Open house Taska..






Pada hari terakhir Syawal aritu, Jumaat mlm..kitorg parents budak2 taska dijemput ke Open House diorg bertempat di Taska. So, pas maghrib tu ktorg terus kuar umah la..sbb abah nak gi tuisyen lak pastu.

Kat sana Luqman berkepit tak lepas2 tgn pegang umi. Punya la takut umi tinggal die. Langsung tak nak berkawan ngan kawan2 n g amek makanan.. Umi yg naik rimas sbb nk bergerak pun susah. Adik Jannah ok je duduk sendiri, jalan amek puding n gula2. Sebenarnya, masa dalam kete othway tu umi n abah ada usik nak tinggal diorg kat sekolah adik (taska) mlm ni..tido ngan cikgu la. Sebab tu yg si abg ni takut sgt..hehe. Yg pasti sume budak2 malam tu tak nak ngan cikgu2, dah ada mak bapak sendiri katakan.

Makanan yg dihidangkan..ok, sedap. Maknanya makanan budak2 ni pun confirm sedap la, sure nak makan pnya kat sekolah..tambah2 makan beramai2, berebut2 ngan kawan kan. Malam tu ada bihun grg, laksa utara (cikgu2 org kedah daa..), nasi impit kuah kcg n serunding, roti john, nuget sosej..ape lg tah.. Yg buatkan umi tak larat nak mkn sbb siang tu dah makan banyakkk.. Kat ofis umi n abah sama2 ada jamuan raya gak.

Sebenarnya, kat sekolah Luqman (tadika) pun ada jamuan raya gak pagi tu. Umi tak tau sbb tak sedar ada memo dlm beg sekolah Luqman. Kebetulan mlm tu tak check pun tgk beg die. Selalu dok tgk takde ape pun kan, so mana nak tau ada memo penting ke..Luqman pun tak bgtau umi..or die bgtau tp umi tak paham maksud die.huhu. Umi sungguh2 terkilan dr pagi sampai petang sbb tak pakaikan baju raya lengkap untuk Luqman..n bawakan juadah raya untuk dikongsikan. Umi sendiri pakai baju raya aritu..sedih gak la rasa.hehe. Mujur juga la ari Jumaat mmg umi pakaikan die baju melayu..tak la rasa terasing banding pakai uniform sekolah kan.

Gi Mines..






Sabtu 2 minggu lps umi abah bawa anak2 g jalan2 ke Mines, Seri Kembangan. Cam 1st aritu dah tau ada tmpt menan, wajib la bg budak2 berdua ni main seround. Syok tak ingat la. Sampaikan bila nak kuar dr situ, meraung kejap Jannah nak main lagi.

Sebenarnya tujuan utama g sana sbb umi abah nak survey sekaligus sambar handphone baru la.hehe. Dah dapat pun. Selama ni umi guna phone biasa je..siap guna phone org pun ada. Cian kan.



Open House Lembah Keramat







Ahad lps, 3/10..atuk nenek wat open house raya. So, ptg Sabtu kitorg balik ke sana la. Sblm tu sempat singgah open house Kak Ita, office mate umi kat Presint 16. Menu ada nasi berlauk, bihun sup, laksa n kuih muih la. Sedap..kalo leh nak makan sume tp disebabkan Jannah dah mula merap merengek, nak makan pun tak senang dah la. Die dah kena demam, badan start panas. Tp sempat la umi pekena bihun sup n nasi. Yg best makan nasi ngan kuah sup, ulam ngan sambal belacan n ikan kering pun dah cukup..sedapnya, terangkat. Nyum3x. Tekak umi sekarang ni pelik sket..memilih makanan. Kalo org pakat nak makan ayam ke, rendang ke..satay ke..umi tak rasa teringin langsung pun.huhu. Cam malam Jumaat lepas g jemputan open house Kontraktor Kraffedge kat Hotel Equatorial Bangi. Banyak makanan lain, tp umi best makan nasi ngan sayur lemak je..sedapnya.. Kali ni kite cite pasal makan2 je la ye. Open house katakan.hehe.

Menu open house umah atuk nenek lak..nasi lemak ngan lauk sambal bilis, sambal sotong n ayam berempah. Pastu nenek masak nasi dagang. Ada gak mee kari, lemang rendang, satay n kuih muih. Dekat kul 1 dah penuh tetamu kat halaman umah. Mjur umah pun dah renovate besarkan bahagian parking, so luas sket tempat makan. Atuk tempah kusi meja la untuk mudahkan tetamu nak duduk makan.

Yg macam happening sket open house kali ni sbb sepupu abah iaitu Awal Ashaari, artis yg sume org kenal kan..die pun sudi dtg memeriahkan. Tak sangka la jugak. Pakcik Amat kata lps Awal jadi artis mmg die tak penah dtg lg ke sini. Die dtg ngan family die. Yg tak bestnya bile umi nak bergambar, kamera phone baru ni jadik kelabu lak..tak aci tul.hehe. Takpe, maybe nnt2 nak g umah diorg leh bergambar lg, sbb diorg dah pindah umah baru kat Subang Jaya/Shah Alam, kitorg lum penah sampai lg la.

Member umi yg datang cuma Kak Ta UPM, Kak Rina office mate n Leen mbr baik umi dr Sibu nun. Takpe, kawan abah, kawan umi gak kan..so layan gak kawan abah.hehe.

Mm..mlm ni Yani, PA bos..yg selama ni umi rapat kat ofis (umi kan pembantu die.hehe)..jemput umi sekeluarga dtg umah die. Open house ke 2 la, just utk org2 yg tak dpt dtg open house die Ahad lepas, sama ari daa..ngan umah Keramat. So, nnt umi update makan ape lak k.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform