Setiap gambar ada ceritanya..

Assalamualaikum..

Entri ni umi nak upload masuk gambar2 lama yg tersimpan je. So, tak yah citer panjang, just add caption sket2.. Layann..

Kakak pimpin adik kesayangan die..singgah solat di RnR Sungai Buloh pas bertolak balik dari Kulim.
Lepak di buaian umah Tokwan Kulim masa raya pose aritu..
Lepak makan2 di gerai dalam umah..jgn tak cayee..hehe.
Majlis sambutan raya posa utk kelas belajar Iqra' dan Al Quran di Masjid Besi. Nyum nyumm..
Budak pompuan nak kawan ngan Afiq, tp Afiq maluu..hehe..
Kakak n adik dah siap nak kuar jalan-jalan.
Kenduri akikah bb member sekolah abah kat Bangi.
Afiq ngan sepupunya Ahmad Al Fateh.
Afiq merasmikan baju n suar jeans Spiderman beli kat Mydin..sepasang tu rega rm5. Percaya ke idok?
Kakak Jannah sempat posing kat skuter dulu sebelum kuar jalan.

Pertandingan mewarna KRT P14C2

Assalamualaikum..

Entri ni adalah sambungan dari entri sebelum ni..Hari Perpaduan KRT kawasan perumahan kitorang tu. Dah ada banyak gambar, so kena pisahkan la entri..baru best sket.hehe.

Untuk kanak-kanak cuma ada pertandingan mewarna je. Jadi, sangat hepi la diorang ni dapat mewarna. Beberapa ari sebelum tu pun dah cakap nak kaler, nak kaler..terutama si Jannah ni mmg suka mewarna. Tp kalo ada sukaneka utk budak2 lagi la budak2 hepi umi rasa. Ini..mak pak yg main sukaneka.hehe.

Pertandingan ni dibahagikan kepada 3 kategori. Utk. kanak-kanak 3-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun. So, Luqman n Jannah kena dok meja asing la.

Group Luqman. Yg badan besar sebelah Luqman tu, member kelas die la. Syazwan. 2x ganda besar dari Luqman.hehe.
Group Jannah. Jannah dok sorang sebab member main diorang, Nawal datang lambat sket n dok meja lain.
Luqman dah kebosanan kaler.huhu..
Luqman kaler gambar Upin Ipin. Kertas A3 besar sket la dari Jannah
Jannah pun gambar Upin main bola. Pandai Jannah kaler bola itam putih camtu kan..
 Sementara 2 badik ni mewarna, umi abah amek peluang bersenamrobik.hehe. Mula2 abah, pastu abah dah nak termuntah..haha.. Umi pas Afiq kat abah lak. Jannah n Luqman pandai la bawa diri sendiri, ye. Dah besar tak perlu nak teman or tolong kaler la.

Dah abis kaler, boleh la main2 ngan kengkawan masing2. Keputusan pertandingan akan diumumkan waktu malam. Luqman mmg tak siapkan abis kertas die. Jannah nak siap cepat, kaler pun tak berapa sama dah cam dok kaler sebelum ni. Tp boleh tahan lagi la.

Inilah hasilnya.. Walaupun Jannah tak menang no. 1-3, tp ada rezki gak dapat hadiah saguhati.
Walaupun sekadar saguhati, tp dapat hadiah best..pelbagai jenis kaler n alat tulis..hepi giler la die. Tahniah, Jannah. Abg Luqman tak dapat la..lain kali cuba lagi.

Masa pengacara umumkan nama Jannah tu, umi pikir die takut2 nak ke depan. Ropenya terus je menonong ke depan salam n amek hadiah. Semangat!..hehe. Tak dapat snap gambar sebab umi tgh dukung Afiq tido, abah lak blk umah sekejap.

Yg sian kat kawan sepermainan diorang sedih nangis sebab die tak dapat hadiah padahal Jannah dapat. Lain kali kena wat hadiah utk sume peserta..biar sume hepi, kan?? Murah pun takpe, budak suka je. Ok, itulah saja..


Hari Perpaduan KRT Presint 14C2

Assalamualaikum..

Yg ni umi nak update citer terbaru kitorang la. Ari Sabtu kemarin 26 Oct 2013 berlangsung Hari Perpaduan KRT kawasan perumahan kitorang ni. Alhamdulillah perancangan rapi dan usaha AJK KRT kat sini..maka hari tu berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah

Hasil daripada Hari Perpaduan ni jugak la..kitorang dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. Biasa la kat bandar sekarang ni, ikatan persaudaraan..silaturrahim antara jiran2 semakin menjauh..masing2 dengan cara hidup sendiri, ada yg tak nak bergaul sesama sendiri..jadi, dgn adanya Hari Perpaduan ni akan dapat mengeratkan lg silaturrahim antara sesama jiran. InsyaAllah.

Hari Perpaduan ni berlangsung seawal pagi lagi..dengan pelbagai aktiviti. Antaranya senamrobik, pertandingan mewarna utk kanak-kanak dan sukaneka utk ibubapa. Pastu blk umah masing2..rest dan sebagainya. Malam pulak berlangsung bacaan Yasin, acara penyampaian hadiah dan last sekali makan2. Nyum nyum..dpt makan kambing bakar 2 ekor, nasi beriani dan lain2. Ada gak jiran yg sporting menyumbangkan suara menyanyikan lagu.

Kesimpulannya, kitorang sgt berpuas ati dpt join majlis ni. Harap dapat lagi berkumpul camni pd masa akan datang. InsyaAllah.. Amin.



Acara senamrobik
Umi amek bahagian acara boling padang..tak jatuh pin langsung pun.hehe

Acara boling padang lelaki.

Acara berpasangan suami isteri - baling sambut belon

Suasana pada waktu malam. Bacaan Yasin.
Dinner


Oh..comotnya sayee..

Assalamualaikum.

Mm..dapnya saye makan calciyum. Kalo tak caya, ini la buktinya...

* Nyum nyum nyum..

Jom konvo Pakndak Man

Assalamualaikum..

Bape hb ek? Satt nak korek balik.. Ok, 6 Oktober yg lepas, ari Ahad..kami sekeluarga bersama2 dgn Tok Tokwan Kulim ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor untuk meraikan Hari Konvokesyen Pakndak Man, adik lelaki umi la. Kitorang je g sebab adik badik lain ada hal, tak dapat join.

Kitorang gerak lepas subuh..dlm kul 7 pg camtu..sebab Pakndak Man kena sesi petang..die dengan takde baju sbb kena main ngan kengkawan. Diorang janji nak pakai baju melayu, alih2 sampai sana pakat bawa kemeja blazer. Mana aci. Terpaksa la kitorang kat sini kumpul suar, baju, blazer la hape bawa ke sana.

Sampai sana dlm kul 10 pagi kalo tak silap..breakfast dulu pastu baru masuk ke dlm U. Memandangkan budak 3 badik ni lum mandi, bangun tido terus angkut masuk kete je..kitorang sekeluarga lepak la kat masjid baru U. Tok Tokwan n Pakndak Makn terus ke dewan baru U. Uih, jauh gak nak jalan ke sana pun. Sian sungguh kat Tok Tokwan. Kitorang tak tau kat sana masih ada parking. Dah naik ke atas masjid baru la teropong ke sana..ada parking lg. Takpe la..pengalaman n kenangan gak tu. Dah berlalu pun kan.

Apa2 pun tahniah buat Pakndak Man atau nama sebenar dia, Mohd Akmar Ahmad atas kejayaan graduate Ijazah Kejuruteraan Elektrikal di UTHM. Kami bangga denganmu.

Jom layan gambar..

* Kamera tak bawa..just harap kamera phone aje..

Ada persamaan tak?

Assalamualaikum..

* Cer tengok gambar ni lak..

Sama tak orang kat atas ngan kat bawah dlm gambar ni??
Macam sama gak kan? Sure la sama..dah yg bawah anak kepada orang di atas.hihihi..
Itulah dia gambar abah masa kecik ngan gambar Luqman. Kalo nak tau, Luqman ni ikut muka abah die.. Abah lak ikut muka abah die.. Eh, sama lak ayat. Abah ikut muka atuk laa.. 

Anak buah baru..

Assalamualaikum.

Ni sume gambar2 lama ye, mmg umi korek2 balik je. Tgh rajin ni, baik update sebanyak yg mungkin.
Bulan 9 lepas, 22hb..lahirlah anak buah terbaru umi. Anak kepada pasangan Achik Azah n Pakcik Fauze. Adik pompuan umi la. Dilahirkan di Klinik Bersalin Muslimah Batu Caves. Bb girl diberi nama Nur Rania Zahra. Sedap namanya, kan. Adik kepada kakaknya yg kiut miut tu, Nur Damia Aqeela.



* Bestnya umi dapat pegang bb. Nak gak bb baru tp tunggu la bila rezki Allah swt. nak berikan lagi kan..hehe. Bulan pose aritu dah ada tp lum rezki, dah diambil balik. Takpe, redha.

Sape ajar ni?

Assalamualaikum.

Cer tgk gambar anak umi, Muhd Afiq nih..



* Sape ajar pakai lipstik ni? Awakkan boboiboy mana leh pakai lipstik. Pandai punggah beg umi, calit lipstik kat mulut ye. Ni sure belajar dari Kakak Jannah. Ape kakak buat n pakai suke sangat die ikut. Dah kakak ni kawan baik die. Mana Afiq ada kawan lain dah selain kakak n abg.hehe. Uii..jangan dik. Kalo yg pompuan punya cmni takmo ikut, ye. Tak baik..

Lepas daripada tu, mmg die tak pakai dah. Tp tetap suka nak punggah beg umi gak.

Hepi belated besday Nur Jannah

Assalamualaikum..

Apa nak wat, dah lama umi menyepi..aktiviti celebrate besday Jannah yg ke 5 tahun pd 8 September dulu pun tersimpan aje la. Takpe, janji masuk gambar ye..walaupun lambat. Kan, kak Jannah??

Cam biasa..setiap tahun bila sampai besday anak2 umi, kitorang akan sambut sket2 ngan family Keramat. Kali ni wat kat Keramat gak. Senang kumpul sana je. Takde jemput sesiapa..wat makan family je pun. Janji ada potong kek, budak2 hepi. Zaman umi dulu takde la nak potong kek bagai gini. Wat kat anak2 je la. Tp biasa family Keramat sponsor serba sket. Orang tu beli kek, orang ni beli KFC, orang ni lak beli hadiah..cam tu la.

Kali ni beli kek eskrim gak kat kedai kek Pistachio, Taman Permata. Dah sedap pekena skali kek eskrim, mmg harus la beli lagi. Dah la murah banding beli kat Baskin Robbin tu (orang yg cakap, kitorang sekali pun tak penah makan situ).. Kek eskrim sgt sedap..tak muak cam kek krim byk2 tu.

Besday girl nak mekap lak. Umi dia ni bukan pemekap (ayat poyo..hihi) orangnya. Umi dia kan selekeh..mana ada alat mekap sgt pun. So, dia telah meminta khidmat Maklong Shikin utk mekapkannya. Mmg comei la sekejap anak dara umi, ye. Luqman kata 'Jannah macam artis'..amboi, kecik2 dah tau artis martis..haippp!!!

K, jom layan gambar lerr..

* Jannah mekap.

Lupa lak. Sebenarnya, kek beday Jannah ada 2 daa... 1 lg abah belikan utk sekolah Jannah gak. Alhamdulillah ada rezki lebih sket..nak bg Jannah raikan ngan kawan2 kelas die gak. Takde la makan2 bagai..just sebijik kek ngan goodies je la. Cam biasa, janji hepi.

* Kek utk sekolah Jannah. Beli kat Presint Diplomatik je.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform