Lawatan Sekolah Luqman.



Lambat sket umi update citer ni. Ari Khamis baru2 ni ada lawatan Prasekolah Luqman ke Shah Alam. Diorg melawat ke Muzium Shah Alam n Taman Tema 'Wet World'. Mula2 umi tak bg Luqman join kot..sbb tengok Atuk Nenek ngan Tok Kulim cam tak bape nak bg kalo biar budak kecik besar Luqman ikut aktiviti luar sekolah jauh dari umah pastu siap nak mandi kolam..takut bahaya la kan. Cikgu pun sure penin nak jaga ramai budak2 yg sememangnya pantang jumpa air kolam..so, biarkan la dulu surat membenarkan murid2 ikut lawatan sampai la sehari sebelum bertolak..
 
Pikir punya pikir, cam sian je Luqman citer kawan2 sume g, seronok. So, umi bincang ngan abah camne nak wat. Last abah kata ok la bg Luqman join..abah amek cuti la. Maknanya kami sume akan ikut Luqman (dlm surat mmg dah ada notes bahawa ibu bapa digalakkan turut serta). Walau camne pun, Luqman naik bas ngan sume cikgu n murid2. Umi sekeluarga lak naik kete sendiri n akan jumpa diorang di taman tema. Muzium kitorang tak join la. Kat sana ramai gak la mak bapak yg turut join lawatan ni..masing2 dapat rest sekejap daripada penat bekerja seharian kan.
 
Kat taman tema lak..awat ramai sangat manusia pompuan ni? Ropenya ada hari keluarga jururawat Sime Darby..penuh ngan diorang je la kat situ. Silap haribulan....hehe. Time balik, Luqman join kitorang la..singgah solat kat Masjid Shah Alam. Lama sekali baru dapat jejakkan kaki kat sini. Sampai umah dekat kul 5ptg..very the letih sgt2.. Kulit masing2 pun kusam..gelap. Agaknya lama sangat berjemur kan. Malam tu Afiq n Jannah terus demam. Luqman lak tgh demam n batuk sekarang. Itu saja laporannya..layan gambar.

Celebrate besday Afiq

Assalamualaikum..jumpa lg dlm blog anak2 umi ni..ada masa free n rajin leh la update..n kalo ada citer gak. Cam abg ngan kakak gak, masa umur diorg cukup 1 tahun, family Keramat akan celebrate kecik2..janji ada kek, camtu la..so, bila si adik Afiq dah setahun kena la wat camtu gak..barulah fair, baru la Afiq tak kecik ati..(konon..padahal budak tu tak tau ape pun.hehe). Pg td kitorang sekeluarga blk umah atuk nenek di Keramat sbb nenek kata nak beli kek besday Afiq..kang terlepas bulan 5 cam tak syok lak. So bile sume dah ada kecuali atuk (g kenduri kawan atuk) ngan Maksu Tira (keje rasanya).., Paksu ngan Luqman Jannah kuar beli kek. Secara ringkas je potong kek n makan..takde majlis yg terancang pun. Menu kek ceklat cheese dr Secret Resipi. Sedap..ini 1st time la umi rasa. Pastu ayam KFC ngan cheezy wedges. Air g amek kat dapur wat sendiri.hehe. Syukur kenyang. Jom tgk gambar yg tak seberapa.
 

Caye ushtad apiq..

Agaknya kalo Afiq leh cakap sekarang, die sebut cam tajuk kat atas tu kot.hehe. Abah snap gambar Afiq weekend lps, sure la umi geram nak upload. Afiq dah ok sket tahap kesihatan die sekarang ni. Dah tak demam tp still batuk..kahak. Dah ada selera makan sket2..muntah ada lg tp tak teruk cam entri sebelum ni..ape je yg masuk sume kuar, sampai lembik la budak bb ni. Sekarang die muntah dlm sekali sehari camtu je..itu pun pas batuk kuat. Agaknya nak buang kahak yg still ada tu. Ok, ni gambar terbaru my bb Afiq.

Tarikh Lahir

Bulan Mei..masih dalam mood byk hari2 penting dlm bln ni..terutamanya besday ibu dan anak. So, umi nak kaitkan sket dgn tarikh lahir untuk entri ni. Kalo sesape perasan kat intro blog di atas, sure dapat baca tarikh lahir anak2 umi ada kaitan dengan nombor 8, kan? Macam dirancang lak..Luqman lahir 18hb, Jannah lak 8hb, sama ngan Afiq 8hb gak. Macam operate, leh pilih tarikhW bersalin. Tp dlm kes umi langsung tak dirancang, semuanya dah ditentukan oleh Allah. Kire cantik la sume ada nombor yg sama kan. Kebetulan tahun umi abah lahir pun ada kaitan ngan nombor 1 dan 8. Sebenarnya takde ape pun yg bermakna or bertuah pada nombor2 ni, saja umi boring.hehe. Tak tau la, bb akan datang lahir tarikh bile lak kan. Alang2 dah citer psl tarikh lahir, umi nak citer pasal tempat lahir budak2 ni lak. Ketiga2 lahir di negeri yg berlainan. Luqman di Hosp. Kulim, Kedah. Jannah di HUKM, Cheras, KL. Afiq lak kat Hosp. Selayang, Selangor. Ok, kalo ada rezki dpt bb lg, pasni umi plan nak bersalin kat Hosp. Putrajaya lak la. InsyaAllah.

Beskal baru.

Kalo sblm ni ada entri walker baru, kali ni umi up entri beskal baru lak. Untuk abg Luqman..sama gak, hadiah dari Maklong Shikin. Luqman yg nak beskal baru sbb yg lama kecik dah tak sesuai utk die lg. So, ptg td kitorg 5 beranak ke Serdang beli la sebijik kat Luqman. Saiz besar biar tahan lama bertahun2, tak sampai kaki lg kalo nak menongkat kaki..so kena la pasang roda kecik. Lg pun, lum ajar die kayuh beskal tanpa roda lg. Die yg pilih nak kaler biru..tp umi abah survey rega dulu la..bg cukup bajet. Cam walker gak, abah kena tambah duit sket la..ok la tu daripada sume korek poket abah kan.hehe. Sebelum ni survey kat Bangi, mahal sket la..tu yg terus amek je td. Kat umah, 2 badik terus mengayuh la..dlm umah. Jannah yg kecik dari Luqman pun leh kayuh beskal baru ni. Ok, tu je la nak citer. Tima kasih sekali lg pada maklong. Tp, untuk Jannah kitorang tak tau nak beli ape..plan nak beli kasut raya or ape2 la. Ni beskalnya..

Ustaz Afiq

Semalam tertengok Final Imam Muda yg tahun 2011..Hassan menang tu. Pakat tido lambat..kul 12am ngadap tv lg, mentang2 arini cuti..kalo tak, dah kerah sume anak beranak naik tido. So, bile tgk Imam Muda Hassan n Nazrul baca Quran, bg ceramah..syok je. Terus tanya abg Luqman..nak jadi camni tak? Nak..die jawab. Amin.. Terus tepuk2 belakang Luqman n Afiq doakan semoga bakal jadi imam gak 1 ari nnt. InsyaAllah. Kakak Jannah nak jd ustazah ye?..umi tanya kakak.hehe. Mesti la sume anak kena doakan terbaik, ye tak? Gambar ni sesaje la..abah snap sebelum die g keje. Afiq selalu anta abah g keje..kat pintu umah je la.hehe. Abg Luqman dah g sekolah masa tu..kakak Jannah lak terbongkang lena lg. Ada la gaya ustaz Afiq sket kan. (Sayang je tgk pipi Afiq yg dulu bulat..makin lama makin slim la..dah selera makan takde..sama cam abg kakak kecik2 dulu gak).
Eh, ni ustaz Azhar Idrus la.hehe..

Walker baru..

Ni la walker baru Afiq yg maklong Shikin belanja tu. Ada 2 fungsi..leh tolak sana sini cam sume walker..pastu leh wat buai (abah kata ' kusi malas' bb)..kaki die lipat ke atas n jadilah buai, ayun depan belakang. Afiq suke!

Demam, batuk kahak.

Bile last Afiq tak sihat..demam sgala tah? Mula2 die batuk dulu..kuh kuh cam orang tua, soknya mula demam, maybe kesan dari inject 1 tahun tu..so, ok la just bg ubat cam biasa. Sebab dah selalu demam, Afiq dah lali makan ubat..sama cam abg Luqman la. Kalo kakak Jannah sgt susah bg die ubat.huhu. Itu tandanya budak jarang sakit. Tp yg umi cam serba salah, asyik terpikir je sbb batuk kahak Afiq ni. Kalo mai batuk je mule la dgr kahak die tu..kuat sangat. Tp kalo time tak batuk, takde lak bunyi2 ape.

Kahak die sekejap ada sekejap ada blk ke mmg tersimpan je kat paru2 tu? Luqman Jannah dulu takde batuk kahak ni rasanya. Afiq ni la, dah 3x sedut gas cairkan kahak ni termasuk semalam..g klinik gomen doc pun suruh sedut la. Tp still kuat lg bunyi nafas berkahak die. Kalo g swasta kena sedut berkali..jenuh gak nak byr sekali lebih RM50..kalo ada panel ke hape tak la terasa kan. Ni yg serba salah sebenarnya. Beli itu ini, bayar kete servis insuran beratus2 tak kisah pun, tp untuk kesihatan anak nak berkira lak. Umi sangat emo bangun Subuh td bile dgr nafas kahak Afiq kuat sangat.huhu. Dalam bank ribu2 tak guna gak kalo anak sakit kan? Terpikir lak camne kalo orang susah, confirm2 tak mampu nak bawa anak g klinik swasta kan.

Sebenarnya arini dah masuk 4 ari la Afiq batuk..tp harap2 makin baik la. Badan pun dah sejuk ni. Die pun dah semakin kuat, dah bergerak merata, dah boleh tersenyum..kalo tak, tak larat aje, merengek nangis, manja merap nak dekat ngan umi. Ye la, makan dah la takmo pastu asyik muntah je. Lebih 10x la die muntah spjg tak sihat ni. Suap makan paksa..tak lama muntah blk. Nenen je die nak..tu pun muntah blk. Perut kosong, memang la tak larat. Badan pun semakin ringan la. Bile tak sihat ni, bape kali dah die terlena sendiri..tak tunggu umi tidokan pun. Biasanya kena nenen or ayun buai br lena. Letih tak larat sangat la maknanya tu. Sian Afiq. Takpela..sementara nak besar ni mcm2 la budak2 kena lalui kan. Ape2 pun umi doakan semoga bb Afiq cepat sembuh, membesar dgn sihat sempurna..jauhkan dari sakit2 bahaya. Semoga bertambah selera makan Afiq..abg n kakak pun sama la. Amin.

Selamat Hari Lahir 1 Tahun Muhammad Afiq

Syukur Alhamdulillah..arini 8 Mei genap la umur Muhammad Afiq 1 tahun. Semoga bb umi diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt..membesar dgn sihat dan sempurna. Amin. Pg td bawa die g timbang n inject setahun..sian sbb berat Afiq turun..dalam masa 2 bulan berat drpd 8.3kg jd 8.1kg. Tp mmg ramai pun pasan badan Afiq dah susut, dukung pun dah rasa ringan, tak semangat. Memang sejak akhir2 ni Afiq susah sket nak makan..dah ikut peel abg n kakak die sejak bb dulu2. Kalo mai mood die nak makan, ok la kan..tp..biasanya takmo makan, punya dok larikan muka die dari disuap. Kalo paksa, ngamuk marah. Ape2 pun semoga sayang umi sihat walafiat.

Ha, hadiah besday Afiq yg pertama ni, mula2 die dapat car seat dr atuk nenek (tp abg n kakak yg berebut nak dok..sebabnya kusi jenis ddk..afiq suke yg baring sket..so die guna yg lama). Hadiah kedua abah belikan kasut..umi yg pilih n beli sebenarnya..tp minta duit abah.hehe. Hadiah ke 3 baru beli semalam. Beli walker. Walaupun dah setahun baru belj walker?? Sebabnya walker lama dah patah sket, langsung tak leh guna..sian die dok nyusur merangkak sana sini..nak jalan pun lambat sket kot..belikan je la. Lagipun walker leh simpan utk bb akan datang lak kan..InsyaAllah.. Lagipun maklong dah bg duit untuk beli ape2 barang bdk2 ni. Maknanya hadiah dari Maklong Shikin la.

Tony Roma's Pavilion

Semalam, umi skeluarga join family Keramat (Pakcik Latif je tak ikut) makan bsr kat Tony Roma's di Pavilion. Sebenarnya Maklong Shikin bdk2 ni yg open table sbb dapat bonus Astro. Mmg acara wajib la tiap tahun maklong blanja makan bsr pas dpt bonus. Ingat lagi tahun lepas maklong open table hi tea kat hotel ape dekat ngn PWTC tu, lupe dah..umi tengah tahan sakit nak bersalin kat Afiq..setiap 10 minit sakit tu menyerang..mmg takde langsung nikmat nak makan la..tp maklong tetap kena bayar ikut kepala..cam rugi je tak dapat makan..tp abah dapat makan ok la.hehe. Murah la rezki kitorg dpt mkn mknn mahal2 n murah la rezki maklong dapat bonus berbulan gaji then belanja family makan. Tima kasih pada maklong yg tak penah lupe family..walaupun kaya...hehe. Kitorang ikut je la makan kat mana pun..janji halal..duit pun tak kena kuar kan.hehe.
 
Yg tak diduga, tahun ni siap ada hadiah untuk anak2 umi, mmg murah tul rezki budak2 ni..syukur. Tgh tunggu makanan sampai, tiba2 maklong hulur 3 angpau berisi duit..die cakap beli la ape saja utk Luqman, Jannah n Afiq..bukan untuk simpan ye. Nak beli beskal ke, walker ke (yg mmg nak beli pun sepatutnya..tp duit tadak). Alhamdulillah. Jumlah tak yah habaq la ye..banyak lg drpd duit raya maklong bg tiap tahun.hehe. Dah la belanja makan2 tu pun dah mahaiiiii. Dah makan kenyang, mmg sume tak larat abiskan pun..banyak sangat kot walaupun western. Pastu kitorang jalan2 pusing Pavilion sat, pastu balik la.
 
Sebenarnya malam tu, atuk nenek, paksu maksu ngan maklong nak g majlis resepsi perkahwinan Awal- Scha kat PICC, ptg diorang mai bersiap umah kitorang dulu la. Kitorang tak dapat g sebab tak dijemput.huhu.. Sebabnya ada anak2 kecik, mmg tak leh masuk dewan..susah la kot, kan. Sebenarnya Awal tu sepupu abah..sekian..

Baru panjat tangga..

Masa umi taip entri ni..kul 12.20..bb boy dok main lg walaupun dlm glp ni ha. Sat merangkak, sat menyusur..main buai, main drawer baju die, panjat umi (sekarang). Ha, nguap dah.hehe. Sebenarnya nak citer, td kul 11 lebih wat pertama kalinya bb Afiq panjat tangga dari bawah sampai ke atas..19 anak tangga la. Dah nak masuk setahun dah la, dik..3 ari je lg. Kawan2 awak sume dah terror panjat turun tangga la. Selama ni die berani naik 2 anak tangga je, pastu turun blk..takut. So, umi tak risau la kali die main tangga pun. Kali ni tak leh dah la. Tadi tu, yang die leh naik sampai atas sebab umi la saja dok ajak die panjat tangga, dok depan die sambil panggil.tak sangka laju lak die panjat walaupun 1st time. Amboi..nak kena push baru jalan ye. Takut sangat slama ni ye.. Kakak Jannah umur 7 bulan dah rajin panjat tangga. Ni sekarang dok tunggu bile die nak menapak sendiri lak. Kali berdiri panjat sofa n berpaut tu dah boleh..meniti paut sofa lum penah lg..ape lg nak lepas tangan ye..

Celebrate... (konon).

Siang td..seperti yg dijanjikan, abah bawa kami skeluarga konon2 celebrate besday umi n Afiq la. Aritu 3 Mei abah dah tanya nak beli kek or makan mana2. Umi jawab tak yah la..tak penah2 dok celebrate pun sebelum ni. Tp..kalo nak makan kek konon2, tunggu la weekend..leh jadi sempena besday umi n Afiq sbb besday Afiq beza 5 ari je dari besday umi..Slasa ni, 8 Mei. So, abah pun on je la. Mula2 abah kata nak beli kek bulat besar 1kg tu, sbb suke ulang makan kek. Umi cakap takmo la, dah la mahal kan..dapat makan itu je. Kalo nak gak, beli slice je la..2, 3 ketul cukup dah. Lain..abah belanja makan, umi dah lama tingin KFC ni.hehe. So, on la gak..laju je ke Warta B.B. Bangi. Alamanda takmo la, susah parking n ramai. Kalo nak g Mc' D pun kitorang g Bangi gak. Sumbat2..kenyang.hehe. Syukur.
 
Syok tengok ada 1 family tu, pasangan suami isteri ustaz ustazah, bawa anak 7 orang, kecik2 la. Riuh, kelam kabut sbb jap2 ada yg menghilang..risau gak kan, sekarang ni kan banyak kes budak hilang. Ape yg umi nak cakap kat sini, umi tak nak kot anak sampai 7 orang, jenuh nak jaga.hehe. Yg 3 orang ni pun rasa penin dah. Mmg salute la pd mak bapak yg ramai anak ni termasuk la my mak abah, Tok n Tokwan..kitorang adik badik seramai 8 orang. Tp insyaAllah umi plan nak tambah lg umat Muhammad SAW..bukan 3 je.hehe. Kalo ada rezki n panjang umur la.
 
Eh, melalut pulak. Gambar kat KFC mintak mahap tak amek pun..segan silu.huhu. So, snap gambar makan kek kat umah je la. Abah beli 2 slice kek secret resipi..butterscotch n ceklat moist. Tu pun tak larat abis walaupun makan 5 beranak..camne nak beli yg besar camni? Lg pun, umi pikir kat Keramat nnt confirm ada kek besar utk Afiq. Biasa la..tiap tahun atuk nenek celebrate besday cucu2 ni. K la, layan gambar. Semoga keluarga kami sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan. Aminn.. 2 slice kek..
 
birthday umi n birthday boy.hehe.
Permata hati umi..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform