Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

 
Pemandangan dari depan masjid..memang penuh umat Islam di mana2 saja dlm masjid ni. Syukur..

    Kiswah Kaabah yg dibawa khas dari Mekah digantung di depan masjid.

                         Antara ulama2 yg dijemput dari seluruh dunia..

Makanan disediakan untuk berpuluh2 ribu tetamu yg dtg..lebih dari mencukupi rezeki yg Allah berikan. Alhamdulillah..

Masa ni ramai dah balik, majlis dah berakhir..kalo tak, mmg penuh manusia kat setiap sudut.

            Lengang..pukul 11 mlm. Bila lagi nak join majlis macam ni..


Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu lepas, 16 Mac 2013 bermula dari pukul 4 petang hingga lepas Isyak, telah berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Antarabangsa & Haul Syeikh Abdul Kadir Al Jailani di Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi.

Alhamdulillah..rakyat Malaysia dari seluruh pelosok negeri (dari negara luar pun ada) yg amat mencintai Rasulullah S.A.W. pakat ramai2 berkumpul di masjid ni. Memang ramai sangat yg datang..sebesar2 masjid ni, di setiap sudut penuh dengan manusia. Betapa masyarakat zaman sekarang dahagakan majlis2 keagamaan macam ni, kan.

Majlis ni disertai oleh ulama2 dari seluruh dunia, berkumpul untuk menyatakan rasa cinta pada Rasulullah S.A.W. Rasa terharu sangat dapat menyertai majlis ilmu macam ni.

Kalo nak tau, abah sgt ternanti2 majlis ni sejak sebulan sebelum tu lagi..hehehe.. Nak tau sebabnya??

SEBAB...

Pada tarikh 16 Februari abah ingat berlangsung majlis ni. Member siap kuar awal ke masjid..sampai2 tgk lengang je cam biasa lepas solat Asar la. Ada ke tak ni, kan?? Sekaliii...tgk poster ropenya 16 Mac..terawal sebulan...hahaha.

Tapi.., rezeki abah..mujur la dapat ke majlis sambutan Maulidur Rasul lain kat Al Jenderami, Kajang..die terus ke sana la. Kebetulan mmg tengah sambut selama 2 hari di sana. Memang ramai jugak orang kat sana.

Ok, berbalik kepada majlis di Masjid Besi, abah dah ke sana seawal kul 4 petang. Umi n anak2 lak pegi asing kul 6.15 sebab rest kat umah dulu (Luqman sekolah ganti pagi tu). Kuar umah ujan lebat sgt. Dok terpikir ada ke parking lagi ni, dah la ujan. Abah SMS masjid dah penuh orang. Takpela, terus gak ke sana..Allah lebih mengetahui niat hamba2Nya, kan.

Sampai kat Masjid Besi, umi masuk basement terus ke tingkat 1. Kat luar n bawah pun dah penuh parking. Sampai je dekat pintu masuk dekat parking tu, ada 1 tempat kosong..syukur sangat2. Rezeki umi ngan anak2. Betul2 depan pintu masuk.

Anak2 lak sangat baik, pandai bawa diri 3 badik sepanjang kat sana termasuk masa umi solat, angkat wuduk, makan. Strategi masjid pun bagus, diorang sediakan menan2 untuk setiap budak2 yg datang. So, budak2 ni pun dapat sorang satu menan di samping Jannah bawa buku (budak ni memang rajin sket).. Apa2 pun umi n abah rasa beruntung dapat berkumpul reramai kat sana.

Petikan ni diambil dari page Masjid Sultan Mizan di fb.

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Antarabangsa & Haul Syeikh Abdul Kadir Al Jailani Mendapat Sambutan Di Luar Jangkaan
Program Sambutan Maulidul Rasul 1434H & Haul Abdul Kadir Al Jailani pada 16 Mac 2013 bersamaan 12 Jamadil Awal 1434
H disambut dengan penuh kemeriahan. Majlis yang bermula selepas solat asar hingga 10.00 malam amat meriah kerana disertai oleh hampir 20,000 jemaah seluruh dunia.

Program Smart Partnership ini merupakan anjuran Al wariseen Trust dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bertaraf peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan di masjid ini. Antara program yang telah berlangsung ialah ceramah daripada penceramah terkemuka di seluruh dunia. Di antaranya adalah YBhg. Syeikh Afeeffuddin Al Jailani Pengerusi Al Wariseen Trust, YBhg. Habib Umar Jailani Ulama daripada Mekah, YBhg. Syeikh Abdus Samad Ramero daripada Negara Sepanyol, YBhg. Habib Hassan Al Attas daripada Negara Singapura, YBhg. Dr. Ibrahim Salim Mufti daripada Negara Australia, YBhg. Syeikh Rafe’ Mufti Iraq dan Syeikh Abdul Aziz Fredericks daripada United Kingdom. Persembahan khas bacaan al quran oleh YBhg Syeikh Ahmad Bin Yusuf Al Azhari daripada Negara Bangladesh dan Qasidah oleh YBhg. Syeikh Redwan Bin Jumaa daripada Negara Mesir. Begitu juga persembahan nasyid gabungan daripada Negara Malaysia, Arab Saudi (Mekah), Singapura dan Indonesia.

Sepupu baru

Assalamualaikum..

Nak citer yg Luqman Jannah Afiq baru je dapat sepupu pertama belah family Keramat..pada 16 Mac yg lepas. Bb boy yg dilahirkan dgn berat 2.7kg ini adalah anak sulung kepada Paksu Amat n Maksu Tira budak2 ni.

Kitorang sume pun lum tgk bb ni lagi sbb aritu Ahad 17hb blk Keramat tp bb kena observe sehari kat NICU lak sbb muntah. Sekarang bb ada kat umah family Maksu Tira la..sure hepi sgt family diorang sbb dapat 2 cucu pertama serentak. Sorang lahir sebulan yg lepas.

Oppss..hampir terlupa. Siapakah nama bb comel ini??.hehe.. Dialah Ahmad Al Fateh bin Ahmad Tarmizi..nama yg sgt hebat, diambil sempena nama pemimpin Turki, Muhammah Al Fateh. Selamat dtg ke dunia serba mencabar ini wahai bb..semoga Al Fateh akan terdidik menjadi anak yg soleh kelak. Aminn..

Patah sudahh..

Assalamualaikum..

Huhu..ape dah jadi dgn kusi meja makan kitorang ni? Patah terus..punya tak tahan kayu die. Dah tak cukup korum kusi utk meja 6 orang makan tu.

Pendaftaran Prasekolah


 Assalamualaikum..

Semalam anta Luqman Kafa nampak kain rentang dah dibuka pendaftaran Tahun 1 n Prasekolah kat sekolah Luqman. Sebelum tu mmg dok tgk gak tp takde. Yg tak best, banner baru gantung td tp start daftar 1 Mac..aci ke camni?? Ish ish..

Kitorang dok tunggu nak apply utk Jannah masuk Prasekolah tahun depan la. Biar sekolah cam Luqman dulu..ada silibus, mudah2an budak2 dpt ilmu yg lebih berkualiti. Dah apply online, kena cepat2 anta salinan dokumen yg sekolah nak sbb ramai sgt yg apply. Susah nak dpt. Mudah2an ada la rezeki Jannah..Aminnn...

P/S : Umi abah dah anta dokumen sokongan permohonan Prasekolah kat sekolah tadi. Semoga Jannah dapat blajar kat situ cam abg Luqman dulu..

Mari belajar..

Assalamualaikum..

Jannah dah masuk Tadika, kan. So, umi kena rajinkan diri ajar sket2 kat umah kalo ada masa terluang. Die sekolah langsung tak bawa balik buku wat keje sekolah ke ape, kan. Tak cam Luqman masa Prasekolah dulu, rajin sangat bawa balik homework..so kira dapat la sambung blajar dari sekolah ke umah lak.

Cam Jannah ni, umi n abah belikan buku la untuk wat latihan kat umah. Blaja buku Bahasa Malaysia dulu. Ajar sebutan A, I, U. Baru je minggu ni die cakap cikgu baru ajar A, E, I, O, U..sebelum ni banyak bab2 agama la die blaja. Mudah2an kakak Jannah cepat dapat ilmu, ye. Umi target die naik 6 Tahun or Prasekolah nnt, die dah boleh membaca la, InsyaAllah..

Cam Iqra' Jannah blajar 2x sebab selain blaja kat Masjid Besi, die blaja kat sekolah sama..so lagi memantapkan pemahaman la kan. Sekarang dah Iqra' 2.. Abg Luqman masih Iqra' 3..untung Jannah la sebab blajar awal. Cam Luqman dulu dah blaja masa 5 Tahun tp pastu masuk Pra terus stop. Salahkan umi dan abah awak, ye! Takpe, Luqman..slow2..bukan Luqman stop terus, kan. Semoga anak2 umi sume dapat membaca Quran sampai khatam dan mengamalkan membaca sampai ke hujung nyawa. InsyaAllah.

Afiq pun nak tumpang sekaki.hehe. Jannah ni seorang yg kidal tau..tulis tgn kiri.

Kursus Haji

Assalamualaikum..

Nak cite bab kursus Haji bg yg berminat. Memang umi pasti ramai sangat orang yg teringin nak mengerjakan Haji ataupun Umrah..

 Ada soalan..

"amboi, dah g kursus, nak g wat Haji dah ke??"
"dah cukup duit ke??"
"dah dapat surat panggilan Tabung Haji (TH) dah ke?"

Mai nak jawab siap2. Sape2 pun boleh nak g kursus haji ni, ok. Takde syarat pun habaq hang dah nak g haji, hang dah dapat surat panggilan baru boleh g kursus. Ikut la, sesapa yg nak menambah ilmu bab Haji..yg bersemangat sgt nak mengerjakan Haji walaupun tak cukup duit lagi, tarikh TH bagi utk ke sana pun lmbt lagi.............ha, pegi la berkursus, ye..takde paksaan pun, ikut niat masing2 la.

Macam umi ngan abah, nak join sebab leh gak isi masa lapang time weekend tu, daripada melepak je kat umah, dapat gak menambahkan ilmu. Memang tak ingat sangat la pasal haji umrah ni sebab last belajar masa SPM dulu. Lain la, abah mmg dah penah wat umrah, so die ada sket ilmu dan nampak sket ibadah kena wat kat Mekah sana. Cam umi, kalo ikutkan sekarang ni pun kalo boleh nak terus je wat Haji tp mana boleh kan..

Sape yg panggil kite ke sana? Allah swt..lah jawapannya. Mana nak tau rezeki Allah nak bg kat kite tgk2 tahun depan, tahun sekali lagi kite dah dapat wat. Tak tunggu hg, miskin ke, kaya ke.. Doa dan usaha la, ye. Di samping, jangan lupa menyimpan dan mendaftar di TH la.

Umi ngan abah pun, ikutkan dah lewat mendaftar..selepas abah balik umrah tahun 2009 dulu, sebelum tu mmg tak tau langsung bab mendaftar Haji ngan Tabung Haji ni walaupun dah buka akaun simpanan lama dah. So, bila abah balik je, terus g daftar. Ha, dapat tahun 2026 tuuu..lamanya... Kalo tak silap kalo daftar sekarang dapat tahun 2070 ke?? Tak pasti la. G rujuk TH, ye.

Tp..jgn risau, sebab menurut Tok Kulim andaikata kita dah cukup simpanan, pastu rajin lak g kursus Haji..boleh la try wat rayuan nak ke sana. Mana tau rezki kite..kan Allah yg panggil kan. Umi n abah pun insyaAllah mengharapkan dimurahkan rezki dapat wat Haji sebelum tahun yg TH bg tu. Aminn....

     Terpaksa bawa anak2..sape yg nak jaga kan? Jgn kaco sudah la, ye.

                             Suasana semasa Kursus Haji di Masjid Besi



Tenggelam timbul tenggelam timbul..

Assalamualaikum..

Sume sihat? Harap sihat2 la ye.

Baca tajuk kat atas memang tujukan khas kat blog umi ni la..sat muncul, sat lg ilang lak dah. Aduh..mmg tak rajin nak update, bz siang malam..tak sempat nak ngadap la. Setakat nak baca blog orang tu sambil pegang phone baring2 pun ok, nak update blog sendiri..alahaiiii...

Kalo siang, selain dok wat keje umah..umi dok anta jemput budak2 sekolah..pagi, tengahari sampai ke petang. Pastu, malam Isnin-Rabu budak2 g kelas Iqra' kat Masjid Besi lak. Mujur sekarang dah boleh berdikari, umi tak ikut pun ok. Abah bawa diorang ke sana, pastu abah dok tingkat 2, solat baca Quran ke..diorang terus naik tingkat 3, blaja Iqra'. Kalo umi join Rabu ok sket sbb ada ceramah. Kalo tak, join solat jemaah la kan. Tp kalo tak ikut, ada keje lain nak wat kat umah. Ini lah namanya pekerjaan SURIRUMAH.

Pastu, weekend lak..InsyaAllah setiap Sabtu kitorang join Kursus Haji kat Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi (dah macam umah kedua la masjid ni..hehe. Ari Jumaat malam abah kelas Bahasa Arab).

Ha, sekarang abah dah g jemput Luqman Jannah balik sekolah (abah takde kelas, kadang2 anta jemput sama2,kadang salah sorang, ikut dan la)..Afiq pun tengah tido, umi pun dah setel masak..umah pun still ok, mari kite update mana sempat ye.

Layan gambar anak2 umi dulu..






Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform