Balik kampung..hohoho..balik kampung..

Time umi menaip ni, umi stil kat ofis, keje la 1 ari walaupun ramai kengkawan dah start cuti balik kampung Sabtu lepas lagi. Takpe, start cuti sok pun kira lama gak la kan.hehe.

Insyaallah sok pg kitorg bertolak dr umah Keramat. Arini anak2, bagi diorg cuti la, tak yah g sekolah, lepak ngan atuk nenek dulu. Ktorg dah lepak Keramat dr semalam lg. Kire dah angkut siap2 segala baju2 utk seminggu. Memang kena bawa baju banyak, sebabnya...

Family Kulim dah ada planning last minute bercuti di Langkawi!! Insyaallah Tok Wan Kulim dah booking umah sewa 2 tingkat di sana utk bercuti selama 3 hari 2 malam. Memang tul2 planning last minute punya. Jumaat aritu Tok Wan call umi tanya nak balik Kulim bile, bile dpt tau 1hb, so Tok Wan cakap nak g Langkawi 3hb (Tahun Baru Cina). Mujur la kat sana ada sedara yg leh tolong setelkan tempat penginapan walaupun last minute kan. Mula2 dah booking 3 bilik hotel tapi cancel sbb Tok Cik Pah khabarnya nak bawa sume 5 anak-anak die. Mmm..mana cukup nak sumbat dlm bilik hotel je.hehe. Alhamdulillah dapat sebuah umah. Dan dengarnya sebiji van gak la. Kete kena la sewa lagi sbb ramai nak join ni.

Citer seterusnya nanti umi cite lagi ye. Mudah2an impian TokWan nak bercuti reramai kat Langkawi yang dipendam bertahun2 akan menjadi kenyataan. Aminn... Cuma yang tak bestnya, dalam 8 orang adik beradik umi, family Maklong Lina dan family Pakngah Nizam tak dapat join.huhu. Kalo tak, lagi meriah.huhu.

Jom riadah..





Bawa anak2 riadah tp pakai baju cina la..sempena Tahun Baru 1 Januari 2011 aritu. Pasni raya cina lak, pakai lg baju ni kat kampung ye.hehe.

Nak balik kampung..

Tak sabar tunggu minggu depan ni, nak balik kampung. Bila last balik tah, rasanya raya tahun lepas kot. Lamanya.. Umi abah amek cuti 1 ari je..kira Hari Wilayah baru balik kampung la. Isnin kena datang keje lagi ye.. ikutkan best tu cuti panjang Sabtu-Ahad minggu depannya kan.

Luqman Demam

Arini Khamis 13/1/11, Luqman Jannah tak g tadika/taska sebab Luqman demam lak, start mlm td la. Bila la agaknya nak kuat antibodi anak teruna umi ni. Kalo tak silap 2 minggu lps die demam gak. Mujur masa tu kebetulan kitorg tido di Keramat sebab Luqman tgh cuti sekolah seminggu. Memang niat nak bg die n Jannah lepak umah atuk nenek la masa umi n abah keje.

Umi nak cite la pengalaman masa die demam tu. 1st time die demam smpai peel die pelik camtu. Sebelum ni demam biasa je tak penah meracau ke apa..die biasa meraung la susah tido smpai ke pagi. Masa tu die sebut "laju sgt ni, laju sgt ni" sambil mata pandang ke atas. Memang umi risau sangat2 sebab tak penah jadi walaupun die kerap demam panas. Termometer mmg tak bawa lak sebab die tak demam pun sebelum tu. Dah malam baru kena biasanya. Tapi biasa la Luqman demam sampai suhu 40 pun. Malam tu agaknya dia nampak dunia sekeliling die berpusing kot, sebab tu die sebut camtu. Umi lap seluruh badan n kepala die ngan tuala basah je la smpai die sejuk n tido blk. Mujur umi jenis senang tersedar dr tido kalo apa2 jadi..takut sangat kena 'tarik'.

So, takut benda sama jadi lg..demam kali ni (malam tadi), umi mmg jaga tul2 la..awal2 lg tidokan die, bg makan ubat, pakaikan koolfever. Suhu sblm tido 37.7. Tapi mmg tak lena gak sbb jap2 die jaga, agaknya tak selesa badan kot. Cuma syukur sgt2, kali ni dia tak nangis or meraung langsung. So, umi pun tak tekanan sgt nk jg die sorg2. Kire leh dok sembang2 ngan die gurau2 lagi la..smbil lap badan, part ketiak die gelak2 "luqman geli"..hehe. (Mmg mamat sorg ni penggeli teramatttss). Kul 3 pg check suhu 38.2.

Masa kul 5 pg die jaga..kali ni die minta air..yg risaunya pas bg air, nak air lg..."nk air, nak air..". Baru ni la die meraung, mujur la umi mmg alarm kul 5 sbb lum solat Isyak. Lebih 10x la die minta air non stop smp kena suruh die pegang botol air sendiri. Tak penah2 cmni. Bile dah tak benti gak..umi kelam kabut, tingat member penah ckp bawa mandikan je..umi pun buka baju suar dukung die g mandi air sejuk pg2 buta tu.huhu. Tak tau la leh ke tak wat camtu, 1st time la wat..sebelum ni just lap ngan kain basah je. Kul 6 lebih la baru call Tok Kulim (mak umi) tanya leh ke tak mandikan. Mak kata mak tak penah wat pun, kalo budak kena tarik biasa org buat..tp kena start dari kaki, jgn bg terkejut. Mmg umi start dr kaki pun la. Pas mandi, siapkan Luqman tu, terus die tido. Ok la kot. Suhu tak lama lps die mandi 38.8. Agaknya sebelum mandi tu lg panas lg la sebab die dok minta air je non stop.

Mm..umi menaip ni kat ofis. Umi kena g keje sbb cuti umi bape ari je..ikutkan 4 ari je la smpai bulan 4 ni. Raya cina ni nak balik kampung, apply 2 ari cuti dah kan. So, abah la kena jaga anak2. Cuti die berlambak ok..hehe. Sebelum kuar tadi, umi sempat lap badan n bg ubat demam dulu kat Luqman. Sekian saja.. Ni lak umi edit ari soknya (jumaat 14/1) ye..tambahan la. Umi cuti lak arini sbb Luqman still demam. Mujur la dah ari khamis jumaat, mmg sabtu dah cuti kan..kalo tak jenuh la nak apply cuti je. Arini die dah ok sket banding smlm terbaring je dari pg smp la ke mlm n soknya. N suhu paling tinggi pun smlm, sumenya 39 ke atas je. Pegang die panas bahang, last sblm tido mlm td umi check suhu 39.7.huhu. Umi abah bw die g klinik gak arini.

Isnin 17/1/11 - Umi cuti lagi arini. Sebab jaga 2 badik ni la. Abah tak leh cuti sebab berkursus la pulak. Nak wat camne, takleh nak sayang2 cuti lg, anak2 lagi penting. Luqman ok 1 ari je, ari Sabtu. Bawa jalan2 ke Mid Valley sbb abah nak survey jersi pasukan Malaysia. Malam tu die batuk selsema lak trus takleh tido dok meraung je dr mlm smpai pg. Penin..penin.huhu. Masa tu kitorang kat umah atuk nenek di Keramat. Ari ahad terus terbaring je dr pagi sampai malam, senang cite smp sok paginya la. Lunch kat restoran Arab ari ahad tu pun die tak leh duduk kat meja, so terbaring la dlm kete sorang2. Dah dok terbaring je, demam pun menyerang balik. Yang tak bestnya Jannah pun jangkit demam drpd Luqman, lagi panas dr si abang la. Tapi, dalam demam2 pun adik Jannah ni aktif,main itu main ini, gerak sana sini..so demam cepat kebah. Selasa dah kena g sekolah balik ye..bape ari dah cuti (5 ari la termasuk sabtu ahad).

Sudah masuk Tadika 5 tahun.







Abg Luqman sambung sekolah di tadika yg sama. Abah ada gak merungut tak larat anta jauh dr umah n ofis pastu bayar bulanan mahal la. Kalo dapat masuk KEMAS pn ok gk tp takde transit. Umi keje mmg tak dapat nak wat ape la. Kalo umi dah benti keje.anytime je leh. Tunggu la beberapa bulan lg,akan tiba gak masanya.. Tunggguuuu.. Ha,ni nk tunjuk gak la antara benda baru Luqman kat Tadika tu. Beg sekolah sama cam sume pelajar lain, buku2 pun byk cikgu bg bawa balik nk suruh ibu bapa masing2 tengok. Uniform lak dah berubah dr biru kepada purple. Disebabkan ank truna umi cinonit, dapat saiz S pun kena alter bg kecik gak la. Cam tahun lepas gak, umi die yg amatur ni jahit 'ikut dan' je la.hehe. Umi pendekkan kaki suar n bwh baju je. Selebihnya umi tak pandai sgt, ok. Tp tgk die pakai ok je kan?? Okla tu maknanya.hehe. Cinonit jannah nak tumpang bergambar sekali ye...

Cuba teka siapa saya?



Hahaha...sayalah ratu hati umah ni..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform