Video - bahasa Arab

                                   Abg Luqman belajar bahasa Arab..

Kakak pun nak blaja bahasa Arab gak..hehe. Tu pun sebut tak abis, separuh jalan je dah benti. Ada gangguan selingan sket tak pe la yek..

Uii..mana leh abg ngan kakak je enterprem..adik pun nak gak blaja bahasa Arab.hehe..

Video - baca doa penerang hati untuk belajar

Assalamualaikum..

        Abg Luqman baca doa penerang hati bernasyid..sedap je dengar.

Kak Jannah pun nak baca doa penerang hati. Slow sket sore kakak..kan pemalu orangnya.

Semoga terang hati, mudah dapat ilmu dan amalkan. InsyaAllah.. Diorang belajar doa ni kat sekolah la.

Kelakar..Jannah pakai tudung.

Assalamualaikum..

Masa on the way ke Masjid Besi, nak g kelas Iqra'..umi pandang Jannah terus tergelak pastu panggil abah yg tgh drive suruh pandang Jannah melalui cermin depan (kitorang kat belakang). Abah bantai gelak gak..lagi la sampai nak meleleh air mata umi gelak ngan abah.haha.

Yg Luqman Jannah hairan apsal mak pak depa dok gelak ni kan..umi cakap "Luqman tgk la Jannah pakai tudung tu"..tp Luqman tak pasan, agaknya bg budak2 tak kelakar kot.hehe. Kelakar umi tgk Jannah sampai terkeluar telinga sebelah..cam hape lg.haha. Die tak pasan pun..1st time pakai tudung camtu (ada anak tudung kat dlm)..sebelum ni die dok pakai yg ada awning tu je.

Sori kakak..umi gelakkan kakak malam td..kelakar plus comei sebenarnya.hehe.

Saya nak jadi Jurutera!

Assalamualaikum..

Umi nak citer pasal Muhd Afiq sekarang ni cukup suka tengok kren. Ala, yg selalu kita nampak kat tempat binaan bangunan tinggi2 tu. Kalo Afiq nampak, bersungguh2 la tunjuk kat kite, nak bgtau ada kren. Die tak pandai cakap sangat lg, sebut bahasa die je la..tp insyaAllah umi faham.

Aksi die kalo pas nampak kren n tunjuk kat umi, die akan angkat tgn berdoa..tunggu umi doakan, sampai kat Amin, die pun raup muka. Nak tau ape doa die?? "Ya Allah, semoga besar nanti bagilah Afiq jadi Jurutera"..

Dah semangat sangat dok tgk kren sebelum2 ni, so umi cakap Afiq nak jadi jurutera kot besar nanti. So, cakap kat die jom baca doa..sejak tu nampak je kren, angkat tgn berdoa la..hehe.

Ni aksi sebenar die..masa on the way balik umah Putrajaya dari Keramat aritu. Tak yah risau, sepanjang perjalanan tu berpuluh2 kren leh jumpa.hehe..

Ha, banyaknya kren..ni kalo Afiq nampak jenuh tunjuk sana sini.hehe. Kat Mekah ni..amek gambar dari mana tak tau. Nak tunjuk gambar kren je sebenarnya, ye..


Makan biskut je..

Ok, kite sambung masuk gambar budak2..permata hati umi ni.

Budak2 ni bab makan memang sgt memilih, so mmg umi bermasalah tul nak bg diorang makan kdg2. Kalo Afiq tu, suap je, luah balik..lg penin tak tau nak bagi makan ape. Luqman ok sket la bab makan, sebab ada banyak gak yg die makan. Jannah lak banyak benda tak nak makan..

Malam sebelum tido, bg diorang makan biskut dulu. Mujur Afiq  nak makan..kalo die luah gak, umi tak tau nak watpe dah la.

                                          Abg ngan adik je nak makan..


                                             Kakak...takmo, takmo..

Budak2 bakul..

Ini pulak aksi budak2 dalam bakul.

Umi dok melipat baju..budak2 takde keje ni masuk dlm bakul baju yg kosong. Suke la ye main masak2 dlm bakul umi. Tolong umi melipat pun takpe..hehe..

Budak yg rajin..

Assalamualaikum..

Budak ni adalah budak yg sgt rajin. Kalo nak tau, tiap ari die wajib usung penyapu n penyodok ni sapu kat umah atas kitorang. Kalo kitorang naik atas, mmg wajib la die menyapu cam gini.

Ok, bagus la Afiq rajin menyapu sampah..tolong umi kemas umah..dan dlm masa sama sepahkan benda lain pulak.hehe.

Mcm2 la peel budak..

Sangat sedih dan kecik ati.. :(

Hanya Allah saja yg tau bagaimana perasaan umi di kala ini. Biarlah diriku memendam apa yg aku rasai.. Ya Allah, kau bersihkanlah hatiku ini daripada kekotoran dan keburukan. Amin..

Budak tak makan sayur

Assalamualaikum..

Luqman ngan Jannah tak suka makan sayur. Tp Luqman kadang ikut mood die boleh je telan karot ke, kobis ke.. Yg si Jannah ni die nampak je kelibat sayur dlm pinggan makanan die, terus down rasa nak makan. Sampai camtu sekali. Apa lagi kalo tengah mengunyah tu tiba2 terasa tergigit sayur, terus luah balik, buang la. Kat sekolah tu pun, dok tanya die makan abis tak..bila die jawab slow motion je..tak abis..mm..dah tau confirm ada sayur. Sebab tu kalo kat umah, umi lebih rela suap die makan, dah la jenis kurang makan, kan.

Ni peel semalam, makan kat kedai..oder nasi goreng cina tp pesan takde sayur ngan tak pedas langsung. Diorang tak letak sayur tp campak daun bawang ngan bawang goreng lak. Budak ni mmg takleh nampak kelibat sayur, kan..nak makan pun cam malas dah. Bila cuba2 suap yg takde sayur, sekali tergigit..haa...terus nangis. Aduyaiii..


Anak-anakkk...., jangan ikut peel Nur Jannah ni tau. Tak makan sayur!

Dapat baju..syioknyaaa

Ok, sambung lagi dari citer jalan2 ngan orang Ganu tu..jangan maree..

Pas makan kat Klang sampai nak meletup perut tu, kitorang terus gerak ke Shah Alam. Kali ni nak jumpa ngan bapa saudara kitorang @ sepupu Tokwan @ kawan baik Pakngah Nizam. Kawan baik sebab diorang ni sebaya..kira member baik dari kecik2 lagi la. Kitorang panggil Pakndak tp isteri die kitorang panggil Maksu..

Diorang ni wat bisnes jual baju2 kurung, baju melayu dan tudung..dah lama pun, bisnes memang semakin maju la sekarang ni. Dah memiliki beberapa cawangan gerai jualan baju2 di merata tempat kat Lembah Klang ni. Kat kampung pun, ada kakak die dok bisnes camtu gak, cuma tak sebesar cam diorang ni la. Ada gak umi n abah penah beli baju kat diorang.

Nak jadi cerita, memang rezeki kitorang la datang jumpa diorang malam tu. Sume orang dapat baju FREE (highlight sket..hihi). Diorang ajak jumpa lak kat kilang + kedai diorang, memang sah2 sume baju kat situ la kan. So, layankan gambar baju yg kitorang dapat mlm tu. Jgn mare..sekali lagi.haha. Gambar tokey kedai tak snap ye..sori.

                                      Baju melayu n kurung umi abah.

T-shirt Luqman. Baju2 kasual ni die tak jual..maybe dolu ada nak jual tp tak jadi kot, so diorang dah sedekah ke sedara mara termasuk kitorang. Pilih sendiri ni tau.

                                                    Baju Jannah..

Baju Afiq. Cantik2 kan..? Lagi best sebabnya FREEE... Apa lagi, simpan raya nnt la jawabnya. Save bajet dah, tak yah nak beli lg nnt.hehe..



Restoran Thai

Ok, sambung daripada citer berjalan2 ke Klang..gambar banyak, kena la wat ikut siri ye.hehe..

Pas lepak jap kat umah anak buah Pakngah Nizam tu, kitorang sume ke Shopping Complex apetah nama die..sori lupe. Kat dlm tu ada restoran Thai..so makan besar di situ.. Eh, mentang2 aritu malam Tahun Baru Cina..kitorang pun makan besar, ye.hehe.

Makan besar sbb makan nasi berlauk punya la banyak lauk..lebih 5 jenis rasanya, tak terlarat nak abiskan dah walaupun kalo ikut nafsu rasa cam nak makan lg..sbb sedap. Tp ikut badan sendiri..Ya Allah, cam nak meletup perut rasa, makan banyak sgt lah. Sebenarnya, makan malam di ditaja oleh anak buah Pakngah Nizam ngan isteri die. Dah lama tak jumpa Tuan Nizam, sesekali jumpa diorang belanja tak hengatt punya. Gambar makanan tak snap la pulak..takde pun dlm koleksi gambar Pakngah Nizam tu. Kebanyakan gambar2 ni umi minta kat diorang la.

Budak2 ni pulun dok tunggang gajah thai kat restoran ni.. Luqman ni ada member memang die main tak ingat punya..padahal pagi tu baru terjatuh berdarah belakang kepala.

Jalan-jalan ngan orang Terengganu

Assalamualaikum..

Sambung cite family Pakngah Nizam dtg bercuti ke Putrajaya KL aritu..sekarang diorang dah kat Marang semula la, sbb Isnin aritu dah start keje n sekolah.

Diorang sampai umah kitorang ari Jumaat petang. Ari Sabtu barulah kitorang kuar jalan-jalan ngan diorang. Destinasi pertama adalah Pelabuhan Klang..tul2 kat Westport tempat kargo barang2 laut tu. Melawat anak buah Pakngah yg dolu keje kat FRU Kuala Terengganu, sekarang dah tuko ke Polis Marin Klang.


Sempat la bergambar kat polis marin dulu..merasa masuk kapal tp tak gerak la..just duduk sat.hehe. Jannah, Aina n Ayin tido lak dlm kete, tak dapat nak tgk kapal2.

Langsir dapur yg simple






Ni langsir dapur umi wat simple mimple je..guna kain yg lebih2 tu je...so xdapat nak kedut2..cam biasa, asal kau berbaju sudah. Kat dapur masak tak letak langsir, itu just letak tinted paper je..(tah betul ke tak nama die tak tau la).

Kenapa ni??

Jom tengok gambar kat bawah ni..

Kenapa ni??

Siapakah gerangannya??

























































Ni lah budak yg hepi lagi aktif bermain sebab ada kawan2 ramai datang berkumpul kat umah die. Sepupu sepapat die la yg dari Terengganu tu.


Luqman..tak penah2 panjat meja study amek baju dari drawer baju, aritu die panjat meja pastu time nak tutup drawer balik, terjatuh ke lantai tp sempat terhantuk bucu katil dulu..inilah padahnya. Darah meleleh kat belakang kepala tu, mmg buat umi abah kelam kabut gak la..terus bawa g klinik di Presint Diplomatik.

Die relax je takde ape lepas tu..tp masa doktor dok sapu gam ubat (ganti jahitan), meraung sakan gak la, sebab doktor dok gunting rambut kat sekeliling luka tu. Mujur takde ape2 yg tak diingini jadi. Takut gak la, part kepala..siap berdarah lak tu. Budak ni mmg dari kecik asyik kena kepala je tau.

Surprise!

 Assalamualaikum..

Ni citer ari Jumaat lepas. Pas setel lunch kat umah ngan abah aritu, tup2 dengar orang ketuk pintu umah. Buka pintu tengok2 family Pakngah Nizam diri elok je depan pintu. Surprise!! Mai umah kitorang tak bgtau dulu, ye.

Diorang datang dari Marang, Terengganu la..datang bercuti kat sini. Malam sebelum tu diorang ada call..tiba2 je..bertanya khabar, kitorang tak balik kampung ke..ropenya nak datang terjah umah kitorang ye.. Mmm..kitorang tak balik kampung dah la, aritu cuti Maulidur Rasul n Thaipusam dah balik. Jenuh gak la nak balik lagi kan. Walaupun salah timing sebenarnya..sepatutnya balik cuti raya cina sebab cuti lagi lama, budak2 cuti sekolah seminggu..tak yah nak ponteng2. Ini, dah takde nak g mana2, bercuti pun idak lerr.. Atuk Nenek lak g umrah. Diorang dah datang umah ni, kira kitorang pun bercuti sekali la jawabnya.

Ari 1st diorang sampaitu, kitorang tak join diorang kuar malam tu sbb abah ada 1st class Bahasa Arab kat Masjid Besi. So, bg diorang kunci umah, maybe balik lambat, tak yah nak kejut2 kitorang, kan. Diorang kuar ngan Achik Azah ngan Pakndak Man gak. Paknjang Najib xleh join sbb on the way balik Kelantan.
Pakngah Nizam n Makngah Lynn. Abang sulung umi..seorang Inspektor polis yg bekerja di FRU Marang, Terengganu. Pasangan bahagia yg memiliki 4 cahayamata.



Bila lg akan bersua?

Entri last susulan daripada balik kampung..hehe.



Kitorang 5 beranak disertai dengan Achik Azah, Damia dan juga Pakndak Man bertolak balik ke KL semula pada ari Ahad petang. Pakndak Man join ikut balik sebab die nak Praktikal kat syarikat perkapalan MISC di Dayabumi ari Selasa. So, balik awal leh gak survey kat mana tempat tu. Lagipun memang kitorang pun dah plan awal2, nak balik awal sehari sebab leh gak budak2 rest dulu sebelum masuk sekolah Selasa, kan. Mm..Pakndak Man lak sebelum ni die baru je menyiapkan tesis untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal kat UTHM, Batu Pahat. Die baru balik kampung ari Selasa aritu la.


Ni singgah makan kat RnR Ulu Bernam..tak sedap pun..

Bile la nak balik kampung lagi, jumpa Tokwan ngan Tok, berkumpul adik badik. Sepatutnya leh balik kampung lagi bulan Mei/Jun cuti sekolah nanti sebab bersusun kenduri kawen sedara mara menunggu..tp tak pasti lg la kitorang dpt blk ke tak sbb time budak cuti sekolah, abah ada kelas ngan exam lak. Lain la kalo kitorang blk sendiri, bg ke abah??..hehe.

Restoran Arab

                                            Antara sepupu sepapat Luqman, Jannah n Afiq

Maklong Lina, kakak sulung umi..orang terakhir kat meja makan..menghabiskan makanan yg ada.hehe.

Assalamualaikum..

Umi nak sambung citer pasal balik kampung aritu walaupun dah berlalu 2,3 minggu lepas. Dah lama tak update kan, gambar terperap tp tetap nak abadikan memori tu di blog kesayangan umi ni..sebagai kenangan.

Aritu, malam last sebelum balik Putrajaya semula esok arinya, Tokwan ajak sume anak menantu berkumpul makan reramai kat Restoran Arab di Penang (lupa la nama tempat tu..bukan seberang pulau sana la). Sebenarnya Tokwan ngan ahli keluarga yg lain dah bape kali makan2 kat sana, so bila kitorang balik Tokwan pun kumpulkan mana2 adik badik yang ada join la. Sesekali berkumpul reramai kan best.

Anak Tokwan ngan Tok yang seramai 8 orang tu, cuma takde Pakngah Nizam sekeluarga, Paknjang Najib sekeluarga n Maksu Yayah je. So yang join Tokwan & Tokwan, Pakndak Man, Maklong Lina sekeluarga, Alang Tie sekeluarga, kitorang sekeluarga, Achik Azah n Damia (Pakcik Fauze tak balik kampung sbb keje). Jumlah sume 10 dewasa, 9 kanak-kanak. Tak cukup korum anak2 Tokwan lagi 6 dewasa, 7 kanak-kanak.hehe. Takpe, nanti2 ada peluang kite berkumpul sume adik badik, ye.

Ok, makan makanan Arab ni sebenarnya umi n abah dah biasa makan kat KL ni beberapa kali n beberapa jenis restoran dah la..sbb abah kan peminat tegar nasi arab..sama la cam family Keramat. So, bila diajak makan nasi arab..so ok la, nak kata excited sgt tu takde la cuma yg best dpt berkumpul makan reramai kan, bukan senang nak berkumpul camni. Tunggu nak balik kampung baru leh jumpa. Malas lak nak bg markah bape kat makanan sini.hehe. Lapar..kite telan je ape yg ada..burrpppp Alhamdulillah, kenyang.hehe.








Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform