Majlis Berbuka Puasa..




Masa mule2 pose aritu, abah ada gurau2 ngan kitorg anak beranak kononnya nak bawa kitorg buke pose kat Hotel Shangri La Putrajaya, kebetulan mmg kitorg lalu situ aritu..sbnrnya kat poket abah tu tak cukup pun nak bawa kitorg ke situ.hehe. Boleh tu boleh, tapi duit tu leh guna utk benda yg lebih berfaedah la kan.

Tapi, mujur Allah murahkan rezki..dapat gak kitorg 4 beranak buke pose kat hotel..ofis umi punya program la. Berturut2 lak tu majlisnya, tp ada gak yg abah tak nak join. Tau2 saje la skrg tgh bising isu HALAL kat hotel kan. Ada yg jauh abah tak nak gak.

Tok Wan Kulim Balik Umrah.

Semalam, 22/8/10 ari Ahad..Tok Wan telah selamat pulang dari mengerjakan umrah di Mekah. Kali ni Tokwan g ngan beberapa kenalan kampung. Tok tak ikut sebab Tok plan nak mengerjakan haji sekali lagi, kalo ada rezeki la. Nak kumpul duit bukan senang kan. Pakej yg Tokwan join ni kena naik bas dr KLIA ke Kulim sama cam nak bertolak dulu la..kena naik bas ke KLIA gak. So, kitorg adik badik just tunggu Tokwan kat KLIA je la. Masa anta aritu, adik2 umi je g..umi skeluarga tak dpt sebab waktu berlepas tu lewat sgt..kul 3 pagi. Soknya kena keje..ngan anak2 umi yg tak tentu peel diorg kan, Tokwan pun tak bg kitorg g.

Semalam Tokwan smpai kul 1.00 tgh hari. Sempat la kitorg buka beg travel Tokwan amek brg2 dari Mekah.hehe. Dah Tokwan yg suruh, dah sediakan siap2 untuk kitorg adik badik. Cam kacang2, kurma sume tu..kitorg berkumpul kat umah umi la, bahagikan sama rata. Tokwan n jemaah umrah yg lain bertolak balik ke kampung dgn bas yg termasuk dalam pakej umrah la. Bile la nak sampai masa umi lak g umrah ni..

Rambut baru..Jannah

Sebelum kuar gunting rambut..

Ni antara selepas gunting rambut la..bintik2 merah pun ada, tp gambar tak jelas sgt.





Semalam, 1 Ramadhan ari pertama puasa, Tadika n Taska anak2 umi bercuti, so abah kena la bercuti take over jadi surirumah jg anak2, cuti abah kan banyak.hehe. Ajak balik umah keramat die tak nak sbb tak sanggup terperangkap dlm jammed, 1st pose katakan.

Time lunch tu umi balik la sbb kena belikan makanan utk 2 badik tu. Lagipun, umi dah plan nak bawa anak dara g gunting rambut die yg dah panjang tu. Ikutkan sayang nak potong pendek rambut die..tp terpaksa sbb dah teruk sgt jangkitan kulit die dr leher belakang merebak ke depan n muka comei die(skrg dah tak comei lg.hehe). Sampai dah buruk kulit leher bhgn belakang tu, tambah2 bile rambut belakang menutup tempat yg berpeluh tu..so, keputusan muktamad nak bg jangkitan semakin baik, kena la gunting rambut anak dara umi tu.

Kitorg g kedai gunting rambut Presint 8. Kat bahagian belakang umi puas ati la org tu gunting, cuma kat bhgn depan tak berapa lawa, sbb tak sama n pendek..dah jadi cam raya tahun lps yg umi gunting rambut Jannah tu..tak lawa.hehe. Takpe, nnt raya umi pakaikan aksesori cover rambut dpn bg cantik blk k..

Ramadhan Al Mubarak..

Assalamualaikum..

Arini dah masuk ari ke 2 bulan Ramadhan. Untuk itu, masih belum terlambat untuk umi mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk terus bernafas di muka bumi Allah ni..dan seharusnya kita semua mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kita kepada-Nya. Buatlah solat sunat sebanyak mungkin..solat terawih, witir, hajat, tahajud dan sebagainya. Bacalah Al Quran kerana setiap huruf yg kita bacakan ditambah pahala berganda oleh Allah dlm bulan Ramadhan ni. Tak lupa, jgn lupa bersedekah kepada org yang memerlukan..selain zakat fitrah yg akan kita bayar nnt. Moga Allah swt memberi kekuatan kepada umi, abah, keluarga dan seluruh umat Islam untuk melakukannya..seterusnya diberi ganjaran pahala dan diterima segala amal ibadat kita..Aminn..

Syoknya main buai..





Sabtu lepas saje umi abah bawa anak2 jalan kat taman menan dekat ngan umah tu. Lama tak riadah petang2. Masa ni anak2 umi berdua ni gian nak main buai je. Gelongsor ngan jongkang jongkit tu tak pandang sgt, agaknya dah pandai ayun sendiri. Masa nak balik tu, abah ajak g beli satay sbb malam kang kawan abah nak dtg, so kitorg gerak dr taman menan la. Sepanjang perjalanan ke Taman Warisan tu, Jannah dok meraung..."buai, buai".huhu. Nak gak main buai tu, agaknya belum puas main la. Takpe, adik..lain kali kite dtg main lagi ye.


Sukan Tahunan Tadika Islam Danau Bestari Al Faaqihin

Banner Sukan Tahunan

Tak nak main tapi nak amek roti sukan punyee..

Budak bad mood yg tak nak join main ape2 pun

Die join abah n adik tgk kawan2 main je

Kengkawan sebaya Luqman (4 tahun) main tiup gula2 dlm tepung

Lautan gula2 yg bakal direbut oleh kengkawan Luqman (sume budak2 yg ada kat situ)

Ape lg? Rebuttt... (Anak terunaku je yg tak teringin nak join)

2 org peserta akhir main kerusi muzik..budak yg kecik tu menang..

Anak2 suap kek kat mulut ibu bapa..mata anak2 kena tutup. Budak pompuan ni la yg menang, kudrat seorang bapak makan kek..hehe


Ahad lepas telah berlangsungnya Sukan Tahunan tadika abg Luqman. So, mmg kitorg dah plan nak join la. Pagi tu, umi kejut abg Luqman suruh mandi. Tapi, die punya meraung tak nak g sbb badan die pun dedar sket. Mmg ari Sabtu tu die tak sihat, badan panas n mata pun berair, badan pun lemah lesu je. Umi takde la nak paksa die main sukan, cuma just tunjuk muka kat sukan tu pun ok la. Tp sbb Luqman meraung menggelupur tak nak mandi n pakai baju, penin gak kepala umi n abah. Masa pun berlalu ngan cepat kan, sementara nak layan peel bad mood die tu. So, abah kata, bawa camtu je la, tak yah mandikan. Nnt kat sana dah ok, mandikan la. So, kesimpulannya anak2 umi tak mandi pg tu.haha. Jannah comei nampak cam mandi sbb siap pakai baju jalan, tp Luqman yg tak nak tuko baju langsung..jenuh umi abah bertungkus lumus pakaikan baju sukan dlm kete sbb die dok lari n menggelupur. Mmg budak bertuah tul la.huhu.

Sampai kat sana pun, die tak nak kuar kete, punya meraung tak nak pergi. Umi ngan adik je la g ke khemah inform cikgu kelas die. Cikgu kata kalo tak nak join pun, just tgk dr dlm khemah pun ok la. Tak lama pastu baru nampak abah dtg smbil dukung Luqman. Confirm mood tak baik arini, die tak nak join kawan2 main langsung. Duduk je kat bawah khemah tu. So, kitorg just tgk anak2 org lain la yg main sukan. Abah pun malas nak tunggu lama2 kalo camni, so kitorg gerak awal sket la banding org lain. Camne la nak bg abg Luqman ni berubah jadi seorang yg pandai bergaul, berani dan yakin???

Puteri ummi, Nur Jannah






Ni antara gambar2 Jannah yg umi suke tgk. Comei sgt. Sape lg yg nak puji kalo bukan umi sendiri kan.hehe.

Abah n umi selalu cakap kalo tgk Jannah ni.."ikut muka sape la budak pompuan sorg ni". Tak de rope umi n abah die pun. Pastu umi n abah pun berkulit gelap, tak cam die, cerah sket kan.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform