Koleksi gambar lagi..






Jom naik motor.. Pegang abang kuat2 tau..

Sticker hasil kerja tangan Luqman..sedar2 dah tampal kat dinding. Sekarang dah diconteng dinding tu.huhu.




Ada lagi ropeny gambar budak2 ni tersimpan kat phone lama abah.

Sambungan..

Dah tak tahan ngantuk, tido dl la..tp senapang kat tgn tetap maintain..
Peace, no war!

Abah, Luqman Jannah ngan member abah, Pakcik Syamil n anak.
Kite singgah dulu main kat R&R ape tah kat highway LEKAS tu.




Ni sambungan daripada majlis penyampaian hadiah aritu..

Pas majlis berakhir, kitorg 4 beranak terus ke Negeri Sembilan, mmg tak plan langsung pun.. Abah mmg tak inform kat umi aritu ada kenduri, adik member die kawen. So, umi ngan pakai blous seluar, anak2 ngan baju askar masing..jalan aje la. Abah ckp kawan die tu kata 2 jam perjalanan..so, ok la kan. Tup2 smpai 3 jam lebih.huhu. Tension sgt2 dah, ngan letih ngantuk lg, pastu umi sakit pinggang n belakang sbb Jannah dok berdempek je ngan umi, jap kena dukung peluk, jap tido kat riba. Bising gak la kat abah nape sanggup nak gi jauh2 camni. Dah la kete pun antik kan.. Umi pikir kalo balik Kulim pun mau sakit pinggang teruk gak ni. Bile nak muncul H-Line ni.hehe.

Dah on the way baru tau mmg jauh, tmpt ni sempadan Pahang dah. Apa nama tempat, jap nak recall balik..ha, Sungai Buloh, Simpang Durian kalo tak silap. Dah sampai mmg makan sungguh2 la, siap bertambah..walaupun sblm ni umi kontrol makan nasik..(takleh makan byk, nnt naik berat melampau). Dah on the way balik loya nak muntah lak, agaknya sbb makan byk la kot. Mmg ngantuk sgt2, tak sangka abah pun leh terlena masa drive..ish, ish.. Sbb tu abah singgah jap kat R&R ape tah umi tak ingat..abah lena jap dlm 5-10 minit. Lepak solat Asar n Maghrib terus. Tu yg ank2 sempat main kat taman menan tu. Pau lembut pun sempat la beli 8biji (4bji lg bw blk la). Alhamdulillah kitorg selamat sampai ke umah pukul 8.15 malam camtu la. Kesimpulannya, 12 jam kuar dr pg sampai ke malam. Letihh sgtttttt.......

Muka budak2 balik taska..








Ni antara rupa2 Luqman Jannah pas umi jemput kat taska diorg. Kadang umi jemput kalo umi bawa kete, kadang abah lak jemput..

Amek keputusan exam Luqman..

Semalam, Ahad..kitorg ibu bapa kpd kanak2 tadika ni kena g amek keputusan exam akhir tahun diorg lak. Dolu2 masa abah umi kena g ngadap cikgu..punya la bedebar2 kan, kali ni umi lak ngadap cikgu nak tgk result ank..tak berdebar pun.hehe.

Percubaan pertama anta Luqman ke sekolah tadika..Alhamdulillah Luqman berjaya mendapat tempat ke 9 daripada 15 org pelajar 4thn. Okla, boleh la dibanggakan..sebabnya kat umah bukannya budak ni belajar sgt pun (umi malas ajar, sbb letih..alasannnn..). Lagipun, Luqman start msk sekolah pun dh pertengahan tahun, bln 7..masa ni la br nk blajar berkawan dsb kan. Sebenarnya ada gak layan die belajar menulis, mewarna..tapi bila tgk soalan exam yg Luqman jawab aritu, umi n abah rasa perlu banyak ajar Luqman lagi menjawab soalan supaya die lebih faham la.

InsyaAllah tahun depan Luqman still sambung belajar di Tadika ni lg, dah siap daftar pun utk tahun baru ni. So, insyaAllah umi akan cuba ajar balik apa yg dia belajar di sekolah utk kebaikan die gak. Mudah2an Luqman akan mendapat kejayaan cemerlang, Amin..

Hari Penyampaian Hadiah Tadika

Oohh..ada ropenya abah snap gambar pelajar 5 tahun menari tarian cina. Diorg pakai baju sukan je.
Ada berani??? Ni baru nampak cam askar sket..






Ni la adik Syahmi, Alia namanya..kembar kepada Jannah la. Sebaya Jannah, 2 tahun gak. 4 sekawan.

Syahmi suke gak main ngan Jannah. Die panggil 'adik Luqman'..

Ni la kawan baik or kembar Luqman kat sekolah..Syahmi namanya. Nama ni la yg Luqman dok sebut setiap hari tak kira kat mana je.. Sebab tu gak la kitorg sambung pengajian Luqman kat tadika yg sama 1 tahun lg. Dah ada kawan baik tu, tentu syok nak g sekolah kan.





Kumpulan nasyid. Nyanyi gak lagu Insyaallah dendangan Maher Zain tu.

Pelajar 6 tahun berlakon..

Dikir barat..

Pelajar 4 tahun dalam acara pakaian beragam 1 Malaysia. Sayang tak amek gambar pelajar 5 tahun menari tarian cina sbb umi g toilet..huhu.

Cam biasa mesti Luqman dengan kembar die, Syahmi (jadi doktor).

Babai, jangan tak babai..



Pelajar 6 tahun konvo..



Cam tajuk kat atas, kitorg sekeluarga ikut join majlis ni. Majlis berlangsung di dewan surau berhadapan tadika, pada Sabtu, 18/12/10. Kitorg kuar umah dlm kul 8 pg camtu..blasah je kuar sbb mmg tak tau agenda majlis pun. Kalo majlis camni sure awal pg kan. Sampai kat sana mmg dah ramai org datang.

Luqman terpilih menyertai acara pakaian beragam dgn tema '1 Malaysia'. Cikgu suruh die pakai uniform askar. Itupun last minit dpt tau (rabu ptg). Abah lak asyik busy ngan keje die, so tak dapat sgt la nak mencari betul2. Kitorg ada jengah di kedai uniform kokurikulum sekolah takde, kat pasar tani pun takde. Last2, confirm-muktamad..minta member baik umi, Cik Leen yg jauh nun di Sibu belikan n pos. Mlm hari Rabu tu jugak die berusaha turun naik supermarket mencari, tp takde baju yg keras cm suar..so terpaksa la amek t-shirt corak askar gak. Jadi la drpd takde kn. Aksesori cam belt n topi komando pun beli skali. Untuk Jannah pun ada Cik Leen belikan skali..skirt askar ngan blous butterfly. Jangan tak tau sumenya diimport dari Sibu, Sarawak.hehe. Esoknya, Khamis die pos n syukurla Jumaat selamat sampai ke tgn umi. Sori la anak2 terpaksa pakai baju baru yg lum basuh. Mmg tak sempat dah la.

Majlis berlangsung dengan baik..ok la bg sekolah tadika kan. Cuma ada la sket perasaan terkilan seorang umi, sbb......apa yg umi harapkan tak kesampaian. Sebenarnya, Jumaat ptg umi dpt pesanan dr cikgu taska spya jgn pkaikan baju askar Luqman dari umah, just uniform skolah dulu la sbb nnt cikgu yg akan pakaikan. Anak2 tak leh duduk ngan ibu bapa takut anak2 tak nak join acara lak nnt. So, Luqman dok kat surau la ngan kengkawan. Bila smpai turn bdk-bdk 4 thn pamerkan pakaian beragam diorg, umi tgk Luqman tak tuck-in tshirt (yg bsr sket)..so tak nampak la tali pinggang die n pakaian askar tu. Dan paling penting topi komando yg umi bawakan sekali pun tak pakai gk. Takpela, ni pun pengalaman umi join aktiviti tadika anak kan. Dulu aktiviti sukan langsung mmg Luqman tak nak join lgsung. Skrg jauh berbeza sbb die dah ada kawan baik yg ibarat kembar die la..Syahmi (yg pakai uniform doktor tu). Syukur la Luqman nak join acara ni kan.

Jom tgk gambar2 kenangan sepanjang majlis berlangsung. Kembar Luqman-Syahmi & Jannah-Alia(adik Syahmi) pun ada. Syok sgt tgk diorg. Mak ayah diorg pun senyum je tgk peel 4 budak ni.hehe. Dah abis acara Luqman, umi pakaikan baju, topi sume br la nampak cam askar sket kan??

Petrosains KLCC

Korek cari artifak lama..
Pandu kapal terbang..
Main permainan yg terpancar kat skrin..


Sebenarnya kat muka astronaut tu ada muka luqman tp tak nampak lak bile snap kat kamera. Sayang je..
Jannah meraung nak dukung takut kat dinasour tp muka tetap pusing belakang nak tgk..
Pandu traktor amek tanah..
Abah tolong..

Rabu lps, umi abah bw ank2 ke Petrosains KLCC. Benda tak dirancang pun sbnrny sbb hari sblmnya, Tahun Baru Awal Muharram, kitorang anak beranak ke umah member umi di Batu Caves amek stok brg sket. Pastu ke umah atuk nenek di Keramat, tak plan nak tido sana pun sbb tu xbawa baju ape, sehelai sepinggang je. Tapi smpai pn dah lewat, kitorg amek keputusan tdo je la. Mlm tu gak la g cari solution contact lens umi n bj suar murah2 utk Luqman Jannah. Tp diorg nak pakai mlm tu gak. Ngan lum dibasuh lg, blasah je la. Tp susu ank2 mmg tak ingat lgsg, cian..

Soknya phm2 je la bj keje ape pn mmg takde la kn, kitorg confirm amek EL la. Lgpn umi mmg nak abiskan baki 1 ari lg cuti tahunan umi. Dh pg br ajak abah g Petrosains. Smpai sna kul 12, beli tiket..kul 2 br leh msuk dlm. So, lepak makan kt Buger King dl n solat zohor. Masa tu tgk anak2 cam hepi sgt2, sesekali umi abah bw bercuti kn. Diorg berlari, melompat, ketawa..mcm2 la. Sampai time, masing2 dh ngntuk la..n Luqman pn ngadu tak larat jalan dah. Ah, sudah..jgn sia2 dh nk bawa diorg msuk dlm. Jannah dah terlentok atas abah n then umi. Tp bile dh atas gondola, abah kejut die la nk bg die rs pngalaman berharga ni. Luqman lak bile dh msuk trs ilang ngantuk n tak larat jalan tu. Syukur sgt2. Mmg die hepi sepenuhnya kt dlm tu. Semua die nak cuba kcuali naik helikopter je tak sbb die n abah je leh naik. Abah pn malas tunggu lama. Xpe, ada rezki nnt dtg lg ye. Umi mmg tgh tak larat jalan jauh skrg ni.hehe.

Kuar je dr KLCC ujan lebat giler n ank2 pun tido la, rest. Sok nak sekolah blk. Mudah2an anak2 umi hepi spjg ari ni.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform