Kenangan berbuka puasa di masjid

Assalamualaikum..

Disebabkan lepas 2 bulan baru nak muncul balik, so terpaksa la umi korek2 gambar lama update sket kat sini ye..

YB Afiq on the way ke Masjid Besi untuk berbuka puasa. Songkok tinggi, itu pasal la umi panggil YB.hehe..

Makan di meja khas untuk yg berkeluarga. 2x je kot kitorang dok kat meja. Selebihnya, kitorang lebih senang lepak di mana2 sudut masjid, atas lantai la.

Alhamdulillah puasa tahun ni, kitorang sekeluarga datang berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi. Dah terbiasa sbb setiap minggu pun akan datang untuk budak2 blaja Iqra' kan. Mmg ramai sangat orang yg berbuka puasa di Masjid Besi. Yg best sket sbb ahli keluarga boleh berkumpul sekali. Tahun2 sebelum ni kitorang biasa ke Masjid Putra, tapi asing lelaki dan perempuan bekeluarga.

Yg best lagi kat Masjid Besi sebab imam telah didatangkan khas dari Mesir..sedap sangat alunan bacaan Al Quran beliau..masih teringat2 bacaannya. Dan beberapa kali jugak la, beliau menangis dalam bacaan solat seperti di Mekah sana..walaupun kite tak paham, tp tetap terasa syahdu menusuk kalbu. Terutama pada malam 15 terakhir, bacaan doa Qunut dibaca.

Kami sekeluarga ada jugak berbuka puasa di Masjid Putra, Masjid Shah Alam dan Masjid Bukhari ape kat Jln Hang Tuah tu..dan Masjid Hulu Kelang. Saja nak rasa suasana di tempat lain. Abah lak, pada 10 malam terakhir mmg langsung takde kat rumah..beriktikaf di pelbagai masjid. Semoga abah bertemu Lailatulqadar yg dicari..

Akhir sekali, pertama kali dalam sejarah hidup umi..umi melakukan solat sunat tasbih pada malam raya di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat. Tima kasih pd abah kerana mengajak umi..Allah swt memudahkan dan memberi ketenangan tidak terhingga. Alhamdulillah. Semoga kita semua masih berpeluang bertemu Ramadhan yg akan datang..InsyaAllah, Aminnn..

Jahitan sendiri..

Assalamualaikum..

Masih dlm mood raya..dan citer baju raya biru.hehe. Mesti la kena citer sebab dalam sejarah hidup umi la ni..buat benda yang tak pernah difikirkan akan dilakukan sebelum ni. Apa die???


Inilah die 5 pasang baju melayu + baju kurung..baju raya tahun 2013 kitorang sekeluarga..sedondon kain yg sama. Inilah die baju2 raya pertama hasil jahitan umi sendiri..jangan tak percaya ye..walaupun umi sendiri ikutkan tak percaya berjaya menjahit sendiri.

Umi siapkan semua baju ni dlm masa 2 minggu terakhir puasa..mmg stress sgt2, risau tak sempat siap..dgn bz pasal anak sekolah lagi, bz nak berterawih..mujurla sepanjang bulan pose lps umi langsung tak masak utk berbuka. Kami lebih banyak berbuka pose di Masjid Besi..terus solat Maghrib, Isyak dan terawih. Dan untuk pengetahuan, umi cuma yakin boleh jahit baju kurung, berbanding baju melayu yg umi hanya belajar wat baju saja..itupun tak penah try wat lagi selepas belajar di Giat Mara tu. Seluar lak langsung tak penah wat..tp tetap berusaha gak siapkan sebaik mungkin. Leher cekak musang tu pun mencabar gak la. Kalo ada cikgu depan mata..senang leh ditanya2..ini ada cikgu yg tak boleh bercakap. Pandai2 la ko sendiri.huhu.

Alhamdulillah Allah swt. makbulkan doa hambaNya ini..dapat gak umi siapkan..dapat sekeluarga pakai baju ni masa 1st raya. Kalo nak tau lagi..2, 3 ari sebelum raya tu, budak2 dah cuti sekolah, so umi terpaksa tinggalkan diorang 3 badik kat umah atuk Keramat..nak mudahkan keje umi menyiapkan keje akhir. Mmg umi sorang2 kat umah waktu malam sebab abah pun beriktikaf di masjid2 pada 10 mlm terakhir.

Seluar yg umi tak belajar pun tu, umi rujuk suar lama Luqman, Afiq dan abah..call Tok Kulim yg penah wat baju melayu n baju kurung minta..tanya itu ini. Suar budak2 boleh la tahan lagi kan sebab takde zip..tp suar abah mmg mencabar minda sungguh la. Stress tak tau nak habaq la. Umi rujuk internet, buku dan panduan Tok..akhirnya dapat gak buat. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya kitorang beli kain ela ni kat Nagoya, Tesco Kajang sebelum bulan puasa. Ingat nak wat slow2 la dlm bulan pose..tup2 tak dijangka nenek Keramat minta umi watkan langsir raya utk umah Keramat. Mujurla cuma 1 tingkap je..day and night curtain pastu scalop straight biasa. Pegi beli kain langsir kat Tewah, The Mines sehari sebelum pose. Masuk pose bertungkus lumus wat langsir dulu..then baru sambung jahit baju raya. Itulah citernya.. Lepas ni..andaikata umi nak jahit baju raya lagi, umi plan takmo jahit dlm bulan pose..mmg mengganggu kite nak perbanyakkan amal ibadat kite la.

Ok, ni pulak langsir tingkap hall umah Atuk Nenek Keramat yg umi jahitkan. Kain yg sama tp boleh guna depan dan belakang..mmg bagus sgt2. Pasni kalo nak wat langsir lagi, kena cari kain camni la..baru berbaloii..hehe.


* Di sini umi nak citer sket pasal bulan pose yg lepas la. Allah swt. telah berikan rezki atau peluang utk umi merasai perasaan hepi saat2 mengetahui yg 3 badik akan dapat adik lagi..anak Ramadhan. Namun begitu, perasaan tu cuma sementara..sebab lepas raya, Allah swt. amek balik..belum rezki kitorang lg la utk tambah ahli baru. Mungkin stress, mungkin beraya berjalan sana sini, mungkin dari segi pemakanan..juga umur umi yg semakin meningkat..umi telah misscarriage. Redha dengan apa yg Allah tentukan ini. Umi percaya ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.

Beraya serba biru..

Just nak tambah sikit gambar masa beraya aritu. Tak snap sgt gambar pun..tak rajin lak..sume amek dari org je.

Bersama Moyang Teh budak2 ni..umah pertama yg wajib kitorang terjah time raya. Semoga moyang semakin sihat hendaknya.. Tiap tahun moyang bg duit raya byk kat budak2 ni tau.

Maklong Shikin snap gambar2 Afiq ni sebab syok tgk die keje makan je.hehe. Setiap umah wajib makan dengan senang hatinya..

So, bila dah abis beraya..camni la rupanya orang yg suke makan td. Tak sempat nak pakai baju dah terlena dulu..hehe.. Maklong yg snap gak nih..



Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..

Wah..2 bulan umi menyepi..arini muncul dengan gambar raya.hehe. Nape sejak akhir2 ni tak rajin benar ngadap blog tak tau. Tingin nak update gambar kenangan budak2 ni tp semangat tu takde.

Arini, ada masa sket ni..sambung la sekejap. Pasni tak tau lg ada semangat kerajinan lg ke tak. Tgk je la.

Permulaan ni umi nak masuk gambar masa 1st raya aritu la. Kite pun masih dalam suasana raya lg kan. Arini baru 16 Syawal..ada lg setengah bulan lg warga Malaysia nak beraya.hehe.

Tahun ni, umi sekeluarga beraya pertama kat KL dl..esoknya baru blk Kulim. Cam biasa sebelum kuar beraya, kitorang berkumpul bergambar bersalam bermaafan raya. Semua ahli keluarga cukup..12 orang. Tp kat kampung Kulim, sume ahli keluarga Hj Ahmad ada berkumpul..kecuali..umi sekeluarga! Sedih sangat..huhu. Mudah2an masih berpeluang berkumpul semua time raya pertama pasni. Aminn..



                                                   Ni lak kat kampung Kulim..

Keluarga besar Hj Ahmad dan Hjh Halijah..seramai 32 orang, cuma umi sekeluarga (5 orang) je yg takde. Salah percaturan turn beraya..




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform