ok, bab hadiah lak. Memang banyak la hadiah Luqman dapat kali ni. Sebab hadiah bersunat sekali kan.hehe. Abah dia yg sebelum ni tak penah belikan hadiah besday anak2 siap beli 2 hadiah tu. Sian Luqman katanya..sakit oo..sunat.

skuter daripada abah
walkie talkie dari atuk nenek, transformer dari abah
buku muqadam, set alat tulis n kaler pjg besar dari atuk nenek

sepasang suar kemeja dari atuk nenek




Dah abis sekolah

Assalamualaikum..

Dah bulan 11 pun kan. Budak2 pun dah bercuti sekolah. Bg budak2 ni yg mak tak keja cam umi ni, dok melepak kat umah je la. Tp dok menunggu hari gak nak balik kampung. Semalam genap umur Luqman 7 tahun. Nnt umi wat entri psl besday dia. Dan arini dah masuk ari ke 4 Luqman dah jadi budak besar sebab dah bersunat.hehe. Entri tu pun akan menyusul kemudian.. InsyaAllah. Kenangan utk depa bila besar nnt kan.

Sempena dah abis sekolah sesi 2013 ni, umi upload gambar Jannah dulu la. Umi jemput Jannah ari last sekolah tu. Nak bersalam2 ngan cikgu2..ucap tima kasih ajar Jannah selama setahun ni. Tahun depan InsyaAllah Jannah tuko sekolah lain lak. Die dapat Prasekolah di sekolah Luqman. Dekat ngan umah..n senang, sekali harung anta Luqman sekali kan. Alhamdulillah.

Masa jemput tu, Jannah mai tunjuk kat umi trofi dia. Umi ingat sume dapat, tp cikgu yg kebetulan ada kat luar pintu kelas bgtau 6 orang je dapat tu. Pilih budak2 yg bagus dlm akademik dan Iqra'. Jadi, Jannah terpilih utk Iqra' la ni. Cikgu cakap akademik pun Jannah ok gak. Alhamdulillah. Semoga semakin baik bila belajar di Prasekolah tahun dpn. InsyaAllah..


Dapat hadiah beg sekolah ni. Ok la kan. Tahniah Jannah..semoga lebih berjaya pada masa akan datang ye.

Pencapaian Luqman lak. Untuk sekolah kebangsaan dia, Darjah 1..umi tak bape paham sgt sebab sekarang penilaian berdasarkan Band. Kira takde exam bermarkah cam zaman kita dulu2. So, tak bape tau sgt tahap pencapaian dia. Tgk keputusan Darjah 1 yg cikgu kelas dia bg dl..sume mata pelajaran Band 5 daripada keseluruhan Band 6. Cuma Bahasa Inggeris dia dapat Band 3 je. Cikgu cakap maybe Darjah 3 baru ada exam, nak tentukan naik kelas ikut pencapaian masing2 masa Darjah 4 tu.

Utk sekolah KAFA lak. Ada exam bermarkah jadi ada la kedudukan dlm kelas. Alhamdulillah Luqman dpt no. 8 daripada 30 pelajar. Masih boleh diperbaiki..InsyaAllah. Dia belajar sendiri je pun. Setiap hari penat belajar dari pagi sekolah kebangsaan sambung ke petang sekolah KAFA, seterusnya sambung ke malam utk Iqra' di Masjid Besi. Tahniah juga kepada Luqman ye..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform